Aku pandang adik beradik aku sebeIah mata je, belajar pun tak tinggi, low class!

Aku benci melihat staffs yang balik lewat. Aku nak aku seorang je yang balik lewat. Biar boss nampak aku je. Di rumah, aku lah raja. Di tempat kerja juga aku raja. Prestasi kerja aku yang bagus, membuatkan aku mendapat kepercayaan daripada tuan punya syarik4t. Anak syarik4t di buka, aku dilantik jadi pengarah. Hebat bukan?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana siarkan kisah aku yang panjang ni. Lelah aku pend4mkan sendiri kerana hakik4tnya aku tak ada teman sejati. Baru beberapa hari ni aku sedar hakik4t yang sebenarnya, aku keseorangan dan kesunyian.

Aku perkenalkan diri aku, Permata (bukan nama sebenar), berusia awal 40-an masih belum berpunya. Seorang yang bekerjaya pr0fessional, sangat berjaya walaupun aku masih bekerja makan gaji.

Aku bina kerjaya bermula dari bawah, sehinggalah aku dilantik menjadi salah seorang pengarah syarik4t.

Aku somb0ng. Aku eg0. Aku angkuh. Itu baru aku akui sejak beberapa hari ni. Baru aku tersedar semua ni setelah Allah tarik nikmat yang paling berharga dari aku.

Ibu yang paling aku sayang baru je pergi untuk selama – lamanya. Sudahlah ayah tiada dipanggil Ilahi pada tahun lepas, kini ibu pula menyusul.

Tapi aku panjatkan kesyukuran Alhamdulillah ada juga hikmah di sebalik PKP. Diberi kesempatan untuk aku luangkan masa bersama ibu disaat nyawanya cuma bersisa beberapa hari.

Tapi pemergian ibu memberikan 1 tamp4ran hebat buat aku. Dalam kesedihan yang teramat, aku bermuhasabah diri. Aku terkenangkan sifat angkuh, somb0ng, eg0 aku selama ni. Berapa banyak d0sa aku lakukan pada ramai insan. Mungkin ini baIasan Allah pada aku.

Allah tarik nikmat yang dipinjamkan selama hampir 40 tahun ni. Mungkin juga ramai yang mendoakan agar Allah tarik nikmat dari aku disebabkan keangkuhan aku.

Tapi aku cuba positif, aku pujuk hati, aku katakan ini sememangnya sudah takdir Allah ibu pergi di saat ini. Semua dari kita tak terkecuali menghadapi m4ti.

Adik beradik aku ramai, ada yang hidup berjaya, ada yang biasa – biasa aje. Aku kerap tak sebulu dengan adik beradik yang aku anggap low class.

Aku somb0ng, aku b0ngkak. Kerana aku yang sentiasa penuhkan meja. Aku yang bagi makan mereka anak beranak. Aku banyak duit, aku hebat! Kakak – kakak aku dan suami – suami mereka yang tak berapa nak berduit tu kena lah dengar cakap aku. Perlulah hormat aku.

Sampai begitu sekali somb0ngnya aku. Berg4duh dengan adik beradik sudah menjadi kebiasaan bagi aku. Adik beradik aku yang tak bersekolah tinggi, aku pandang sebeIah mata je.

Tambah lagi bersuamikan orang yang kerja entah apa – apa. Memang low class aku rasakan. Anak – anak saud4ra pun aku memilih juga. Begitu la yang terjadi selama bertahun – tahun.

Bila ibu meninggaI, aku terfikir. Bagaimana kesudahan hidup kami nanti. Akan jadi lebih buruk berantakan ke keadaan di rumah ni? Selama ni aku tinggal bersama keluarga besar di rumah ni, orang nampak kami bahagia tapi hakik4tnya tidak.

Ketika ibu ada, keadaan boleh dikawal dek kerana rasa hormat pada ibu. Aku berg4duh dengan adik beradik, aku boleh buat tak nampak je kewujudan mereka, boleh jeIing – jeIing, boleh buat muka meIuat, boleh hemp4s – hemp4s barang, boleh tarik muka masam je.

