Perempuan ni umur 48 tahun spek tebal, muka ala – ala makcik marhaban. Aku contact suami makcik ni nak minta penjelasan tapi nampaknya memang sejenis pakcik – pakcik sebab tu lah kot isteri menempek kasih sayang lelaki lain. Suami aku ni level sujud kat kaki aku dah untuk selamatkan hubungan.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku ni perempuan biasa, sudah bersuami setelah masing – masing pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Aku namakan suami aku Aidil. Aidil ni masa nak nikah dengan bekas isteri yang pertama dulu, dia pernah kecewakan 2 orang perempuan. Aina dan Zura.
Bila berpisah dengan bekas isteri dia 2 tahun barulah kenal aku. Masa ni bekas isteri dia nikah dah. Kemudian kitorang kenal sekejap je dalam 5 bulan, terus tunang dan nikah. Awal – awal nikah ni hati aku selalu rasa tak selesa dengan watak Aidil.
Lepas malam pertama kitorang, dia dah sibuk contact mertua lama nak wish morning. Kat facebook pun banyak sisa kenangan dengan bekas isteri dia. Aku selalu g4duh sebab aku rasa tindakan dia pelik. Nikah dengan aku tapi kenangan tak remove macam orang dah move on.
Aku terfikir – fikir dia masih ingat dekat bekas isteri dia tu ke. Ada masa bahagia ada masa g4duh sampai dia tak balik rumah. Ada masa tu aku ditinggalkan berminggu sampai dia menyewa kat luar sebab tak nak mengaku salah dia.
Lagi cantik situasi tu, aku sedang mengandung. Kes ni sampai ke mahkamah juga. Tapi lepas dinasihatkan hakim dia tak jadi bercerai. Lepas tu part aku, aku cuba ubah. Aku masak hampir setiap hari walaupun aku sibuk.
Layan dia, tak ungkit tentang bekas isteri dia. Phone dia memang aku tak pegang langsung sebab aku tahu bila aku pegang pasti ada benda – benda yang boleh tr1gger kemarahan. 4 bulan kitorang ok. Lepas tu ada balik isu seolah – olah bekas isteri dia masih boleh memberi arahan kat dia padahal dia suami aku.
Dipendekkan cerita aku bersalin baby boy yang sangat comel. Aku ceaser jadi s4kit tu teruk pada awalnya. Bersalin kat private walau aku berduit, dia keluarkan duit dia dan support banyak benda. Masa ni aku happy sangat – sangat. Aku rasa lengkap.
Aku ni buat bisnes, aku takda maid jadi aku memang bawa anak aku pergi kedai. Kadang – kadang boleh kerja kadang – kadang payah juga dengan anak kecik tapi aku rasa semua ni okay asalkan aku ada family bahagia.
Aidil bagi nafkah walau sikit tapi ok la dia ada rasa tanggungjawab. Aku ada bisnes dan income aku melebihi dia. Aku cuma nak tengok dia bertanggungjawab je. Dia baik juga bila part buat kerja rumah dan manjakan aku. Kami beza umur banyak tahun juga.
Satu hari tu kant0i Aidil video call dengan seorang perempuan ni. Bahasa abang dan Zura. Ok benda ni terus pelik di mata aku. Kita takkan video call orang sembarangan. Dia cakap terdail. Aku memang tak puas hati dengan penerangan dia, aku gali sampai ke lubang cacing termasuk contact balik bekas isteri dia.
Dia siap label aku isteri tak guna dan menyesal nikah dengan aku. Akhirnya aku dapat tahu Zura tu sebenarnya pompuan yang kalah di pusingan 1 dulu. ( Dia pilih untuk nikah bekas isteri dia masa tu dan kecewakan 2 perempuan)
Dan Zura sentiasa berhubung dengan Aidil masa dalam perkahwinan lama dulu sampai bekas isteri dia minta cerai pon bersebab Zura yang agak penyondol ni. Awal – awal dia nikah dengan bekas isteri, si Aina tu pun tak boleh terima tapi akhirnya move on.
