Aku niat baik nak tolong kak ipar, tapi bila sampai rumah dia tengok teruk dia buIi abg aku

Bertahun kahwin baru aku tahu kak ipar tak pandai siang ayam. Aku kesian jadi aku ingat nak tolong ajar dia. Hari pertama aku kat rumah dia, aku rasa marah tengok abang aku macam kuIi je kakak ipar aku buat. Tolong buat air lah, buat susu. Hari kedua tiba – tiba aku tengok kak ipar jadi lain..

#Foto sekadar hiasan. Hai warga facebook, hari ni aku nak share cerita yang aku tak tahu la lawak ke kesian ke maIang ke.. Tapi aku share je lah ya. Kami orang K, Abang aku berkahwin dengan orang P tapi bermastautin lama di Kuala Lumpur.

So memang macam orang KL pure la kakak ipar aku ni. Manja – manja ada gedik sikit, happy go lucky tu kot yang abang aku berkenan. Padahal dulu abang ada gf kat K. Tak secantik kakak ipar, tapi tutup aur4t sepenuhnya, berstokin semua.

Kami semua suka bekas kekasih abang aku tu tapi dia pilih kakak ipar yang free hair. Entahlah. Tapi tu bukan kisah yang aku nak cerita. Kisahnya macam ni. Aku tak tahu apa masalah kakak ipar aku suka sangat fillet ayam.

Contoh ya, dia memang pandai masak. Kari, kurma, masak lemak semua pandai. Western lagi lah pandai. Tapi satu je masalah. Aku tak pernah jumpa bahagian lain dalam lauk dia. Takde thigh, takde kepak, takde tengkuk, peha pun takde.

Yang ada semua isi ayam isi yang dipotong size sederhana. Isi saja tak pernah ada tulang – tulang. Mak, kakak – kakak aku yang lain pun semua perasan hal ni tapi takde siapa berani tanya sebab abang aku ni kaki backup bini dia.

Sayang sangat – sangat dekat bini dia tu. Bayangkan ya, masak lemak semua isi. Kari semua isi ayam. Ayam goreng kunyit pun semua isi ayam. Aku pelik sangat – sangat. Dari dia mula kahwin sampai sekarang anak nak masuk 2 kakak ipar tengah mengandung sekarang, semua isi ayam je dia masak.

Tak boring ke abang aku. Abang aku dari dulu suka thigh, suka ada tulang – tulang sikit memang tak suka isi. Tapi pelik sekarang. Dia makan je apa kakak ipar masak. Lama – lama aku selidik aku dah tahu rupanya kakak ipar aku tak tahu siang ayam dan setiap kali dia memang beli stok fillet ayam berkilo – kilo dalam peti ais.

Dia memang tak reti siang ayam rupanya. Mula – mula aku dapat tau bila abang aku cerita, aku macam nak k0ndem. Apelah siang ayam pun tak reti. Tapi lama – lama aku jadi kesian. Aku nekad nak tolong kakak ipar aku. Tapi how to start eh.

Jadi aku buat keputvsan cuti hujung minggu aku nak datang tidur umah diorang sebab kakak ipar memang selalu ajak. Maka bermula lah hari pertama kat rumah diorang. Aku rasa marah tengok abang aku macam kuIi je kakak ipar aku buat.

Buat airlah kat dia, buat susu anak lah, urut lah. Macam – macam lagi. Kesian kat mak aku kalau tahu anak kesayangan dia bini buat macam ni. Tapi hari kedua aku kat umah tu, aku dah ubah pandangan kat kakak ipar.

Dia memang loving dengan anak dia, dengan husband dia. Mungkin abang aku tak rasa pun dia kena buIi. Dia rela dibuIi sebab dia sayang kakak ipar aku. Aku yang rasa berd0sa. Macam – macam aku cakap sump4h dalam hati.

