Bersalin dekat hospitaI kerajaan, banyak doktor pelatih dah macam ujikaji. Memang terk3jut layanan yg aku dapat

Macam – macam aku baca tentang doktor dan nurse dekat hospitaI kerajaan. Tapi aku terp4ksa jugak bersalin dekat sana sebab uri dekat bawah. Berat betul hati kena duduk dalam wad selama sebulan. Memang terk3jut aku dengan layanan semua. Termasuklah doktor pelatih..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku nak kongsi pengalaman aku bersalin dekat hospitaI kerajaan dan hospitaI swasta. Untuk anak pertama, aku bersalin kat hospitaI kerajaan. Ni masa sebelum C0vv1id19.

Mulanya aku tak nak tau, sebab aku banyak baca kata hospitaI kerajaan ni macam – macam, nurse garang lah, servis teruklah itulah inilah. Tapi sebab kandungan aku masa tu uri bawah, so aku kena bersalin kat GH (HospitaI Kerajaan)

Malah doktor yang check bulan – bulan kat hospitaI swasta pun suruh aku bersalin kat GH. Uri bawah ni risiko dia boleh berlaku pertumpahan d4rah. Dekat GH, ada bIood bank. Dekat hospitaI swasta ada stock d4rah tapi tak banyak macam kat GH.

Dan aku masa tu pun kena duduk kat GH selama sebulan, sebabkan risik0 tu tadi. Berat betul hati aku masa tu, nak kena duduk kat hospitaI sampai bersalin pulak tu. Tapi aku tak ada pilihan. Kalau duduk hospitaI swasta sebulan, mahu tak makan aku setahun.

Masa aku duduk selama sebulan kat GH, ya Allah, segala persepsi aku pasal GH semua SALAH! Ye salah! Nurses kat GH sangatlah baik dengan aku. Tak garang macam yang aku baca atau dengar sebelum ni. Diorang sangat caring.

Kebersihan kat wad pun tiptop. Kejap – kejap makcik cleaner datang mop, sapu. Yang angkat sampah datang ambil sampah, bersih memang bersih. Aku duduk wad dua orang, lepas bersalin duduk wad katil satu. Jadi ni aku cakap based on bilik yang aku duduk tau.

Yang wad duduk ramai – ramai tu, aku tak tahu situasi dia macam mana sebab tak pulak aku pergi buat lawatan sambil berlajar kat satu wad bersalin tu. Doktor pun okay, baik pakar sampailah ke doktor pelatih. Cuma tulah, bila doktor – doktor ni datang melawat, diorang datang dalam satu group dan kau akan rasa macam bahan uji kaji la kat situ

(Part ni kau janganlah sempit sangat, tanpa doktor pelatih ni takkan lahirnya doktor pakar kat dunia ni, kita kena faham yang itu memang kerja dia dan pasal aur4t d0sa pahala biar Allah saja tentukan, bukan kita saja nak tayang)

TAPI nurse kat wad aku tu sangatlah menjaga aur4t aku. Habis saja doktor – doktor check perut, cepat – cepat nurse tarik selimut tutupkan. Makan kat GH pun sedap – sedap. Entah aku yang memang berselera atau menu dia memang sedap aku pun tak sure tapi setiap kali tray makanan datang, licin aku makankan.

Lengkap daiet, ada buah, ada lauk protein, dan ada air sekali. Kat GH ada 4 kali makan. Sarapan, lunch, minum petang, makan malam. Memang rasa macam princess duduk hospitaI masa tu, haha. Makan orang hantarkan, baju orang basuhkan. Aku cuma duduk saja.

Nurse tak bagi aku banyak jalan sebab uri bawah ni memang tak boleh banyak berjalan, nanti risau ada tumpah d4rah. Jadi aku jejak lantai hospitaI tu bila nak mandi, solat dengan ambil / hantar baju hospitaI, itupun kadang – kadang nurse yang ambilkan dan hantarkan baju kotor aku.

Baik betul nurse – nurse kat wad tu. Uri bawah ni memang sah – sahlah kena operation kan. Jadi, masa nurse tolak aku pergi wad operation tu, kak nurse tu sempat pesan aku, “Awak jangan takut – takut tau. Baca banyak – banyak lailahilla anta subhanaka inni kuntu minozzholimin. Ulang – ulang baca ya”.

