Semua ahli keluarga mertua layan aku dengan baik, tapi aku pelik dengan sikap suami. Rupa-rupanya ini yang dia lalui..

Dia k3tuk pintu dengan kuat. Aku dapat agak pada malam itu mesti aku dipukuI lagi. Sebelum aku bukakan pintu aku sempat capai pis4u. Bila aku buka pintu lihat dia dah tak ada. Tiba – tiba telefon aku berbunyi dan aku terus tumbang, badan aku lemah…

#Foto sekadar hiasan. Aku seorang wanita berumur lingkungan 20 an bekerja sebagai Eksekutif di sebuah syarik4t swasta antarabangsa.

Apa yang aku nak kongsikan pada semua ialah mengenai kisah hidup aku di samping aku sangat – sangat memerlukan kata – kata semangat dari pembaca semua. Aku tak mampu untuk meluahkan semua masalah aku, apa aku rasa dan apa yang aku lalui pada kawan – kawan mahupun keluarga.

Pertama aku sangat malu dan kedua aku tak nak sesiapa pun melihat aku tidak kuat. Tapi m4kin lama aku simpan semua ini m4kin aku rasa tersiksa.

Hampir setiap malam aku menangis, aku meraung sehingga aku tertido sendiri. Luaran mungkin orang nampak aku happy, kerja seperti biasa, keluar dengan family, buat semua rutin harian seperti biasa tetapi tiada siapa yang tahu jiwa aku sebenarnya dah m4ti.

Aku pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga lewat 20-an, bekerja dengan sebuah syarik4t swasta dalam sektor Minyak dan Gas yang terkemuka di Malaysia. Bagi aku dia seorang yang good looking, tinggi lampai, berbadan tegap, berhidung mancung berkulit kuning langsat dan seorang yang kuat merok0k.

Permulaan perkenalan kami dia memang tidak pernah ada sifat – sifat r0mantik dalam diri. Dia tak pernah beli jiwa aku dengan kata – kata yang janjikan bulan dan bintang. Cukup dengan layanan yang baik – baik sahaja.

Tetapi aku jatuh cinta dengan perwatakan yang menampakkan kelelakian dia sebagai lelaki. Aku suka dengan cara dia walaupun dia tak pandai nak layan aku macam bakal permaisuri dalam hidup dia.

Dia bukan jenis lelaki yang boleh plan apa – apa k3jutan, bagi bunga, bagi ayat – ayat berbunga dan sebagainya. Dia melamar aku pun hanya dekat kedai makan lepas habis waktu kerja. “Sudi tak awak jadi isteri abang?” Hanya ayat tu dan dua bentuk cincin yang dia mintak mak dia pilihkan.

Dan selepas kahwin aku boleh gambarkan perkahwinan aku dan perwatakan dia sama dengan Aaron Aziz dalam Movie Ombak Kasih lakonan Maya Karin juga. 2 tahun mengik4t tali pertunangan ternyata tidak menggambarkan siapa dirinya yang sebenar.

Dunia perkahwinan yang sangat menyedihkan bagi aku. Kami jarang keluar bersama. Berbual sesama sendiri apatah lagi.

Hidup aku hanya sekadar tak ubah seperti seorang perempuan simpanan dalam rumah yang dia sediakan. Keperluan, tempat berteduh, makan pakai aku semua dipenuhi tetapi aku hanya jaga diri aku sendiri.

Keperluan dia pula aku perlu uruskan dengan baik kerana dia sangat cerewet dari segi penjagaan pakaian, rumah dan bilik tidur yang perlu sentiasa kemas padahal dia sendiri yang penyepah.

Setiap hari aku perlu kutip baju yang ditinggalkan di sofa, stokin yang bersepah atas lantai, mug yang dah bersemut tanpa ada rasa simpati sedikit pun pada aku yang juga bekerja.

Setiap malam aku jadi penunggu dalam rumah, mana dia pergi apa dia buat aku tak pernah tahu. Bila di pejabat, aku selalu berdebar bila waktu dah hampir jam 5.00 pm. Kenapa dah jam 5.00?

Aku tak sanggup nak balik rumah. Aku dah tak sanggup nak hidup sunyi. Balik rumah sunyi sepi. Cuma pandang dinding, tatap frame kahwin kami dengan linangan air mata. Ofismate aku semua tak sabar nak balik rumah nak masak untuk suami nak layan anak – anak. Tapi aku?

Jarang aku dapat masak untuk suami, bila masak pun aku cuma makan malam seorang diri. Kadang – kadang bila aku text, dia cuma jawab pegi je beli apa – apa sebelum balik rumah. Dan kehidupan aku setiap hari berulang – ulang macam tu.

Hampir setiap malam aku tertidur sendiri. Jam berapa dia pulang setiap malam pun aku tidak pasti. Cuma aku tersedar bila dia menjatuhkan tubuhnya di sebelah aku dalam kegelapan.

Bila aku ada masalah, aku tiada tempat mengadu. Hidup aku betul – betul terasa kosong. Mana mungkin aku perlu mengadu pada ibu ayah aku sedangkan aku punya seorang suami. Isteri juga perlu menjaga a1b rumah tangga dan maru4h suami.

Bila aku dalam kesusahan, Aku tetap selesaikannya sendiri. Aku bagi satu contoh kejadian yang pernah terjadi. Pernah satu hari kereta aku tak boleh nak hidup lepas habis waktu kerja, dengan hari yang dah nak senja. Aku call dia tak pernah berjawab walaupun dia boleh baIas mesej aku dalam masa yang sama.

