Saya tak suka anak2 tiri bergaul dgn anak saya, macam nak suruh mereka keluar sebab ni rumah saya

Saya marah pasal diorang asyik menghadap phone je. Satu hari saya buat undang – undang dalam rumah, HP anak – anak tak boleh ada password. Sekali bila saya check HP anak tri kembar, mengucap panjang hampir pitam saya sedangkan umur baru 11 tahun. Sekarang saya takut diorang bergaul dengan anak – anak saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum. Saya ingin berkongsi kisah saya untuk pengajaran ibu bapa supaya sentiasa memantau anak – anak tak kisah lah anak kandung, anak sendiri atau anak saud4ra. Sebagai pengenalan, saya merupakan ibu tunggal anak 2 orang yang telah berkahwin dengan bapa tunggal 3 orang anak.

Saya namakan anak tiri saya yang sulung Ali, dan yang kedua dan ketiga adalah kembar sepasang. Saya namakan mereka sebagai boy dan girl. Umur kembar adalah 11 tahun tapi yang perempuan telahpun akil baligh dan yang boy tu pun dah sunat.

Cerita bermula disebabkan saya ni seorang yang jenis sangat tak suka bila budak – budak mengadap hp terlalu lama. Alasan suami saya untuk pasang internet dan bagi hp tanpa limit disebabkan PKP dan belajar online. Ok. Saya terima.

Bermula la diorang ni semua main hp 24 jam sampai ke malam. Bila saya tegur baru diorang ni stop. Tapi buat balik. Sampai setiap hp diorang ni ada password yang bapak diorang sendiri tak tahu. Saya pun buat undang – undang dalam rumah tu, mereka tak boleh ada password.

Masa ni yang sulung dah masuk asrama. Tinggal yang kembar ni. Sebab saya memang tak setuju langsung hp dan internet ni tak dikawal walaupun dah banyak kali saya pesan kat suami untuk tengok – tengokkan anak punya hp.

Tapi macam tu juga. Tiada perubahan pun. Jadi, satu hari saya sendiri ambil hp diorang dan buat setting untuk buang password. Yang boy macam lama sangat nak setting dan saya suspect boy ada delete sesuatu dalam hp. Yang girl, saya tak suspect apa – apa.

So, now hp diorang dah tak ada password tapi saya perasan setiap malam hp yang girl akan di off kan walaupun ada bateri hp lagi dan girl akan tutup internet (aeroplane mode) macam tak nak bagi sesiapa untuk contact dia.

So, ada satu malam tu, saya buka hp girl and tergerak hati nak buka telegram. Guess what? Saya jumpa mesej girl dengan seorang lelaki bermesej Iucah, siap si girl ni yang minta gambar tak senonoh dari lelaki tu. Saya rasa nak meng4muk malam tu juga tapi saya diam dan tak tahu nak beritahu kat suami macam mana pasal anak dia.

Bayangkan sepanjang malam, saya tak boleh tidur. Lepas tu saya buka hp boy pula, dia dah delete semua akaun whatsapp dan telegram padahal sebelum tu ada saja watsapp akaun dia. So, saya install semua tu balik. Dan saya terus tengok dekat telegram dia.

Terk3jutnya saya bila baca mesej dia. Umur 11 tahun, mesej orang yang tak kenal minta jadi sugar daddy dia. Minta gambar tak senonoh lelaki semua. Lepas tu masuk group yang bukan – bukan. Rasa nak pitam sekejap. Kenapa mak bapak diorang tak check ni semua. (saya mak tiri) ???

Esoknya, saya bersemuka dengan setiap sorang. Memula saya panggil girl (masa ni, husband kerja) naik bilik saya. Saya pun tanyalah semua. Mula – mula dia takut nak ngaku, lepas saya kata saya ada bukti semua baru dia mengaku.

Lelaki semua tu kenal dari game PUBG. Rupa – rupannya game tu boleh online dengan sesiapa saja orang yang tak kenal. Saya basuh dia cukup – cukup sampai saya suruh dia kemas beg baju semua. Sama juga la dengan boy.

Dia mengaku, siap ada hantar ‘gambar’ dia juga dekat orang lain. Semata – mata nak duit top up. Allah. Rasa kalau anak sendiri memang dah kena Iibas dah. Info tambahan, mak ayah diorang bercerai sebab mak kandung diorang ada jantan. Bukan seorang tapi banyak.

