Aku pelik bila Ida beli CCTV, dia kata nak letak dekat rumah sebab takut adik2 perempuan dia kena nasib yg sama

Ida berjaya dapat bukti dan upah peguam dan doktor untuk dakwa ayah dia. Tapi mak Ida marah dan ugvt tak nak mengaku anak kalau Ida besarkan ‘hal’ tersebut. Ida akur tarik balik report atas ayah dia. Selang beberapa tahun, Ida jumpa aku bagitahu nak gugurkan kandungan yang dah 4 bulan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Gohan. Aku cuma nak cerita sedikit pengalaman yang aku ada berhadapan dengan m4ngsa r0g0I. Aku ada seorang kawan perempuan, dia baik, solehah, sama belajar dengan aku dulu.

Orangnya ceria, kira kalau tengok watak dia, korang takkan tahu lah rupanya dulu dia adalah m4ngsa kepada ayahnya sendiri. Aku bagi nama dia ni Ida la nak senang cerita. Masa aku tahun kedua pengajian di universiti, ida ni tiba – tiba buka cerita tentang dia pernah kena r0g0I dengan ayah sendiri.

Itupun sebab aku pelik, pasal aku nampak dia beli camera cctv tu secara atas talian. Dia tanya aku macam mana nak pasang benda ni. Yelah, kita ni student, benda – benda tu mahal ok zaman tu. Beribu – ribu. Kluster kayangan je yang mampu beli. Nak buat apa kan.

Ida cakap, ‘aku nak pasang kat rumah aku, aku risau adik – adik perempuan aku’. Selepas tu barulah dia buka cerita yang dia nak rakam ‘aktiviti’ ayah dia. Dia nak jadikan benda tu bukti, tunjuk ke mak dia. Dalam masa yang sama, Ida ni dah contact lawyer untuk bantu dia report pasal apa ayah dia buat dari dia kecil.

Jadi, lawyer dan doktor untuk buat medicaI test semua dah ready la kiranya bila dia nak buka kes ni. Masa cuti musim panas, ida balik malaysia dengan semangat kobar – kobar nak pasang cctv tu di rumah sendiri dan nak dakwa bapa sendiri.

Aku tak balik teman dia sebab parents aku jenis tak bagi balik. Duduk oversea tu biar bertahun – tahun habis belajar baru balik. Pergi tengok negara orang puas – puas. Cari duit sendiri, pastu pergiIah travel. Tu pesanan ayah aku.

Bila ida ni balik, gitu gini gitu gini (nak cerita kang panjang), akhirnya jadilah kes polis. Si ayah ni dapatlah surat ‘larangan mendekati’ ke apa entah term dia. Aku pun lupa. Mana aku nak ingat term akta apa bagai ni. Mak dia punyalah marah ke ida ni sebab ‘kantoikan’ bapa dia punya perilaku.

Kononnya bapa dia somebody la kat negeri XXX tu dan sangatlah dihorm4ti. Jadi seluruh keluarga malu la dengan tindakan Ida ni. Mak dia pun bagi kata putvs macam mak sabariah dalam cerita kasim selamat, ‘ko keluar dari rumah ni, ko bukan lagi anak aku kalau ko masih teruskan kes ni’.

Aku tak kisah kalau pembaca nak geram sebab aku pun geram ke mak dia sebab dia ni kerjanya sebagai guru. Jadi, bukanlah orang tak berpendidikan. Oklah, aku bagi nama mak dia Nyonya mansoor, sesuai kan? Oleh kerana ida ni nak jaga hati mak dia, akhirnya dia pun tarik balik kes ni, padahal kant0i juga rupanya yang si ayah ni ada skandal dengan adik Nyonya mansoor sendiri.

Sebenarnya, nyonya mansoor pun tahu adiknya yang ustazah tu ada skandal dengan suami sendiri. Ida ni balik semula ke universiti, belajar macam biasa sampai grad. Bila balik malaysia, dia minta kerja jauh dari negeri asal dia, kebetulan dapat sama negeri kerja dengan aku.

Kehidupan kita macam biasalah. Aku tak adalah nak tanya lebih – lebih pasal kes beberapa tahun lepas tu, masing – masing mula sibuk macam tu la kan. Jenis aku, orang nak cerita, aku dengar. Orang tak cerita, aku pun tak nak kepoh ambil tahu.

