Berbelas tahun bercerai, tiba2 suami datang pujuk saya jadikan isteri kedua

Sudah sedekad saya bercerai, turun naik mahkamah akhirnya saya berjaya move on. Tapi suami tiba2 datang nak kahwin semula dan saya terima demi anak2. Kami kahwin tanpa pengetahuan keluarga lelaki. Bila dah kahwin, sekali lagi perkara lama berulang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt… Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada admin page ini kerana sudi menyiarkan luahan rasa dari saya. Saya mohon maaf jika ayat yang digunakan berterabur memandangkan saya bukan la penulis yang bagus dan inilah pertama kali saya menulis di ruangan sebegini.

Sebelum tu saya just nak maklumkan tujuan penulisan ini adalah untuk mendapatkan kata – kata nasihat dan semangat dari pembaca. Supaya saya terus kuat menghadapi hari depan. Kalau ada kecaman pun saya baca jugak, mungkin kecaman itu la yang mampu membuatkan saya terjaga dari lena yang panjang.

Saya perkenalkan nama saya sebagai Rozi (pastinya bukan nama sebenar). Saya merupakan ibu tunggal kepada 4 orang anak. Sudah hampir sedekad bercerai dengan bekas suami tapi belum jumpa penggantinya lagi. Orang tengok macam ‘hot’, macam mudah dapat pengganti tapi itu la kan, saya ni susah nak percayakan lelaki maka membujang la saya hingga ke hari ini.

Kehidupan saya jika orang luar lihat tiada c4cat celanya. Bahagia bersama anak – anak dan saya sentiasa try hard untuk move on sedangkan dalam hati, pedihnya tu susah nak padam. Saya mempunyai pekerjaan tetap dalam bidang profesional.

Tapi kehidupan saya sederhana sahaja. Perceraian saya adalah disebabkan oleh orang ketiga. Perceraian yang memberi tr4uma mendalam dalam hidup saya memandangkan perceraian ini banyak dibantu oleh unsur – unsur sih1r, fitnah, pengh1naan, caci m4ki dan campur tangan orang luar.

Sump4h kalau diingatkan semula saya sangat serik. Bertahun – tahun lamanya saya dibuang oleh bekas suami sama ada melalui media sosiaI, media komunikasi dan apa sahaja alat perhubungan yang lain. Benci betul dia pada saya.

Nak hadap muka saya pun dia tak mampu. Apa pun saya tetap bersyukur sebab anak – anak masih bersama saya. Saya dapat lihat anak – anak membesar depan mata sendiri. Susah senang kami sepanjang tempoh ini, kami hadapi sama – sama.

Anak – anak sangat memahami. Alhamdulillah.. Cuma kadang – kadang saya sedih bila tengok anak – anak kurang mendapat kasih sayang seorang ayah. Bekas suami telah berkahwin sebelum kami bercerai tapi syukur sangat sebab dia masih bertanggungjawab pada anak – anak.

Walaupun sebenarnya tanggung jawab ayah tidaklah hanya terhad kepada beri duit belanja. Tapi syukur. Alhamdulillah.. Ada la jugakkan dari tak ada. Saya pun tak pernah buat apa – apa tuntutan di mahkamah walaupun sewaktu dia tidak mampu memberi duit nafkah untuk anak – anak.

Saya bukan b0doh tapi saya tidak suka aib rumahtangga dibacakan depan khalayak ramai. Tr4uma ketika berada di mahkamah syariah pun tidak hilang sampai ke hari ni, inikan pula nak tambah tr4uma baru. Saya serahkan semua urusan saya kepada Allah SWT sahaja.

Dan alhamdulillah saya dapat lalui semuanya dengan baik. Allah Maha Baik. Namun begitu, sejak 2 tahun yang lalu bekas suami kembali berbaik dengan saya. Katanya dia sudah penat bermasam muka dengan saya. Bukan saya pun yang mulakan isu bermasam muka tu.

Dia sendiri yang takut ke bini. Bini dia pulak feels ins3cure dengan saya. Pelikkan. Apapun, tentunya saya la orang yang paling gembira dan walaupun begitu saya tidak pernah menganggu rumahtangga dia dan isteri barunya.