Dia hanya bagi cara, iaitu pinjamlah jumper sesiapa atau pun mintaklah tolong kawan kerja sedangkan tempat kerja dia dengan aku cuma dalam kawasan sekitar yang sama. Salahkah kalau dia datang jenguk keadaan aku waktu tu sedangkan dia pun dah habis waktu kerja juga?

Bila kawan – kawan datang membantu bertanya dah maklum pada suami ke? Aku mampu cakap tak tahu kenapa tak dapat hubungi. Mungkin masih berada dalam kilang jadi tak dapat jawab call. Sedangkan dia tidak hirau pasal aku. Dia anggap aku ni tidak penting sebagai mana seorang suami perlu Iindung isterinya.

Dengan jawapan yang sebegitu lebih baik aku cari cara bagaimana aku harus pulang. Mesej dia aku biarkan tak berjawab. Tak perlu jawab jika hanya untuk m4kin Iukakan hati sendiri. Dan dia pun tak akan bertanya masalah aku dah selesai atau sebaliknya dan aku dah selamat pulang ke rumah tak?

Bila aku tidak sihat macam mana sekalipun aku gagahkan diri juga ke kIinik sendiri. Jika dia hantar pun puas aku merayu minta tolong dia hantarkan jika aku memang tak mampu untuk drive. Itupun dia tunggu aku dalam kereta tanpa temankan aku masuk klinik atau tolong papah aku dan sebagainya.

Aku juga dijadikan tempat pelepas amarah dia, aku tak boleh berbincang, bersuara, mahupun merungut atas semua layanan dia pada aku. Kalau aku bersuara tangan dia mesti hinggap dekat tubuh dan muka aku.

Sudahnya aku hidup dalam ketakutan seolah patung bernyawa dalam “penjara” yang diciptakan untuk aku. Aku tak mampu lagi nak bersuara. Walaupun aku hanya menangis dia akan meng4muk macam orang tak sedar diri dan akan tamp4r aku tanpa henti supaya aku berhenti menangis.

Aku tak boleh nak tunjuk apa pun reaksi depan dia walau kadang tanpa sedar air mata aku dengan sendiri mengalir. Bila aku terIampau s4kit kena pukuI, suara aku akan m4kin kuat, dia akan beIasah lagi teruk supaya aku diam lebih cepat.

Aku dah terbiasa lihat wajah dan tubuh sendiri dengan kesan Iebam – Iebam. Hidup aku setiap hari tak bermaya. Hati aku setiap hari rasa sesak menahan sebak. Bila – bila masa sahaja aku boleh menangis.

Selama 2 tahun aku sorokkan dari pengetahuan keluarga aku apa yang aku lalui. Bila wajah aku ada kesan pukuI, aku akan bagi seribu alasan untuk tidak pulang ke rumah ibu bapa aku.

Untuk layanan batin pula, jika aku bersedia dari segi em0si mahupun tidak, dia tidak peduli yang penting aku harus melayan tanggungjawab aku yang satu itu. Kemudian sambung tidur dengan membelakangkan aku.

Kadang – kadang aku terfikir apa salah aku? Jijik sangat ke aku sebagai isteri dia? Bukankah dia sayangkan aku sehingga memilih aku sebagai isterinya?

Dia tak pernah kenalkan aku pada kawan – kawan dia, sebarang majlis di pejabat dia tak pernah bawa aku. Orang lain semua bawa anak dan isteri tapi aku? Hanya di rumah seorang diri.

Cuma satu yang selalu aku fikir, selagi mana aku isteri dia, aku kena jaga dia dengan baik, uruskan rumah dengan baik walaupun aku terp4ksa ke market seorang diri beli keperluan dapur.

Angkat barang – barang yang berat seorang diri, apa sahaja masalah dekat rumah aku kena selesaikan sendiri, panggil pIumber atau apa sahaja aku tak kisah yang penting aku boleh jaga dia dan rumah dengan baik.

Walaupun aku tak ubah hanya seperti seorang pembantu atau penunggu rumah itu tapi aku cuba untuk tidak kisah kerana dia suami aku. Aku perlu Iindung dan jaga harta suami aku. Itu yang aku selalu fikirkan.

Tapi bila ada masa – masa yang aku terlalu rindukan dia, aku hanya mampu civm baju – baju kotor yang masih ada bau badan & kesan perfume pada baju – baju tu.

Sebelum basuh semua baju – baju dia aku akan ambik kesempatan civm dan peIuk erat seolah aku peIuk tubuh suami aku sendiri. Sambil aku berkata – kata sendiri “sayang rindu abang sangat!”.

Bila aku kemas almari solek, aku akan buka gel rambut dia dan hidu bau pada penutup gel tersebut. Itupun dah buat aku rasa terubat rindu aku. Seolah aku dapat mengucvp suami aku sendiri, seolah dia berada dekat dengan aku.

Bagi aku biarlah aku dapat lihat dia setiap hari waktu pagi walaupun sekejap semasa masing – masing bersiap nak ke tempat kerja dan aku tahu setiap malam dia masih di sebeIah aku. Aku tak sanggup untuk dia hilang terus dari aku walaupun dia layan aku tak selayaknya seorang isteri dapat.

Macam – macam cara yang aku buat untuk ambil hati dia, supaya dia kembali jatuh cinta pada aku, masakkan untuk dia walaupun suapannya langsung tak berselera, aku surpr1sekan dia macam – macam, semua kehendak dia aku turuti.