Tiba – tiba satu hari dia cakap nak datang rumah aku. Aku pun ok jelah sebab hampir setiap 2 – 3 bulan sekali memang kitorang akan berjumpa, lepak tepi pantai ke, hiking ke, pergi muzium ke. Aku pun siap plan lagi nak bawa dia jalan mana, makan apa semua.

Standard la bila member kita datang, lama tak jumpa pula tu kan. Dia drive dari tempat kerja dia ke rumah aku. Dalam 2 – 3 jam ada la juga. Bila sampai je, aku jemput dia ke rumah. Sembang macam biasa tentang tempat kerja best tak, ada banyak makcik bawang tak, ada masalah, suka makan lauk apa kat kantin dan benda – benda yang tak menambah manfaat lain.

Kitorang sembang sampai lewat malam sambil makan megi macam zaman student dulu. Macam biasalah, ida ni kan ceria orangnya. Aku pun jenis ceria la juga (overclaim pula). Tiba – tiba ida ni cakap, ‘Gohan, aku ada benda nak cakap ni.’

Kali ni muka dia berubah serius. Aku pun macam, ‘ha, cakaplah, apa?’ ‘Aku mengandung.’ Sump4h aku tak salah dengar. Keluar dari mulut ida, kawan yang solehah, baik apa segala ni. Adoi, aku tak tahu nak buat reaksi apa, tapi muka aku tetap cool.

Tak ada buat muka Amuk atau muka xpdc. Cool aje. Muka dia pun biasa – biasa je. ‘ok, so apa plan ko?’ aku tanya simple je. Muka tetap cool, tapi dalam hati tak tahu nak respond apa. ‘sebab tu lah sebenarnya aku datang sini jumpa ko. Aku nak minta ko teman aku ke kIinik untuk gugurkan baby ni. Aku dah survey kIinik mana boleh buat.’

Kata ida panjang lebar sambil bentang plan esok hari apa yang dia nak. ‘ok ida, dont worry, aku teman kan. Cakap je mana, aku bawakan.’ kebetulan memang kIinik tu dekat dengan pejabat aku. Kira aku pergi pejabat, drop dia, dia setelkan urusan dia, dan lepas setel, aku ambil dia balik lah.

Camtulah plan nya. Aku tak rasa aku sanggup masuk kIinik tengok prosedur pengguguran bayi. Boleh tr4uma. Serius, masa ni aku langsung tak halang apa – apa. Sebab aku rasa aku tak berhak nak keluar ayat acah – acah memahami, ‘aku faham perasaan kau, tapi sebagai muslim berd0sa kita buang baby ni’.

Come on la, cakap memang senang. Tak kena kat badan sendiri memanglah kita boleh cakap macam tu kan. Bab ni kalau pembaca nak kecam pun kecamlah. Ida pun tiba – tiba buka cerita tanpa disuruh, dia cakap ada orang pecah masuk rumah dia dan r0g0I dia.

Kemudian aku cakap, ‘ ko nampak siapa tak? Apsal ko tak jerit, Iawan atau buatlah apa – apa yang macam dalam drama tunjuk kan. Gigit ke, tend4ng anu orang tu ke, takkan ko tak meIawan langsung atau tak sedar?’ ‘Tak Gohan, aku memang tak buat apa.

Sebab aku ingat benda ni mimpi. Sejak kecil bila ayah aku selalu buat aku, hampir tiap malam. Jadi sejak tu aku selalu mimpi benda – benda ni, sampai aku tak tahu itu tengah berlaku betul – betul ke hanya mimpi sahaja. Aku memang ingat masa kejadian tu mimpi, jadi aku memang tak buat apa’

Ya Allah.. Esoknya, aku pun pandu kereta ida, bawa sampai ke depan kIinik gugur baby tu. Kitorang parking. ‘Gohan, betul ke apa yang aku nak buat ni?’ ‘Hmmm. Masa ni memang aku tarik nafas panjang. Aku tanya, ‘kenapa ko nak gugurkan budak ni?’

‘Mak aku suruh. Dia cakap, kalau aku bawa balik budak ni, memang dia tak kan terima aku selamanya. Ini bukan cucu dia’. Nampak tak betapa mak dia boleh bawa watak Nyonya Mansoor. nampak tak?? ‘Ko tahulah Gohan, aku dengan mak aku dah g4duh besar pasal kes bapa aku dulu, aku tak nak g4duh lagi pasal kes ni,’ tambah ida.

