Lagi beberapa hari sebelum kahwin, isteri mengaku sukakan lelaki lain dan minta aku berikan masa. Namun kami tetap teruskan juga perkahwinan tapi aku selalu rasa tak sedap hati. Sampai aku nekad beli tiket flight ke Sarawak untuk jumpa isteri. Waktu tu lah dia nampak aku, dan melutut minta maaf.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Thanks admin kerana siarkan cerita aku. Maaf jika penceritaan aku mungkin agak berserabut kerana aku memang tengah serabut sekarang. Apa yang aku nk luahkan ni dah lama terbuku dalam hati.
Aku tak ade tempat untuk kongsi segala masalah. Aku pend4m aku simpan selagi mampu. Aku harap pembaca semua dapat memberi nasihat dan pandangan untuk aku kuat teruskan hidup. H1nalah, k3camlah, k3jilah aku jika itu yang selayaknya aku dapat.
Aku Daud, berusia 26 tahun, tinggal di kotaraya, kerja di sektor swasta. Aku ditawarkan pekerjaan sejurus selepas menggenggam segulung ijazah. Bagi aku segala yang aku rancang, alhamdulillah berjalan dengan lancar seperti yang aku plan untuk hidup aku.
Aku kenal dia (isteri) sejak aku mula – mula masuk ke kampus di tahun 1. Entah macam mana aku tersangat suka kat dia, hingga timbul keberanian untuk bersemuka dengan orang tuanya meminta restu dan menyatakan hasrat untuk berkawan dengan anak mereka.
Alhamdulillah tindakan aku tepat dan ibu bapanya merestui hajat aku. Bibit percintaan mula berputik hari ke hari. Aku ikhlas cintakan dia. Aku berikan seluruh jiwa raga cinta yang ada pada diriku kepada dia.
Aku nyatakan hasrat aku utk mengahwininya, tapi kena tunggu hingga kehidupanku benar – benar stabil barulah aku akan menikahinya. Aku berasa sangat terharu kerana dia faham tujuan aku dan sanggup menunggu hingga masanya tiba.
Ini membuatkan aku berazam bersungguh – sungguh bekerja kuat untuk halalkan dia bersama aku. Aku kerja di KL manakala dia dapat posting ke Sarawak selang beberapa bulan selepas aku bekerja.
Kadangkala aku kasihan melihat dia struggIe untuk sesuaikan diri ditempat baru nun jauh ke pedalaman sarawak. Aku bagi kata – kata semangat untuk dia terus berju4ng di sana demi mendidik anak bangsa.
Alhamdulillah dia dapat sesuaikan diri setelah hampir 2 bulan di sana. Kami mengambil keputvsan untuk mengik4t tali pertunangan. Di sinilah bermulanya aku diuji dengan ujian yang aku sendiri tak sangka.
Selepas bertunang, aku bekerja siang dan malam demi mencari wang yang cukup untuk majlis perkahwinan kami. Aku tak rela buat pinjaman bank semata – mata untuk kahwin. Aku kerahkan segala kudrat yang ada, yang termampu aku buat.
Aku berkerja di pejabat seawal jam 7.30 pagi hingga jam 8.00 malam dan disambung pula dengan part time chef di hotel berdekatan hingga jam 2 pagi. Begitulah rutin harianku, demi mencari sesuap nasi. Penat, exh4usted, tak cukup rehat, mengantuk, semua aku dah laIi.
Aku rahsiakan semua ini daripada dia kerana aku tak nak dia risaukan keadaan aku. Namun, ini telah menyebabkan aku kurang berhubung dengan dia. Beberapa kali kami berg4duh disebabkan salah faham dek kerana jarang berhubung.
Aku faham perasaan dia yang kesunyian, dan pada masa yang sama aku juga harap Allah tenangkan hati dia agar faham keadaan aku. Beberapa bulan sebelum hari pernikahan kami aku mula perasan perubahan per4ngainya.
Aku beberapa kali cuba nasihat dan mintak penjelasan tapi akhirnya hanya s4kit hati yang aku dapat. Mula – mula memang rasa s4kit hati dan marah tapi aku rasionalkan diri untuk faham keadaan dia dan letak diri aku pada tempatnya.
Namun keadaan tak juga berubah. Mungkin Allah nak tunjuk pada aku, ketika kami berjumpa untuk berbincang tentang majlis perkahwinan kami aku ternampak mesej dari sorang lelaki yang tidak aku kenal.
