
Muka perempuan tu bengkak menangis. Dia tunjuk sijil kem4tian suami aku dan dia mengaku sebenarnya dia bukan isteri suami aku. Dia pandai main drama. Mereka tinggal serumah macam suami isteri. Dalam sijil kem4tian pun, nama perempuan tu ditulis sebagai isteri!
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan rakan FB. Terima kasih admin kalau sudi approve kisah ni. Macam biasa harap admin hidekan profile aku. Di sini aku cuma nak berkongsi tentang apa yang berlaku dalam rumah tangga aku sendiri yang h4ncur kerana sikap suami yang ikut nafsu serta keb0dohan orang ketiga. Mengapa aku kata b0doh? Baik, aku ceritakan.
Aku seorang penjawat awam dalam bidang perubatan. Waktu aku kenal suami aku, dia masih belajar. Grad saja terus dapat kerja, alhamdulillah rezeki dia. Waktu bercinta memang jadi kebiasaan orang yang couple ke sana ke mari.
Saud4ra mara aku pula bercerita sana sini, tambahan lagi orang Pantai Timur memang lagi kuat mengumpat. Mak ayah aku sudah berbuih mulut nasihat. Aku tebal muka dengan saud4ra mara, tapi tak juga aku endahkan. Akhirnya kami berkahwin.
Namun kusangka panas sampai ke petang, belum masuk setahun pun kahwin, suami aku dah kantoi ada mengorat perempuan lain. Benarlah, kita hanya akan kenal pasangan kita setelah tidur sebantal. Bila dah kantoi aku memang makan hati.
Hari – hari yang aku lalui sepanjang perkahwinan ada saja pertengkaran mulut. Suami aku pula orang jenis ligat, pandai nak tutup apa yang dia buat. Tak serik malah makin ligat. Aku boleh rasa dan boleh baca setiap apa yang dia buat.
Kadang – kadang aku perli, tapi tak memberi kesan pun pada dia. Nak lebih lebih nanti orang kata aku tak pandai jaga rumah tangga sendiri. Jadi aku cuma pendam dan cuba nasihat cara baik. Tapi memang tak jalan. Masuk bulan ke lapan, kami berg4duh besar.
Beberapa bulan berlalu, dia mula tak balik rumah. Aku merayu – rayu suruh balik, tapi langsung tak hirau. Siap herdik aku lagi. Satu hari dia terlepas talak. Tapi kes tu tak dibawa ke pejabat agama. Disebabkan aku jenis percaya cakap suami bila dia kata dah rujuk, ya Allah jahilnya aku bila tak ada ilmu.
Berpuluh kali orang suruh aku tanya pejabat agama, aku tak juga buat. Jadi sebenarnya aku dah diceraikan cuma tak disahkan di sisi undang – undang saja. Satu hari aku selongkar nombor dalam telefon dia yang tertinggal sebab ada mesej WhatsApp perempuan. Terjumpalah satu nombor.
Bila aku telefon dan tanya apa hubungan dia dengan suami aku, perempuan tu jawab dia isteri nombor satu. Terk3jut bukan kepalang. Mula – mula bila aku tanya, dia kata tak ada kaitan apa – apa. Bila aku desak, tiba – tiba mengaku isteri nombor satu pula. Jadi waktu tu aku memang percaya. H4ncur luluh hati.
Akhirnya aku ambil keputusan failkan fasakh. Bermulalah episod duka turun naik mahkamah. Tapi suami aku tak hadir. Banyak prosiding yang ditangguh. Ada sekali tu dia datang dengan seorang perempuan dalam kereta, tapi perempuan tu tak turun pun.
Disebabkan tekanan emosi, aku mula menyesal. Mula muhasabah silap diri dan mula mendekatkan diri dengan agama. Rajin bangun solat malam, mohon ampun dengan mak ayah. Mak aku pula tak boleh tengok aku sedih. Selalu dia titipkan doa supaya aku dikuatkan hati dengan ujian yang datang.
Waktu tu aku tinggal berseorangan. Terumbang ambing dengan emosi yang tak stabil. Kadang – kadang aku doa supaya Allah balas perbuatan dia. Sampai satu hari waktu maghrib, masuk satu panggiIan nombor tak kenal. Menangis teresak – esak sebut nama aku.
Katanya dia ni Ita. Dia kata suami aku dah meninggaI. Aku jawab, dah tu meninggaI kenapa menangis macam orang giIa ni kenapa. Waktu tu mungkin hati aku dah terlalu s4kit. Aku tak percaya langsung berita tu. Tak menitis pun air mata. Kalau boleh aku memang tak nak ambil tahu.
Lepas tu perempuan tu telefon lagi, kata – betul betul meninggaI dan ajak jumpa. Bila dia ajak jumpa, hati aku memang panas. Dah kacau rumah tangga aku, berani pula ajak jumpa. Dalam kepala aku satu saja. Kalau betul dah meninggaI, aku nak tengok sijil kem4tian untuk lepaskan diri aku. Itu saja.
Perempuan tu datang dengan muka bengkak – bengkak menangis, bawa seorang lelaki entah siapa. Aku duduk jauh sikit di meja lain. Mula – mula dia datang menggigil pegang satu surat kem4tian. Suami aku meninggaI sebab jangkitan kuman dalam paru – paru.
Selama ni aku yang jaga, suruh makan ubat. Bila dia dah tak duduk rumah, memang ubat tak makanlah. Waktu jumpa tu muka aku memang bengis. Dia perkenalkan diri sebagai Zu dan berterus terang dia bukan isteri nombor satu seperti yang dia pernah cakap. Aku terus balas, habis kau perempuan simpanan? Dia diam saja.
Dalam perbualan tu aku tanya habis – habisan. Ada ketika memang suara aku kuat sampai orang lain pandang. Perempuan tu banyak menipu dan cuba mengelak dari jawab benda betul. Banyak ayat berani dia. Siap pertikaikan aku sebagai isteri atas kertas. Sentuh perkara yang bukan hak dia untuk dibicarakan. Mungkin sebagai modal nak kecilkan aku.
Bila aku tanya apa hubungan sebenar, dia kata tak ada apa – apa hubungan. Bukan suami isteri. Jadi alamat yang kau guna untuk keluar sijil kem4tian ni, kamu bersekedudukan ya? Dia pandai main drama. Mula – mula dia macam nak mengaku. Bila aku tengking sekali lagi baru dia takut. Agaknya takut kena report.
Rupanya bila terdesak sangat, dia berlakon jadi isteri minta tolong orang kampung sebab tak ada duit, tak ada apa – apa nak bawa pergi hospital dan uruskan pengebumian. Orang kampung ingat dia isteri, jadi sama – sama bantu kebumikan. Masa aku jumpa dia tu, arw4h dah pun dikebumikan.
Dalam sijil kem4tian pula ada letak nama perempuan tu sebagai isteri. Agaknya sebab nak tutup rahsia, cepat – cepat keluarkan jen4zah dari hospital dan kebumikan dekat kampung tu juga. Hairan aku macam mana senang saja jen4zah boleh keluar dan ditanam tanpa banyak soal.
Keluarga suami aku terk3jut bila tahu. Terutama abang dia. Mereka memang tak rapat sebab dia banyak buat masalah, tapi abang mana tak sayang adik. Keluarga dia mula sangsi dengan kem4tian tu. Aku cuma buat report kehilangan kereta saja sebab kereta ada dengan perempuan tu.
Yang lain aku tak buat sebab aku dah malas nak ambil tahu. Cukuplah apa yang jadi ni beri tr4uma. Untuk perempuan tu, ingatlah sampai m4ti. Doa orang yang terani4ya memang makbul. Dia berlagak ada duit untuk kau, padahal suami aku mana ada duit. Pendek betul akal. Berbanding aku yang kerja tetap ni.
Keluarga aku bukan keluarga jahat. Kalau jahat dah lama kau mereput dalam lokap. Apa yang jadi aku terima sebagai ujian dan ketentuan Allah untuk didik aku. Kalau kau ada hati nurani, kau akan ada belas kasihan pada perempuan lain.
Tapi kau terlalu jahil. Hati busuk. Allah dah balas sampai lingkup dunia kau, moga jadi pengajaran sampai m4ti. Untuk arw4h suami aku, walau siapa pun kau dan apa pun kau dah buat, moga Allah ampunkan d0sa kau. Sebab kau masih ada budi baik yang keluarga aku ingat selalu. Yang lain – lain biar antara kau dengan Allah saja. Al Fatihah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.