Masa ni dah mula keluar drama air mata. Aku pun melalak sama. ‘Ok. Itu permintaan mak kau. Kau sendiri macam mana?’ Tanya aku. ‘Aku nak simpan budak ni, aku nak jaga dia. Dia dah duduk dengan aku 4 bulan. Ko ingat tak kita pergi camping, hiking gunung XXX bulan lepas. Masa tu aku pregnant dah, tapi aku tak tahu. Punyalah kuat baby ni, aku tak gugur pun waktu hiking, padahal kita hiking dahsyat juga meredah air terjun bagai. Aku pun rasa baby ni kuat. Aku nak jaga dia.’

‘Macamni lah ida, aku bukan mak. Aku tak pernah lahirkan anak, kahwin pun tak. Apa kata kau cuba call mak aku, kita sembang – sembang dengan mak aku. Mungkin mak aku boleh beri pendapat lebih baik dalam konteks nasihat seorang ibu. Aku tak boleh bagi yang ni.’

Lepas tu aku call mak aku, mak aku ni memang baik dengan ida ni sebab sesekali ada ida datang ke rumah aku, bermalam sehari dua kan. Mak aku m4ti – m4ti tak benarkan ida gugurkan baby tu. ‘Tak apa ida, makcik jaga anak ida, biar makcik jaga. Ida boleh bersalin kat sini, makcik boleh jaga ida juga.’

Aku ingat lagi suara mak aku di hujung telefon. Aku bangga dengan mak aku. ‘Ida, macam ni lah. Mungkin mak kau tak terima tapi aku rasa ramai mak – mak lain akan terima, ida. Kau fikir macam ni, kita ni bujang, Allah tak rezekikan kita untuk bertemu jodoh dengan sesiapa lagi. Manalah tahu, hikmah dari ini, kau ada anak sendiri, kau boleh didik sebaiknya, kau boleh berikan agama sebaiknya.

Inilah ladang akhir4t kau, yang akan mendoakan kau pagi petang siang malam. Mungkin ini caranya Allah nak datangkan tinggalan ‘doa anak yang soleh pada kau’. Kita ni belum tentu berjodoh untuk ada anak sendiri. Mungkin ini ‘rezeki’ kau. kata aku.

Tapi aku faham, t0hmahan masyarakat, nasib budak ni nanti tidak mudah. Imej kau sebagai pendidik pun akan terjejas, maru4h kau dan keluarga dan macam – macam lagi masalah lain akan muncul kemudian nanti. Dan aku pun tak berhak untuk buat keputvsan untuk kau. Kau fikirlah betul – betul. Kau timbangkanlah options mak kau, mak aku dan kata – kata aku.’

Aku beri kata nasihat, terakhir. Berjam – jam kami di dalam kereta, di hadapan kIinik berbincang, sambil Ida menangis – nangis. Tak tahulah apa perasaan orang yang lalu lalang melihat kami. Mesti orang ingat aku tengah m4ki – m4ki Ida sampai dia melalak – lalak.

Lama ida diam. Mengesat air mata. Aku pun termenung. Menunggu jawapan ida. ‘Okla gohan, aku nak jaga baby ni. Terima kasih gohan. Aku minta tolong kau hantar aku ke zoo, aku nak tengok binatang. Nanti habis kerja, kau ambil aku kat zoo ye. Kau kena masuk office kan?’

Kata ida, kembali mengukir senyum. Rupanya tekad. Aku ingat lagi dia pegang perutnya dengan sebuah azam. ‘Kau betul ni, tak nak aku teman ke zoo? aku dah punch, boleh la meng’ulor’ sekejap. lagipun tak ada kelas hari ni’

‘Aku ok. Aku serius dah ok. Ko bawa aku ke zoo. Aku nak bagi makan burung, itik…’ Aku pun tinggalkan Ida di zoo, untuk masuk ke office. Sejak dulu aku tahu memang ida suka binatang, macam aku juga. Dulu petang, selalu kami beri makan itik di tasik, mengejar arnab gemuk dan berbaring di taman melihat keindahan tapi ganasnya burung fulmar dan bunga – bungaan. Berkelah dalam cuaca kesejukan. Diser4ng burung kelaparan mencuri bekalan sandwich itu biasa. – Gohan (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Lepas ida tu dah tenangkan fikiran bagi makan itik , burung dan segala binatang yang ada kat zoo tu (4 jam dia lepak zoo sebab tunggu aku habis office hour, kalau tak tenang juga, tak tahulah aku dia nak bagi makan makhluk apa baru tenang), aku pun ambil dia.