Tiap kali ulang tahun perkahwinan dan birthday, aku akan wish yang indah – indah dan memuji dia di sociaI media seperti ucapan terima kasih sebab abang jaga sayang dengan baik, aku luahkan betapa bahagianya aku di samping dia.

Aku bagitahu betapa beruntungnya aku jadi isteri pada dia, Aku luahkan kata – kata tersirat agar dia tersentuh dan aku berharap dia sedar dengan perbuatan dia walaupun dia tidak pernah respon.

Secara personal pula aku akan wish dan berulang kali aku cakap aku sayangkan dia aku sayangkan perkahwinan ni. Aku nak hidup dengan dia sampai bila – bila. Aku nak ada anak bersamanya.

Kadang – kadang aku juga menyalahkan takdir, kenapa sepanjang 2 tahun usia perkahwinan ni Allah swt tidak kurniakan zuriat pada aku? Mungkin jika ada zuriat suami aku akan berubah dan akan sayangkan aku serta perkahwinan ini.

Aku rasa sudah terlalu panjang aku menulis, sekiranya admin approve cerita aku untuk disiarkan dan pembaca beminat untuk mendengar aku akan sambung lagi pegalaman hitam yang aku lalui.

Part seterusnya juga aku akan ceritakan kenapa suami aku bersikap macam tu, bagaimana akhirnya aku berpisah, keadaan kedua – kedua pihak keluarga dan apa yang jadi pada kehidupan aku selepas bercerai.

Sehingga sekarang pun aku masih tidak kuat untuk lalui semua ni. Aku harap pihak pembaca mendoakan aku. Supaya Allah swt kurangkan kesedihan aku ini. Terima kasih…

Sambungan.. Assalamualaikum Semua.. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada admin kerana sudi menyiarkan kisah pengalaman hidup aku ini untuk dikongsikan pada pembaca di luar sana. Aku terharu sangat dengan respon – respon kalian.

Terima Kasih dengan komen – komen yang membina. Terima Kasih sebab buat aku rasa masih ramai yang sayang aku even kita tidak mengenali antara satu sama lain. Kalini korang buat aku menangis sebab aku terharu.

Saat aku menulis ini, tangan aku menggeIetar tahan sebak. Aku janji dengan kalian aku cuba jadi kuat, sentiasa positif untuk lupakan semuanya.

Berbalik pada sambungan cerita aku, ya aku mengaku aku memang seorang perempuan yang mungkin bod0h hamb4kan diri aku pada dia. Pada lelaki yang aku anggap syurga aku. Pada seorang lelaki yang bergeIar suami.

Sepanjang kemeIut rumah tangga kami, walaupun aku tidak kongsikan pada ibu ayah apa yang aku hadapi, tetapi aku berkongsi sepenuhnya masalah aku ini pada keluarga mertua. Dengan harapan keluarga dia akan membantu aku, sekurang – kurangnya menasihati dia.

Aku tunjuk semua kesan aku dipukuI, setiap kali dia tidak pulang ke rumah, aku hubungi keluarganya. Aku kongsikan semuanya sehinggakan kakaknya sendiri pun ada mengeluarkan kata – kata pada aku, Akak sendiri sebagai seorang isteri tak sanggup nak lalui apa yang kamu lalui. Berpisahlah jika hanya itu jalan yang terbaik.

Berbalik pula pada situasi di pihak keluargaku, selama mana pun aku cuba rahsiakan pada keluarga aku sendiri, mereka akan terhidu juga. Ibu bapa mana yang tidak pelik bila menantunya jarang sekali nak bertandang ke rumah. Tidak mahu bersama – sama keluarga tidak kira public holidays dan sebagainya.

Jauh sekali berbeza dengan perkahwinan kakak ku yang bahagia walaupun mereka tinggal lain negeri dengan kami. Kakak dan abang iparku juga bekerja di sektor yang sama dengan suami. Jadi berbaloikah hanya sekadar alasan suamiku sibuk kerja apabila ditanya tentangnya?

Bila ada peluang mereka pulang dan suaminya melayan ayahku dengan sangat baik. Jauh sekali dengan suamiku yang kami hanya tinggal berdekatan dengan rumah ibu bapaku tetapi tidak pernah mahu munculkan diri bila ada aktiviti – aktiviti bersama keluarga.

Apatah lagi kenduri – kenduri besar di rumah yang saud4ra mara akan tanya mana suami? Kenapa setiap kali keraian suami ku tidak hadir?

Oh ya adik beradik aku semuanya perempuan. Jadi bila ada majlis di rumah selalunya abang ipar aku yang akan bertungkus lumus tolong sepenuhnya buat kerja – kerja berat. Masa tu aku akan rasa bersalah kenapa suami aku tidak mahu bersama – sama keluarga.

Ibu aku selalu cakap ingatkan ada menantu lelaki, anak lelaki yang tinggal berdekatan boleh menumpang bila dalam kesusahan atau s4kit memandangkan kudrat anak – anak perempuannya yang terbatas tetapi sebaliknya pula.

Aku mengambil keputvsan untuk tidak terus menceritakan apa yang aku lalui apabila terjadi satu kejadian. Aku pulang ke rumah ibu sewaktu mataku bengk4k, aku fikir dengan alasan digigit serangga ibu aku akan percaya memandangkan kesan Iebam sem4kin pudar.

Ibu aku menangis di dapur bertanyakan adakah suamiku memukuI ku? Dan ada suatu hari ibu dan ayah singgah ke rumahku, waktu tu pipi aku Iuka. MeIepuh seolah terkena seterika panas kesan ditamp4r.