Kurang sikit nervous aku masa tu. Bila kat dalam OT, masa dapat epidural tu, serious aku tak rasa s4kit langsung, sampaikan aku tanya “oh dah ke?” Bila diorang suruh aku baring semula. Bila lepas tu, bila operation nak mula, aku tak sure yang duduk hujung kepala aku tu nurse atau doktor tapi dia cakap, “Puan, kami dah mula ya puan. Puan baca selawat banyak – banyak ya”.

Ya Allah, aku rasa bersyukur giIa sebab ada yang ingatkan aku waktu dan aku rasa tenang sepanjang operation tu. Tak lama lepas tu, “alhamdulillah puan, puan dah selamat bersalin anak lelaki ya puan”. Anak aku time tu keluar tak menangis, mungkin dia pun tak tahu dia kena keluar waktu tu kan, nasib nurse / doktor tadi bagitahu.

Dah kena popok kat montot baru anak aku uwek – uwek. Untuk anak kedua ni, suami aku suruh beranak kat hospitaI swasta. Dipendekkan cerita, anak kedua pun aku kena czer juga. Tapi kali ni berbeza sebab em3rgency, anak aku ni dah tak sabau nak keluar.

Sebelum aku masuk OT, kena buat CTG dulu sebab nak tengok contraction aku berapa kali. Lepas dah buat CTG, nurses pun buat preparation nak masuk bilik bedah. Haaa bermulalah pengalaman nightmare aku time ni. Masa nurse tu nak cukur, dia cukur aku macam siang ikan kau tahu tak!

Punyalah kasar. Masa kat GH dulu, nurse buat elok – elok. Yelah aku tahulah em3rgency tapi janganlah macam siang ikan kak. S4kit oi! Aku cakap “kak s4kit”, “oh s4kit ke, sorry sorry” dia gelak – gelak je. Tapi lepas tu dia sambung dengan kelajuan yang sama. Ya Allah. Sabar saja aku.

Lepas tu, masa nak pergi OT, kena pakai katil lain kan. Kau gerak sendiri, naik sendiri kat katil tu eh. Kalau kat GH, aku baring saja, nanti nurses akan kira “1 2 3” alih aku dengan bedsheet. Masa kat bilik bedah, bila dah selesai bedah, anak dah keluar, nurses kat dalam tu boleh membawang, biarkan aku tanpa tutup bahagian bawah badan aku dengan cepat.

Bercakap sambil pegang kaki aku. Aku macam aku bayar mahal – mahal ni nak dengar korang membawang ke sebenarnya? Kaki memang kebas tapi kita boleh rasa bila dipegang / dicucuk cuma tak rasa s4kit ja. Bab inject epidural tu, pada aku atas masing – masing doktor bius punya kepakaran, dan kali ni aku rasa sikit sengal – sengal ngilu halus tu.

Dia tak s4kit tapi rasa lah kena cucuk tu. Beza dengan first time dapat dulu. Bila nak naik ke wad, masa alihkan aku tu, nurse suruh aku gerak sendiri alih ke katil tolak ke wad tu. Kita dah lah separuh badan tak berasa, dia suruh gerak.

Jadi aku geraklah macam sotong gatal kat situ. Diorang bantu angkat bahagian kaki yang tak berasa. Untuk menu kat hospitaI swasta ni, sedap memang sedap tapi tak lengkap. Tak ada buah. Dia ganti dengan sup jernih sihat. Entahlah.

Hantam sajaIah. Aku makan ja. Kat sini 3 kali makan. Sarapan, lunch dan makan malam. Minum petang, kau pandai – pandailah suruh suami beli kat cafe atau 7e. Bila aku dah ada pengalaman macam ni, aku cakap kat suami aku, andai ada rezeki lagi lepas ni, aku nak bersalin kat GH jelah.

Untuk apa aku bayar sampai RM8k untuk servis yang aku boleh dapat dengan RM800. Masa kat GH dulu aku bayar RM800 untuk sebulan, bilik 2 orang dan lepas bersalin bilik sorang. Dekat hospitaI swasta, total RM 8,5k untuk 3 hari 2 malam.