Takde la sampai terpekik terIolong – Iolong, bertek4k, sebab ketika tu ibu masih ada. Apa akan jadi lepas ni, setelah ibu dah pergi? Mungkin ke kami akan berg4duh terjerit – jerit baling barang sampai huru hara seisi rumah? Allah, minta dijauhkan.

Tapi untuk berbaik semula dengan adik beradik aku, untuk memohon keampunan maaf, bukan mudah. Aku eg0. Aku somb0ng. Aku angkuh.

Aku sedar aku bersalah, tapi sehingga ke saat ini aku tak mampu nak ucapkan perkataan ‘minta maaf’ tu. Di kala ini hanya pada Allah je tempat aku mengadu, tempat aku luahkan kekesalan di hati aku ni.

Kehidupan aku yang bujang banyak aku habiskan di pejabat sahaja. Ahad atau public holiday pun kadang – kadang aku datang ke office. Bila ada tender, aku dan team akan bermalam di office.

Rutin aku cuma berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Menjelang malam baru aku keluar office, bila jalanraya mulai beransur lengang.

Di rumah, aku lah raja. Di tempat kerja juga aku raja. Prestasi kerja aku yang bagus, membuatkan aku mendapat kepercayaan daripada tuan punya syarik4t. Anak syarik4t di buka, aku dilantik jadi pengarah. Hebat bukan?

Walaupun dalam hati aku tau aku dilantik jadi pengarah kerana boss cuma nak syarik4t tu berstatus bumiputera, untuk dapatkan tender – tender untuk projek kerajaan. Itu aku tak peduli, yang penting pekerja – pekerja di syarik4t ni tau kedudukan aku & hormat aku. Akukan director.

Di sejadah hari ini, air mata aku tak berhenti mengalir. Terkenangkan d0sa – d0sa aku. Aku somb0ng dengan staffs. Mereka senyum dan tunduk bila lalu di sebeIah aku. Tapi apa yang aku baIas? Aku tak endahkan mereka, aku jeling mereka.

Aku pilih kawan di pejabat. Aku bergaul dengan yang berjawatan pr0fessional atau yang berpangkat tinggi aje. Akukan director. Kalau yang berpangkat tinggi tu cuti atau MC, aku tak akan pergi tapau lunch dengan Admin staffs atau staffs bawahan. Lekeh. Low class.

Aku lagi sanggup pergi 99speedmart beli roti atau ramen. Aku sering memandang h1na pada staffs bawahan. Aku lupa, dulu pun aku pernah berada di bawah. Dulu aku cuma bawa kereta kancil aje, sekarang dah berkereta besar aku jadi megah dan angkuh pula.

Staffs yang aku tak suka, siap la mereka nanti. Aku akan cari salah mereka, aku akan buat mereka str3ss, aku akan cari pasal dan berg4duh dengan mereka. Sudah tentu aku yang akan menang. Akukan director.

Kesudahannya, mereka dengan sendirinya akan menghantar surat resign, notis 2 bulan. Tak terhenti setakat itu, aku pinda surat resign tu, backdated. Suruh mereka sign dan berhenti awal. Kej4mnya aku. Ya Allah kau ampunkanlah d0sa – d0saku ini.

Aku kerap cari pasal dengan staffs di pejabat. Aku tau aku dibenci oleh ramai staffs. Tapi aku peduli apa? Bukan mereka yang bayar gaji aku. Itu dulu tapi hari ini aku sedar, akulah sebenarnya yang busuk hati. Mereka tiada salah pada aku.

Ada staff yang suaranya aku tak suka dengari. Bila terdengar aje suara perempuan tu, terus aku hemp4s fail kuat – kuat atas meja. Terus dia senyap. Puas hati aku. Tapi apa salah dia pada aku? Tak pernah sekali dia buat salah pada aku pun. Hanya kerana aku tak suka dengar suara dia je. Allah….

Ada staff yang selalu balik lewat, jam 8 pm baru nak keluar office tapi tak buat kerja pun. Aku benci melihat staffs yang balik lewat. Aku nak aku seorang je yang balik lewat. Biar boss nampak aku je.

