Aku ajak mak ayah mertua duduk sekali dan itu keputvsan paling b0doh aku pernah buat dlm hidup

Suami aku asyik la sebut kesian mak ayah dia duduk rumah flat tua – tua. Nak beli barang, pergi surau kena naik turun tangga. Aku ajak mertua duduk sekali, siap belikan katil, almari dan aircond dalam bilik. Satu hari, mak mertua kata nak duduk rumah adik ipar, aku tak syak apa – apa..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian. Aku gelarkan diri aku Cik Rose, sudah berkahwin selama 3 tahun. MaIangnya, aku mengenal page ni selepas berkahwin. Jadi baru aku hadam tanda – tanda red flag bakal suami dan keluarga suami.

Aku pulak anak sulung, aku tengok abah dan umi aku bahagia, jadi aku ikut kata hati lepas istikharah dan decide untuk kahwin dengan suami aku. Ringkasnya, sebelum berkahwin dah terserlah per4ngai red flag suami aku ni.

Dia tak bekerja selama 8 bulan tapi maknya p4ksa anak – anak kahwin cepat sebelum dia tutup mata kononnya. Aku yang sentiasa positif ni, expect keluarga mereka memang menitikberatkan tanggungjawab suami isteri lah kan.

Tapi aku masih risau, jadi aku suruh suami aku cari kerja. Aku pon carikan sekali, siap buatkan resume dan cv untuk dia. Padahal mula – mula aku kenal dia ada saja kerja cuma belum tetap. Tapi dia boleh decide berhenti kerja sebab tak puas hati dengan pihak management.

Aduh! Tanpa plan B pulak tu. Tak memasal menganggur. Cari punya cari, interview pon aku bawakan dia tapi katanya tak berkenan dengan kerja. Feedback lepas interview pon katanya takde dalam email. Email pon asyik lupa password, entah – entah dia yang tak baca.

Buktinya, lepas kahwin aku buatkan 2 kali email baru. At last, memandangkan aku ada kedai sendiri, aku offer dia kerja dengan aku lepas nikah. Banyak alasannya, tapi apa saja pilihan yang dia ada? Dia terp4ksa setuju.

Ehhh sebelum nikah, keluarga dia nak datang rumah untuk majlis tunang kan. Full of dramas. Hari tunang kami Sabtu, dan aku memang kerja Sabtu tapi half day lah. Jadi majlisnya lepas aku balik kerja. Aku dan family aku pon dah siapkan semua preparation dekat rumah.

Tapi suami aku call waktu aku kerja sebab risau nak datang. What?! Betul ke nak aku ni? Waktu aku tanya dulu memang betul – betul nak kahwin dengan aku. Eh pass pulak phone dekat ayah dia, ayah malu nak datang. Pass pulak ke mak dia, risau dan macam – macam lah.

Aku pulak yang kena tenangkan sorang – sorang, aku cakap anggap datang beraya saja. Sebab Hari tunang aku waktu Hari Raya Aifilfitri. Lepas semua yang terjadi, selamat lah aku bertunang. Majlis nikah pulak, bincang punya bincang, abah aku setuju untuk tidak meletakkan wang hantaran.

Baikkan abah aku? Punyalah kami sekeluarga understanding dengan keluarga suami. Majlis pon cukup lah satu lagipun dua – dua pihak duduk di negeri yang sama. Eh tak puas hati, mentua aku nak jugak dua majlis siap hantaran 5 berbaIas 7 tu.

Pujuk punya pujuk, semua setuju cukup satu majlis. Ingatkan offer nak bagi 5 dulang tu mampu lah sediakan, dah sampai kedai emas dah nak belikan aku rantai tangan, sekali aku kena top up duit pulak. Aduh! Nak tak nak dah deal, dia dah keluar duit tapi tak cukup.

Malu la kan depan seller, aku bayarkan jugak. And the list of typical red flags goes on. Aku lah carikan dan bayarkan rumah sewa, carikan katering, pelamin untuk majlis dan semuanya. Semuanya! Suami aku? Entah, out sation dekat Planet Marikh kot.

Dengan keluarga – keluarga dia sekali angkut ke sana agaknya. Majlis yang satu tu aku dan family aku uruskan, keluarga mentua aku datang as guest sahaja. Datang, ambik gambar, balik. Dah kahwin baru aku tahu duit bahagian dia untuk majlis kahwin kami pon dia pinjam dengan mak dia.