Anak tiri saya sendiri cerita macam mana mak kandung diorang ni ber video call Iucah dengan lelaki, keluar dengan macam – macam lelaki (masa tu kembar umur dalam 8 tahun). Jadi, boleh agak la kan per4ngai diorang dapat dari mana.

Kemudian, selepas saya dah bercakap dengan diorang, saya terp4ksa bagitau husband juga. Saya hantar semua bukti. Dan husband saya terk3jut sangat dan forward semua bukti tu dekat ibu diorang pula. Lepas tu boleh pula mak diorang tertanya – tanya, budak – budak ni ikut per4ngai siapa (saya tepuk dahi).

Pengajaran kat sini, tolong jangan biarkan anak – anak ket4gih dengan hp dan internet. Dan  tolong la selalu pantau walaupun diorang kata main game saja. Sekarang ni, saya rasa risau nak biarkan anak – anak tiri saya bergaul dengan anak – anak saya.

Ikutkan hati memang saya nak diorang keluar dari rumah saya (memang rumah tu saya yang beli dan saya yang bayar) tapi saya tak sampai hati. Saya selalu juga la berg4duh dengan suami pasal anak – anak dia. Mak – mak ni biasa la kuat membebel kan.

Biasala saya bising – bising pasal diorang pasal menghadap phone je, kerja sekolah semua tak buat tapi husband macam rimas saja dan tak suka anak dia kena tegur macam tu. Tengoklah per4ngai anak dia sekarang macam mana.

Kalau saya tak check hp diorang, sampai ke sudah budak – budak tu jadi apa pun tak tau la. Taw – taw dah jual maru4h, bawa anak luar nikah balik rumah. Minta dijauhkan la anak – anak kita macam tu. Jadi ibu bapa semua, sekali lagi, tolong kawal anak – anak anda.

Biar lah kita penat sekarang nak jaga anak sebelum anak – anak tu menyusahkan atau memaIukan kita dan diri diorang sendiri suatu hari nanti. Dan bagi saya, saya dah tawar hati nak teruskan hidup dengan keluarga macam ni.

Saya penat nak fikir semua. Saya harap suami saya dan sesiapa yang bergelar suami baca ni dan sedar, hidup jadi seorang isteri ni tak mudah dan tak pernah mudah. Lagi – lagi perempuan yang sanggup terima anak tiri . Serba salah dibuatnya.

Lagi – lagi kalau mak kandung diorang hidup lagi. Dihasutnya supaya benci mak tiri. Sekadar luahan hati saya, saya harap saya dapat hidup dengan tenang tanpa memikirkan masalah orang lain lagi. – Dilema (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Dee Ya : Baik awak minta suami beli rumah sendiri. Jangan lagi bagi suami dan anak – anak tiri tumpang duduk. Awak yang kena duduk rumah suami. Rumah awak, awak sewakan. Dapatkan duit dan simpan. Jangan dok baik sangat la.

Nasib baik awak ada pantau anak – anak tiri. Sekurang – kurangnya boleh elak 2 remaja dari menjadi golongan yang terlalu sosiaI dan bebas. Suami awak dan mak kandung mereka ni tau buat anak je. Mendidik langsung tak. Teruk betul.

Salwana Othman : Tahniah sebab puan berjaya menjadi orang dewasa yang cakna dengan hal kebajikan anak – anak. Kita tak perlu nak jadi ibu kandung untuk tegur anak – anak yang jadi macam ni. Kecewa dengan orang dewasa yang bukan sahaja gagal meIindungi malah ambil kesempatan atas kenaifan anak – anak tiri puan.

Sherri Hazmi : Kena wujudkan rules.
1. Anak kandung kena kunci bilik masa tidur.

2. Bawa anak tiri jumpa psik0logi atau pakar kanak – kanak. Jangan lambat sangat. Sekarang dah boleh mula.

3. Didik anak tiri dan anak kandung pengetahuan s3ks. One by one. Bukan beramai – ramai.

Nuraini Tanizzi : Saya suka mak tiri macam ni. Dia takde doa tak baik untuk anak – anak tiri dia tapi dia memang sifat mak – mak yang tegas garang but somehow i didnt see character “mak tiri” pun. So i wish you all the best puan.

Didiklah dorang sebagaimana puan mahu kerana saya yakin puan faham erti tanggungjawab ibu bapa. One day mereka akan berterima kasih pada puan. Semoga kehidupan puan sekeluarga diberkati Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.