Awek dkt pejabat ni kalau marah pun boleh buat saya cair, tak mcm isteri, kalau marah rasa meluat

Isteri saya kuat mekap, kuat main FB. 6 jam main mekap nonstop sampai baju pun nak kena saya basuh. Tapi saya tengok isteri saya tak cantik – cantik pun. Awek ni steady pakai gincu je. Tak mekap pun cantik giIa.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Sebelum ni pernah viral tentang aura ke 19 ni, saya sebagai seorang lelaki juga nak turut serta hadir di laman ini meluahkan definisi aura ke 19 yang terjadi dalam diri saya.

Confession ini agak panjang kerana ia menceritakan kisah hidup saya yang kelam dan menyedihkan Saya cukup kecam tindakan ‘suami’ yang bak kata wanita – wanita Malaysia kini “menjandakan isteri sendiri untuk menghalalkan janda lain”.

Sungguhpun begitu, apa yang dirasakan oleh ‘suami’ tersebut, sedang dirasakan oleh diri saya sendiri. Aura wanita lain yang menggusarkan iman saya. Saya bekerja di Ibu Kota, umur dah nak masuk 3 series tapi jiwa masih muda (memang muda pun).

Isteri saya tua lebih kurang 5 tahun daripada saya (jarak umur sebenar dirahsiakan). Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dan untuk pengetahuan semua, beliau merupakan seorang janda ketika pertama kali saya menemui dia.

Isteri saya sangat baik, banyak membantu saya sewaktu kami awal – awal kenal dulu. Maklumlah ketika saya baru habis universiti merangkak nak cari kerja, isteri saya dah stabil dari segi duit dan pengalaman. Anak dia pun sudah 3 orang (kini anak tiri saya).

Perkahwinan kami bahagia dan kami telah pun dikurniakan seorang anak hasil bersama yang lagi beberapa tahun nak masuk tadika. Saya bekerja makan gaji di sebuah syarik4t swasta. Gaji saya lumayan lah juga, nafkah tak pernah tinggal untuk isteri, anak sendiri dan anak – anak tiri yang saya dah anggap seperti d4rah daging sendiri.

Kalau saya bawa isteri bercuti, saya tak pernah tinggal anak – anak tiri. Saya siap bagi duit poket untuk mereka belanja. Dari segi luaran, perkahwinan kami nampak aman. Tapi dari segi dalaman, saya tak bahagia bahkan serabut.

Isteri saya seorang yang sangat garang. Mungkin sebab jarak umur kami yang jauh. Kadang – kadang cara dia berfikir dan bercakap macam anggap saya ni budak. Ya betul, saya masih muda. Belum 3 series pun.

Jiwa saya masih nak pergi konvoi, lepak dengan kawan sampai tengah malam, main kereta dan gaming. Itu yang saya mahukan. Tapi semua ini saya tinggalkan demi isteri saya. Kawan ajak lepak, konvoi, gaming memang saya tolak awal – awal.

Tengok kawan solek kereta, berkobar jiwa ni rasa tapi saya hanya mampu tengok. Fikiran saya lebih kepada baik saya simpan duit daripada membazir kat kereta. Jujur saya kata memang saya takut bini. Kalau isteri saya dapat tahu saya buat semua ni, dia punya marah tu macam mak marah anak lelaki bujang.

Kadang – kadang saya sebagai lelaki adakalanya tersasar juga bila lepak lebih – lebih lagi waktu musim bola. Nak lepak tengok bola kat mamak kena minta izin satu hal, lepas dah minta izin kena janji dengan dia balik rumah pukuI sekian – sekian pula tu.

Contohnya saya janji balik pukuI 11 malam, kalau terlebih sampai 12 malam memang kaw – kaw dia marah dan merajuk level memekak sampai sengaja nak bagi jiran dengar. Penat kadang – kadang nak bagitahu yang main bola tu ada masa tambahan 15/30 minit atau penalti (mungkin lelaki lebih faham bab bola).

Dia sebagai wanita lanjut usia, sepatah h4ram dia tak terima alasan saya. Manalah saya tahu bola tu dua – dua team tak dapat skor dalam 90 minit sampai nak kena bawa ke masa tambahan. Lagipun, 5 bulan sekali pun payah saya nak keluar tengok bola kat mamak dengan kawan sebab isteri saya tak bagi. Salah ke kalau sesekali?

Saya memang sentap bila kena marah macam budak oleh isteri saya sendiri. Dia sound saya depan anak – anak tiri saya yang tengah meningkat bujang. Bukan itu je, lepas dia marah depan – depan, dia up pula status kat Facebook yang ayatnya umpama suami abaikan isteri, suami tak boleh harap dan sebagainya.

Jatuh air muka saya. Itu lah kerja dia. Main facebook. Kerja hakiki saya kat luar saya buat, kerja rumah pun saya tak miss. Saya faham dia sibuk dengan perniagaan online selalu balik malam jadi saya yang terperap kat rumah ni banyak buat kerja rumah.