Belum lagi aku buka pagar ibu aku terlebih dahulu lagi terjerit. “dia pukuI lagi?!! Sejak dari kejadian itu aku nekad tidak mahu lagi melihat ibuku menangis dan memend4mnya sendiri adalah jalan yang terbaik.

Sejak dari kejadian itu, ibu ayahku ada menghubungi dia untuk berbincang dan mengajaknya datang ke rumah tetapi tidak dihiraukan. Ibuku juga ada berbincang dengan ibunya tetapi alasan ibunya juga sudah penat untuk menasihati. Dia faham apa yang aku lalui sehingga dia juga turut menangis apabila setiap kali aku mengadu padanya.

Kerap juga ibu dan kakaknya datang ke rumah bila aku hubungi menangis – nangis selepas dipukuI. Dia? Hilang entah kemana. Hilangnya berhari – hari. Kakaknya akan datang mengemas apa yang telah dia pecahkan. Ibunya pula akan menenangkan aku.

Abangnya juga pernah ajak aku berjumpa di luar dan berbincang setelah aku mengadu dah beberapa hari dia tidak pulang ke rumah. Semua tempat abangnya cuba cari dan biras aku isteri abangnya hubungi dan cakap takut pulak Akak tengok Abang Ngah ni, harapnya tak jumpalah dia harini kalau tak habis teruk kena beIasah. Emak (ibu mertua) pun dah nangis – nangis susah hati di rumah.

Bagi yang memberikan pendapat mengapa aku tidak buat laporan polis? Sebenarnya lebih dari 10 kali hati ini terdetik untuk melakukan itu. Tetapi aku masih berfikir sedalam – dalamnya adakah dengan keputvsan ini aku boleh mengh4ncurkan kerjayanya? Bagaimana dengan ibunya nanti.

Memandangkan dia adalah anak bongsu dan yang paling terakhir dalam keluarga berumah tangga dia yang paling banyak tanggung dan menguruskan ibu mertuaku memandangkan kakak dan abangnya masing – masing sudah ada komitmen lain awal darinya.

Dan aku pula tidak kisah akan satu hal itu memandangkan kami juga belum lagi mempunyai rezeki anak. Jadi tidak salah untuk berkongsi rezeki kami untuk kedua – dua keluarga.

Bagi yang bertanya mengenai latar belakang keluarganya, pada pendapat aku, adik beradik suami aku semuanya mempunyai akhlak yang baik. Berpakaian menutup aur4t dengan sempurna termasuk juga ipar duai. Ibu mertuaku pula sering ke majlis – majlis agama, tidak pernah sehari pun tidak ke masjid dan juga sudah bergeIar Hajah.

Ibu Mertua aku juga kerap kali ke tanah suci menunaikan umrah. Ipar duaiku bekerja dalam sektor kerajaan, pensyarah, guru dsb. Bagi aku melihat kejayaan ipar duai ku, dengan frame – frame konv0kesyen di dinding sehingga ada yang ditahap PHD telah menunjukkan macam mana berjayanya ibu mertuaku mendidik anak – anaknya sedari kecil.

Cuma ada satu cerita yang aku tidak tahu. mengenai kisah arw4h bapa mertuaku, tiada seorang pun yang pernah menceritakan tentang arw4h bapa mertuaku sewaktu dulu. Aku hanya tahu melalui birasku iaitu isteri pada Abang Ngah. Katanya,

“dulu arw4h abah macam nilah, suka pukuI emak pukuI anak – anak. Akak kenal abang ngah sejak dari sekolah lagi. Abang ngah dulu selalu menangis depan akak tentang apa yang berlaku pada emak. Keadaan jadi m4kin teruk bila bisnes arw4h abah jatuh, abah decide untuk berhenti kerja dan buka syarik4t.

Masa bisnes abah tengah maju tiba – tiba abah jatuh s4kit. Katanya buatan orang dan orang berdengki. Abah tak dapat teruskan bisnes dia dan kehidupan mereka m4kin susah. Abah pula malu untuk keluar rumah jumpa dengan orang ramai. Tekanan sendiri di rumah sudahnya anak – anak & emak yang jadi m4ngsa.

Masa tu emak kerja di kedai makan ibu saud4ra siang dan malam untuk cari duit besarkan anak – anak. Abang ngah juga bila pulang dari sekolah akan terus ke kedai makan tempat emak bekerja untuk sama – sama bantu kerja cari duit. Si Z (suamiku) pula lari tinggal di rumah nenek beIah emak sebab tak tahan kena d3ra mentaI dan fizikaI oleh arw4h abah.

Masa abang ngah ajak akak kahwin, dia selalu cakap dia tak nak akak lalui sama macam apa yang emak lalui. Jadi kemungkinan Si Z tu terikut perangai panas baran abah. Dan disebabkan si Z tak membesar depan mata emak. Dia membesar dengan suasana yang tidak sihat. Buang masa dekat Cyber Cafe, pusat snooker dan lain – lain.

Oleh kerana dari kecil kehidupannya sebegitu sehinggalah masuk ke alam pekerjaan perangainya masih sama. Mengunjungi pusat – pusat jvdi untuk habiskan masa di situ. Dan tiba – tiba akak dengar si Z nak bertunang. Pada hari majlis pertunangan korang dalam hati akak dah terdetik. Kesiannya dekat kamu. Sayang orang macam kamu bakal dapat si Z ni.”

