Kehidupan mak mertua nampak sempurna, kaya, guru agama tapi diam2 dia kahwin lain dekat siam

Kehidupan mak mertua aku memang nampak sangat sempurna, orang kaya, bijak agama dan anak – anak pun semua berjaya dan taat. Tapi satu hari masa anak aku main HP mak mertua, aku saje geledah HP dia, sekali aku terk3jut baca mesej dalam tu. Tak sangak dia dah kahwin senyap – senyap dengan alasan..

#Foto sekadar hiasan. Aku Ana, sudah tentu bukan nama sebenar. Telah berkahwin hampir 20 tahun. Aku ada 4 orang anak yang meningkat dewasa. Aku nak berkongsi cerita berkenaan mak mentua aku. Mak mertua mempunyai double life yang sangat kontra di antara satu dengan lain.

Kisah ini bukan kisah tipikal berg4duh berseteru dengan mak mertua. Ini cerita lain. Mak mertua aku orang yang ada gelaran Datin dan telah kem4tian suami lebih 15 tahun lepas. Semenjak menjadi ibu tunggal, mak mertua telah banyak melibatkan diri dengan kelas Al Quran.

Mak mertua belajar Al Quran dengan guru yang hebat di ibu kota. Hinggakan mak mertua menjadi guru Al Quran juga, walaupun tiada kelayakan akademik setaraf. Mak mertua suka menunjukkan, mempamer dan menguar – uarkan kepada kami semua amalan bersedekah, solat malam dan lain – lain amalan yang baik dan mulia yang lain.

Kawan – kawan, keluarga mak mertua sangat menghorm4tinya sementelah anak – anaknya turut berjaya dan cemerlang dalam bidang masing – masing. Hidup mak mertua senang – lenang, keluarga berjaya, guru Al Quran.

Walaupun mak mertua asalnya seorang kerani, tidak pernah mendapat pendidikan formal agama, tetapi mak mertua ada menyertai kelas – kelas mengaji sehingga berjaya mendapat tauliah untuk mengajar. Mak mertua suka memberi nasihat yang baik – baik, nampak seperti baik dan boleh dipercayai. Nampak sempurnakan?

Mak mertua asalnya dari keluarga susah di kampung, kemudian menjadi kerani di bandar. Kemudian dia bertemu dengan ayah mertua yang ketika itu telah mempunyai isteri. Mak mertua berjaya mer4mpas ayah mertua dari isteri terdahulu.

Jadi mak mertua bukan lah perempuan baik – baik ibarat perempuan Melayu terakhir. Bukan. Dia adalah per0sak rumahtangga orang lain. Aku terdetik dalam hati, tak mengapa lah, cerita lama, mungkin mak mertua telah insaf dan menyesal.

Tapi adakah benar mak mertua telah menghentikan perbuatan jahatnya? Mesti korang tertanya kenapa aku cerita sisi baik tentang dia kan. Supaya korang boleh bandingkan jurang dunia baik ni dengan dunia jelik yang satu lagi.

Dia ada satu lagi kehidupan yang betul – betul kontra dengan hidup yang aku ceritakan tadi. Dunia lain, hitam, busuk dan menjelikkan. Korang tak kenal pun siapa aku atau mak mertua, jadi aku tak dedahkan maklumat terperinci siapa dia.

Sekarang aku akan ceritakan dunia mak mertua yang satu lagi. Dunia rahsia yang dia simpan dari pengetahuan orang lain. Ada beberapa orang sahaja yang tahu tentang kisah – kisah hitam mak mertua. Dan maIangnya, aku di antara orang yang tahu.

Serius aku tak mahu tahu tentang semua ini, aku tidak suka berkonflik dengan mak mertua dan aku sedaya upaya menjadi menantu yang tahu batas. Tiada sebarang konflik besar di antara kami kerana aku mengambil jalan diplomasi.

Dan aku tidak mahu membebankan suami dengan masalah yang tidak perlu. Sebelum aku bercerita tentang sisi gelap mak mertua, mak mertua telah mencurahkan isi hatinya kepada salah seorang ahli keluarga. Mak mertua tidak suka dengan aku, mak mertua kata aku ‘macam bagus’.

Dan disebabkan aku ‘macam bagus’, mak mertua mahu suami aku berkahwin lagi. Katanya ‘anak aku lelaki, biar dia kahwin satu lagi, baru kau tahu langit tinggi rendah’. Setelah mengetahui isi hatinya itu, pandangan aku berubah terhadap mak mertua. Aku lebih berhati – hati.

Namun, aku tetap menghorm4tinya seperti tiada apa – apa berlaku. Suami sangat tidak bersetuju dengan cadangan mak mertua yang tidak relevan itu. Kehidupan diteruskan seperti biasa. Ok aku mulakan kisah gelapnya yang pertama.

Aku mendapat tahu dari beberapa sumber sahih, mak mertua ada hubungan dengan warga Afrika. Mak mertua menyimpan warga Afrika ini di rumahnya yang satu lagi. Jiran tidak berpuas hati. Beberapa saksi menyaksikan mak mertua berdua – duaan dengan lelaki tersebut bagaikan suami isteri.

Mak mertua berjaya menyorok hubungannya dari kami dan menyangka kami tidak tahu langsung tentang hubungannya dengan Awang hitam itu. Di hadapan kami anak – anak menantunya, mak mertua membawa watak alim seperti biasa.

Yang kedua, secara tidak sengaja, anak kecil aku menggunakan handphonenya. Aku yang sangat curious dengan sikap 2 alam mak mertua, telah menjumpai beberapa mesej mak mertua dengan beberapa lelaki, termasuk lelaki dari Pakistan.