Namun tak dihargai. Ada je yang tak kena. Saya salah masukkan baju anak dalam almari, habis dia ungkit semua dan kata saya tak ambil peduli pasal anak sebab tu cuma anak tiri. Maaf, terlebih luah pula tentang isteri saya.

Dah lama peram punya pasal. Nak mengadu kat mak sendiri, siap lah kalau isteri dapat tahu. Sedangkan saya up gambar ibu dan ayah pun isteri saya perIi kenapa tak up gambar isteri dan anak. Mula lah nak kata saya tak sayang mereka. Itu pun jadi isu?

Baru – baru ini saya ditemukan dengan seorang awek muda. Cantiknya ‘Masya Allah’ bak kata Dai’ viral. 18 kali saya cuba tolak aura tu, 19 kali aura tu datang balik. Umur dalam 25- 27. Company saya dan dia JV dalam satu business.

Kami banyak berhubung melalui telefon dan dari awal kami berhubung, saya dah usha gambar dia. Memang cantik dan suaranya lunak. Saya sampai tanda di kalendar berapa hari lagi saya akan bertemu dia. Pada hari kami nak face to face, berdegup jantung saya.

Kali pertama saya jumpa dia, tertangkap aura tersebut. Saya terus lupa anak isteri. Orangnya baik. Murah hati. Waktu makan saya nak bayarkan, dia berlari ke kaunter dulu sebab dia nak belanja saya atas alasan saya banyak bantu dia.

Siap bawakan saya dan staff – staff saya strawberry dan pelbagai makanan (dia baru balik dari outstation di cameron). Dalam kami berwhatsapp sewaktu dia di cameron, teringat juga dia kat saya walaupun kami baru kenal.

Siap ada strawberry lebih dia packing khas untuk saya seorang. Katanya mana tahu saya tak nak share dengan staff lain. Terbuai mimpi saya. Bila malam saya balik rumah, hilang str3ss sebab dapat tengok awek ni satu hari.

Isteri tengah main facebook ke, rumah tengah tunggang – langgang ke baju dalam mesin dah basuh 4 jam belum sidai ke, anak tengah berg4duh ke, saya dah tak kisah. Yang penting hati saya lega dapat tatap muka awek ni.

Setiap saat kat rumah saya tak sabar nak jumpa hari esok, saya tak sabar nak pergi kerja jumpa dia. Kalau boleh saya tak nak JV business kami selesai. Saya nak jumpa dia hari – hari. Awek ni bad mood atau tegur staff dia pun dia masih kelihatan sangat cantik.

Awek ni marah saya sebab saya buat kerja tak serious pun saya terpana dengan kegarangannya. Bagi saya cara dia marah saya tu masih buat saya cair, bukan dengan cara ann0ying yang isteri saya buat. Puas saya selidik, staff dia kata memang dia baik.

Bukan jenis marah tak bertempat. Kalau awek ni termarah atau tertinggi suara sebab staff ada buat salah besar pun, awek ni akan nangis sorok – sorok balik semula kat dalam bilik. Tak sengaja termarah staff katanya. Comelnya…

Hari – hari saya rindukan awek ni. Saya tahu dia masih bujang, tapi saya tak bagitahu dia yang saya ni suami orang, mungkin disebabkan itu awek ni masih setuju untuk keluar lunch dengan saya hampir setiap hari.

Saya selalu luah masalah kerja saya kat dia dan dia akan mendengar dengan teliti diiringi dengan jawapan dan nasihat yang memberangsangkan, disusuli dengan lawaknya yang menghiburkan. Kalau saya luah kat isteri saya, isteri saya lebih kepada membantah atau menjawab.

Atau lebih teruk lagi isteri saya tak layan langsung sebab tengah main facebook atau main make up. Ini lagi satu, 6 jam main make up nonstop sampai baju pun nak kena saya basuh. Tapi saya tengok isteri saya tak cantik – cantik pun.

Awek ni steady je surv1ve dengan gincu. Tak make up pun cantik giIa. Perbualan antara saya dengan awek ni lebih kepada apa yang jiwa kami minat. Bola, game, kereta dan apa – apa lagi lah yang buat saya masuk air.

Awek ni masih muda, jadi kami borak “bahasa” yang sama. Dia muda, saya muda. Kalau saya borak topik bola, dia boleh jawab balik dengan pengetahuan yang dia ada. Impressive. Bila saya dan dia masuk air, saya ketawa sampai berair mata.

Rasa macam dah lama tak gelak macam ni. Kalau dengan isteri saya memang seri0us je. Ketawa besar pun 2 bulan sekali. Buat masa ini, saya tak pernah tersasul topik rumahtangga dengan awek ni takut kant0i pula.

Lagak saya berbual dengan awek ni pun memang lagak bujang. Saya tahu saya berd0sa. Ya, saya tak nak jandakan isteri saya sebab anak kami masih kecil. Anak saya perIukan saya. Dalam masa yang sama, saya tak nak kehilangan awek ni yang memahami jiwa saya.

