Suami saya giIa perempuan, akhirnya dapat perempuan yg ‘gan4s’. Barulah bertemu buku dan ruas

Selama 21 tahun berkahwin saya tahu sikap suami yang giIa perempuan. Tapi saya masih sabar dan harap dia berubah. Sehinggalah dia ‘kena’ dengan ibu tunggal anak 3. Sekarang saya sedar bukan salah suami tapi salah saya yang b0doh..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Nama saya Salha. Setelah saya kaji dan fikirkan masak – masak, barulah saya sedar dan insaf bahawa pergolakan, perteIingkahan hingga bercerai dalam rumahtangga bukan salah suami, sebaliknya semuanya berpunca daripada kelemahan, keb0hohan, dan ketaksuban wanita kepada suami maka wanitalah yang sebenarnya bersalah kerana kelemahan dan keb0dohannya.

Pada pandangan saya jika ada wanita masih salahkan suami kerana ditinggalkan, diabaikan maka wanita itu sebenarnya b0doh, tak mahu buka mata kerana terlalu percayakan suami. Akhirnya mereka dipermainkan, bila suami cari orang lain sebagai pengganti.

Saya katakan ini berdasarkan kepada pengalaman sendiri. Saya tak kata wanita lain b0doh, sebenarnya saya yang b0doh. Selama 17 tahun saya diperlakukan seperti h4mba, diperb0dohkan tanpa beri nafkah tetapi saya masih sabar, masih menunggu dengan harapan suami akan berubah dan kembali kepada saya dan anak – anak itu harapan saya, tetapi tidak kepada suami.

Kini setelah 21 tahun berkahwin barulah saya berani buat kesimpulan bahawa saya memang b0doh, mengharapkan bulan jatuh ke riba, tetapi hampa, suami tetap tak mahu berubah, malah dia sem4kin jauh tinggalkan saya dan anak – anak.

Saya tahu kelakuan suami saya ini giIa pompuan, suka berf0ya – f0ya dengan wanita, tetapi saya sabar, harapan saya satu hari nanti dia akan berubah. Sudah ramai wanita jadi m4ngsa pujuk rayunya, kerana saya cari dan jumpa sendiri, tetapi wanita itu nafikan hubungan mereka,

Hinggalah saya bertindak hendak beritahu suami mereka barulah mereka berhenti berhubung. Sebab itu saya tak salahkan lelaki jika dia giIakan wanita lain, sebab ada wanita malah isteri orang suka simpan kekasih gelap. Tak kiralah suami orang, asalkan dia boleh buat cerita konon diani4ya suami, ditinggalkan dan sebagainya.

Dengan berbohong dia mengharapkan beIaian kasih dari suami orang. Jadi dengan memujuk suami saya sanggup bagi duit. Tetapi dengan anak – anak sendiri dia terlalu berkira. Kedekut, sanggup tengking anak – anak jika minta duit.

Kalau betul suami tak bagi nafkah, kaki perempuan, kaki jvdi mengadulah ke mahkamah syariah, mengapa mengadu kepada suami saya? Suami saya bukan penasihat keluarga sebaliknya dia nak ambil kesempatan daripada kelemahan anda.

Wanita itu mengadu tak dapat layanan suami, maka suami saya tawarkan dirinya hingga sanggup pergi ke hotel. Bila dah mengadu susah, suami saya pun dengan senang hati bagi duit, sedangkan tanggungjawab di rumah dilepaskan ke bahu saya.

Bukan tugas isteri beri makan anak – anak itu tugas suami, tetapi ramai suami sekarang tak tahu tanggungjawab mereka, sebaliknya mereka berhabis untuk isteri orang lain. Saya tak buat cerita, sebab saya pernah jumpa dengan wanita – wanita itu, saya nasihatkan dia mengadu mahkamah syariah.

Kalau dia jujur dia akan tinggalkan suami saya, tetapi ada yang degil, tindakan saya nak laporkan pada suami mereka barulah mereka takut. Tetapi wanita yang terakhir ini memang ‘bapak degil’. Katanya suaminya dah kahwin lain, jadi dia harap suami saya jadi pengganti dan tolong bantu dia.

