Aku nak cari suami handsome. Sekali yang datang jerawat penuh satu muka sampai ke dagu. Tapi dia bagi aku coklat dan aku terima jadi suami

Dulu masa belajar aku banyak tolak lelaki lelaki baik yang nak dekat aku. Puncanya aku pandang rupa. Bila dapat yang handsome, mereka curang pulak. Sehinggalah, seorang lelaki muka penuh jerawat, gelap datang bagi coklat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih jika confession aku ini di siarkan. Kalau tidak tersiar pun, tidak apa. Ada juga yang sudi baca walaupun untuk tujuan tapisan, hehe. Aku Nora, berumur awal tiga puluhan. Ada juga kisah rumah tangga aku dalam confession ini. Jadi aku minta maaf pada sesiapa yang tidak suka.

Aku dibesarkan dalam keluarga besar. Ayah aku kerja buruh biasa manakala emak pula suri rumah. Walaupun keluarga kami tidak kaya tapi tidak juga sangat miskin. Alhamdulillah makan minum cukup tapi kami adik beradik sudah terbiasa hidup berdikari sejak kecil.

Seingat aku, hari pertama ke sekolah saja aku berteman dengan abang sulung. Itu pun masa itu, abang sulung suruh aku ingat betul – betul jalan balik antara rumah dan sekolah. Hari kedua aku bersekolah rendah, aku sudah berjalan sendirian. Uniform sekolah dan segalanya, aku gosok dan buat semua sendiri.

Dalam kalangan adik beradik, aku yang paling pendiam. Paling biasa biasa dari segi akademik, sosiaI dan rupa. Macam tidak ada yang nak dibanggakan oleh ibu bapa aku. Aku memang sedar sangat – sangat dan rasa rendah diri sangat kuat. Susah sangat nak dengar pujian untuk aku.

Tapi di sekolah, aku happy go lucky dan mulut becok juga. Cuma bila balik rumah, berubah terus. Makin kami adik beradik meningkat usia, makin kami renggang. Ada yang sudah belajar jauh, dapat kerja yang baik. Aku, bernasib baik boleh melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam.

Pada umur lapan belas tahun, baru aku betul – betul bergaul dengan kawan lelaki yang sebaya. Sebelum itu, aku bersekolah lima tahun di sekolah perempuan. Masa sekolah rendah itu, biasa – biasa saja berkawan. Biasalah budak – budak sangat kan. Nak kata terkena k3jutan budaya, tidaklah sangat.

Kursus aku pula, nisbah dua lelaki satu perempuan. Tapi disebabkan tuntutan ilmu, terp4ksa aku beranikan diri juga bercakap dengan mereka. Masuk kumpulan itu ini bercampur lelaki perempuan. Aku bercakap pun bila perlu. Awal – awal, boleh kata sampai seram sejuk tangan nak suarakan pendapat dalam kumpulan dan dalam kelas.

Dalam aku memegang gelaran perempuan paling pendiam dalam kelas, sempatlah juga aku bercinta. Adik – adik jangan tiru perbuatan kakak yang jahiI dulu ini ok. Pertama, dengan Aziff. Aziff ini sedap mata memandang. Dengan dia ini aku dapat keyakinan sikit.

Yelah, aku cerita kat atas yang aku ini selalu rasa rendah diri kan. Bila Aziff berminat dengan aku, aku rasa yang aku ini pun tidaklah teruk sangat kot. Tapi dua tahun saja lepas itu kami putus. Aziff ini rupanya agak playboy juga. Kami putus secara baik walaupun aku tahu dia curang. Buat apa nak g4duh pada orang yang tidak sudi. Pasrah.

Selepas Aziff, Fikri hadir dalam hidup aku. Dia memang sangat good looking sampai aku pun pelik juga apa dia nampak pada aku. Tapi kami pun tidak ada jodoh atas sebab keluarga yang menghalang. Kedua – dua keluarga tidak berapa berkenan dapat bakal menantu orang jauh. Sekali lagi, pasrah.

Kedua – dua bekas teman lelaki itu, kami masih berkawan cuma tidak berhubung. Masa masing – masing nak kahwin, barulah kami berhubung untuk sama – sama hantar kad jemputan. Lagipun kebetulan Aziff dan Fikri pun berada dalam sosiaI circle yang sama di institut pengajian tinggi awam. Tengok perkembangan masing – masing dari jauh saja sekarang.

