Lagi 2 jam nak nikah suami kata duit hantaran tak cukup, dia akad sampai 5 kali baru boleh. Rupanya..

3 hari sebelum majlis dia dengan yakinnya berkata yang lafaz nikahnya nanti sekali je mesti sah punya. Tapi masa lafaz tu asyik salah je, tidak sah. Sampai terp4ksa diulang sehingga kali ke-5. Selepas 16 tahun baru saya sedar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, first of all saya nak ucapkan terima kasih jika confession aku ni terpilih. Saya tak sure jika ada orang lain yang lalui benda sama dengan apa yang saya hadap dulu, kini dan tak tahu sampai bila.

Saya dan M berkahwin atas dasar suka sama suka. Dulu kami pernah terputvs hubungan dan pernah lost contact selama beberapa tahun. Tapi bila ditemukan kembali, saya rasakan dia memang takdir Allah untuk saya maka saya ambil keputvsan untuk jadi isterinya.

Ini kisah 16 tahun yang dulu. Kini kami telah dikurniakan 3 orang cahaya mata dengan yang sulung sudah form 3. Tanda – tanda yang kepincangan akan berlaku dalam rumahtangga kami sudah mula nampak pada hari akad nikah lagi.

Jumlah wang hantaran kahwin yang telah dipersetujui tidak dapat dipenuhi. Alah, bukan cecah sampai RM10k pun, saya tak kisah sangat tapi apa yang saya kisahkan dia dan keluarganya tidak mengambil berat akan hal tersebut.

Lagi 2 jam dengan akad nikah, dia call saya bagitahu duit tak cukup beberapa ribu. Masalahnya beberapa hari sebelum majlis saya dah tanyakan dia betul – betul, duitnya cukup atau tidak? Jika awal – awal dia admit tak cukup, senang – senang nak inform pada famili dan kaum kerabat jumlah yang akan dia bawa.

Tapi dia berkali – kali juga cakap cukup dengan teramat yakinnya. Itu yang pertama. Yang kedua, lafaz nikahnya asyik tidak sah. Sampai terp4ksa diulang sehingga kali ke-5. 3 Hari sebelum majlis dia dengan yakinnya berkata yang lafaz nikahnya nanti sekali je mesti sah punya.

Betapa dia tidak begitu bersedia dengan something yang besar macam tu. Selepas kami bergelar suami isteri, minggu kedua kami ada bertengk4r sedikit. Daripada hal yang kecil tetiba menjadi besar apabila dia dengan selamba mem4ki hamun kawan – kawan saya yang hadir pada hari majlis dulu.

Kawan – kawan saya susah payah datang dari jauh untuk memeriahkan majlis kami, dia suka – suka hati boleh m4ki diorang tu. Saya mula terfikir,” Dia ni ada masalah mentaI ke apa?” Kenapa saya pilih dia sebagai suami?

Well, selama jadi gf dia saya tak pernah tahu akan sikap sebenar dia. Siblings dia pun tak pernah warn saya pasal dia. Selepas tinggal serumah, tidur sebantal baru lah saya tahu akan keperibadian sebenar dia. Yang dulu – dulu tu hanya lakonan semata – mata.

Dia seorang yang baran (tapi tak pernah lagi angkat tangan pada saya), kurang sabar, perengus, suka moody, tak suka berkomunikasi, tak mesra dan lain – lain lagi. Sebelum kahwin dia seorang yang talkative, lepas kawin suddenly jadi seorang yang bisu.

Dia memang tak suka nak bercakap – cakap dengan saya, apatahlagi nak bergurau senda. Selama 16 tahun ni, tak pernah dia senyum pada saya melainkan waktu dia inginkan saya sahaja. Terus terang saya katakan, saya rasa meluat jika dia datang pada saya dengan keadaan itu.

Di rumah, patah perkataan dia dengan saya dan anak – anak takkan lebih dari 10 patah sehari. Dengan saya dia tak pernah senyum, dengan anak – anak bercakap macam nak cari g4duh. Tapi anak – anak tetap cari dia bila nakkan apa – apa.