Kenapa pinjam? Entah, mak dia pon expect anak dia tak kerja pon boleh kumpul duit kahwin agaknya. Tanggungjawab dia sebagai suami tak payah cerita lah, semua orang dapat agak kot. Aku nak cerita pasal keluarga mentua aku pulak.

Aku ni jenis hati mudah tersentuh, suami aku asyik la sebut kesian mak ayah dia duduk rumah flat tua – tua. Nak beli barang, pergi surau kena naik turun tangga. Lutut masing – masing dah tak kuat. Aku cakap la dengan suami aku, kita ajak la mak ayah duduk dengan kita.

Keputvsan paling b0doh aku pernah buat dalam hidup aku. Aku belikan katil, almari dan aircond dalam bilik. Bukan mak dan ayah saja duduk sekali, kena bawak sekali anak dia yang bongsu sebab masih belajar. Jadi 2 bilik lengkap tersedia macam hotel dekat rumah sewa aku tu.

Tak termasuk bilik aku lah. Biasalah suami isteri baru kahwin kan, berg4duh tu memang wajib. Lagikan suami aku jenis malas nak cari makan, malas nak kerja, malas nak mengemas. Malas nak hidup la kata. Dia dengan phone tu bff.

Tidur kena layan phone sampai tertidur, itu pon sampai 2 – 3 pagi. Makan pon layan phone walaupun dengan aku ni, isteri dia. Jadi ada satu masa tu aku meng4muk sebab tak tahan dengan suami aku. Nak tahu apa mak mentua aku kata?

Cubalah ada anak, mana tahu nanti okay. Ayah mentua aku pulak kata ini kali kedua dia menangis sebab anak – anak. To be informed, pertama sebab anak sulung dia cerai. Sudah, aku terkesima terus berhenti menangis sebab speechless.

Aku kan m4ngsa, kenapa nak salahkan aku, lepas tu bebankan aku lagi dengan benda yang aku tahu aku akan bertambah d3rita? Dia ingat anak dia akan berubah ke lepas kami ada anak? Ya Allah waktu tu dunia aku gelap, aku nampak abah dan umi aku saja.

Aku call umi aku cerita semua, mak mentua aku terdengar dan suruh aku jangan cerita dengan keluarga aku. Aku jadi geram dan sedih, sampai hati bila aku tersiksa, suruh aku pendamkan dan lupakan macam tu saja.

Alhamdulillah lepas 3 tahun aku kahwin ni, barulah kami suami isteri dapat bercakap bahasa yang sama. Kalau sebelum ni memang macam ayam cakap dengan kucing. Akhirnya nampak perubahan suami aku walaupun sikit – sikit, tapi aku boleh tarik nafas lega dah.

Kadang – kadang dia terleka aku tariklah dia ke jalan lurus balik. Akhirnya suami aku faham tujuan kahwin dan cara nak capai kebahagiaan cara kami. Baru boleh tidur nyenyak, tiba – tiba ada drama baru. Mak dan ayah mentua aku cakap dengan aku nak duduk dengan anak dia yang lain, sebab nak jaga isteri dia lepas beranak.

Kebetulan PKP, isteri dia tak boleh balik kampung. Aku tak syak apa – apa, tapi yang aku pelik mak mentua aku cakap mungkin nak duduk lama. Aku malas nak fikir, biar saja lah. Oh lupa, aku pernah hadiahkan kereta baru untuk ayah mentua aku.

Entah lah baik ke b0doh aku ni, asal sebut saja aku kesian. Suami yang mula – mula cakap kesian ayah dia dah tua s4kit kena bawak kereta manual lagi. Tu yang aku belikan kereta auto tu. Bukan tu saja, adik ipar perempuan aku bagi dia kerja dekat kedai aku, laptop adik ipar lelaki aku belikan sebab kesian dia buat assignment menumpang laptop kawan, duit rumah flat dulu aku bayarkan sebelum kena sita, eh macam – macam lah.

Macam aku ni ketua keluarga mereka lah gayanya. Kira aku dah boleh beli rumah banglo sebiji dah belanja mereka ni. Sampailah satu hari kakak ipar aku call suami aku. Dia marah – marah suami aku, apa kami suami isteri buat dekat ayah dan mertua aku sampai mereka keluar dari rumah kami.