Kata birasku lagi, “Bunga, dekat dalam pusat jvdi tu kita tak tahu apa yang berlaku dekat dalam, mungkin ada perempuan dan macam – macam lagi kemungkinan yang akak tak perlu sebut. Kami semua sayang Bunga, emak pun pernah cakap dulu harapnya lepas kahwin si Z akan berubah tetapi nyata tidak. Lagikan pulak duit tidak menjadi masalah untuknya.”

Waktu itu aku terkedu. Jadi selama ini pulang lewat malam kerana ini?! Mudahnya naik kan tangan padaku kerana terbiasa melihat bapanya sedari kecil melakukan sebegitu?! Apa dia fikir isteri perlu dilayan dengan d3ra jiwa dan fizikaI seperti kelakuan arw4h?!

Sehinggalah pada suatu hari hati aku ini terdetik untuk menyiasat, hati aku berkobar – kobar untuk tahu ke mana perginya dia. Benarkah masih lagi ke tempat – tempat itu? Malam itu aku nekad pulang ke rumah ibu mertuaku yang lebih kurang sejam (lain daerah) dari rumah kami.

Sampai saja di sana, Setiap pelusuk bandar aku pusing hanya untuk melihat jika ada kereta dia di mana – mana tetapi ternyata tiada. Aku hubungi pula ibu mertuaku memang dia tiada pulang ke rumah ibu mertuaku. Hati aku bergeIojak dengan perasaan yang bercampur baur.

Aku tiba – tiba ubah fikiran mungkin hari bekerja dia hanya di sekitar kawasan rumah kami saja. Mana mungkin dia rajin untuk berulang jauh. Aku pecut kereta dan pulang. Aku memasuki kawasan bandar aku lalui lorong – lorong gelap di mana ada pusat jvdi, cIubbing dan sebagainya.

Aku memandu memasuki lorong – lorong dengan hanya ikut kata hati dan naluri aku sebagai seorang isteri. Dan sangkaan aku tepat sekali, aku ternampak keretanya diletak di kawasan yang gelap sedikit sekitar pusat – pusat tersebut.

Lama aku tergamam, tetapi aku tak boleh menunggu lama, jam sudah menunjukkan pukuI 1 pagi. Aku harus pulang sebelum dia turun dari pusat itu dan ternampak keretaku. Aku tidak boleh bagi alasan aku ke rumah ibu bapaku kerana pernah terjadi bila aku pulang lewat malam dari rumah ibu barang – barang aku dah dicampak keluar.

Bila aku merayu bukakan pintu, diseretnya aku masuk ke rumah dan memukuI aku dengan alasan aku memalukan dia. Dayus sebagai seorang lelaki bila jiran – jiran nampak aku pulang lewat malam walhal aku hanya ke rumah ibu. Malam itu aku langsung tak boleh tidur, aku benci melihatnya di sebeIah ku. Kenapa aku boleh mencintai lelaki seperti ini ? Kenapa dia membohongi aku selama ini? Tapi aku tak mampu bersuara bimbang aku akan menjadi sasarannya lagi.

Dan satu lagi perangainya, selepas pukuI aku dengan teruk, dia akan menangis seolah – olah menyesal dan berulang kali katakan “abang mintak maaf sayang” semasa aku tidur. Kadang – kadang juga dia akan sapukan ubat, tuam ais sambil menangis bila aku dah lena kepenatan dilakukan seperti binatang.

Pada masa tu dia akan kucvp dahi aku berkali – kali belai rambut aku. Dia akan peIuk aku seeratnya. Hati aku jadi m4kin meruntun sedih. Kalau dia sayang mengapa dia lakukan ini pada aku?!

Sem4kin lama aku sem4kin dah terbiasa dengan kehidupan sebegini dengannya. Aku tidak lagi bertanya ke mana dia pergi. Bila dia mahu pulang. Walaupun pada hujung minggu bila dia mahu pulang untuk menjenguk ibunya tidak pernah sekali dia bawa aku bersama melainkan aku sendiri yang memandu ke sana.

Bagi aku pula kalau aku ikut pulang pun tak guna. Dia akan tetap keluar siang balik subuh. Di rumahnya m4kin ramai kawan – kawan yang dia boleh habiskan masanya. Aku dah terbiasa bila balik dari kerja ada duit atas meja yang ditingalkan untuk aku keluar window shopping hujung minggu atau bawa ibu dan adik – adik aku keluar jalan – jalan. Aku m4kin tidak kisah tentang dirinya.

Sejak keluarga aku pun sudah tahu serba sedikit tentang kelakuannya, aku banyak habiskan masa dengan keluargaku. Aku bahagia habiskan masa dengan mereka. Keperluan di rumah aku tetap uruskan macam biasa. Tetapi bila dia tahu aku m4kin menjauh darinya, dia mula sibuk persoalkan perihal anak.

Dia h1na aku manduI, dia h1na macam – macam dengan kata – kata kesat. Dia bawa aku pergi check up dengan sinisnya nak buktikan aku memang ada masalah untuk bagi dia zuriat. Tetapi Alhamdulillah semuanya normal. Bila doktor suggest dia untuk lakukan test dia diam.

Sejak dari itu aku lihat dia ada ambil pil – pil suggestion dari farmasi yang sesuai untuk lelaki. Dan kerana eg0 dia hampir dua tahun kami tetap tidak dikurniakan anak. Tetapi Mungkin juga masih lagi bukan rezeki dan bukannya punca dari kelemahannya.

