Abang aku ni memang handsome la sebab kami ada kacukan dar4h cina, memang cerah. Aku pelik macam mana dia pilih kak ipar jadi isteri macam tak sesuai. Awal tahun ni aku kahwin, kali pertama aku pandang isteri dekat kenduri saud4ra, aku terus jatuh cinta. Cantik juga lah, senyum manis, sopan santun. Keesokan pagi lepas kenduri aku terk3jut tengok bini aku…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Mamat, umur aku 28 tahun ni. Tahun lepas abang atas sikit dari aku kahwin, jarak jauh juga la antara Negeri Sembilan dengan pantai timur. Keluarga kami memang ada dar4h cina sikit so memang kami semua agak good looking, tapi abang aku kulit lagi cerah. Aku gelap sikit tak masuk sangat dar4h cina dekat aku agaknya, termasuk beberapa orang abang dan adik – adik la.
Aku pun tak pasti macam mana abang aku kenal isteri dia, tapi sekali tengok memang tak padan la. Abang aku cerah dengan chinese look, bini dia gelap sikit standard sawo mat4ng melayu. Bagi aku abang aku boleh dapat lagi lawa, tapi mungkin jod0h kot. Kakak ipar aku taklah cantik mana, dengan dressing agak selekeh, muka pun pucat je tak berapa seri. Dia agak ok la, pandai bergaul dengan kami semua, anak – anak buah pun dia layan baik. Dengan mak pun dia pandai ambil hati, selalu tolong mak berniaga, tolong mak masak.
Jadi tahun ni giliran aku pulak kawin. Awal tahun hari tu. Bini aku pun kalau ikutkan mak bapak dia orang pantai timur juga, tapi sebab membesar di sini, jadi orang sini juga. Aku pandang pertama kali masa kenduri saud4ra, aku terus jatuh cinta. Cantik jugalah, senyum manis, sopan santun. Jatuh cinta pandang pertama, sebab masa tu tengah single la boleh kata. Aku suruh mak aku tanyakan terus kat saud4ra aku tu. Jadi nak dipendekkan cerita, dia pun masih belum berpunya, kami pun kahwinla lepas kenal dalam setahun. Disebabkan jarang jumpa sebab masing – masing sibuk, aku tak berapa kenal sangat la bini aku.
Aku nak cerita esoknya, bini aku keluar dari bilik air dengan muka yang aku tak pernah tengok. Memang sangat – sangat lain, macam orang yang aku tak kenal aku rasa. Mungkin malam tu sebelum tidur dia tak remove make up, so aku masih tak perasan.
Selama ni aku tengok dia, agak putih jugak la. Rupanya tak la putih mana, macam bini abang aku juga, dengan parut – parut jerawat, lagi teruk. Selama ni aku tertipu dengan make up dia. Lepas tu aku solat subuh, dia start mengadap cermin sebab dia uzur. Dari aku solat smpai habis ngaji sehelai, dia masih tak siap lagi tempek bedak kat muka. Aku diam jela sebab aku masih terk3jut sebenarnya.
Jadi sekarang ni aku agak menyesal sebab perlekeh bini abang aku. Bini aku bersiap punya lama, padahal kuar breakfast atau kuar gi pasar malam je kot. Aku tengok bini abang aku sempoi je 5 minit siap. Makan pun slow, orang lain dah angkat punggvng lama dah, dia masih terkial – kial. Kalau singgah RnR solat, mak aku dah bising kenapa lama sangat dia solat, padahal aku tau dah remove mekap and tempek balik tu yang lama. Lepas tu keluar tak nak naik motor, nak naik kereta je sebab sayang sanggul. Dah kereta tu tak nak kereta buruk aku sebab panas ekon tak kuat, suruh aku pnjam kereta bini abang aku. Terp4ksa tebalkan muka jugak pinjam.
Bukan aku tak sayang bini aku, sayang sangat oii, cuma masih mood pengantin baru aku pun macam tak sampai hati nak tegur. Keluarga aku jenis cepat je, akak – akak dan adik – adik perempuan aku memang bukan jenis mekap, so bila kitorang nak pergi mana – mana, semua terus siap cepat – cepat, semua boleh siap. Tapi sekarang semua mengeluh tunggu bini aku. Kadang – kadang aku keluar sorang je malas bawak bini, boleh gastrik perut tunggu dia bersiap.
Jadi mungkin ini harga yang perlu aku bayar la nak bini lawa sangatkan, lepastu siap perlekeh bini orang. Lawa memang lawa, tapi hati bengkek. – Mamat
Kisah 2 : Isteri Ku Kuat Buang Ud4ra
Hello there! Terima kasih admin sudi kongsi kisah aku ni. Apa – apa pun, bila baca tajuk story aku ni, korang jangan lah terus buat kesimpulan ye. Sebelum kau orang nak komen negatif ke positif ke, meh dengar aku citer dulu.
Macam ni. Aku ni kahwin dengan seorang perempuan yang sangat cantik. Lawa giIa giIa bini aku. Sebagai suami, mesti la aku bangga ada bini lawa. Lawa dia bukan lawa biasa, tapi lawa dia persis awek Korea beb ! Before nikah, bini aku ni ramai giIa la peminatnya. Tapi dalam ramai – ramai lelaki, aku yang tak hensem ni jugak yang dia terima. Mungkin di mata dia, aku ni memang hensem? Mungkin…
Waktu kami dating, aku nampak bini aku ni perfect 100%. Aku rasa bahagia giIa masa bercintan cintun dengan dia dulu.. Aku rasa akulah lelaki paling bertuah sebab dapat bini lawa. Kawan – kawan aku pun semua jeles sebab aku yang takde rupa ni dapat tackIe perempuan lawa. Kau rasa? Hohoo bahagia giIa la aku waktu tu. Dah la bini lawa, dia pun sopan santun je. Memang ada ciri – ciri wanita melayu terakhir la.
Tapiiiii….. selepas kahwin… lain yang aku nampak.
Lepas je kawin, baru kantoi tabiat isteri aku yang kuat kentut. Setiap malam waktu tengah tidur, boleh pulak isteri aku kentut. Dah la kuat kentutnya, busuk pula tu! Aku yang tengah lena tidur pun terjaga. Aku punya la tahan hidung sebab tak tahan bau busuk tu. Pernah juga aku keluar bilik tidur kat luar sebab kentut bini aku tu semerbak 1 bilik. Tapi sejak bini aku pelik kenapa aku tidur luar, aku tak sampai hati la nak Iukakan hati dia.
So setiap malam benda sama berulang. Memang aku kena hadap lah bau kentut dia tiap malam. Aku tak pasti la dia ada peny4kit apa, tapi memang tiap malam waktu dia tengah tidur nyenyak , dia akan kentut. Kentut tu pulak kuat dan bau busuk ! Aku pernah nak cuba tanya bini aku, tapi takut dia kecik hati pulak.
Masalahnya sekarang, bini aku ni langsung tak tahu menahu yang dia tu jenis kuat kentut masa tidur. Yelah, dia tengah tidur, mana lah dia sedar yang dia kuat kentut.
Okey itu baru tang kentut. Ni belum masuk tang sendawa lagi.. Sebelum kahwin, aku tak pernah pulak perasan dia ni sendawa ke apa.. sebab kami pun jarang dating kat kedai makan..
Tapi lepas kahwin ni, baru aku tahu bini aku ni jugak kuat sendawa… Satu hari tu, aku dan bini aku gi makan kat kafe.. kafe tu ramai la orang. Waktu kami tengah makan tu, tiba – tiba bini aku boleh pulak sendawa kuat giIa. Dah la sendawa dia macam jantan! Orang lain semua tengok kami masa tu. Uishh malu giIa aku masa tu. Tak sangka bini aku yang lawa dan digiIai ramai orang tu rupanya kuat kentut dan kuat sendawa
Tujuan aku citer ni, aku bukan nak a1bkan bini aku. Sebab kau orang yang baca ni bukan kenal pun sape aku, apatah lagi bini aku.. Cuma, aku nak cakap kat sini,.. bahawa rupa paras tu tak ke mana pun.. jangan pandang rupa je untuk kau pilih pasangan kau.. Macam aku, aku memang tengok rupa masa nak pilih calon bini dulu.. tapi mujur jugak, aku tengok juga akhlak dia dan agama dia..
Rupa paras ni tak ke mana pun, lepas kahwin baru aku sedar benda ni. Kadang – kadang, kita harap pasangan kita yang lawa dan cantik tu perfect. Masa dating tak nampak lagi cacat ceIa dia, selepas kahwin baru nampak. Masa tu kita tak boleh nak menyesal dah, tak boleh berpatah balik dah sebab dah kahwin. Jadi lebih kurang dia, kau kena terima. Macam aku la sekarang walaupun bini aku tu kuat kentut dan kuat sendawa, aku terima jela seadanya sebab dia pun tak buat perangai buruk – buruk ke apa. Dia bini yang baik je untuk aku, lemah lembut, solat tak tinggal, dia hormat aku, jaga makan pakai aku. Cuma tang kentut sendawa tu, memang tak boleh nak elak sebab benda tu tak boleh control..
Jadi untuk kau orang yang belum kahwin, jangan lah tengok rupa je, jujur aku cakap, rupa ni kau nak yang lawa dan cantik untuk apa? Kepuasan tu kau akan dapat sekejap je. Pilih la yang sedap mata memandang, cukup la, yang penting dia baik, bagus, pandai jaga kau dan ada agama. Kalau kau dapat bini yang berdikari, aku rasa kau memang bertuah giIa ! Bini aku ni manja sikit, sikit – sikit merengek. kadang – kadang aku rimas sebab sikit – sikit nak mengharapkan aku, dia jenis tak boleh berdikari dan buat sendiri tapi itulah aku cakap, dia dah jadi bini aku pun. Baik buruk dia, aku cuba belajar untuk terima sebab kahwin ni bukan semuanya manis – manis belaka.. Kau ingat kahwin dalam realiti sama macam drama tv3 petang – petang tu? Choii !
Kahwin ni bahasa mudahnya perkongsian hidup dengan pasangan, di mana kita kena terima semua baik buruk dia, terlebih terkurang dia, perangai dia, habit dia, dan macam – macam lagiIah.. tapi janganlah disebabkan benda – benda kecil yang kau tak expect before kahwin tu, kau nak bercerai ngan bini pulak. tu namanya bod0h. Jadi, point utama dia kat sini, pilihlah bini kerana agama dan akhlaknya, bukan sebab rupa je. Kalau ada rupa, kira bonus la kan tapi bonus takat mana la sangat nanti dah tua berkedut juga… haaha – Mr F