Korang jangan cepat sangat percaya pada dakyah – dakyah kata nurse GH garang, sombong semua tu. Kadang – kadang aku rasa, diorang garang / sombong tu sebab keadaan yang buat diorang jadi macam tu. Yelah, bukan kau sorang saja yang s4kit kat situ.

Ramai orang s4kit dengan bermacam ragam. Yang diva la vida, demanding, yang degil, yang pendengaran kurang, mana tak nye nurses / doctors GH jadi hijau. Kalau kata dari segi kepakaran, bagi aku sama. Sebab GH pun ada doktor pakar dan jumpa lagi macam – macam kes berat.

Kalau kat hospitaI swasta kes berat sikit saja dia tolak ke GH. GH ada bIood bank, swasta limited. Cumanya kat hospitaI swasta ni, kau cepat dapat katil. On the spot. Kalau kat GH, lama kau kena tunggu. Macam aku masa anak pertama, serah diri pukuI 12 tengah hari, dapat katil dekat maghrib jugalah.

Punya lama tunggu tapi jangan nak hangin – hangin, bukan kau sorang yang nak beranak. Itu jelah bezanya dari pengalaman aku sendiri. Aku nak ucapkan terima kasih banyak pada semua nurse wad bersalin HospitaI Melaka sebab layankan aku bak puteri selama sebulan kat sana.

Untuk hospitaI swasta sebelah mall sebeIah hotel tu, aku harap nurse – nurse kat OT (bukan semua) tolonglah sama – sama jaga aur4t pes4kit, dan tolonglah jangan membawang depan pes4kit. Tahan lah kejap rasa tak puas hati dengan kawan tempat sekerja ampa tu.

Tak proper. Selesai kerja, membawanglah ampa sampai lebam naa. Yang aku cerita ni, pengalaman aku sendiri. Mungkin tak sama pengalaman kita. Rezeki masing – masing. – Rihanna Under My Umberella ela ela eh eh eh (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norizan Mamat : Salam, makcik beranak semua kat hospitaI kerajaan. Semua best. Semua baik. Kat hospitaI swasta tak beranak, tapi jaga anak s4kit atau sendiri s4kit. Pun ok jugak, tapi mahal la… Itu saja beza dia.

Tips dia… kalau dapat misi garang skit, korang diam, ikut jer rentak dia. Kalau dia macam murung rawat kita, kita tanya dia, dah makan belum atau itu ini sikit – sikit. Mungkin dia murung sebab kena marah dengan kawan atau dengan doktor dia. Satu lagi, masa kita dok hospitaI, waktu sihat kita bantu orang. Insya-Allah, waktu kita s4kit pula, orang bantu kita. Semoga kita semua tabah – tabah saja yer.

Noor Shahin : Saya bersalin GH hospitaI Shah Alam. Memang best. Bilik ramai – ramai la sebab 3rd class. Seronok dok ramai – ramai ni macam – macam cite semua pun ramah tolong – tolong apa yang patut lagi – lagi kene czer.

Penah jugak dok bilik 2 katil masa czer kedua, tapi cam sunyi je, saya tak gemar sangat. Nurse – nurse sume memang baik aje, macam – macam bantuan diorang bagi. Saya bersalin belum longgar sop, suami langsung takleh lawat.

Memang bersyukur nurse banyak bantu. Doktor pun okey. Part makan tu Ya Allah, memang betul macam princess sampaikan rasa taknak balik rumah je kalau boleh. Seronok sangat makanan dapat on time takyah la susah – susah nak masak bagai. Alhamdulillah tu rezeki saya. Lain orang lain rezekinya kan.

Nor Salihah Yusuf : Sampai bila – bila pun takkan habis kisah perbandingan ni. Sesama GH dan Sesama swasta pun tak sama. Jadi kesimpulannya berbalik kepada rezeki dan nasib masing – masing. Kadang – kadang sedih juga bila tengokk orang sampai berg4duh nak pert4hankan hospitaI tu bagus hospitaI tu membazir.

Pengalaman masing – masing tak sama.. Yang penting kita bahagia dan ibu anak selamat dan sihat. Yang ada pengalaman buruk di mana – mana tu.. Tak semestinya orang lain rasa yang sama.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.