Aku sibuk nak makan, suami sibuk nak hisap r0kok dekat luar. Akhirnya aku plak yang kena warning

6 tahun dah kahwin, 6 tahun aku bagi arahan yang sama setiap hati. Ada la dia buat. Kadang – kadang dia tarik muka bila disuruh. Aku minta tolong benda mudah saja. Kadang – kadang rasa macam nak doa dekat tuhan biar nyawa aku ditarik saja. Baru dia tahu macam mana hidup tanpa aku..

#Foto sekadar hiasan. Aku nak minta pendapat korang memandangkan aku tak boleh nak cerita pada orang sekeliling. Jaga aib la kononnya. Aku mukadimah la sikit. Dah berkahwin 6 tahun. Dan ada 2 orang anak kecil lagi.

Aku tahu komunikasi sangat penting dalam rumahtangga. Jadi aku memang kalau tak suka ke, apa ke, aku cakap saja dekat suami aku. Macam aku nak minta tolong itu ini. Aku perempuan yang bekerja dan aku juga suri rumah separuh masa memandangkan aku tak de pembantu rumah.

Bangun pagi awal sedia kan itu ini sebelum pergi kerja. Balik kerja confirm la dah letih. Tapi kena la juga uruskan anak. Gi beli makan malam, bagi dua orang anak aku tu makan lepas tu giliran aku pula makan. Lepas tu gi mandi semua.

Lepas tu kadang – kadang dah malas nak melayan si sulung main. Sebab rasa macam dari pukuI 5 pagi aku bangun sampai pukuI 8.30 petang bekerja. Tu belum aku cerita kain nak angkat, kain nak basuh, kain nak lipat dan kerja – kerja rumah yang lain lagi.

Tidur dah pukuI 11. Kena make sure dua orang tu tidur. Berapa jam saja aku tidur sehari. Korang kira la sendiri penat ke tak. Suami aku? Bantu tu bantu la juga. Tapi.. semua benda nak kena bagitahu. Tak boleh la nak fikir sendiri.

6 tahun dah kahwin, 6 tahun aku bagi arahan yang sama setiap hati. Ada la dia buat. Kadang – kadang dia tarik muka bila disuruh. Aku minta tolong benda mudah saja. Kalau dah nampak kain dalam mesin tu dah seharian dalam tu tak keluar lagi, tolong la keluarkan.

Senang sikit aku nak gi sidai. Aku jenis h4nger baju lepas tu baru bawa keluar ke ampaian. Jadi bila aku da h4nger tu, aku tak sempat nak keluarkan ke ampaian. Nak cari tudung lagi, nak pakai baju lengan panjang lagi. Buang masa.

Lagipun laki aku setiap hari mesti akan melepak dekat tempat ampaian tu. Jadi boleh saja dia lalu dan tolong ampai kan. Bukan susah pun. Ambil dan letak saja dekat ampaian. Tak pesan? Dah pesan wey. Tapi kalau tak pesan pun, boleh fikir kot. Benda tu macam rutin dia.

Aku minta tolong dia angkat bawa masuk kain sebab takut petang hujan nanti baju jadi sejuk. Sebab kadang – kadang dia balik rumah waktu tengah hari. Tapi bila aku balik kerja tengok kain tu masih gitu saja. Kadang – kadang 3 hari dekat luar.

Bila aku bebel mula la tarik muka. Bukan aku tak boleh buat, boleh saja. Tapi kalau dia dapat ringan kan tugas aku apa salahnya kan. Aku suruh benda mudah saja pun. Angkat kain tu tak sampai 5 minit pun. Lepas tu bila time makan, aku dah siapkan bagi makan dua orang anak.

Korang fikir la cam mana huru haranya bagi makan dua budak kecil. Sekurang – kurangnya masa giliran aku makan tu, tolong la tengok kan anak jap. Ni aku nak suap makanan, kadang – kadang si sulung kacau adik dia.

Kadang – kadang si kecik tu masuk ntah apa – apa dalam mulut. Kadang – kadang si sulung sibuk panggil minta itu ini. Ayahnya mana? Biasa la lepas makan, kena la hisap r0kok. Suruh ayahnya bagi anak makan. Kalau tak muncung mulut, mungkin dia suruh aku makan dulu lepas tu baru bagi anak makan.