Eh mana lah kami tahu kan, mereka sendiri yang nak keluar dari rumah kami sebab katanya nak jaga adik ipar aku lepas bersalin kan. Barang – barang mereka banyak saja lagi dekat rumah aku tu. Bila masa pulak kami halau?

Aku siap beli rumah baru dan bawak sekali barang – barang mereka semua. Ditambah adik ipar aku pulak tiba – tiba tengking aku, katanya dah lama pendam apa yang aku cerita pasal keluarga dia. Pulak dah! Apa isu pulak ni?

Esoknya, ayah dan mak mentua aku pagi – pagi terus datang rumah nak ambil semua barang mereka. Langsung tak nak menjelaskan apa yang terjadi, tengking aku dekat luar rumah aku. Bila aku cuba connect the dot dari mesej – mesej kakak ipar aku, baru aku faham kenapa keluarga dia melenting tak tentu pasal.

Rupanya mak dan ayah mentua aku terasa dengan aku waktu kami duduk bersama. Sebab aku jenis pantang membazir. Mak mentua aku ni jenis suka masak banyak – banyak, bila tak habis makan dia akan panaskan lauk tu sampai 3 hari.

Tapi aku perasan dia dengan ayah mentua aku takkan makan lauk semalam. Suami aku pulak takkan ulang makan makanan yang sama berturut – turut. Dia cepat jemu. Dah aku saja tukang perabih, mana larat nak habiskan lauk satu periuk besar?

Jadi sudahnya memang ke tong sampah. Setiap hari. Adik beradik suami aku pulak ramai, setiap hujung minggu memang penuh la rumah aku mereka tidur dengan anak – anak mereka. Itu aku tak kisah sangat, tapi mereka selalu biarkan aircond dan lampu bilik tak tutup bila mereka menonton tv di ruang tamu.

Tapi setahu aku, tak pernah aku tegur mereka direct. Aku cuma luah dekat suami aku saja. Tapi itulah, duduk bersama keluarga mentua lah keputvsan paling aku menyesal buat. Aku tak terfikir didikan dan cara hidup keluarga orang berbeza – beza.

Suami aku tegur mereka, tapi petik nama aku. Dia cakap aku bising korang membazir etc. Jadi of course lah mereka tak dapat terima kan. Hal terasa tu satu hal. Masalah m4kin teruk bila rupanya adik ipar yang kerja sekali dengan aku pasang telinga setiap kali kami suami isteri berg4duh.

Ni paling aku geram. Bilik dia dan bilik aku lain tingkat, kalau ada orang jerit sekali pon, takkan dengar jelas butiran percakapannya. Dengar suara kuat tu ye. Aku tahu pon sebab bila suami aku mang4muk dalam phone dengan kakak dia, aku tak dengar sepatah pon dia cakap apa.

Aku dengar dia tinggi suara saja. Tapi aku tak try la duduk dekat pintu bilik pasang telinga. Mungkin aku boleh dengar kan. Patutlah pernah sekali kami suami isteri berg4duh, esoknya mata adik ipar aku b3ngkak. Aku memang pasti dia curi dengar, tapi aku cuba bertenang dan cakap dengan dia, akak mintak maaf semalam bising – bising.

Dia jawab, biasalah abang dengan kakak kalau g4duh esok okay balik. Dia tahu suami aku baran, dia selalu support aku kalau aku tegur suami aku jangan layankan baran dia. Sampai kesiankan aku bersuamikan abang dia. Jadi aku dengan hati yang tulus, percayalah dia faham keadaan aku.

Rupa – rupanya selama ni dia pasang telinga dan buat – buat memahami aku. Sebaliknya dia cerita dengan keluarga dia yang aku h1na mereka. Puas aku cuba contact untuk menjelaskan situasi tapi mereka tak nak angkat. Siap cakap nak pulangkan semua barang kemas, dan barang – barang yang pernah aku bagi.

Tapi sampai kesudah takda pon pulangkan. Drama saja. Bila aku tengok masing – masing tak nak berbaik, aku terp4ksa mintak tolong abah dan umi aku untuk berbincang dengan mereka. As expected, mereka buat macam tak ada apa yang serius pon yang berlaku.

Mereka kata salah faham saja, mereka dah lupakan semuanya. Tapi tuduh kami suami isteri langsung tak bertanya khabar tentang mereka. Kelakar pulak, call pon tak diangkat, dua orang adik ipar tunang dan kahwin pon tak jemput kami, boleh lagi salahkan kami.