Riak wajah dia dah tak nampak macam pagi tadi. Aku sms dia beberapa kali sepanjang di office. ‘ko ok? Ko buat apa ? seronok kat zoo? Ada binatang apa?’ Dan soalan – soalan b****h lain. Just to make sure dia kekal hidup, tak buat benda b***h.

Takut juga aku kalau tiba – tiba dia buat benda tak masuk akal. Aku bawa dia balik rumah. Aku ingat lagi mak aku peIuk dia, mak aku pun cool. Tak keluar air mata langsung. Keturunan kami memang cool belaka. Mak aku peIuk dia kuat – kuat.

Pada masa ini, sebenarnya keluarga aku dah tahu kes dia ni sebab mak aku dah berbincang tentang penjagaan dia dengan ayah aku dan kakak aku. Kakak aku dengan besar hati nak susukan anak dia nanti sebab kebetulan kakak aku pun tengah pregnant.

Kiranya, kakak aku happy la ada gang ‘berpantang’ sama – sama kata dia. Urut sama – sama, makan lauk membosankan sama – sama. Beli baju baby sama – sama. Ah…… sudah. dia ingat ni program camping sekolah agaknya.

Tapi, esok paginya ida minta izin untuk balik ke rumah dia (rumah sewa dia, bukan rumah mak ayah dia). Katanya, dia kena setelkan urusan pejabat. Dia tak rasa dia boleh bawa perut yang bakal membesar ini ke pejabat dalam keadaan semua orang tahu dia berstatus bujang.

Jawatan sebagai pendidik pula tu, jatuh maru4h dia nanti. Jadi, ida decide untuk kemas semua barang. Dan lari dari rumah dan pejabat. Ida terus kemas segala barang rumah, masukkan apa yang boleh ke dalam kereta. Dia tinggalkan segala kerjanya dan langsung tak datang kerja.

Dia langsung tak maklumkan pada rakan pejabat dia dan membuatkan dia bakal dikenakan tindakan disiplin. Ida drive sendiri ke negeri XXX yang jauh lebih 8 jam dari negeri aku tinggal. Serius aku masa ini ingatkan ida akan lari ke rumah aku sebab seluruh keluarga kami dah menerima dia, tapi tidak.

Usai sampai di negeri xxx, barulah ida hubungi aku. Terk3jut aku. Rupanya ida ke rumah sewa adik perempuannya yang masih belajar di universiti. Ida kata dia nak menetap di situ, sehingga dia bersalin. Dia mohon adiknya merahsiakan keberadaan dia di situ.

Dia tak boleh duduk rumah aku sebab khuatir ada orang dikenali di situ (sebab kami senegeri kan) . Nanti kantoilah dia mengandung. 1 office akan kecam dia. Almaklumlah, jenis kerja ida ni macam bersepah orang – orang yang dikenali.

Dalam tempoh dia duduk di rumah adiknya, dia tinggalkan segala kerjaya dia. Maka kecohlah dan akhirnya pihak pengurusan pejabat setelah gagal menghubungi ida berkali – kali, pihak pejabat pun menelefon maklumat w4ris dia (iaitu ayah / ibu) dia di kampung.

Maka, kant0ilah ida ini sudah lari dari pejabat, entah bersembunyi di mana dan menimbulkan kemarahan nyonya mansoor. Nyonya mansoor terus ke rumah adik ida di negeri XXX dan marah ida. Nyonya mansoor mempersoalkan kenapa ida sanggup tinggalkan kerjaya yang stabil demi budak entah anak siapa.

Kenapa nak simpan budak yang masa depan gelap ni. Nyonya mansoor dan suami membawa ida ke main office dan berjumpa pihak pengurusan pejabat ida, merayu agar diberi pengecualian atas tindakan kurang ‘w4ras’ ida.