Boss aku pula memang sejenis yang jam 8-9 pm baru keluar office, nak elakkan traffic jammed katanya. Tapi kenapa aku tak boleh berfikir yang staffs lain tu pun balik lewat sebab nak elakkan jammed. Aku ni betul – betul pentingkan diri.

Aku kutuk staff sana, aku kutuk staff sini. Bila aku terj3rat, aku buat macam akulah m4ngsa, tak pun aku guna suara veto aku. Aku cakap sinis – sinis, jeIing – jeIing, sindir-sindir, aku tinggikan suara. Dah tentu aku la pemenangnya kan? Siapa berani nak jatuhkan aku? Takde siapa berani.

Tapi aku lupa, dalam sekelip mata Allah boleh jatuhkan aku. Aku sangat takut di kala ni bila terkenangkan semua kejahatan aku pada manusia – manusia ni. Ya Allah ampunkan aku.

Aku singkirkan sahabat yang berbelas tahun aku kenal. Memang performance dia tak berapa bagus, tapi bukan itu penyebab utama aku singkirkan dia dari syarik4t ni. Dia terlalu berbah4ya kepada aku. Aku takut pada dia walaupun dia berjawatan rendah.

Dia seorang yang ramah dan mudah bergaul dengan sesiapa. Yang aku takutkan adalah rahsia aku terboc0r. Itu penyebab utamanya. Akal aku sentiasa jahat, aku berpakat dengan HR untuk memberi tekanan padanya sehingga dia terp4ksa meletakkan jawatan.

Di awal – awal sahabat aku ni mula bekerja, aku berbisik pada dia supaya jangan ceritakan pada staffs lain perihal tempat tinggal aku. Sungguh dia berpegang janji, langsung dia tak ceritakan pada staffs lain. Cuma aku je yang berprasangka. Aku yang takut dengan bayang – bayang sendiri.

Aku malu kalau semua orang di syarik4t ni tau aku dibesarkan di rumah setinggan selama lebih 20 tahun. Aku malu, kerana di sini aku dikenali sebagai seorang yang bekerja pr0fessional, berduit, elegan, bergaya, pakai barangan branded dari atas sampai ke bawah.

H1nanya aku. Sepatutnya aku tak perlu malu. Kalau aku jujur dan rendah, sudah tentu orang lain terinspirasi dengan kejayaan aku yang membesar di setinggan tapi akhirnya menjadi seorang yang sangat berjaya.

Allah, entah apa yang aku fikirkan. Aku malu dengan diri aku sendiri. Aku benar – benat seorang yang jijik dan kotor.

Hati aku kotor. Aku suka jadi staIker. Aku suka tengok status update orang lain. Aku suka screensh0t kemudian aku bergossip. Aku suka buat andaian sendiri. Orang tak cari pasal dengan aku, tapi aku yang sengaja keruhkan keharmonian.

Aku s4kit hati tengok orang bahagia. Aku tak suka tengok orang lain bercantik – cantik dan berhias. Aku tak suka orang up status pasal family, suami, anak – anak. Aku cemburu.

Aku kutuk orang lain, dengan mengatakan suami orang itu kerja tak bagus, isteri orang ini perangai tak elok, macam – macam lagi la. Tapi hakik4tnya, aku cemburu dengan apa yang aku tak miliki. Allah, ampunkan aku

Bertahun aku tau seorang staff yang menipu duit syarik4t. Entah berapa banyak duit yang dah diambil dari syarik4t. Dia pandai adjust itu ini, tak pernah sekali pun terkant0i.

Aku cuma butakan mata, sebab dia rapat dengan aku. Lagi pun bukan aku yang ambil duit tu kan? Aku tak berd0sa pun kan? Allah, aku tak sedar yang sebenarnya aku turut berd0sa kerana bersubahat. Halalkah gaji yang terima sehingga ke hari ini jika begini cara aku bekerja.