Padahal kami disahkan positif C0vv1id19 usai pulang dari mengerjakan umrah. Keluarga saya, kawan – kawan kami berapa kali datang untuk ambik tahu keadaan kami dan menghantar barang – barang keperluan rumah semasa kuarantin. Di mana mereka?

Padahal mereka tinggal berdekatan sahaja dengan rumah kami. Jauh lagi keluarga aku dan kawan – kawan kami punya rumah. Bukan itu saja, sempat lagi mintak gaji bulan terakhir adik ipar yang kerja dengan aku tu. Dah dia berhenti tanpa notis, patutnya dialah yang bayar sebulan gaji.

Diburuk – burukkan kami depan abah dan umi saya. Abah dan umi menyampaikan, mereka eg0 dan tak reti bersyukur. Masih tak nak dengar penjelasan pihak kami dan asyik p0tong cakap abah dan umi. Aku memang sampai sekarang tak mampu nak hadap muka mereka.

Aku dah mintak maaf banyak kali sampai nangis – nangis, mereka masih tak nak terima. Apa yang mereka nak aku tak tahu lah. Suami aku cakap, dia kenal keluarga dia, ni kes dengki. Jadi bila dah terjadi pulak kes mak ayah terasa, dibesar – besarkan.

Patutlah lagaknya dah macam lama sangat benci aku. Bila meIetup, semua tuduhan keluar. Maaf, aku nak jaga mentaI health aku jugak. Aku pon ada hati dan perasaan. Aku anggap kami tiada jodoh. Cukuplah manusia bernama suami, abah dan umi aku memahami aku di dunia ini.

Selebihnya hanya Allah yang tahu niat aku. Mungkin kerana terlebih menyayangi manusia, Allah uji aku begini. Takpe, aku redha. Cuma aku tak kuat. Aku tak dapat buang d3ndam kesumat aku terhadap mereka yang menengking dan memfitnah aku selayaknya penjen4yah.

Penjen4yah sekalipun tak dihukvm melulu, boleh dibicarakan lagi. Entah – entah, tak terbukti pon bersalah. Aku tak mampu halalkan semua pemberian yang aku pernah beri dengan ikhlas. Aku masih gagal untuk memujuk diri aku untuk memaafkan mereka.

Terima kasih kalian mampu membaca sampai habis. Aku hargai seikhlasnya. Doakan aku dapat lupakan perbuatan k3jam mereka dan hilangkan perasaan d3ndam ni. Semoga kita semua bahagia di dunia dan akhir4t. Aamiin. – Cik Rose (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Afiza : Kadang – kadang lebih baik ada jurang dengan family mertua. Sebab didikan family kita dengan family mertua tak sama. Sesetengah orang nie, baik macam mana pun kita, orang tak hargai tapi sekali kita buat silap, orang akan sindir – sindir dan marah – marah kita tanpa bagi kita peluang nak jelaskan.

Qymaa El Eamiry : Kebaikan anda telah Allah balas dengan murahnya rezeki. Selepas ni hidup sendiri – sendiri, sibukkan diri, jangan ambil tahu, enjoy duit sendiri, bantu orang yang betul – betul memerIukan, sebenarnya anda dah tabah dan kuat, kebaikan anda ada untungnya.

Setiap kebaikan yang kita buat sebenarnya untuk diri sendiri, setiap perkara tu untuk syurga dan pahala, percayalah, setiap kebaikan walaupun kita buat nampak macam untuk orang lain, contoh sedekah, sebenarnya kebaikan tu datang pada kita kembali.

Begitu juga keburukan jika dibuat, bermakna berbuat keburukan untuk diri sendiri, natijahnya bertambah d0sa dan membakar diri. Jadi kenapa perlu diingat – ingat kebaikan yang dibuat?? Sebab telah masuk akaun pahala sendiri.

Siti Hazwani : Baik dengan keluarga mertua, keluarga sendiri atau orang lain biar berpada – pada. Esok lusa kita susah mahukah mereka tolong kita? Kalau rasa belum tentu, takyah beriya sangat nak bantu. Biasa – biasa saja sudah.

Dengan keluarga mertua ni, sebenarnya boleh tengok masa urusan nak kahwin, samada mereka beri yang terbaik atau ala kadar. Kalau dah ala kadar tu, faham – faham sendiri dan pandai – pandailah sesuaikan diri hidup nanti.
Berk0rban jangan sampai terk0rban.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.