Berkat dari nasihat kedua ibu bapa aku, Bila diri aku dah benar – benar bersedia aku kuatkan diri ke pejabat agama dan ke Mahkamah Syariah ambil borang permohonan cerai. Bagi aku cukuplah setakat ini. Tapi prosedur cerai ini terlalu rumit.

Aku terp4ksa cerita serba sedikit tentang masalah peribadi aku pada pembantu aku untuk memudahkan aku keluar berurusan di sana semasa waktu kerja. Tersedu – sedu dia menangis.

Sempat lagi aku mengusik dia siapa yang nak bercerai sebenarnya ni. Dia sendiri tak sangka sekuat ini aku boleh lalui sendiri. Kali pertama jejakkan kaki di mahkamah rasa kaki ku lemah kembali. Kenapa akhirnya aku perlu ke sini?!

Bila aku suarakan tentang penceraian kepadanya, dia menunjukkan respon yang langsung tidak terk3jut sehinggalah pada esok harinya dia text aku minta aku ambil cuti dalam seminggu. Aku tanya untuk apa? Dia cakap nak bawa aku pergi bercuti. Selama ni dia tak pernah bawa aku pergi jalan – jalan.

Untuk hari – hari terakhir aku bersamanya dia nak bawa aku pergi semua tempat yang aku pernah ajak dia pergi sebelum ini. Dia sebut satu persatu semua tempat yang aku pernah ajak dia. Kita pergi semua kelima – lima tempat tu. Dia tak nak rasa bersalah sebab tak sempat nak bawak selepas ini. Aku tak tahu apa aku rasa waktu dia cakap macam tu.

Dan dia cakap lagi sebelum ni dia memang ada niat untuk bawa aku tapi dia tak ambil serius semua permintaan aku. Kenapa baru sekarang nak berkelakuan baik dengan aku? Aku tanya pendapat pembantu aku. Why Not?! masa nilah ambil masa berdua dengan dia. Mana tahu yang keruh boleh dijernihkan kembali.

Dan ya, aku setuju untuk ambil cuti dan balik pack barang – barang. Walaupun dalam masa yang sama aku rasa sedih jika aku teruskan percutian ini selepas pulang dari percutian ini akan buat aku jadi m4kin lemah semula. Aku tak berani untuk ambil risik0 tetapi aku p4ksa diri aku untuk setuju. Malam itu kami gerak.

Sepanjang malam aku jadi kaku berdua dengannya. Tapi dia cuba untuk ambil hati aku. Dia layan aku dengan baik. Dia mula buat aku rasa yang dia memang sayangkan aku. Sepanjang percutian tak henti – henti dia ajak aku bergambar dan dia ambil gambar banyak – banyak.

Selama ni untuk bergambar berdua 1 keping gambar pun susah. Bila berjalan dia peIuk aku erat – erat. Dia genggam erat tangan aku walupun depan orang ramai. Kalau dulu aku tak pernah dapat layanan macam tu. Setiap kali keluar bersama cuma aku yang selalu rangkul lengannya.

Macam – macam yang dia belikan walaupun bukan dari permintaan aku sendiri. Sepanjang percutian dia betul – betul buat aku kembali jatuh cinta pada dia. Perangai dia kembali berubah seperti sebulan dua perkahwinan kami. Bila hati aku berkata perlu ke aku layan dia dengan baik juga lepas apa yang jadi? Tetapi separuh lagi hati aku cakap kenapa nak dipersoalkan?

Dia masih suami aku yang sah. Dan kerana itu, aku hanyut kembali dengan perasaanku sendiri. Bila pulang dari percutian, semua kembali normal. Dia tak pulang ke rumah dan apa yang aku takutkan terjadi lagi. Kenapa aku ni lemah sangat. Sekali lagi dia siksa jiwa aku.

Sehingga pada suatu hari aku ada meeting di ibu kota. Aku terp4ksa keluar awal selepas subuh memandangkan boarding time 7:30 pagi. Meeting itu akan berlangsung jam 10:00 pagi. Hanya satu permintaan aku pada malam itu, boleh tolong hantarkan sayang pergi airport esok pagi? Sorry, tak sempat sebab kena masuk kerja awal.

Aku jadi hilang sabar aku tertinggi suara padanya aku katakan tak cukup lagi ke siksa hidup aku?! Aku pertikaikan tentang tanggungjawab dia terhadap aku. Kadang – kadang bila aku tak sempat booking flight aku memang tidak akan attend meeting ke ibu kota balik hari berdua dengan pemandu syarik4t.

Aku juga tahu batas – batasnya. Namun nak drive sendiri mana mungkin. Nak harapkan suami hantar jauh sekali. Sudahnya aku hanya naik bas balik hari dan tinggalkan kereta aku di terminal bas. Tapi pada malam itu entah kenapa aku hilang pertimbangan.

Aku Iawan dia aku tengking dia aku luahkan apa aku rasa sambil aku pukuI – pukuI badan dia. Aku nak dia rasa s4kit sama yang aku rasa. Aku betul – betul hilang pertimbangan waktu itu, bagi aku dah cukuplah aku d3ra jiwa aku. Menangis dalam bilik air melepaskan tekanan aku sendiri. untuk malam tu aku nak lepaskan pada dia!

Dia terus menamp4r aku sehingga aku terjeIepok jatuh ke lantai. Telinga aku bengk4k kebiruaan. Dan pada malam itu juga dia keluar dari rumah dan tidak pulang beberapa hari. Aku pula?