Di saat ini aku takut akan pembaIasan Allah. Aku takut tiba – tiba Allah tarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah Dia berikan pada aku. Aku takut jika aku hilang pangkat, harta, career.

Aku sudah terlalu selesa berada di puncak ni, bimbang kalau aku tiba – tiba kecundang jatuh dan hilang segala – galanya. Aku tak sanggup duduk di bawah, bagi aku itu h1na. Aku belum bersedia.

Zahirnya nampak aku adalah seorang yang sangat berjaya. Tapi sebenarnya aku seorang Ioser. Aku kotor.

Sahabat – sahabat sekalian, doakan aku diberi kekuatan untuk lunturkan sifat eg0, tamak, somb0ng, bongkak, angkuh yang ada dalam diri ini. Doakan aku diberi kekuatan untuk memohon ampun dan maaf kepada insan – insan yang aku lakukan d0sa pada mereka selama ini. Yang benar, – Cik Permata (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syakriah Ishak : Saya sarankan Cik Permata baca kisah IbIis dan sya1tan. Somb0ng dan eg0is ni sangat berkait rapat dengan makhluk tersebut. Kerana sifat tersebut makhluk tersebut mendapat kemurkaan Allah SWT hingga kini. Walhal asalnya kedudukan dan darjat makhluk tersebut lebih tinggi daripada Malaik4t di sisi Ilahi. Mudah – mudahan Cik Permata dan kita semua sentiasa dalam hidayah Ilahi. Mulakan silaturahim dengan ahli keluarga terdekat. Utamakan yang miskin kerana di situ lubuk pahala.

Nik HidaYah : Hablumminallah wahablumminannas. Berbuat baik pada Allah, dan berbuat baik pada manusia. Kalau ada salah dengan manusia minta maaf la dengan orang tu cepat – cepat, sebelum terlambat. Nanti menyesal tak sudah. Allah tu maha pengampun, maha penyayang. Moga Allah ampunkan d0sa confessor dan dosa kita semua. Better late than never.

Ghazali Ja’afar : Serius, sekejap je insaf ni. Yelah tengah sedih. Sebab bukan apa. Hati yang baik ini kita kena didik dan asuh. Walaupun kita sujud sampai Iebam dahi pun tapi kita tidak ajar hati itu memang sia – sia. Kalau dah 40-an tu dah tebal hitamnya. Kecuali hidayah tuhan itu datang memang itulah keajaiban.

Rem Hafiz : Tiba – tiba aku teringat pengalaman aku ditind4s dikecam dih1na oleh seseorang yang bergelar orang atas.. Cuti aku dinafikan kerana dia benci aku akibat orang ketiga yang jadi duri dalam daging, macam – macam lagi dia buat. Semoga cik Permata terus mendapat hidayah sebelum dibenci dan disump4h staf bawahan.

Cik Puan Rara : Takpe confessor. Yang penting confessor dah sedar. Ini hidayah yang Allah dah kurniakan pada confessor. Jangan pandang komen negatif dekat sini. inipun sebahagian ujian untuk confessor. InsyaAllah pintu taubat masih terbuka. Saya doakan confessor dikurniakan rahmat Allah dan diberikan keteguhan hati untuk meminta maaf. Memang tak mudah tapi insyaAllah pengakhirannya pasti manis. Semoga berjaya.

Haida Husna : Kau benar – benar mempunyai masalah hati. Benar, hati kau kotor. Memang benar kau perlu minta ampun pada Allah. Memang kita sebagai manusia kena sentiasa minta ampun pada Allah. TAPI, andai kau benar – benar insof, carilah manusia – manusia yang hatinya pernah kau s4kiti, yang kau berlaku kej4m kepada mereka. Carilah. Mohonlah maaf dengan sebenar – benarnya. Kerana, d0sa kita dengan manusia akan diampnkan dengan cara kau sendiri meminta maaf daripada mereka. Buanglah eg0 kau. Tak ke mana harta kekayaan dan pangkat kau tu. Bertindaklah segera sementara rasa insaf itu hadir sekarang. Jangan ditangguh lagi, bimbang nanti, s3tan kembali mer4suk kau.