Kalau dia tahu saya ni suami orang, sah dia akan jauhkan diri dia sebab dia ada bagitahu dia paling benci kat suami – suami orang yang pernah tackIe dia. Semalam bini saya bagitahu yang dia dah listkan keperluan sekolah anak – anak tiri saya untuk tahun depan dan dia taknak keluarkan 1 sen pun sebab saya lelaki jadi saya kena bertanggungjawab atas semua perbelanjaan rumah.

Dia nak saya sponsor macam tahun – tahun biasa. Panjang lebar juga list nya, barang branded semua yang dia minta saya beli. Baru sekolah rendah, nak kasut Converse tiap tahun. Hebat. Saya masih hormat lagi, kalau hilang hormat nak je saya tanya bapak kandung budak – budak tu tak bagi nafkah ke?

Kalau saya dah hilang sabar, patutkah saya mulakan hidup baru dengan awek yang membawa aura ni? Saya memang dah tak tahan. Saya bertahan sebab anak saya je. Kalau masa boleh diundur, saya nak setia jadi bujang.

Tunggu sampai awek ni sampai dalam hidup saya sekarang. Tapi saya juga yang gelabah nak kahwin cepat dulu. Tanpa mengenali isteri saya lama – lama. Menyesal tak guna. Pernah sampai satu tahap sebelum saya ditemukan dengan awek ni saya terfikir apa salah saya sebagai seorang suami kat isteri saya sampai dia tak hormat saya, layan saya macam budak.

Tiap kali saya serabut, anak saya lah yang hiburkan hati saya. Sekarang bila saya dah jumpa awek ni, gelak ketawa dia lah yang beri saya hidup. Saya terima segala kecaman. Nasihat yang baik – baik pun saya terima dengan hati terbuka. – Suami yang ters4kiti (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nun Wau Ra : Aku dulu pun masa anak d4ra baik, suara lembut je, men3ngking menj3rkah memang tak pernah, jalan kepit, ayu flipped tudung bawal tujuh lapan kali seminit tapi bila dah tiga empay multivitamin a.k.a ask4r wataniah lahir ke muka bumi ni, terus mak transform jadi singa dik.

Tambah lagi masa  cuti sekolah ni asyik main g4duh makan, main g4duh makan, main g4duh makan. Jadi jangan terrperdaya dengan keayuan gadis – gadis yang perut masih cekang, rambut masih straight rebonding. Hakik4tnya dah jadi mak – mak semua akan berubah.

Akissha Laila’sha : Orang kata benda h4ram memang sedap sebab ada hasutan sy4itan. Encik pergi kaunseling pejabat agama, biar kaunselor jadi orang tengah sampaikan isu yang isteri tak hormat encik, suka marah – marah encik.

Orang perempuan bila kena tegur dengan orang lain mungkin dia terasa tapi cara ini mampu mengajar. Sebab orang perempuan takut dengan fikiran, “kalau memang aku ada salah nanti suami aku cari orang lain.” Cuba dulu cara ni encik. Jangan terus fikir nak kahwin lain.

Ron Anayil : Saya rasa, cik perlu ada kaunselor dan berbincang dengan wife dari hati ke hati. Berbincang dan luahkan segala yang dalam hati. Jangan gunakan usia sebagai batu jarak dalam hubungan. Kalau dah usaha bincang pun tak jalan, istikarah la. Allah tu maha adil. Mohon petunjuk dripadanya.

Azumar Mohamad : 1. Ada masalah rumahtangga pergi lah jumpa kaunselor. Bukan jumpa awek baru. Try la set app sesi kaunseling ke.

2. Perempuan ni kebanyakan sama je. Kuat merajuk, tak bagi keluar malam selalu. (Macam aku la tu) Masa angau semuanya indah sebab dibaluti nafsu dan g0daan sy4itan. Dah kahwin pun cycle sama jugak kalau laki tak pandai handle bini.

3. Komunikasi tu penting. Sekian komen murni

Sofiah Yunus : Consider awak ni baik jugak la, isteri macam cikgu disiplin pun awk masih boleh tahan. Kalau saya dah surrender dah. Rasanya bukan salah awak pun kalau awak berubah hati, isteri garang sangat. Tak hairan lah kalau dia janda dulu.

Garang sangat. Kena try dulu slow talk dan bagitau apa yang awak tak suka tentang wife awak yang awak nak dia berubah. Bagi masa tengok dia boleh layan awak baik – baik tak macam awek tu. Kemudian bagi peluang dan selamatkan rumahtangga.

Dulu masa bujang tak sabar nak kahwin sampai janda anak 3 pun awak on, sekarang dah kahwin kena la hadap. Mana tau kisah silam isteri awk tu buat dia jadi garang macam harimau haha. Oh lagi satu, isteri awak tu walaupun anak 3 tapi masih tak m4tang.

G4duh je update status kat fb, itu memang salah wife awak. Dari penceritaan awak memang wife awak bermasalah. Jadi awak kena tegas dan bagitau apa awak tak suka dekat dia supaya dia boleh sedar dan berubah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.