Suami k3jut saya bangun tidur, dia merayu minta ampun tak bagi saya buka handphone

Saya sedar pukuI 2 pagi dia tengah main game, saya tersedar lagi pukuI 4 pagi dia masih tak tidur, lagi lah saya bising. Tiba – tiba dalam pukuI 6 lebih, suami pun k3jut saya bangun dan air muka dia lain sangat. Masa tu saya dah agak dah mesti pasal duit. Saya pun bangun terus check baki saya dari RM9k tiba – tiba tinggal RM20.20!

#Foto sekadar hiasan. Hi Assalamualaikum semua. Saya nak berkongsi cerita saya buat anda semua. Orang selalu cakap, duit bukan segalanya terutamanya dalam hubungan suami isteri yang mana saya setuju. Pendekkan cerita, kami ni orang biasa – biasa je tak kaya pun, tak lah miskin sampai makan tak cukup.

Alhamdulillah masih ada rezeki buat kami. So cerita nya korang ingat tak masa kerajaan bagi kita ambik keluar RM10k dari KWSP tu dan bulan pertama dapat RM5k kan? So dapat lah kami berdua RM10k, macam – macam saya plan nak bayar hutang sana sini supaya nama suami boleh clear untuk buat loan rumah.

Ada laa campur gaji semua kan kami dah belanjakan dalam RM3k lebih bagi parents, beli barang extra sikit dan sebagainya. Ceritanya, tiap – tiap bulan suami akan transfer duit kepada saya untuk saya tolong bayarkan semua termasuklah rumah, kereta, bil api, air, semua tu lah dan jangan salah faham ya, saya tak queen control dan saya tak ambik pun duit suami.

Dia ada access untuk bukak bank saya dan dia tau pin saya semua, sebab kami tak berahsia pun benda – benda macam ini. Dulu suami ada per4ngai suka belanja duit untuk benda – benda tak berfaedah sampaikan makan minum pun kadang – kadang kene ik4t perut.

So sebab saya ni jenis tak bershopping dan tak suka membeli, jadi dia bagi saya supaya kami cukup duit tiap – tiap bulan dan ada saving sikit. So dapat duit EPF tu, suami pun transfer lah RM4k ke akaun saya malam tu. Saya ni jenis tidur awal, so saya masuk bilik tidur sebab esok kerja, suami saya biasa tidur lewat sebab main game.

Saya sedar pukuI 2 pagi dia masih main game dan saya membebel dan bising (orang lelaki main PUBG kan bising), saya tersedar lagi pukuI 4 pagi dia still tak tidur rupanya, lagi lah saya bising – macam dah takde life lain pulak.

Haaa.. tiba – tiba dalam pukuI 6 lebih pagi, suami pun k3jut saya bangun dan air muka dia lain sangat – sangat. Tiba – tiba dia mintak ampun dengan saya sangat, dia mintak saya jangan bukak phone. Masa tu saya dah agak dah mesti pasal duit.

Saya pun bangun terus check baki saya dari RM9k tiba – tiba RM20.20 (cimb kan kene ada RM20). Korang rasa?? Apa perasaan korang kalau jadi macam ni?? Dia kata ada kawan pengaruh untuk join main game dan sebab dia kalah, dia cuba lagi sampai tiba – tiba dia sedar dah habiskan duit semua.

Saya ni terus terduduk, tak tahu nak cakap apa sambil marah dan mengalir air mata. Suami mintak ampun sampai sujud dekat saya, tapi kerana terlalu marah sampai otak saya jem, saya bangun saya mandi, saya bersiap and saya terus pegi kerja tanpa salam civm tangan suami pagi tu.

Saya tak baIas mesej suami, tak jawab call dia, tak bertegur pun dengan dia dan saya sengaja balik lambat sebab saya tak nak tengok muka dia, saya terlalu marah! Jadi marah saya ni bersambung, dalam sebulan tu hari – hari kami g4duh pasal benda ni (salah satu sebab, duit nak pam minyak kereta nak pegi keje pun takde, apatah lagi duit nak makan) sampai saya gadai cincin kahwin saya untuk buat duit belanja.