Sebenarnya antara tempoh aku bercinta dengan Aziff dan Fikri, ada juga beberapa lelaki lain yang baik – baik tapi aku abaikan. Mungkin rupa mereka agak kalah sedikit dengan bekas teman lelaki aku tapi aku tolak dan mereka semua kawan yang baik.

Nak buat macam mana. Rupa paras aku pentingkan waktu itu. Selepas tamat belajar, aku pulang untuk bekerja di tempat sendiri. Rezeki aku dapat kerja cepat dan dekat untuk berulang alik rumah keluarga dan tempat kerja. Masa ini aku pun single.

Balik duduk rumah sendiri, datang balik rasa rendah diri. Sebenarnya bila sudah dewasa ini, aku memang tidak pernah dapat bermanja dengan keluarga sendiri. Pujian jarang dapat, kritikan itu tidak payah kira, tidak terkira. Abang – abang dan kakak ada kelebihan masing – masing.

Malah majlis konvokesyen aku pun, mak ayah tidak berusaha nak datang padahal kakak yang belajar lagi jauh sanggup bersusah payah ke sana. Orang cakap lepas habis belajar bina kerjaya dan kumpul aset. Aku pula nak cari lelaki untuk tempat berpaut emosi dan segala yang boleh aku paut.

Aku berkahwin dengan suami semasa kewangan kami sudah stabil. Segala persiapan kahwin, kami berdua tidak guna duit ibu bapa kami. Rezeki aku dapat suami yang sekufu. Suami aku aku kenal semasa aku baru kerja. Masa itu gajinya lebih rendah dari aku.

Mukanya gelap sebab naik motosikal ke sana sini. Kereta tidak ada. Jerawat pun penuh sampai ke dagu, hehe. Itu aku perasan sebab kebetulan dia datang nak hadiahkan coklat, aku pula tengok jerawat dia. Tapi aku tahu dia baik. Itu yang utama.

Aku ingat balik lelaki lelaki yang aku pernah tolak dulu sebelum Aziff dan Fikri. Kalau ada yang baik, memang tidak akan aku lepaskan lagi. Kali ini aku cuma nak lelaki yang baik dan kuat bekerja. Aku nak cari dahan kuat untuk berg4ntung hidup. Dan paling utama biarlah dia sayangkan aku sangat – sangat.

Orang kata chemistry itu penting juga. Semasa bercinta, aku tidak ada rasa langsung tarikan itu dengan suami. Tetapi selepas kahwin, barulah ia datang perlahan – lahan. Kemudian semakin lama semakin kuat. Kahwin ini indah kalau dapat suami yang betul – betul sekufu.

Dari segi kewangan malah hingga ke citarasa dekor rumah, jarang kami berselisih. Perbezaan itu memang ada tapi kami fokus lebih pada persamaan. Selepas jadi isteri, barulah aku rasa perasaan bila dimanjakan. Boleh bersenang lenang.

Memang bahagia. Siapa tidak bahagia dapat suami tanggung dari awal hingga akhir. Sudah hampir sedekad kami bersama, perasaan kami boleh kata lebih dari semasa bercinta dulu. Tapi semasa awal perkahwinan, Allah dan aku saja tahu betapa aku sanggup jadi hipokrit dengan suami semata – mata untuk hasil seperti sekarang.

Tahun awal perkahwinan, suami belikan rumah untuk kami dan sempatlah mengajak aku untuk urusan di KWSP. Sekali itu, dia nak letak nama aku sebagai penama tunggal untuk nama w4ris akaunnya. Tapi aku hipokrit. Aku suruh juga dia letak nama ibunya dan aku sempat berpesan di situ ibu itu melahirkannya, biarlah ada bahagian juga. Dan suami menurut.

Padahal tujuan utama sebab aku hanya nak nampak diri aku baik depan suami. Kemudian semasa awal perkahwinan juga, aku dan dia sering berebut di kaunter bayaran untuk membayar barangan dapur dan belanja. Alasan aku, aku tidak mahu guna duit dia sangat.

Biasanya suami yang menang tapi aku juga menang hal yang lain iaitu aku bukan isteri yang suka mengikis. Betapa hipokritnya aku. Aku tahu suami memang pandang duit perempuan macam benda terlarang. Baginya seperti dayus guna duit perempuan.

Tapi setiap tahun aku bank in juga duit insurans rumah dan insurans kereta sebab aku segan selalu guna duit dia. Markah lebih untuk aku. Semasa ulang tahun perkahwinan kami dan hari lahir dia, aku akan all out merancang untuk sambut.