Lepas pulang dari ibu kota aku siapkan semua doc perceraian dan aku text dia yang aku dah siapkan semua doc permohonan cerai, tolong maklum alamat apa yang nak dia letak samada tempat kerja, rumah ibu mertua mudah untuk mahkamah hantar surat dan aku akan hantar semua doc secepat mungkin ke mahkamah.

Dan selepas dari kejadian itu aku pulang ke rumah ibu bapaku. Aku langsung tidak pulang ke rumah untuk menjenguk apa pun. Dari nasihat bapa ku juga, sekiranya dia sayangkan aku dia akan datang mengambilku untuk pulang, dia akan berubah bila isteri jauh darinya, Tetapi sebaliknya, Bila dia kembali ke rumah, dia lihat aku tiada, barang – barang keperluan aku tiada.

Dia m4kin agresif, dia mesej aku dengan mengatakan dia dah keluarkan semua barang – barang dia dan tolong percepatkan proses perceraian ini. Dengan ditemani ibuku aku ke mahkamah untuk hantar borang permohonan cerai. Sangkaanku semuanya akan selesai dengan baik. Tetapi aku silap.

Sementara menunggu proses mahkamah, fikirku lebih baik aku packing barang untuk pindah dari rumah itu secara perlahan – lahan. Lagi pula aku kerja aku tak mampu nak uruskannya dengan masa yang singkat.

Aku pulang bawa kotak – kotak dan beransur – ansur mengemas. Lagipun hampir setiap hari walaupun mahkamah masih belum panggil untuk perbicaraan dia dah halau aku dari rumah. Dia minta aku keluarkan semua barang – barang aku. Kononnya aku ini isteri kurang ajar kerana tinggi suara padanya.

Tak guna simpan isteri macam aku dan macam – macam lagi kata – kata yang menusvk hati aku. Katanya lagi, jika aku tidak boleh terima dengan cara dia, aku boleh ber4mbus dari hidup dia. Hinggalah pada satu malam, tengah aku sibuk mengemas tiba – tiba rumah blackout. Bukan rumah aku je tapi semua kawasan sekitar blackout.

Aku dah maklumkan padanya untuk aku pulang malam itu mengemas barang – barang. Jadi bila kejadian seperti itu aku terus menghubunginya, seperti biasa dia tidak pedulikan panggiIan aku, Aku text dan bagitahu aku takut dan 1 lilin pun tiada di rumah ini. Dia tetap tidak pulang. Dunianya tidak habis – habis dengan pusat – pusat hiburan itu.

Aku sekali lagi tidak dapat mengawal marahku. Aku katakan dia lelaki tak guna. Lepas semua kembali okay baru dia pulang. “Tak gunalah kau balik sekarang!” getus hati aku. Dia k3tuk pintu dengan kuat. Aku dapat agak pada malam itu mesti aku dipukuI lagi. Sebelum aku bukakan pintu aku sempat capai pis4u.

Telahan aku hanya untuk menakut – nakutkan dia dengan pis4u itu jika berlaku apa – apa. Tetapi bila aku bukakan pintu aku nampak kereta dia dah berlalu pergi. Telefon aku berbunyi. Aku buka text dia dan aku lihat dia lafazkan taIak tiga terhadap aku.

Aku terus tumbang. Badan aku lemah. Aku hubunginya tetapi tidak berjawab. Aku meraung sekuat hati. Kenapa sampai tiga!! Kenapa perlu lafazkan taIak tiga pada aku!! Salah apa yang aku lakukan sehingga taIak tiga yang dilafazkan?!

Malam itu aku nangis dengan teruk. Aku tak dapat datang pejabat awal pagi. Aku benar – benar lemah. Bagi aku jika aku bercerai dan andai kata dia memilih untuk berubah sepenuhnya sepanjang aku tiada di sisi dia aku sedia untuk terimanya kembali.

Manusia mana je yang tidak pernah melakukan kesilapan. Tapi kenapa sampai taIak tiga yang dia ucapkan?! Tak kan ada lagi peluang untuk kami bersama semula sampai bila – bila. Apa yang aku tahu dia ke pusat – pusat itu bersama – sama rakan sekerjanya. Aku juga bingung memikirkan.

Masing – masing punya isteri yang cantik – cantik anak – anak yang comel tapi masih lagi mencari hiburan di luar. Dianugerahkan keselesaan hidup mengapa masih lagi memilih jalan seperti itu?

Isteri – isteri mereka walaupun lalui nasib yang sama denganku setiap malam ditinggalkan tapi apa sahaja event pejabat mereka akan bawa sekali. Layanan yang sangat r0mantik pada isteri walau apa yang aku dapat tahu ini hanya di sosiaI media. Sebaliknya nasib aku ? aku hanya sekadar “patung bernyawa” untuknya.

Dan hari seterusnya aku kuatkan diri ke mahkamah syariah, aku tukar proses dari permohonan cerai ke pengesahan lafaz cerai. Di hari perbicaraan dia hadir seorang diri dan begitu juga dengan aku. Masing – masing tidak sanggup untuk kecewakan keluarga sendiri.

Semasa dalam prosiding, hakim bertanya adakah dia yang menaip lafaz taIak itu. Dijawabnya “Ya”. Adakah dia menaip dalam keadaan sedar? Dijawabnya “Ya” juga. Dan Hakim bertanya lagi adakah lafaz taIak itu berserta dengan niat? Jawapannya juga “Ya”.

Dan tuan hakim ada bertanya beberapa soalan yang mungkin terlalu terbuka untuk aku tulis di sini. Hakim tidak berpuas hati semasa prosiding itu dengan mengatakan jawapan yang diberikan olehnya tidak munasabah & meyakinkan Tuan Hakim. Kes akan ditunda lagi 3 bulan.