Sedih hati saya tau, tapi bagi saya perbelanjaan harian (cukup makan minum pakai adalah lebih penting dari emas). Jadi, satu malam tu suami asyik tanya nak ajak bincang. Tapi mungkin saya ni belum lupa lagi kot jadi laa satu perg4duhan sampai saya haIau suami keluar dari rumah malam tu,

Punca duit walaupun kita cakap duit bukan segala – galanya, beras takde kat rumah, nak makan apa sampai hujung bulan? Nasib baik belum ada anak, kalau ada anak nak makan apa, pasir ke? Ini lah ayat yang saya bagi kat suami.

Hubungan kami pulih bila kami terp4ksa balik ke kampung suami, takkan masa tu nak tarik muka dengan mertua kan? So buat – buat lah macam takde apa yang berlaku. Isu ni berlarutan sampai lah dalam 2 – 3 bulan jugak bila kami dah bincangkan isu ini elok – elok, saya fikir tak guna marah, saya takkan dapat balik duit tu.

Suami pun dah mintak ampun banyak kali dan saya tak boleh buat apa – apa selain terima seadanya. Saya nak mintak balik pun, dari mana dia nak dapat duit kan? Sejak peristiwa ni, suami banyak sangat berubah, tak membazir duit, takde hilangkan duit (suami ni careless, duit banyak kali hilang), dan pandai jimatkan duit.

Alhamdulillah saya rasa Allah dah bukak pintu hati untuk saya maafkan suami seikhlas hati saya (tapi pin and passw0rd baru suami masih tak tau). Sekarang ni saya dah tak fikir pasal tu langsung dan saya percaya Allah buat semua ni ada sebab yang tertentu, kita kene percayakan dengan aturan Allah.

Cuma kadang – kadang saya seronok usik suami bila dia mintak nak beli barang gaming dia ke saya akan cakap bayar balik duit RM9k dulu, dah bayar baru boleh bincang. – Miss Money (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Aida MN : Sebab tu bila jadi isteri kena cerdik sikit. Tak kongsi detail bank (password / username / atm pin) bukan bermaksud kite kedekut atau nak seIindung atau berahsia dengan suami. Tak kongsi detail bank adalah sebab itu hak kita.

Kita ada hak untuk simpan itu sebaga hak pr1vasi kita. Lebih bahagia bila hal – hal duit ni tak yah canang kat suami. Tanggungjawab suami untuk bagi nafkah dan duit belanja ke isteri. Yang isteri punye, suami tak perlu amik tau pun berapa duit ada dalam akaun isteri. Tiap – tiap bulan masuk / transfer je ke akaun isteri. Kalau suami suka main game online, main jvdi online. Biar dia perabis duit dia la.. kenapa nak usik duit bini.

Norizan Mamat : Salam, Maaf tu ok. Tapi, sekali jatuh dalam lubang, jangan sesekali, jadi b0doh pi jatuh dalam lubang yang sama. Jangan bagi dah kad, pin atau info pasal simpanan / kenaikan gaji itu ini. Just share apa yang perlu sahaja.

Perancangan masa depan, jangan letak dalam satu tabungan. Asingkan. Tabung haji ker, asb dan lain – lain. Jika ada keperluan beli barang atau pi umrah itu ini, simpan asing dan tanya berapa yang dia ada. Topup sahaja. Jika ada keperluan untuk simpan duit dia, buat akaun lain dan asingkan.

Kita cuma jaga sahaja. Bukan cantum dengan dengan kita punya. Berapa banyak kejadian suami ‘terguna’ duit gini. So, jadikan pengajaran gitu. Good luck dalam hidup.

Syafiqah Hana : Sepupu saya umur 12 tahun habiskan duit ayah dia rm15k main game. Tapi bukan 1 malam la. Masa cuti sekolah. Sedar – sedar duit dah habis masa ayah dia nak setel hutang kereta. Siap report polis sebab ingatkan ada orang lain songlap. Siasat punya siasat anak sendiri rupanya. Budak tu tak sedar dia habiskan 15k sepanjang berapa bulan tu.

Mimie Rosidi : Baik nye isteri dia tak mintak ganti balik duit tu. Dalam perkahwinan money is everything ye. Takde istilah duit bukan segala – galanya. Isteri memang kena ada simpanan sendiri. Duit tu lah backup untuk kita. Suami tak perlu tau berapa duit isteri ada, duit isteri simpan kat mana. Tak semua bende kena share. So isteri kene jadi pandai sikit.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.