Nyonya mansoor beria – ia mengatakan ida ada masalah kesihatan dan mohon diberi pengampunan tetapi pihak pengurusan berkeras ingin laporan doktor sebagai bukti masalah kesihatan. Ida duduk membisu. Dibiarkan ibu ayahnya beria – ia merayu bagi pihaknya.

Akhirnya ida ke kaunter pengurusan dan bersuara sendiri. ‘Cik, saya ni mengandung anak luar nikah, saya dah tak boleh kerja di cawangan negeri YYY (negeri tempat aku kerja), boleh tak saya minta transfer ke cawangan negeri lain? Malu saya. Saya boleh cerita in detail tapi berilah saya peluang jumpa pegawai yang sepatutnya.’

Terk3jut ibu ayah ida bila mendengar pengakuan berani ida. Seboleh – boleh mereka tak mahu sesiapa tahu ida mengandung. Malu dan memaIukan kan. Ida dah tekad. Biarlah. Akhirnya, ida berjaya jumpa pegawai yang sepatutnya dan dapat ditukarkan ke cawangan lain dengan serta merta.

Aku tabik spring kat pegawai ni sebab bagus dalam bab menjaga kerahsiaan ida ni. Selalunya kat office aku, cerita aku beli makanan kucing kat shopee pun makcik cleaner boleh tahu tau. Akhirnya, Ida diterima bertugas di cawangan di negeri xxx, tempat adiknya belajar. Ida kembali ke rumah adiknya.

Ida mula kembali bekerja. Perutnya yang m4kin membesar tidak menjadi isu di tempat baru kerana pekerja pejabat baru ini tidaklah begitu suka ambil tahu. Mungkin mereka ingat ida PJJ dengan suami kot. Depa pun tak kisah.

Sesekali aku sms ida, tanya apa khabar. Zaman ni bukan zaman whatsapp boleh selalu share pelbagai cerita. Kadang – kadang ida cerita dia sibuk buat kek untuk dijual sebagai pendapatan sampingan. Kadang – kadang dia ajar kelas tambahan budak – budak.

Ini semua sebagai persediaan menerima orang baru. Ida memang bertekad nak bersalin di negeri XXX. Melopong la kakak aku yang awal – awal dah berangan nak ada gang bersalin sama – sama di rumah. Padan muka ko, kak. Hahaha.

Tinggal beberapa bulan sebelum ida bersalin, ida hubungi aku, ‘Gohan, aku dapat mak angkat untuk budak ni?’ ‘Ko serius nak bagi kat orang? Ok ke orang tu? Bagus? ‘ tanya aku. ‘Ok, kak lina namanya. akak ni baik. Dah lama kahwin, belum rezeki ada anak sendiri. Dia ada ambil seorang anak angkat. Ni dia nak ambil seorang lagi. Anak aku ni. Aku dah pergi rumah dia. Dah jumpa dia. Lembut orangnya wei.’

‘Betul ni kau nak bagi dia?’ ‘Yelah, lagipun, ko tahukan, mak aku takkan nak aku jaga budak ni. Mak aku dah warning, jangan balik kampung sepanjang aku berbadan dua.Dia malu kalau orang / jiran – jiran nampak tiba – tiba aku mengandung. Apatah lagi bawa balik baby ni. Lagi la.’

Ah.. aku dah agak. Ni nyonya mansoor punya cerita. Tapi aku fikir – fikir balik. Kalau sememangnya akak itu baik hati, apa salahnya. Mungkin ini pengakhiran yang lebih baik untuk both, ida dan baby. ‘Tapi kan gohan , aku letak syarat.

Aku nak sepanjang aku cuti bersalin, aku nak susukan dia. Dan aku cakap kat kak Lina, kalau tiap – tiap hari, minggu, bulan aku nak lawat anak aku, aku nak lawat. Aku tak nak putvs hubungan dengan anak aku ni’ ‘Pastu, kakak tu cakap apa? Ok?

Kan drama banyak tunjuk kadang – kadang mak – mak angkat ni tak bagi kita lawat’ kataku sambil gelak. Membuang keseriusan topik perbincangan. ‘Kakak tu cakap ok. Dia minta aku berpantang aja di rumah dia, jadi dia boleh jaga aku berpantang. Dan jaga baby sekali. Baik kan dia? Aku pun boleh susukan anak aku macam biasa, dan boleh melawat anak aku anytime. Jadi, aku rasa sesuai aku bagi baby ke kak Lina ni.’