Lelaki tersebut menulis mesej seperti dia merupakan kekasih mak mertua. Lelaki itu memarahi mak mertua kerana mak mertua tidak membawanya berjalan – jalan di ibukota seperti yang dijanjikan oleh mak mertua. Yang ketiga, handphone mak mertua penuh dengan carian cerita dan video yang tak senonoh.

TerIampau banyak sampai aku berasa ngeri dan mahu termunt4h. Tidak seperti wataknya yang satu lagi di hadapan kami sekeluarga, mak mertua sering mengenakan telekung, menunjukkan mak mertua selalu solat sunat dan membaca Al Quran.

Yang keempat. Beberapa bulan selepas aku terjumpa carian mak mertua di handphone nya, aku menyangka hidup mak mertua yang satu lagi telah berkurangan. Aku tersilap. Rupanya mak mertua sem4kin galak. Mak mertua telah menjalin kasih dengan kawan sekolah lamanya.

Mak mertua tidak suka kami tahu dan masuk campur langsung hubungannya itu, sedangkan kami tiada halangan langsung, asalkan urusan pernikahan mengikut undang – undang. Mak mertua mahu kahwin senyap – senyap, dan jika bercerai, cerai senyap – senyap.

Akhirnya mak mertua telah berkahwin lari dengan kawan sekolahnya itu, kahwin lari di Thailand. Mak mertua tidak mahu mendaftarkan perkahwinan ini di Malaysia. Mak mertua tidak mahu sesiapa tahu. Padahal orang setaman telah nampak mak mertua selalu keluar masuk ke rumah lelaki tersebut.

Yang kelima dan seterusnya, mak mertua mempunyai banyak per4ngai jahat dan jelik yang aku tak boleh nak habiskan senarainya kali ini. Aku sedaya upaya menutup mata selagi boleh. Tetapi jika sampai kahwin lari di Thailand bagi aku terlalu memaIukan keluarga, sedangkan boleh saja mak mertua kahwin ikut prosedur biasa tanpa halangan.

Kami anak – anak menerima jika mak mertua ingin berkahwin, silakan. Kami menggalakkan. Nikahlah cara yang betul, ikut prosedur, kami anak – anak akan menolong. Rupanya mak mertua takut kehilangan gelaran datinnya jika berkahwin secara rasmi mengikut lunas undang – undang.

Mak mertua mahu bersuami sorok – sorok dan mak mertua masih mahu memegang gelaran pangkatnya. Jelik!!! Wahai mak mertua, kami mahu kau bahagia, kami mahu kau mendirikan rumahtangga dengan jalan yang betul, bukan dengan cara salah begini.

Pangkat darjat tidak penting, yang penting kita mengikut sunnah agama, menguar – uarkan perkahwinan. Bukan kahwin sorok begini. Ini mencaIar maru4h keluarga. Sangat memaIukan. Aku betul – betul kasihan dengan suami, yang nampak terlalu kecewa dengan tindakan mementingkan diri mak mertua, suami aku ada nama di tempat kerja, orang mengenalinya sebagai orang mak mertua yang baik – baik, suami nampak terlalu sedih.

Wahai mak mertua, jagalah nama baik arw4h ayah mertua. Jagalah maru4h mu sebagai wanita Muslim. Jagalah maru4h anak – anak mu yang selama ini menjadi anak yang soleh dan taat. Hentikanlah kehidupan double life ini.

M4ut bila – bila boleh menjemputmu. Janganlah jadi mun4fik pura – pura beriman di depan orang sedangkan kau bergelumang dengan d0sa. Insaflah. Moga Allah tunjukkan jalan. Cerita ini sekadar untuk menjadi pengajaran kita semua dan aku mohon yang lebih arif untuk bagi nasihat perundangan atau nasihat yang perlu anak – anak nya buat untuk menghentikan perbuatan jahat jelik double life mak mertua yang berterusan tidak berhenti ini. Menantu yang mahu mak mertua insaf, – Ana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Salwani Bt Sanubari : Hidup terlalu singkat untuk singkap kisah silam seseorang. The dark side seseorang. Kita ada dua pilihan. Pertama, tegur secara berhikmah. Kedua, abai Kan. Kalau nak pahala, tegur. Kalau rasa NAK terlepas dari soalan di sana, tegur.

Terpulang pada empunya diri. Sama ada mahu dengar atau tak. Setiap orang yang ada dark side ni, bukan dia minta. Semua orang nak berubah. Percaya la.. cuma kekuatan tu mungkin tak sekuat mana. SEBAB benda DAH terbiasa. Bagi masa. Ajak jadi kawan. Insyaallah.. suatu Hari nanti, dia balik ke pangkal jalan. Hidup ni lebih baik jahiI dulu. Baru jadi yang terbaik.

Siti Khatijah Abdulah : Kenapa tidak bertegas nasihatkan mak mentua. Kalau segan nak nasihat, suruh suami nasihatkan. Di akhir4t nanti mak mentua akan menyalahkan orang yang tahu rahsia gelap “kenapa tiada orang nasihatkan dia. Dia mungkin akan tarik awak atau suami awak ke ner4ka”. Mak mentua kehilangan suami jadi tanggungjawab anak lelaki menjaga dia .

Yahya Osman : Apa nak dik4ta, dia memilih hidup yang penuh dengan tipu daya sy4itan yang telah bersarang dalam dirinya, pangkat, darjat, ri4k dan b0ngkak telah menjadi d4rah dagingnya, memilih kesombongan dengan gelaran dan penuh dengan kepura – puraan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Shopee Free Shipping : https://shp.ee/ty2vbpz | Apa kata anda?