Pada wanita inilah suami saya ters4ngkut. Untuk pengetahuan pembaca, lepas beranak dua suami saya dah mula buat hal saya tetap sabar, hingga perkahwinan kami menjelang 12 tahun, saya masih berharap dia berubah satu hari nanti.

Tetapi sem4kin saya sabar dia pij4k kepala saya. Suami saya Mus ni memang b3ngis orangnya, setiap kali saya jumpa kekasihnya, dia meng4muk m4ki hamun saya, mulalah mencarut – carut dalam kain, bab atas katil, yang birat yang hitam segala benda keluar dari mulut dia hingga saya malu pada anak – anak.

Sebab itu bila dia meng4muk saya lari masuk bilik supaya anak – anak dan jiran tak dengar dia menc4rut – c4rut. Saya diamkan diri macam batu, bukan kerana takut, tetapi malu pada anak – anak, tapi dia fikir saya takut. Lepas setengah jam meng4muk dia tinggalkan saya sehari dua tak balik rumah.

Bab tak balik rumah ni bukan benda baru, sebab kerja dia memang sering tak balik rumah, kalau orang lain kerja 5 hari seminggu, Mus kerja 7 hari seminggu 12 jam sehari, kadang kala 18 jam. Kami memang jarang bertemu muka.

Saya balik kerja dia pergi kerja, saya pergi kerja dia baru balik rumah nak tidur, dia tak ambil peduli pasal anak – anak semua dia lepaskan pada saya, baik pasal makan minum, pakaian, sekolah, bas sekolah, buku sekolah, uniform aktiviti luar sekolah semua dia tak ambil hal.

Ikut pandai sayalah siapkan keperluan anak – anak. Kerana gaji kecil, saya cuma mampu beri makan minum ikut kemampuan saya. Nasib anak – anak faham. Sebab mereka pun takut kena m4ki hamun kalau minta duit, itu belum masuk bab kena jerkah, kena tengking, dan beliak mata, semua anak – anak menikus.

Sandiwara terakhir Mus bersep4i bila dia kena dengan wanita yang lebih bijak dan lebih g4nas daripada dia, dia pulak menikus. Wanita ini nama Missme seorang ibu tunggal, anak 3, dia berIagak macamkan dia isteri Mus. Setiap bulan Mus mesti beri dia duit, tak dapat dia ugvt nak naik pejabat Mus.

Mus tentu kecut, sebab takut tak naik pangkat sedangkan dia 10 tahun lagi nak bersara. Kerja Mus memang lain dari orang lain, orang pakai uniform dia tidak, orang ada waktu bekerja sedangkan dia bebas bekerja ikut suka hati mak bapak dia aja konon dia ada tugas khas yang akan dipanggil bila – bila masa..

Tu semua saya tak peduli, bila Missme tak malu marahkan saya konon tak pandai jaga suami. Saya kata kalau dia pandai jaga laki, kenapa lakinya dis4mbar orang. Dia kata suaminya tak berfaedah, tak bagi duit, buat apa ada laki.

Lepas berper4ng dengan Missme, saya tanya Mus apa hubungannya dengan Missme. Dengan suara meninggi dia kata, dia jantan boleh kahwin sampai 4. Saya tak ada hak nak sek4t dia. Lagi pun dia nak tolong ibu tunggal. Betul!

Tetapi apa hal anak dia sendiri seramai 4 orang ini. Selama ini saya beri mereka makan. Kalau dia nak jaga ibu tunggal, maka saya buat keputvsan naik mahkamah minta cerai. Sebab memang dia tak mampu ada dua isteri. Saya beritahu Mus kahwin ini tanggungjawab bukan suka ikut nafsu.

Tambah meny4kitkan hati dia kata, semua mahkamah syariah di negeri ini memang galakkan suami berpoIigami untuk tambah umat. Dan dia takkan ceraikan saya. Janganlah asyik laungkan poIigami sedangkan suami tak tahu tanggungjawab pada keluarga.