Rupanya dia berbaIas mesej dengan seorang lelaki tanpa pengetahuan aku. Aku sebagai tunang rasa sangat kecewa. Aku mintak telefon dia untuk baca mesej – mesej diorang tapi reaksi yang aku terima sangat menyedihkan.
Aku dit3ngking, dimarah, dan dituduh cemburu buta. Hati lelaki mana yang tak terIuka bila diperlakukan macam tu. Kami berg4duh agak lama, dan dia langsung tak pujuk malah langsung tak mesej ataupun call aku.
Aku kuatkan hati, aku pujuk sendiri hatiku, mungkin ini dugaan bertunang. Aku bersangka baik dengan tunang. Aku hormat dia sebagai seorang perempuan. Aku rendahkan eg0 aku sebagai lelaki dan aku pohon maaf kepada dia.
Alhamdulillah hubungan kami kembali pulih. Aku ingat dia dah berubah, jangkaan aku meleset sama sekali. Beberapa hari sebelum majlis pernikahan kami sekali lagi Allah tunjukkan kepada aku. Rupa – rupanya dia masih lagi berhubung dengan lelaki tu, dan kali ni dia mengaku yang dia suka kepada lelaki tu.
Aku terduduk, mulut aku terkunci rapat, hati aku pedih, air mata aku hampir jatuh tapi aku tahan sekuat mungkin. Dengan berbaki beberapa hari ja lagi menuju hari bahagia kami, perkara ni sangat – sangat menghir1s hati dan perasaan aku.
Fikiran aku buntu, otak aku serabut. Aku sangat sayangkan dia. Tapi tergamak dia buat macam ni kat aku. Dia meminta maaf kerana mempunyai perasaan cinta kepada lelaki lain selain aku. Berm4ti – m4tian dia mempert4hankan lelaki tu sedangkan aku sebagai tunangnya dipinggirkan.
Dia cakap perasaannya sekarang berbeIah bahagi antara aku dan lelaki itu. Dia minta aku berikan masa untuk dia berfikir, pada masa yang sama meminta aku supaya melakukan yang segala yang terdaya untuk t4wan kembali hatinya.
Aku buntu. Aku hantar dia balik kampung supaya dia dapat tenangkan fikiran sebelum kami bergeIar suami isteri. Selang beberapa hari aku berbincang dengan dia secara hati ke hati tentang majlis perkahwinan kami dan akhirnya dia berjanji akan melupakan lelaki tu dan ingin meneruskan perkahwinan kami.
Alhamdulillah majlis kahwin kami berjalan lancar. Namun entah kenapa hati aku rasa tak pernah tenang. Aku tak tahu kenapa. Aku buang jauh – jauh perasaan tu. Tapi perasaan tu keep on datang. Aku nekad beli tiket flight pegi ke Sarawak tanpa pengetahuan dia.
Rupa – rupanya sekali lagi Allah nak tunjuk dekat aku, betapa kecurangan tu tetap akan berlaku walau sebaik mana pun kau cuba untuk elak. Isteriku sendiri kant0i keluar dan bermesra dengan lelaki tu di depan mata aku.
Isteri yang aku nikahi tak sampai sebulan tergamak curang dengan aku. Allah taala saja yang tahu betapa h4ncurnya hati aku, betapa luIuhnya hati aku, betapa pedihnya Iuka yang aku rasa sebagai seorang suami.
Aku menangis terduduk keseorangan. Aku rasa dunia ni sangat kosong sangat gelap. Sangat berat dugaan yang Allah timpakan ke atas aku. Dia datang meIutut meminta maaf kepadaku. Aku tak tahu nak cakap macam mana.
Hati aku h4ncur. Segala peng0rbanan penat leIah aku selama ni sangat sia – sia. Aku rasa seperti aku seorang saja yang bersungguh – sungguh mempert4hankan hubungan ini. Sedang aku bekerja siang malam demi kesenangannya tergamak isteriku sendiri berf0ya – f0ya dengan lelaki lain.
Lafaz taIak berlegar – legar dibenak kepalaku. Aku tak tahu nak buat macam mana. Aku cuba rasionalkan diri. Wajah ibu ayah dan keluarga mertua bermain di fikiran. Aku fikirkan maru4h keluargaku jika kami bercerai dalam usia perkahwinan yang tak sampai sebulan.
Aku fikirkan juga maru4h keluarga isteriku jika mereka tahu keadaan yang sebenar. Aku tak sanggup nk tengok kesedihan dan kekecewaan pada wajah ibu dan ayahku serta mertuaku. Biarlah aku yang tanggung segalanya.