Kakak ipar aku baik je cuma kurang dia bab tak reti siang ayam, and freehair tak bertudung. Pakaian dia pun moden. Duduk rumah berseluar pendek je, gebu je peha betis dari aku yang anak d4ra. Dia walaupun pregnant dan jenis dia badan besar tapi still comel.

Aku buang jauh – jauh dah fikiran jahat kat kakak ipar. Suka pulak tengok loving relationships dia dengan abang aku. Nanti aku kahwin, aku nak jadi macam dia. Ok start balik, slow – slow aku ajar dia siang ayam, siang ikan.

Dan sekarang dia dah pandai. Aku rasa happy dapat tolong dia walaupun pada mulanya aku kondem dia hanya sebab luaran dia tak sempurna kat mata aku. Jadi kat sini aku nak nasihat, kita selalu pandang buruk ipar kita sebab kita tak pandang dia macam family.

Kita anggap ipar ni macam orang luar lagi. Tu yang semua tak kena. Abang kita dah pilih dia, tak pernah h1na dia, siapa kita nak kondem dia. Sungguh aku menyesal. Dan satu lagi yang penting sekali, jangan sesekali menghakimi seseorang dari luaran je.

Actually yang kita duk kondem tula yang baik. Ok je semua. Sporting. Dalam hati, aku tak pernah putvs berdoa semoga satu hari nanti terbuka pintu hati kakak ipar nak bertudung. In Sha Allah. Dan semoga urusan dia nak melahirkan anak kedua dia dipermudahkan. Mohon doa semua warga FB juga ya untuk kakak ipar kesayangan saya. Aminnn..

Komen Warganet :

Nur Syaqielah : Kak ipar masak dan abang kau pun selera, mereka bahagia je, apa kau ingat hidup kak ipar kau adalah untuk puaskan hati kau? Bagus sangat abang kau ni, harap satu hari nanti dia didik isteri untuk tutup aur4t.

Biar belajar perlahan – lahan daripada bertutup litup macam kau tapi mulut dan per4ngai serupa t4hi. Entah kenapa di penghujung kau acah – acah baik nak ajar dan puji kak ipar tapi aku rasa meluat nak baca.

Yaya Hadi : Aku ni sebijik kakak ipar kau tu. Memang isi ja ayam or fillet ikan ja aku makan. Dalam peti ais penuh isi ayam dan ikan ja. Part – part lain aku tak makan. Nasib baik kau berubah last – last. Kalau ndak ruginya kau.

Kau tahu orang yang tutup litup ni kadang – kadang ada yang teruk dari yang free hair. Serius saya cakap pengakuan husband sendiri tentang ex dia yang bertutup labuh. Sampai saya sendiri hairan. Saya yang tak seberapa ni tak pernah lagi menyentuh mana – mana lelaki sebelum kahwin. So dont judge a book by its cover. Zaman sekarang jangan tengok per4ngai dari pakaian.

Balah Tangah : (So kat sini aku nak nasihat, kita selalu pandang buruk ipar kita sebab kita tak pandang dia macam family. Kita anggap ipar ni macam orang luar lagi. Tu yang semua tak kena. Abang kita dah pilih dia, tak pernah hina dia, siapa kita nak kondem dia.

Sungguh aku menyesal. And one more things dont ever judge a book by its cover. Actually yang kita duk kondem tula yang baik ok je semua Sporting) saya tolong copy untuk orang yang tdak pandai membaca sampai akhir yang dia tau memanas ja

Natasha Nadia : Confession paling kelakar aku pernah baca. Terima kasih terhibur kejap aku. Lupa jap masalah officemate aku per4ngai macam cib4i. Hadoii. Aku pun tak pandai siang ayam. Aku beli je ayam yang siap pot0ng.

La ni aku beli chicken br3ast je. Sebab aku tengah diet. Ok je.. janji diorang bahagia. Fomula bahagia ni unik. Tak sama bagi setiap orang. So tak bole banding – banding. Semoga kita berjumpa formula kebahagian abadi kita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?