Masalahnya anak aku dah lapar. Nanti aku makan, sibuk dengar nangis. Tapi ada la juga time mood dia okay, aku suruh bagi makan dia okay saja tolong. Kadang – kadang tu banyak buat kerja badan aku jadi s4kit – s4kit.

Kadang – kadang kalau dukung si sulung memang s4kit la tuIang – tuIang aku. Suami aku memang dah cakap jangan dukung. Dia dah warning dah, kalau dukung, s4kit – s4kit badan jangan nak bising – bising cakap s4kit. Dia malas nak tolong urut la tu.

Maka hadap la aku s4kit badan sendirian. Nanti kena bebel pula minta tolong urut. Aku taip pun saje nak bagi kurangkan rasa kecewa dan marah tu. Kadang – kadang rasa macam nak doa dekat tuhan biar nyawa aku ditarik saja.

Baru dia tahu camne hidup tanpa aku. Tapi nanti kesian pula dekat anak – anak aku. Aku pun tak banyak lagi amalan nak bawa m4ti. Semoga suatu hari nanti suami aku berubah, boleh sama – sama tolong aku. Dan aku pun boleh jadi isteri yang baik dan taat.

Kalau korang de nasihat yang baik – baik, tolong la kongsi. Tapi jangan la bagi nasihat cerai pula. Selagi boleh baiki, kita baiki. Cuma kadang bila str3ss tu tak nampak pula jalan. – Meen (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Aza Yati : Laki memang camtuh selagi tak suruh memang tak akan dia buat. Sebab dia taknak berubah akak yang berubah :

1) Beli dryer. Masuk baju, set, keluarkan, masuk bakul. Takyah lipat. Rajin baru lipat. Bakul asing – asing kan.

2) pakai baju and tudung takyah gosok.. sabella banyak..

3) beli irobot untuk sapu lepas budak – budak tido pastu sembunyikan. Jenuh kalau diorang jumpa.

4) hujung mnggu buat paste untuk masak 5 lauk. Satu lauk sehari, so tinggal masukkan ikan / ayam / telur / sayur. Cari resepi satu lauk yang ada protein and sayur terus.

5) beli pinggan besar, bila makan boleh suap sekali dengan anak.

6) lastly jangan bercakap dengan suami 3 hari dan bagi dia surat yang bagitau semua isi hati, kepenatan puan dan what u expect.. Gudluck puan. All the best..

Puteri Pelangi : Kalau dapat suami pemalas dalam rumahtangga kene beli gajet. Kalau tak, akhirnya nanti akan bercerai jugak / tak jumpa bahagia sampai bila – bila (maaf ayat agak kasar) paksa beli :

1. beli dyer – paling penting

2. mesin basuh pinggan

3.mesin mop lantai

*mokcik pun tak beli mesin no 2 dan no 3. Sebab anak dah besar. So gajet akan bantu ibu – ibu yang bekerja. Sayangi diri sendiri, nanti s4kit, belum tentu suami tt nak jaga. Nak urut s4kit pinggang sebab dukung anak pun dia malas. So renung – renungkan.

Zawiyah Kaderi : Dik, stop suruh suami. Bagi dia 3 tugas. Contoh, satu, you settle baju ya. Dari awal basuh sampai masuk drawer balik. Dua you cuci dapur termasuk periuk selepas I masak. Cuci dapur sampai bersih. Tiga, you jaga anak waktu I makan.

Lepas tu dik, ko pejamkan mata je bila 3 tugas tu dia tak buat. Pejam mata dan jangan sentuh benda – benda tu. Kalau dapur bersepah berkulat kau biar je dik. Tahan je. Baju dah takda nak pakai kau tanya dia, mana baju? Kau pura – pura tak nampak baju tu masih dalam bakul.

Kau jangan kasi dia pilihan dik. Kau inform dia secara lisan ke bertulis ke tapi kau mesti tegas. Kau explain betul – betul semua kesengsaraan kau dalam tulisan. Kau beritau dia ini kali kau serious. Kau beritau dia kesihatan mentaI kau diambang masuk gaung.

Kau str3ss, tak cukup tidur, kemurungan. Tak bahagia. Kau beritau dia kau ada hak untuk bahagia. Kau jangan tunjuk tolak ansur dik dipijak – pijaknya kau sampai ke tua bangka.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.