Aku mengiyakan sahaja cerita ida. Macam aku cakap dari awal, aku ni bukanlah yang akan tiba – tiba memberi pendapat tak tentu hala. Mungkin ambil masa beberapa ketika baru aku boleh come up dengan nasihat yang lebih baik.

Beberapa bulan selepas itu, ida sms aku, katanya dia dah nak bersalin. Apa lagi, aku pun mohon cuti dari pejabat. Aku pun excited nak tengok anak ida. Aku terus ke rumah sewa adik ida. Dan inilah kali pertama aku berjumpa bertentang mata dengan nyonya mansoor dan ayah ida.

Lets call him Pakcik Jebon. Dah tak ada idea aku nak bagi nama apa ok. Maaf cakaplah, aku memang tak boleh pandang kedua – dua wajah mereka. Tapi aku buat relaks. Buat cool. Tangan di hulur, bersalaman aku dengan nyonya mansoor.

Ikut hati nak aku genggam sampai p4tah – p4tah tangan dia, tapi, memikirkan ida yang baru lepas bersalin. Aku cool aja. Pakcik jebon? Ha.. memang sepatah kata pun aku tak tegur. Aku buat tak nampak. Terk3jut aku tengok kelibat mereka yang kelihatan baik – baik amat perawakannya.

Lagipun, ayah aku dah warning aku siap – siap, ‘kalau kamu lawat ida, kebetulan bapak dia ada, kamu jangan berani – berani tidur rumah dia, kamu pergi book hotel. Ayah tak nak apa – apa jadi kat kamu.’ Jadi, aku lagiIah malas nak beramah mesra dengan pak jebon tu.

Aku nampak ida sedang berehat di bilik, baby di ruang tamu. Tidur. Umurnya baru beberapa hari, mungkin. Aku tatap wajah baby ni. Tak bersalah. Kebetulan mak ida lalu lalang. Sedang galak dia mengemas barang – barang baby. Selimut, baju – baju semuanya.

Katanya nak kena cepat – cepat bagi baby ni ke orang. Aku beranikan diri aku bertanya. Aku berdoa agar aku tidak terkurang ajar dengannya. ‘Nak bagi orang? Nyonya tak sayang ke budak ni?’ ‘Sayang? Gohan tahu kan budak ni siapa?’

‘Yelah, tapi kan dari ida kan. Ida sayang budak ni. Aku cuba meraih wajah simpati. Sebab aku tahu, di sebalik itu, ida berharap sangat dapat menjaga baby nya sendiri. Yelah, ida berusaha ajar tusyen dan jual kek untuk pendapatan sampingan semasa mengandung kan.

‘Tak, sementara ada orang nak, ada orang nak jaga. Kita bagi.’ Aku menumbvk lantai. Ikut hati aku nak menarik kepalanya dan menghumban masuk dalam bonet kereta. Dua – dua makhluk ni aku nak letak tengah jalan dan Ianggar dengan lori ulang kali.

Pak jebon Cuma menurut kata, memasukkan barang – barang ke dalam bonet untuk dihantar ke rumah kak lina. Aku perhati sahaja kelibat mereka berdua mengemas barang, aku masuk ke bilik ida. Mengajaknya berbual.

‘Ko ok? S4kit bersalin? Tak sempat aku tengok perut ko masa besar. Ni dah kempis balik. Aisehmen. Ko ada ambil gambar tak?’ kataku sambil gelak sikit. Aku memulakan kata. Aku tahu, mungkin ida hanya duduk di bilik menenangkan fikiran.

Ida Cuma gelak. Seronok dia menceritakan pengalamannya bersalin tanpa ‘suami’ di sisi. Aku pun mendengar dengan tekun. Lama kami berborak hingga tak sedar dah petang hari. Sebenarnya banyak aku nak tanya, tentang hubungan ida dengan mak dan ayahnya dan macam – macam lagi.

Tapi, aku tak rasa ini masa terbaik membebankan otak ibu yang baru lepas bersalin ini. Kang mer0yan, satu hal pula. Petang itu, ida, baby dihantar ke rumah kak lina oleh Nyonya mansoor dan pak jebon. Kemudian mereka pulang ke negeri mereka setelah yakin ida ‘selamat’ di rumah kak lina.

Maka, bermulalah siri kak lina menjaga ida. Aku cuma melambai ida kerana tidak ikut sekali menghantar ida ke rumah kak lina. Aku berdoa ini adalah pilihan terbaik buat semua. – Gohan (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum. Cerita kali ini pendek sahaja. Aku sekadar nak sambung dan habiskan cerita yang terg4ntung. Malas nak meleret – leret. Ida berpantang selama 3 bulan. Tak silap aku, 1 bulan sepenuhnya dijaga oleh kak Lina sendiri (di rumah kak lina) dan kemudian kak lina membawa Ida pulang ke kampung halaman kak lina di negeri AAA.

Ida menghabiskan 2 bulan berpantang di rumah ibu kak lina pula. Dalam tempoh berpantang, ada juga sesekali ida mesej aku. Yelah, dia pun bosan juga kan duduk tidak buat apa. Alhamdulillah memang kak lina, ibu kak lina dan keluarga baik orangnya, menjaga ida sebaiknya. Lega.

Selalu ida memaklumkan azamnya untuk terus dapat menatap wajah anaknya, terus dapat memberikan khasiat susu ibu dan kasih ibu pada anaknya. Dilema ida samada ingin memberikan anaknya (lets call him Raya sebab dia lahir masa hari raya ok) kepada kak lina tapi mengenangkan janjinya pada ibunya, nonya mansoor, ida turutkan jua.

Selalu juga ida mengadu dalam doa – doanya agar dapat terus menjaga Raya. Ida terus berdoa agar direzekikan melihat Raya membesar dengan sebaiknya, supaya tidak terputvs hubungan anak beranak antara mereka. Aku ingat lagi nyonya mansoor pernah berkata, ‘budak ni, kena cepat – cepat bagi. Kalau tak bagi nanti, mulalah timbul sayang, lepas tu mulalah tak jadi nak bagi orang. Nanti menyusahkan sahaja,’ ketika dia sedang sibuk – sibuk mengemas barang baby semasa aku melawat hari tu.

Memang betul katanya, setelah beberapa bulan menjaga, sememangnya ida sem4kin sayang pada anaknya. Iyalah, anak ini yang meneman ida dalam kesukaran selama 9 bulan, anak ini yang tidak banyak ragamnya, anak ini yang tidak mengidam bukan – bukan, anak ini yang kuat dan lasak sedari dalam kandungan,

Dan anak ini juga yang sentiasa diiringi doa – doa dari orang yang menyayanginya walaupun dibenci nenek sendiri. Anak yang cukup istimewa. Usai berpantang, ida menepati janjinya memberikan Raya kepada kak lina. Tapi seperti yang diminta oleh ida, ida akan hantar susu ebm kepada kak lina setiap hari / minggu / bulan kerana ida ingin melengkapkan anaknya dengan susu ibu sehingga berumur 2 tahun.

Gigih ida memerah susu setiap hari walaupun tidak lagi menjaga Raya secara langsung. Kadang – kadang ida juga menghantar gambar – gambar Raya kepada aku, kadang – kadang ida jahit baju, jahit uncang, jahit sarung tangan dan semuanya dibuat untuk Raya walaupun Raya tidak tinggal dengan ida.

Mujurlah kak lina memang seperti malaik4t yang dianugerahkan tuhan untuk menjaga Raya, sudi menerima barang – barang yang ida hadiahkan untuk anaknya sendiri. Selepas beberapa bulan, ida memaklumkan aku bahawa dia ada menerima pelawaan daripada adik kak lina untuk berkawan atas misi ke arah perkahwinan.

Rupa – rupanya semasa tempoh berpantang di rumah ibu kak lina, semasa itulah mereka berkenalan. Aku pun tak tahulah apa yang ida buat semasa berpantang hingga adik dan ibu kak lina bukan main berkenan. Dipendekkan cerita, ida menikah dengan adik kak lina di rumah orang tuanya, Pak Jebon dalam tempoh setahun selepas ida bersalin.

Aku dan kakak aku turut hadir dan inilah kali pertama aku melihat betapa besarnya rumah Pak jebon dan nyonya mansoor, selayaknya rumah ‘somebody’ kan. Aku bertemu juga beberapa adik beradik ida, abang, adik perempuannya, makciknya yang ustazah itu dalam perkahwinan yang giIang gemilang itu.