Sebaliknya poIigami lebih banyak menyiksa isteri dan anak – anak. Saya tahu Mus pengg0da dan pembvru perempuan, dia tak peduli, gadis ke, janda ke ataupun isteri orang, semua dia layan asalkan dapat puaskan nafsunya.

Per4ngainya tidak pernah berubah sejak dulu. Peliknya dia lebih suka isteri orang sebab tak mahu tanggungjawab. Tetapi dengan janda Missme dia tak boleh lepas lagi. Baru betul dia kena buku dengan ruas dua – dua garang, tetapi Mus lebih takutkan Missme.

Dulu masa saya nasihatkan Mus supaya berubah, dia kata bukan dia cari perempuan, mereka yang cari dia dan mengadu dahagakan kasih sayang, kekeringan selama ditinggalkan suami, jadi dia tolong nasihatkan sahaja. Kalau mereka menyerah, nak tunggal apa lagi, bukan salah dia.

Mus tak pernah fikir perbuatannya berd0sa sebaliknya dia suka ambil kesempatan atas masalah orang lain, hinggakan dia sanggup hulurkan bantuan walaupun terp4ksa berhabis duit gaji. Asalkan dia dapat ganjaran. Katanya ‘ada ubi mesti ada batas’.

Perbuatan Mus sem4kin hari sem4kin teruk dan meny4kitkan hati. Semua yang tak baik adalah saya bukan dia. Selama 18 tahun berkahwin rasanya tak sampai 10 kali Mus balik kampung saya, begitu juga kampung dia, alasannya sibuk.

Sebenarnya duit bulanan yang Mus beri memang tak cukup, saya terp4ksa tambah duit gaji sendiri, hinggakan ada masanya saya terp4ksa pinjam duit kawan. Kalau saud4ra mara datang rumah saya, memang mereka terk3jut.

Rumah saya tak ada sofa, kecuali sebuah kerusi panjang, sebuah tv, peti sejuk, dapur dan peralatan dapur, katil pun cuma bilik saya saja, itu pun katil kahwin, anak – anak tidur atas toto, tak ada katil. Tak ada almari, semua pakaian pakai g4ntung aja.

Malu kalau orang datang. Agaknya sebab itu Mus tak suka balik kampung, sebab dia tak suka saud4ra mara atau adik beradik datang ke rumah kami. Akhir – akhir ini kesabaran saya sem4kin menipis, saya tak tahan per4ngai Mus.

Rasanya tak berbaloi berk0rban untuk suami macam Mus. Saya kesal berk0rban begini lama. Sepatutnya saya bertindak lebih awal berpisah atau tinggalkan Mus. Sebab itu saya kata kalau suami jahat pompuan bukan salah suami itu, tetapi salah isteri macam saya terlalu sabar, b0dohkan diri sendiri.

Anak sulung saya pun kata saya lemah, katanya ayahnya tak akan insaf, mereka tak takut kalau saya bercerai. Kerana selama ini mereka tahu saya yang beri mereka makan, walaupun ala kadar sahaja. Dengan kekuatan sokongan anak – anak saya naik mahkamah tahun lalu, tapi sampai sekarang tuntutan cerai saya masih tak lepas.

Dia tak mahu ceraikan saya, sebab belum kahwin dengan Missme lagi, tetapi untuk apa saya tunggu Mus dia masih tanggung makan minum anak – anak Missme? Kini saya nekad teruskan minta cerai biar pun lambat. Dan saya nekad pindah tinggalkan rumah ini.

Tak rugi pun, sebab Mus tak ada harta kecuali sebuah tv dan sebuah kerusi panjang untuk dia berehat. Kini saya tunggu anak sulung saya dapat bekerja, saya akan pindah. Kerana dia pun tak minat sambung belajar.

Komen Warganet :

Baguslah akhirnya puan dan sedar, walaupun agak terlambat iaitu selama 21 tahun sedangkan puan tahu sikap suami yang giIa perempuan. Apa – apa pun ok la dari terus biar diri jadi ‘h4mba’ pada jantan tak guna. Semoga urusan puan dipermudahkan dan dapat hidup bahagia dengan anak – anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.