Tidak rasa rugi pun sebab sepanjang tahun suami akan ingat dan all out manjakan aku. Hipokrit kan. Di luar, aku sentiasa senyum manja tapi dalam hati aku sentiasa fikir apa lagi yang aku nak berdrama. Kalau ada yang fikir tidak penat ke, jawapan aku aku paling takut sayang dia pada aku pudar.

Sebab dengan keluarga, aku tidak pernah dapat kasih sayang macam aku dapat dengan suami. Kadang – kadang bila dia tolong gorengkan ikan sambil layan game dekat hp, aku tetap makan ikan hangit dia walaupun dilarang. Aku ucap terima kasih dan tolong di dapur dan teringin nak makan air tangan suami iaitu ikan goreng hangit tersebut.

Riak muka dia pun menang sangat macam tidak tahu sama ada aku sindir atau ikhlas. Tapi lepas itu boleh dikatakan suami sudah banyak berubah di dapur. Makin ringan tugas aku. Alhamdulillah. Itu contoh – contoh hipokrit aku dalam kehidupan seharian.

Nak marah memang aku tidak pandai. Bila dapat anak, suami suruh saja aku berhenti kerja untuk tumpu pada anak. Ya, hanya jaga anak aku sebab balik kerja pun dia menolong buat semua kerja rumah. Alasannya takut aku letih jaga anak.

Sekarang jawatannya pun tinggi, gaji pun boleh tahan, kulit muka sudah licin dan cerah dari dulu. Jauh sangat beza penampilan dari sebelum kahwin. Untuk aku, aku hanya jaga badan aku, keperluan batin dia dan emosi dia supaya selalu happy.

Dah ada masa terluang di rumah, bolehlah belajar apa yang patut untuk kukuhkan rumah tangga. Happy wife happy family. Macam mana dia kenal aku sweet girl sebelum nikah, itulah yang aku cuba kekalkan sampai sekarang. Tapi sekarang memang sayang sangat pada suami. Rezeki aku Allah bagi. Doakan kami bahagia ya.

Tapi suami banyak bantu aku juga dari sudut hubungan aku dengan keluarga. Sikapnya yang pemurah disenangi oleh adik beradik aku. Boleh diharap, sentiasa senyum. Dulu keluarga aku ini masing – masing kena hulur duit kalau nak buat apa apa di rumah mak ayah aku.

Tidak ada siapa yang murah hati nak bayar lebih. Padahal semua kerja elok – elok. Tapi tidak dijadikan budaya pemurah. Bahagian aku, bahagian kau. Lebih kurang macam itu. Tapi orang cakap bila kita bahagia barulah kita boleh bahagiakan orang lain. Akulah yang buat dulu.

Ada apa – apa aku belanja anak saud4ra, belikan makanan tanpa sebarang sebab khas. Hanya niat untuk belanja keluarga aku. Mula – mula macam tidak biasa. Yelah, apa hal tiba – tiba aku nak belanja kan. Setiap kali balik kampung berkumpul ramai – ramai, suami ajak keluar belikan apa – apa.

Baiki rumah pun dia rajin. Sampah pun dia rajin buang. Benda kecil itu orang selalu nampak. Lama kelamaan abang dan kakak pula yang suka hulur, saling belanja, rancang trip ke sana sini. Entahlah. Boleh kata makin seronok keluarga aku. Makin rasa kuat ikatan kekeluargaan.

Mak ayah pun makin tua. Dah boleh bersembang sama – sama. Sekarang ini dalam seminggu pun beberapa kali juga aku bercakap di telefon dengan mak. Macam – macam kami bualkan. Situasi ini pun tidak terfikir langsung pada aku suatu masa dulu.

Dalam bahagia ini, kalau tengok ada kawan yang belum bertemu jodoh, tolonglah doakan juga kawan itu selepas solat. Yang sukar dapat anak, yang s4kit, tidak lama pun tolong doakan orang. Mungkin seminit dua saja. Kalau ada kereta yang tergesa – gesa di hadapan atas jalan raya, apa kata bagi laluan saja. Macam cikgu sekolah aku cakap dulu, mungkin dia tergesa – gesa nak ke tandas. Permudahkan urusan orang lain.

Jiran jiran kalau terserempak, senyum. Jumpa orang, kita hiasi wajah dengan senyuman. Kita permudahkan urusan orang dan bahagiakan orang lain seikhlasnya akan dibalas yang baik juga kan. Entahlah, makin panjang pula confession ini. Aku berundur dulu. Assalamualaikum. – Nora bukan nama sebenar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :