Suami redha kami takde zuriat, saya tumpang kasih sayang dengan anak asuhan mak

Saya dan suami redha takde anak, kami tumpang kasih sayang dari anak yang mak saya mengasuh. Saya tak berkira nak belikan apa2 untuk beliau. Malah saya berikan wang belanja untuk beliau menyambung pengajian tanpa culas sehingga tamat pengajian. Tapi tak sangka ini yang saya dapat..

#Foto sekadar hiasan. Assallamualaikum, saya Yanie, saya selalu membaca “confession” tentang pasangan yang diuji Allah tiada zuriat. Bagaimana tertekannya perasaan apabila diuji tiada zuriat, tertekan dengan kata – kata manusia, merawat em0si serta meneruskan kehidupan yang tidak sesempurna orang lain.

Tahun ini umur saya dah masuk 42 tahun. Saya berkahwin awal ketika berusia 23 tahun, manakala suami berusia 32 tahun ketika itu. Ketika berkahwin saya hanya mempunyai diploma, kemudian diuji dengan s4kit yang apabila dirawat di hospitaI, tidak juga sembuh, sehingga perlu mendapatkan rawatan secara Islam.

Niat hendak menyambung pengajian terbantut ketika itu disebabkan peny4kit ini, namun suami saya tetap setia, membawa saya berubat merata sehingga alhamdulillah saya sembuh. Kemudian tahun 2005 saya menyambung pengajian peringkat ijazah.

Selepas tamat ijazah, sambung pula master. Dalam masa yang sama saya dan suami sentiasa berusaha untuk mendapatkan zuriat, secara tradisional, berurut, malah ke hospitaI sehingga melakukan prosedur “lab and dye” untuk melihat rahim secara lebih terperinci.

Saya didapati mempunyai PCOS, kedua – dua ovari ditebuk, kemudian melakukan prosedur IUI (2011), namun gagal. Kesan dari IUI sangat hebat, saya kembung teruk, munt4h dan terlalu lemah. Rupanya itulah adalah kesan suntikan ubat hormon ketika prosedur IUI yang dipanggil Ov4rian hyp3rstimuIation syndr0me (OHSS) sehingga menyebabkan saya f0bia,

Dan suami juga tidak sanggup melihat saya mend3rita dan beliau berkata, kita redha lah andainya ditakdirkan kita tiada zuriat, usaha dan kejarlah cita – cita saya untuk menjadi seorang pensyarah. Maka saya pun redha dengan sebenar – benarnya redha.

Saya menyambung pelajaran peringkat doctorate. Fokus kepada kerja dan pengajian. Dalam masa yang sama saya dan suami menumpang kasih sayang anak – anak yang emak saya mengasuh serta anak saud4ra saya. Dengan duit gaji saya belikan hadiah buat mereka, saya berikan wang belanja untuk anak asuhan mak yang menyambung pengajian tanpa culas sehingga beliau tamat pengajian.

Saya sediakan bekas makanan kucing dalam kereta, jumpa sahaja kucing jalanan pasti saya jamu. Saya sedekah kepada sesiapa yang saya jumpa di kaki lima sedang berjualan kerepek dan sebagainya. Saya jalani kehidupan ini tanpa memikirkan isu zuriat lagi.

Alhamdulillah belum konvo doctorate saya mendapat pekerjaan sebagai pensyarah kanan di sebuah universiti awam, cita – cita yang saya pendam sejak berusia 15 tahun, Allah makbulkan. Saya berpindah dari negeri kelahiran ke negeri kelahiran suami, bekerja di IPTA dengan niat duit gaji adalah untuk anak – anak asuhan mak dan anak saud4ra serta kucing – kucing kesayangan serta kucing jalanan.

Saya teruskan kehidupan ini dengan tenang, saya sebenarnya telah redha ketiadaan zuriat. Namun perjanjian Allah itu benar.. Tahun 2020 saya s4kit senggugut yang teruk (saya memang senggugut teruk) tapi kali ini benar – benar teruk sehingga mem4ksa saya berjumpa pakar O&G di private hospitaI.

Rupanya dinding rahim saya penuh dengan polyps. Iaitu sejenis tisu yang tumbuh memenuhi dinding rahim, saya melakukan prosedur membuang polyps di private hospitaI di mana kosnya saya menggunakan insuran dalam RM5,000.

Selepas buang polyps, Doktor bertanya soalan cepu emas, tidakkah kami suami isteri ingin mencuba melakukan ivf untuk mendapatkan zuriat? Soalan tersebut dijawab dengan senyuman serta ketawa kerana kami sudah tua (saya berumur 40 tahun ketika itu, manakala suami pula 49 tahun).

Doktor meyakinkan kami yang kami masih muda. Kami balik berfikir panjang. Akhirnya kami mengambil keputvsan untuk mencuba setelah 10 tahun kami benar – benar redha ketiadaan zuriat buat kami. Maka bermulalah ujian d4rah, ujian terhadap suami, pengambilan supliments, proses menurunkan berat badan (saya berjaya menurunkan 10kg dalam tempoh 3 bulan) dan pada March 2021 bermulalah prosedur ivf (injections hormon etc).

Alhamdulillah bulan April 2021 saya disahkan hamil. Allah saja yang mengetahui perasaan kami suami isteri. Nak kata terlalu gembira, kami takut kerana masih baru dan kami masih dalam fasa seperti bermimpi. Saya selamat melahirkan anak lelaki pada 16/11/2021 setelah 18 tahun perkahwinan kami.

Saya sangat memahami perasaan pasangan yang tiada zuriat. Saya tahu pedihnya mendengar kata – kata orang serta merawat em0si sendiri dengan menangis serta bertawakal pada Allah. Namun apabila saya melihat semula perjalanan hidup saya selama perkahwinan 18 tahun ini, saya melihat perancangan Allah yang maha hebat.

Allah berikan semua yang saya perIukan, bukan apa yang saya inginkan. Saya mempunyai kerjaya yang stabil, suami yang sangat menyayangi saya tanpa berbeIah bahagi walaupun tiada zuriat. Maka hadirnya anak kami ketika kami benar – benar telah bersedia walaupun kami perlu menunggu 18 tahun.

Jadi bersangka baik dengan setiap ujian Allah, kerana Allah tidak menzaIimi h4mbaNya. Ingin saya kongsikan amalan saya ketika usaha untuk mengandung dan ketika mengandung:

1) Sentiasalah bersedekah. Saya setiap hari bersedekah subuh tanpa gagal, tak kisahlah walaupun hanya RM1, niatkan untuk mendapatkan anak.

2) Saya sentiasa belanja anak – anak asuhan mak serta anak saud4ra saya. Saya memang tidak berkira langsung dengan mereka. Minta mereka doakan murah rezeki saya supaya saya dapat berkongsi dengan mereka.

3) Saya sentiasa memberi makan pada kucing yang terbiar. Dalam kereta memang ada spare makanan kucing serta di luar rumah saya sediakan bekas makanan untuk kucing. Jika mereka ber4k di laman rumah, saya cuci sahaja tanpa merungut.

4) Ketika saya transfer embri0, saya melakukan solat hajat tanpa gagal sehinggalah malam sebelum bersalin. Mohon pertolongan dari Allah, hanya Allah yang boleh menolong saya, minta Allah jaga kandungan dan dipermudahkan semuanya.

5) Setiap kali lepas solat hajat saya akan membaca alfatihah, lailahailallah 7 kali, ya khaliq 11 kali, ya bari’ 11 kali, ya musauwir 11 kali, ya razaq 11 kali, ya fatah 11 kali, ya karim 11 kali, ya Allah 33 kali, la hawlawala huwataillah 7 kali, robbi habli minas solihin 7 kali dan wahai tuhanku kurniakan kepadaku zuriat keturunan yang baik, sesunggunya engkau sentiasa mendengar doa permohonan.

Moga amalan saya yang tak seberapa ini dapat membantu rakan – rakan yang masih berusaha. Jangan berhenti berdoa, mohon pertolongan Allah, andai kata memang rezeki kita pasti akan ada juga suatu hari nanti.

Bersangka baik dengan setiap ujian Allah, kemanisannya akan kita rasai apabila kita benar – benar telah redha. – Yanie (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mazlina Isa : MasyaAllah … subhanallah… hebatnya perancangan Allah. Tiada yang must4hil jika Allah berkehendakkan sesuatu itu terjadi, maka terjadilah. Teruskan berusaha dan berdoa pada yang belum dikurniakan cahaya mata. Sentiasa yakin dan berfikirn positif. Hiduplah dengan bahagia, sabar dan ceria. Allah akan beri tepat pada masanya nanti.

Intan Abdullah : Indahnya hidup tt. Dimakbulkan cita – cita untuk jadi pensyarah, dimakbulkan untuk jadi isteri yang solehah, direzekikan dapat menolong ibubapa dan bersedekah sentiasa dan sekarang dianugerahkan dengan anak yang sangat dinantikan selama 18 tahun. Subhanallah.. nikmat Allah terlalu banyak.

Raudhah Farahani Ahmad Zaki : Amalan yang sama saya amalkan sebelum disahkan hamil. Saya ttc hampir 8 tahun. Betul kata puan redha tu kunci utama. Namun, jangan putvs berdoa. Amalan – amalan seperti sedekah lepas subuh, sedekah untuk anak – anak kecil, sedekah untuk anak – anak murid, sedekah untuk keluarga, sedekah lah selagi terniat dan termampu.

Doa masa sedekah tu moga Allah bagi yang terbaik untuk kita. Solat hajat, baca yasin lepas subuh dan maghrib, zikir – zikir tu semua saya amalkan dan tanpa saya sangka sy pregnant. Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk kita. Perjalanan sepanjang 2011 – 2019 sebagai ttc takkan saya lupa. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Huda Faisal : Memang nampak cliche tapi tu la hakik4tnye. Jangan pernah berhenti doa usaha dan tawakal. Lagi satu memang susah nak buat tapi percayala semestinye Allah Maha Mengetahui. Dia tau bila waktu yang sesuai.

Ni sebab saya tengok orang sekeliling yang mengalaminya. Bila sampai masanya, saya yang tengok pun terasa manisnya. Semoga sentiasa kuat semua yang berusaha. InsyaAllah anda semua ada rezekinya. Kalau tidak di dunia mungkin di syurga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.