Ibu sengaja letak hantaran 20k, sbb kekasih saya hanya seorg tukan kebun, sekolah darjah 6

Saya seorang pensyarah lulusan PHD. Saya bukanlah orang yang cantik, sebelum ni tak ada lelaki pun yang pernah meng0rat saya, nak dekat pun tak ada. Hanya Malik sorang je tapi ibu tak setuju sebab dia hanya tukang kebun, terlalu muda untuk saya. Malah gajinya jauh lebih kecil dari saya…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya Maira, pensyarah lulusan PHD yang berumur awal 30-an. Saya bujang dan tidak lah cantik seperti typical gadis idaman lelaki melayu. Sebelum ni tak pernah pun ada lelaki meng0rat saya, malah yang mendekati pun memang takde.

Sehinggalah saya bertemu dengan Malik, seorang tukang kebun di universiti tempat saya bekerja. Malik berusia pertengahan 20-an, jauh lebih muda dari saya. Awal perkenalan kami, kami terserempak di kafeteria universiti.

Masa itu Malik tak tahu pun saya seorang pensyarah, dia ingat saya student sebab saya akui muka saya memang baby face. Entah bagaimana, saya pun terjatuh hati pada Malik. Melihatkan sosok peribadinya yang sangat sopan, mesra orangnya dan sentiasa tersenyum, saya terpesona dengan akhlaknya.

Malah dia jauh lebih m4tang dari usianya. Dah lama kenal barulah kant0i yang saya ni pensyarah. Masa ni Malik dah segan nak kawan dengan saya, sebab masa ni jugaklah kant0i saya jauh lebih berusia dari dia. Tapi orang kata, kalau dah suka, benda tu semua tolak tepi.

Hampir setahun kenal, Malik luahkan pada saya perasaannya. Saya gembira dan teruja kerana saya tidak bertepuk sebeIah tangan. Malik ada beritahu rancangannya untuk meminang saya tahun hadapan. Akan tetapi, percintaan kami ditentang hebat oleh ibu saya.

Kenapa ibu saya tolak Malik? :

1) Malik hanyalah seorang tukang kebun.

2) Malik terlalu muda untuk saya.

3) Keluarganya orang susah.

4) Gajinya terlalu kecil dibandingkan dengan gaji saya.

Pendek kata, ibu cakap kami memang tidak sekufu. Perbezaan hidup, taraf sosiaI, tahap pendidikan & pekerjaan memang jauh beza. Malik tak sekolah tinggi, dia hanya sekolah sampai darjah 6 sahaja sebab dia orang susah.

Family tak mampu sekolahkan dia sampai sekolah menengah. Family saya pula orang senang, Alhamdulillah. Ibubapa saya dua – dua berkerjaya sebagai golongan pr0fessional. Ibubapa saya ada lebih 5 buah rumah di pelbagai lokasi.

Kereta pun lebih 3 buah. Tak termasuk harta – harta lain. Jauh berbeza dengan Malik yang hanya ada rumah kayu yang usang. Keluarga Malik takde kereta, hanya Malik sahaja ada motorsikal. Sangat berbeza kehidupan kami.

Ibu terangkan pada saya, betapa banyak sudah wang dia habiskan untuk sp0nsor saya belajar sampai PhD, takkan nak kahwin dengan tukang kebun je? Ibu juga bagitau, ibu susah payah jaga saya sampai saya berjaya ke tahap ini (menjadi pensyarah) tapi tiba – tiba nak serahkan saya kepada tukang kebun je?

Ibu tatang saya bagai minyak yang penuh, ibu taknak nanti dah kahwin saya pula yang kena tanggung suami sendiri. Macam – macam ibu persoal. Tapi saya tetap dengan pendirian saya. Saya cakap pada ibu, saya sangat sayang dan cintakan Malik.

Selama ni tiada lelaki pun yang cuba dan pernah mendekati saya, tetapi Malik adalah lelaki pertama yang muncul dalam hidup saya. Saya sedar saya tidak cantik, ada lelaki suka saya pun dah lebih dari bersyukur dah.

Saya yakin Malik lelaki yang baik, dia pasti tidak akan biarkan saya yang menanggung dia. Saya juga kagum dengan semangat Malik yang menyara keluarga dan adik – adiknya. Saya jatuh cinta pada peribadi Malik.