Dia terus mengatakan pada tuan hakim, “jika Yang Arif ragu – ragu dengan lafaz taIak saya, saya mahu lafazkan sekali lagi di sini dan saya mahu kes ini deselesaikan dengan cepat.”

Tuan Hakim tetap dengan keputvsan untuk menunda lagi prosiding perceraian kami. Pada masa itu aku tak tahu apa yang aku rasa. Seh1na itu dia buat aku di khalayak ramai. Yang masih menunggu giliran kes masing – masing hanya sayu memandang aku.

Pulang dari mahkamah aku minta masa pada dia untuk aku terus tinggal di rumah ini untuk sementara waktu. Aku meminta dia yang keluar dari rumah sehingga kes selesai. Tapi dia juga ada alasan dia yang tersendiri. Jika dia keluar mana dia mahu pergi? Jika rumah emak mungkin mereka akan syak sesuatu yang buruk. Untuk aku pulang ke rumah ibu bapaku mungkin tidak saat ini.

Macam mana aku nak ceritakan pada ibu ayahku supaya mereka tidak kecewa anak mereka dilakukan seperti ini?! Jadi disebabkan masing – masing punya alasan tersendiri, aku decide untuk pindah bilik belakang sehingga semuanya selesai. Lagipun lafaz taIak tersebut tidak disahkan lagi.

Aku cuma ambil langkah berjaga – jaga andai kata lafaz itu sah pada tarikh kejadian itu dan aku ada “bersama” dengannya mungkin akan jatuh z1na. Dan sekiranya waktu itu aku mengandung? Apa jadi dengan status anak aku? Jadi aku jauhkan diri aku dari dia.

Dalam masa yang sama aku juga berdebar sekiranya sepanjang percutian haritu Allah swt kurniakan zuriat pada aku tapi aku telah diceraikan apa nasib anak aku nanti? Tapi perancangan dan hikmah Allah swt itu hebatkan, Aku tidak mengandung dan aku sangat lega kerana aku hanya perlu memikirkan masa depan aku sendiri sahaja selepas ini.

Sehinggalah prosiding mahkamah yang terakhir, hakim sahkan taIak aku jatuh pada tarikh yang dilafazkan itu. Keluar dari mahkamah dia meminta untuk ke tandas dan aku hubungi ibu aku. Ibu, bunga ada benda nak dibincangkan dengan ibu. Ibu dengan ayah datang dekat bunga boleh?

Mahu atau tidak semuanya dah selesai. Aku perlu juga ceritakan kebenaran ini pada ibu bapa aku. Kembali dari tandas, Aku lihat matanya merah, kami bersama – sama ke pejabat agama untuk ambil sijil penceraian dan suaranya bergetar – getar apabila bercakap dengan aku.

Masuk sahaja ke kereta orang pertama yang aku hubungi adalah biras aku. Aku ceritakan semuanya. Terima Kasih sebab akak sentiasa ada dengan bunga sepanjang bunga perlukan seseorang. Kemudian aku text ibu mertuaku. Aku tiada kekuatan untuk bercakap dengannya. Aku text dan katakan antara aku dengan si Z semuanya dah selesai.

“Z ceraikan Bunga dengan taIak 3. Bunga mintak maaf selama jadi isteri dan menantu emak bunga tak jadi menantu yang baik. Bunga tak mampu nak jadi isteri yang baik pada Z. Bunga tak pandai nak jaga Z baik – baik. Bunga mintak ampun kerana selama ni bunga banyak menyusahkan emak. Bunga sayang sangat pada emak.

Terima Kasih untuk semuanya emak. Kirim salam bunga pada abang ngah, kak long, kak chik dan lain – lain.”

Kakak – kakaknya mula membanjiri Whatsapp aku dengan kata – kata semangat dan lain – lain. Emak pula sangat terkesan dengan penceraian aku dan Z. Dia betul – betul sedih. Emak menghubungi aku dan menangis teresak – esak.

Emak cakap, “mana hati perut Z sebagai seorang suami? Kenapa sampai taIak 3? Kenapa hukvm bunga sampai macam tu? Emak sayangkan Bunga. Jangan putvskan hubungan silaturahim selepas ini. Selalulah datang jenguk Emak. Emak sentiasa tunggu Bunga datang. Jangan jauhkan diri dari emak. Selepas ni macam mana? Bunga akan balik rumah ibu ayah ke?”

“Belum tahu lagi emak,” baIasku. “Nanti emak cakap pada Z jangan ambil satu pun barang dalam rumah. Bagi semuanya pada bunga. Itu hak bunga sepanjang jadi isteri dia. Bunga ambiklah semua sekali.

Walau barang kemas sekalipun jangan satu pun pulangkan pada Z. Tahu lah Z tu kena dengan emak dan abang Ngah nanti. Bunga jaga diri baik – baik ye. Kalau ada masalah bunga datang sini mengadu pada emak.”

Aku rasa dah hilang kekuatan untuk menulis. Nanti aku sambung lagi sehingga ke pengakhiran cerita mengapa perceraian ini telah membunvh seluruh jiwa aku dan apa yang terjadi antara aku dan dia selepas berpisah.

Maaf jika penulisan aku untuk yang kedua kali ini membosankan atau terlalu panjang untuk difahami. Luahan Hati Cik Bunga. – CIK BUNGA (Bukan nama sebenar)