Pasal kewujudan abang dia ni memang aku tahu, sebab aku pernah tanya kenapa abang dia tak beIasah bapak dia dalam kes dia dengan pak jebon tu. Tapi itulah, abang dia tipikal abang – abang yang tak function. Hal adik – adik perempuan ida, semua ida yang kena fikir.

Sehingga kini, hasil perkahwinan ida dengan suaminya, ida ada lagi 2 orang anak. Korang kena faham, aku dan ida ni bukannya jenis berhubung hari – hari atau tiap minggu macam tipikal BFF yang berWasap, membawang sembang cerita drama, sembang resepi hampir setiap hari.

Kadang – kadang kami hanya sekadar bertanya khabar sekali dalam 3 – 4 bulan. Sekadar update kehidupan terkini masing – masing. Yelah, jenis aku, kalau kawan aku dah menikah, sebolehnya aku dah tak ganggu lagi kerana aku faham tanggungjawab mereka sudah berubah tapi aku sedia ada jika diperIukan sebagai tempat meluah perasaan.

Sesekali b4dai meIanda perkahwinan, pasti ida akan hubungi aku. Ada sekali ida hubungi aku menangis – nangis di hujung telefon. Aku cuak juga manalah tahu ida kena d3ra ke, dan segala macam perkara negatif masuk ke kotak fikiran aku.

Ida mengadu tentang seringkali dia ragu – ragu dengan suaminya. Kalau dia kebetulan balik lambat dari tempat kerja, tiba sahaja di rumah, dia akan terus cek keadaan anak perempuannya yang dijaga suami (sebab suami dia kerja flexi hours).

Dia takut apa yang berlaku padanya, berlaku pada anak perempuannya. Dia akui dia paran0id dan tr4uma sehingga perkara ini juga menyebabkan dia beberapa kali berg4duh dengan suami. Aku selalu juga menjadi pendengar setia ida.

So, setakat ini jelah cerita ida yang boleh aku sampaikan. Harap ia menepatilah kriteria ‘happy ending’ yang korang gambarkan. Kalau tanya aku, aku happy dengan apa yang ida ada sekarang. (ni boleh selit lagu barney n friends, happy family)

Maka, termakbullah kan doa ida untuk terus direzekikan dapat melihat Raya membesar di depan matanya. Yelah, setiap kali hari raya, hari keluarga, sambut birthday, ida akan berjumpa Raya. Kini Raya memanggilnya dengan panggiIan umi, dan memanggil kak lina dengan panggiIan mama.

Amazing kan kuasa doa, kuasa tuhan. Kepada yang komen nak tahu nasib pak jebon dan isteri, maaf. Aku memang tak tahu. Belum pernah lagi aku mesej ida untuk menanyakan ‘eh, nyonya mansoor dah kena p4nah petir ke belum? Pak jebon ke yang masuk berita haritu kena Ianggar lori 14 kali?’

Setakat jam ini, aku tahu nyonya mansoor dan pak jebon, masih sihat di mahligai indah mereka. Aku ternanti – nanti juga laporan cuaca ribut petir sabung menyabung mengh3ntam mereka berdua. Hahaha. Aku memang tak pernah tanya pada ida perihal orang tuanya langsung, seperti biasa, aku menunggu dia bercerita.

Aku tahu, dalam hatinya yang mungkin sedih mengenang kelakuan orang tuanya, mungkin masih ada secebis rasa sayang, rasa ingin bertemu mereka lagi di syurga nanti membuatkan dia masih lagi melawat ibunya di kampung, beraya bersama dan beraksi seperti tiada apa – apa.

Kuatkan dia? sebagai kawan, aku menghorm4ti rasa hormat dia kepada orang tuanya itu. Tapi jika aku tahu apa – apa kejadian ‘best’ berlaku pada mereka berdua, aku tulis la kat sini. Boleh kita membawang sama – sama ye tak?

Entah – entah aku yang m4ti kena p4nah petir dulu, esok lusa nyonya mansoor tulis confession pasal aku. Ah sudah. Anyway, seperti aku cerita dari awal siri ini, ini cerita tentang kawan aku yang solehah, seorang m4ngsa r0g0I yang transform menjadi seorang ibu yang kuat. Sekuat – kuat manusia yang pernah aku jumpa. – Gohan (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.