Jika ibu tak restu hubungan saya dengan Malik, ibu kena terima hakik4tlah bahawa saya akan kekal selamanya jadi anak d4ra tua. Akhirnya ibu akur. Ayah saya tidak kisah langsung dengan Malik. Ayah cakap, asalkan dia lelaki yang baik, ayah tak kisah.

Apa pun kerja dia, ayah tak kisah janji dia boleh jaga anak ayah sama macam ayah jaga anak ayah selama ni. Ayah pun cakap, ada orang nak kat anak ayah pun ok dah, dari takde langsung yang nak. Tapi ibu letak syarat, kalau Malik tetap mahu kahwini saya, ibu tetapkan hantaran 20k.

MasyaAllah. Ibu sudah giIa ke apa? Tahu kenapa Malik nak meminang saya tahun depan? Kenapa bukan tahun ni? Kenapa bukan bulan depan? Sebab Malik nak kumpul duit untuk beli cincin tunang nanti dan buat majlis simple untuk pertunangan kami, selain kumpul duit untuk kahwin jugak.

Malik cakap, lepas 3 bulan bertunang nak terus kahwin. Malik jugak ada cakap, dia hanya mampu saving RM 500 je sebulan dari gaji dia, sebab selebihnya duit gaji dia adalah untuk family dia. Saya pujuk ibu, mintak kurangkan hantaran.

Saya cadangkan supaya letak 5K sahaja hantaran saya, sebab saya tak mahu membebankan Malik. Tapi ibu bantah keras. Ibu cakap, ‘anak aku tak semurah tu untuk letak 5k sahaja hantaran. Budak SPM zaman sekarang pun 10k hantaran paling busuk.

Inikan pula PHD graduate. MemaIukan ibu je’ Saya jawab. Saya bukannya barang untuk dijual beli. Saya cuma nak kahwin dan tak mahu menyusahkan Malik. Tapi ibu tetap berkeras. Ibu cakap, ibu terima Malik sebagai menantu pun dah lebih dari cukup.

Itu pun ibu cakap ibu tetap malu nak terima Malik sebenarnya sebab malu nak bagitau kawan – kawan dia yang menantu dia cuma kerja sebagai tukang kebun. Ibu takut orang mengata. Tapi saya peduli apa.

Orang akan tetap mengata, tapi yang nak kahwin tu saya, bukan ibu. Ayah pun sokong saya, sampai ayah bertekak dengan ibu pasal ni. Akhirnya ayah diam dan mengalah, sebab tak nak g4duh dengan ibu. Ibu terlalu berfikir panjang.

Ibu terlalu risau. Ibu cakap, ibu tak nak nanti lepas kahwin Malik lepas tanggungjawab dia untuk bagi nafkah. Ibu takut kalau nanti dah kahwin tiba – tiba Malik tinggalkan saya dan cari perempuan lain yang lagi muda atau sebaya dia.

Ibu juga takut kalau nanti Malik hanya nak tumpang kesenangan saya. Macam – macam kerisauan yang bermain di kepala ibu. Saya faham ibu risau, tapi saya cakap pada ibu. ‘Benda tu semua belum jadi. Kenapa nak risaukan benda yang belum berlaku?

Kita kena risaukan benda yang sedang berlaku. Buat apa nak fikir jauh sangat sebab tu semua kuasa Allah. Kalau nak jadi jugak apa boleh buat. Kalau dah takdir begitu, kenalah terima. Contohnya kalau memang suatu hari nanti j0doh kami tak panjang, nak buat macam mana.

Terp4ksalah terima walau meny4kitkan. Sekurang – kurangnya sekarang kita mencuba jugak dari tak mencuba langsung. Macam mana nak tahu masa depan kalau tak bertindak dari sekarang’. Ibu terus ambik kisah kawan – kawan ibu sebagai contoh.

Ada yang mend3rita kahwin dengan orang yang salah, kahwin dengan lelaki yang gaji kecil dari isteri hingga isteri pula menanggung suami. Saya cakap pada ibu, “tak semua orang sama. Takdir hidup kawan ibu tak semestinya sama dengan takdir hidup saya.

Kalau pun nanti akhirnya sama, itu lebih baik dari ibu tengok saya membujang sampai ke tua.’ Saya tetap menjawab dengan ibu. Tak kira, saya tetap nak menang. Saya nak jugak kahwin dengan Malik. Tapi masalahnya ibu masih keras kepala nak letak hantaran 20k. Guys,

Tolonglah saya. Saya dah tak tahu dah macam mana nak ceramah ibu saya ni. Ibu memang sengaja letak 20k sebab ibu tahu Malik tak kan mampu, dan ibu macam sengaja nak bagi Malik tarik diri dari meneruskan perkahwinan kami.