Demi maruah keluarga aku maafkan perbuatan dia tanpa aku redha sedikitpun. Kini sudah hampir 3 tahun kejadian ni berlalu. Namun, aku tak pernah lupa setiap detik yg berlaku. Dalam tempoh 3 tahun ni tak pernah sehari pun berlalu tanpa aku fikirkan nasib yang men1mpa diriku.
Kami masih suami isteri. Dia mungkin sudah berubah. Tapi aku tak lagi menaruh harapan kepada dia kerana kepercayaan aku terhadapnya telah tiada. Sejak akhir – akhir ni aku sering terimbau kembali kejadian 3 tahun lepas, dan setiap kali itulah aku menangis.
Perasaan cinta terhadap dia sudah tiada. Perasaan kasih terhadap dia sudah tiada. Perasaan sayang terhadap dia sudah tiada. Tiada apa lagi yang ada pada diri aku utk aku berikan kepada dia kerana segala – galanya dah h4ncur.
Dan hubungan yang dibina semata – mata atas dasar maru4h keluarga, bukan lagi atas dasar cinta. Kejadian tu telah buat aku berubah. Aku bukan lagi diriku yang dulu. Kami masih lagi PJJ. Kini aku lebih suka menyendiri, aku rasa lebih selesa bila sorang – sorang.
Aku setia, aku berusaha keras, bertahun – tahun aku simpan hati aku untuk dia, aku buat segala – galanya untuk dia tapi hanya untuk disia – siakan. Aku rasa kosong. – Daud
Komen Warganet :
Siti Nordiana Bt Nordin : Sebenarnya 2 – 2 tak bahagia. 3 tahun memperb0dohkan diri kononnya atas dasar maru4h??? Carilah bahagia kalian.. cukup – cukuplah siksa diri. Ko dan dia mungkin tak serasi bersama, mungkin ada j0doh lain yang lebih baik menanti. Tak payah berdend4m.. masing – masing ada khilaf.
Nor Jazilah Abas : Jangan terus tergesa – gesa. Cari jawapan dari Allah. Wat solat istikharah. InshaAllah Allah tunjukkn jalan. Jangan terlalu cepat melafaz taIak, sedangkn dalam masa yang sama kita tak tahu wife awak betul – betul da insaf.
Cuba berbicara dari hati ke hati, bagi ruang kepada diri sendiri untuk memaafkan, dan melupakan apa yang terjadi. Kadang – kadang diri sendiri eg0 untuk memaafkan dan melupakan, sebab itu diri tak tenang.
Semua orang ada buat silap, tapi perlu tahu, semua orang juga berhak untuk dpt peluang kedua, dan pluang kedua ni hanya untuk orang yang betul – betul bertaubat.
Waheeda Rahim : 3 tahun tuh masa yang terlalu lama untuk hubungan yang tiada kepercayaan. Elok encik bawak wife berbincang. Tak elok dibiarkan camtu je. Andai penceraian itu yang membahagiakan kenapa tidak?
Islam tidak meIarang penceraian dan tidak juga menggalakkan. Kadang – kadang kita rasa orang yang kita cinta tuh yang terbaik untuk kita. Tapi rupanya tidak kerana hanya Allah yang tahu apa yang lebih baik untuk h4mbaNya.
Tiap – tiap yang jadi pada diri kita pasti ada hikmahnya. Semuanya kehendak Allah taala, baik mahupun buruk. Jangan siksa jiwa encik dan wife dengan perkahwinan yang tidak membahagiakan. Cari bahagia untuk diri. Kita berhak untuk bahagia. Moga kita semua dirahm4ti
Azlina Mohd Zain : Move on je. Jangan sia – siakan usia. Kalau nak bina keluarga harus hidup bersama, bukan PJJ. Ruang dan jarak akan mer4puhkan hubungan suami isteri jika iman tak kuat. Buatlah keputvsan terbaik.
Solat istikharah mohon petunjuk Allah. Next time jangan sorok – sorok aktiviti. Kalau sorok – sorok akan menimbulkan fitnah dan buruk sangka. Belajarlah berterus terang.
Nor Fadhilah : Berbincang lah secara bersemuka. Sudah 3 tahun. Sudah tiba masanya segala yang dipend4m diluahkan. Namun ambil kira semua penyelesaian. Pohon jua pada Allah swt agar dipermudahkan urusan saud4ra. Saya doakan saud4ra dimudahkan urusan rumahatangga.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.