Bekas isteri dia tak pernah bagitahu punca apa, guna alasan nak baiki diri lebih baik dan nanti nikah semula. MaIangnya selesai iddah je bekas isteri dia nikah lain terus, mungkin untuk baIas d3ndam. Aku memang m4ki – m4ki je Zura ni sebab dia dah ada suami.
Tak masuk akal aku hubungan tak cerdik ni. Rupanya Aidil selalu duk video call on da way balik kerja yang mana aku tak terfikir langsung dia akan buat. Aku contact suami makcik ni nak minta penjelasan dan konon nak bongkarkan kegiatan jijik bini dia.
Tapi nampaknya memang sejenis pakcik – pakcik sebab tu lah kot isteri menempek kasih sayang lelaki lain. Untuk korang bayangkan, Zura ni umur 48 tahun spek tebal, muka ala – ala makcik marhaban. Aku pula bisnes bidang kecantikan dan bekas isteri dia pon kalau ikut rupa memang 1 kelas yang sama la dengan aku orang kata.
Tapi Zura ni kalau korang jumpa memang stok – stok takda sape nak pandang. Aidil ni level sujud kat kaki aku dah untuk selamatkan hubungan. Aku faham kenapa bila nikah dengan aku saki baki kenangan dengan bekas isteri dia tak hilangkan pun.
Apa la sangat kenangan dengan bekas isteri lagikan skandal dia pun dia bawa dalam perkahwinan aku. Dia siap bertakIik kalau dia contact Zura, jatuh taIak 1 kat aku. Sampai saat ni aku tak boleh lupa dan aku memilih untuk cerai.
Nama aku macam biasa la buruk seburuknya di mata family Aidil sebab Aidil ni background agama sangat kukuh ya. Seolah – olah salah tu pada aku. Aku sangat percaya Aidil adalah orang terakhir yang akan khiaanati aku, tapi akhirnya Aidil yang tergamak buat macam ni kat aku. Hanya dia yang tergamak.
Bila tengok muka polos anak aku sedihnya, macamana ayah dia tergamak musn4hkan family yang agak sempurna dengan tindakan b0doh dia. Aku kadang – kadang bagi dia peluang, baik 2 – 3 hari akan g4duh balik. Aku tak boleh percaya dia berubah.
Aku tak percaya macamana lelaki yang curang bertahun boleh mengaku berubah sekelip mata bila kant0i. Bila kant0oi je berubah. Jadi selagi tak kant0i tak rasa bersalah. Aku nampak semua palsu je. Tolong nasihatkan aku untuk Redha. Aku buntu untuk teruskan perkahwinan demi anak aku atau aku kena Iawan dekat mahkamah sebab dia tak nak cerai. -Insan Kecewa- – Nida (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
NurAz Wan : Kalau sikap dia memang begitu, macam tu lah sampai akhir. Saya percaya begitu, sebab ada beberapa lelaki yang saya kenal. Yang memang asyik berskandal sepanjang hayat. Dari muda sampai dah beruban dan bercucu.
Mereka ni, macam ketagih untuk bercinta. Kalau kantoi atau putuus atas apa saja sebab. Tunggu beberapa waktu, mereka akan berskandal lagi. Malahan ada yang bila kahwin dengan skandal tu dia cari skandal lain. Maksudnya, dah beristeri lebih dari satu pun, tetap cari skandal.
Azra Azhar : Tak usah la main taklik. Kalau ex wife dia pun tak ndak kan dia, meaning something fishing wrong somewhere. Tak usah nak sedapkan hati. Beberapa tahun ni, dengan 20 tahun akan datang, sanggup ke nak melayan per4ngai sundel yang sama lagi 20 tahun?
TakIik pasal zura, nanti ade penyondol hutan type lain nanti, beratus kali nak taklik ke? Think now. If you sufficiently boleh tanggung diri you, emotionally better without him, kenapa nak susahkan diri. Jangan tunggu sampai anak berderet baru nak let go.
Zatty Musa : Berkahwin untuk tenang dan bahagia. Jika begitu keadaannya memang jauh lagi nak rasa bahagia. Jika berada dengan orang yang selalu meny4kitkan hati.. better angkat kaki. Bertahan sekadar untuk nampak masih ada suami adalah tindakan sia – sia kerana diri sendiri yang sengsara.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.