Aduh, saya tak nak kehilangan. Dia seorang lelaki yang baik dan saya memang cintakan dia sangat – sangat. Tolong bantu saya dan bagi nasihat yang terbaik. – Maira (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Natasha Shakila : I pernah ada pada situasi awak. I pilih untuk tak teruskan sebab mak ayah tak restu. Walaupun sampai sekarang rasa dia je yang serasi dengan diri ni dan tak akan dapat lelaki macam dia dah. Tapi kalau mak ayah tak restu memang tak berani nak teruskan. Alhamdullilah sekarang masih jomblo happy.

Sofiah Yunus : Sila dengar nasihat ibu. Naluri ibu ni lain macam. Allah bagi special, kadang – kadang perempuan ni bila dah sayang semua nampak baik, sampai tak nampak keburukan pasangan kita. Jadi, silalah dengar nasihat ibu.

Tak payah takut jadi andartu, takutlah kalau dah kahwin nanti semua kerisauan ibu tu benar. Dekat dunia ni ramai lelaki, mungkin rupa awak bukan taste lelaki melayu tapi mungkin taste lelaki Russia, siapa tahu.

Luaskan circle pergaulan. Jangan la hidup kerja, rumah, kerja, rumah. Macam mana nak jumpa lelaki yang sekufu kalau macam tu.

Rahm4ti Hamiza Ya Rabb : Sis, berapa banyak confession pasal perkahwinan yang tak sekufu ni. Sis dalam peringkat faII in love yang buat sis buta untuk lihat perkahwinan bukanlah setakat cinta.

Jangan nanti sis confess lagi cinta si tukang kebun pula. Biar tak kahwin daripada kahwin dengan lelaki yang salah. SAYA SOKONG IBU SIS. Yang benar, dari ibu anak 2.

Tengku Akrami Kimi Azmi : Terjebak juga nak comment. Ok, sebab ramai sangat dah comment sekufu, tapi rasanya Maira ni memang telah “buta cinta”. Jadi, saya gabungkan beberapa point dari comment dan tambah sedikit.

1. Lajakkan masa, jangan terburu – buru nak kahwin. Kalau dia betul – betul suka, dia akan tunggu, walaupon 5 tahun lagi.

2. Disebabkan dia tak ada SPM, saya cadangkan mintak dia ambik SPM. Kalau dia betul – betul cinta, dia akan buat. Bila dia ada SPM, insyaAllah dia boleh dapat kerja yang lebih elok sedikit.

Buat ni dulu, kemudian nanti confess balik, jadi ke tak, ok ?

CJ Khuzaimah Masmok : Kepada Maira, lebih baik jangan teruskan rancangan perkahwinan ni sebab anda berdua tidak sekufu. Sangat – sangat tidak sekufu. Sekufu bukan dari harta saja, tapi taraf pemikiran dan lain – lain.

Untuk tahun pertama, ye anda boleh berkongsi atau menanggung segala hal rumah, bil, dan sebagainya. Masuk tahun kedua dan ketiga perkahwinan dan tahun seterusnya, anda akan mula makan hati oleh sebab suami tak mampu nak tanggung perbelanjaan rumah.

Tambahan lagi, tanggungjawab Malik untuk keluarga lagi membuat anda akan makan hati. Mula – mula, ya awak boleh berk0rban, lama – lama anda akan jadi berkira dan menjadi b4rah dalam rumahtangga.

Walaupun nanti awak dah terangkan pada suami tentang perbelanjaan rumah, suami tetap tak mampu nak support perbelanjaan rumah. Nanti dah kahwin, anda mesti nak suami belanja anda macam – macam kan?

Masa ni baru awak terasa betul apa mak awak cakap dulu. Dengar cakap ibu ya. Sungguh ibu nak yang terbaik untuk semua anak – anak mereka. Bila dah ada anak, lagi susah nak berpisah. Kalau boleh, kahwin ni nak sekali je.

Jadi pilih yang terbaik atas restu ibu. Awal – awal perkahwinan memang semua manis ya cik Maira. Semut pun dipijak tak m4ti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.