Saya rasa antara saya dan anak – anak, dia akan lebihkan perasaan anak – anak. Dia layan orang luar pun lebih dari dia layan saya. Dengan saya dia tak suka berceloteh, akan tetapi bila dengan kawan – kawan, modal sembangnya macam tak pernah nak habis!

Jiran – jiran pun terk3jut bila saya bagitau yang dia jika di rumah memang pendiam habis! Bercakap telefon dengan kawan – kawan dia punya senyum melebar sampai ke telinga. Tapi dengan saya dan anak – anak, muka ketat sepanjang masa!

Bayangkan, dengan anak – anak dia tak pernah nak bergurau senda. Serius 24 jam. Amat kesian apabila anak – anak tengok kawan – kawan lain yang bergelak ketawa bila disakat bapa, sedangkan mereka tidak pernah merasa.

Banyak lagi sikap tak acuh pasangan yang selalu buat saya rasa ingin berpisah. Saya dah pernah minta dia lepaskan saya secara baik sebelum ni, tapi eg0nya tinggi. Dia tak akan lepaskan saya, jika dia lepaskan saya bermakna dia gagal dalam berumahtangga.

Dia tak nak orang lihat kegagalan dia, walaupun pada hakik4tnya dia memang gagal. Dia tak akan lepaskan saya senang – senang dan dalam masa yang sama dia tetap tidak mahu berubah walaupun dah puas saya rayu.

Terus terang saya katakan yang kini saya telah m4ti rasa terhadapnya. Pada dia basic dalam rumahtangga itu hanyalah hubungan intim semata – mata. Untuk membimbing isteri dan anak – anak, memang tak ada.

Kini saya hanya mampu berdoa semoga Allah mengasihani saya dan jauhkan kami berdua jika dia bukan j0doh yang terbaik buat saya. – Surya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Najwa Mhsmdn : Well, saya sangat percaya, setiap manusia yang per4ngai pelik – pelik ini, banyak cerminan kepada siapa emak dan ayahnya (sikap mereka). Anak yang datang dari keluarga kurang ekspresif, kurang komunikasi, kurangnya sifat feminiti (berlemah lembut, santun), di rumah juga dia jarang komunikasi.

Saya selalu berfikir ini masalahnya kita dalam Asian parenting skills. Kita terlalu tekankan sifat – sifat maskuliniti di dalam keluarga (strong, tak boleh weak, kasar) tetapi agak kurang untuk belajar praktis di rumah sebagai basic human skills dalam lebih santun dan berlemah lembut.

Hal ini akan effect pembawaan dan watak diri kita apabila kita dewasa, especially kepada pasangan rapat dengan kita yang akan kena tempias kepada sikapnya yang kita tidak sedar telahpun mewarisi sikap sikap negatif itu ketika fasa kita sedang membesar dalam alam kanak – kanak.

Nia Amanina Khalil : Masa zaman belajar, pensyarah lelaki selalu pesan dalam kelas dekat pelajar lelaki nanti dah kawen layan isteri punya luahan, kena rajin sembang dengan isteri, gurau senda dengan isteri. Usia pensyarah kami atas 55 tahun tak silap, tapi dia cakap tiap kali keluar rumah mesti dia pegang tangan isteri dia pimpin isteri dia sampai orang tegur dah tua pun gatai tapi dia cakap isteri dia, kenapa tak boleh?

Pensyarah cakap lagi perempuan ni memang banyak cakap, kalau boleh sehari tu 28 ribu patah perkataan nak cakap, jadi kalau macam tu suami kena belajar dengar dan respon dengan isteri. Baru isteri okay. Pensyarah selalu tegur supaya belajar komunikasi dan cara ambil hati isteri – macam banyak bunga ke, hadiah surpr1se kadang – kadang. Ntahlah. Tengok pensyarah kami tu dah tua pun bahagia je citer pasal isteri dan anak – anak.

Kamil Arif : Ramai hadapi masalah macamni sebenarnya, laki layan orang luar lebih baik dari family sendiri. Contoh jiran saya, pumpang pumpang pi masjid tapi nafkah ke laut. Siap minta lagi duit ke isteri kalau bil elektrik bulanan terlebih. Barang – barang dapur jarang nak bagi, kena merayu baru bagi. Sedih saya tengok makcik tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.