Prinsip saya, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Saya berurusan dengan dia hanya semata – mata berkaitan hal anak sahaja. Tidak lebih dari itu, sehinggalah bekas suami beberapa kali menyatakan hasrat untuk berkahwin semula dengan saya namun pada awalnya saya agak keberatan.

Bermacam – macam perasaan timbul. Takut, tr4uma dengan gangguan – gangguan makhluk halus, sedih dih1na, dicaci, dibenci oleh insan yang hari – hari mengucapkan “I Love U” kepada saya. Namun setelah mempertimbangkan buruk dan baiknya, maka saya bersetuju untuk rujuk kembali dengannya demi anak – anak tanpa pengetahuan keluarga di pihaknya.

Bila saya nyatakan persetujuan untuk menerimanya semula, sekali lagi perkara lama berulang. Saya dih1na. Saya dibuat seperti sampah tak berharga. Ya Allah, sedihnya saya rasa. Dia tak ada hati dan perasaan ke? Dia fikir kami anak beranak ni hanya boneka?

Kalau dia tahu hatinya sekarang hanya untuk isteri dia, kenapa beri harapan kepada saya? Jujur saya cakap, selama bertahun – tahun saya di buang, akhirnya saya mampu move on. Saya cuba lupakan kenangan silam walaupun s4kit dan peritnya Allah sahaja yang tahu.

Berbelas tahun saya hidup bahagia sebumbung dengannya. Tidaklah mudah untuk saya move on. Tapi bila kali kedua jadi macam ini, berganda – ganda rasa susahnya untuk saya hilangkan rasa sedih ini apatah lagi saya ternampak secara tak sengaja gambar – gambar bahagia dia dengan isteri barunya di media sosiaI.

Saya tak pernah tunjukkan kesedihan saya depan anak – anak dari dulu sampai sekarang. Dan saya memang tak nak mereka tahu bahawasanya ibu mereka sedang berduka lara. Saya cuma fokus untuk kutip balik kekuatan saya yang telah hilang.

Saya tahu kekuatan ini boleh dicari dengan solat, zikir dan membaca Al Quran. Saya buat semuanya tapi sy4itan tak pernah duduk diam. Saya mohon pembaca berikanlah kata – kata semangat untuk saya bangkit semula dari kekecewaan ini.

Dan doakan satu hari nanti saya dikurniakan j0doh yang baik – baik, yang ikhlas terima saya seadanya saya bukan hanya pandai menabur janji semata – mata. Single Mom, – Rozi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Puteri Pelangi : Sayangi diri sendiri. Nyahikuti segalanya tentang “dia”. Tiada keperluan. Cari hobi baru dan matlamat hidup baru. Buat matlamat jangka pendek. Contoh next month aku nak beli baju baru sehelai. Atau nak beli 1 lipstick maybelline

Nak beli sepokok bunga ros. Buat matlamat yang simple – simple asalkan diri rasa dihargai oleh diri sendiri. Gembirakan diri sendiri. Lepas tu boleh tetapkan matlamat jangka panjang 1 tahun. 5 tahun. 10tahun. Jangan ikut kemampuan orang lain.

Ukur baju ikut kemampuan diri sendiri. Cari kemahiran dan peluang untuk tambah pendapatan (jika perlu). Saya doakan puan diberi kekuatan, dilapangkan fikiran dan dipermudahkan semua urusan… aamiin.

Norizan Mamat : Salam, kalau dah masuk sih1r, h1na dina segala tu, tak payah la dok pandang – pandang lagi. Jangan serik untuk terima orang lain yang hadir. Orang lain mungkin tak seburuk per4ngai dia. Tapi, kalau masih dapat layanan yang buruk, kita tahu apa patut kita buat.

Itu yang penting. Bertahan bukan bermakna kita sabar dan kuat gerenti masuk syurga. Kita kuat kalau kita dapat jaga diri kita dan anak – anak kita. Bahagia kita boleh jadi macam – macam cara. Take care yer.

NurAz Wan : Saya harap, kalau keadaan berulang pun, puan tidak akan membuka ruang lagi, pada orang yang sama. Jangan sampai dua kali teperlus dalam lubang yang sama. Saya risau kalau – kalau semua ini berkaitan dengan sih1r juga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.