
Selepas aku tidurkan anak, mak mertua balik dari kedai makan pukuI 2 pagi. Dia kacau bayi aku yang sedang tidur sampai menangis kuat. Bila bayi menangis, mak mertua masuk tidur dan biarkan aku seorang diri pujuk anak. Dia sampai w4rning suami aku jangan tolong..
#Foto sekadar hiasan. Salam. Mohon hide profile aku. Aku berumur 25 tahun. Aku berkahwin tahun lepas dan dikurniakan seorang cahaya mata berumur empat bulan. Sekarang aku mempunyai masalah dengan mak mertua yang tak memahami.
Selepas seminggu mendirikan rumah tangga, beliau telefon suami sambil menangis dan cakap suami aku berubah selepas berkahwin, sedangkan baru seminggu kami berkahwin. Alasannya sebab suami lebihkan aku. Sedangkan aku yang serumah dengan suami pun rasa tak ada masa dengan suami sebab kami berdua bekerja. Balik kerja, masak, makan, solat dan tidur. Tu rutin harian kami.
Jadi, malam Sabtu atau hari Ahad barulah suami akan telefon maknya sebab jadual kerja kami sangat padat. Suami pun bekerja pada hari Sabtu sebab dia jaga bahagian produksi. Baru seminggu berkahwin, mak mertua aku dah pertikaikan aku buat anaknya berubah sebab tak telefon dia setiap hari.
Padahal dia masih muda, umur 40 lebih dan masih ada suami. Bila aku dan suami hadapi semua tu, aku menangis dan suami pun menangis. Aku mengalah dan cakap, “Tak apa bang, lepas ni abang telefon saja malam – malam, cakap sekejap pun tak apa.”
Tapi hari demi hari, makin menjadi. Bila tak puas bercakap pada waktu malam, dia telefon suami setiap hari di tempat kerja. Ada saja isu yang dia nak sentuh atau adukan. Masa tu aku pula makin sarat mengandung dan mengalami alahan yang teruk.
Aku mengalami alahan gatal. Suatu hari, masa mak mertua telefon suami, dia tanya suami sedang buat apa. Suami cakap dia sedang jaga aku yang s4kit sebab alahan gatal. Esoknya dia datang ke rumah kami. Untuk pengetahuan, dia tinggal di Pahang, manakala kami di Melaka.
Dalam keadaan aku s4kit, memang aku tak mampu nak bangun sebab alahan gatal tu sangat teruk. Siapa yang pernah lalui pasti tahu betapa siksanya rasa tu. Memang asyik menggaru saja. Suami pula demam. Jadi masa mereka sampai tengah malam, aku bangun untuk bersalam dan kemudian baring semula.
Mereka ajak suami keluar makan di kedai, tapi suami cakap, “Isteri s4kit, mungkin tak dapat pergi kot. Lagipun takkan nak tinggal dia sorang – sorang.” Esoknya, lepas balik, mak mertua telefon suami lagi. Dia cakap suami aku berubah selepas berkahwin dan layan dia macam sampah.
Katanya, dia datang pun suami tak nak keluar makan. Kalau kami berdua s4kit teruk, macam mana nak keluar? Sepatutnya orang yang datang ziarah orang s4kit lebih memahami. Aku cakap lagi pada suami, “Tak apa bang, minta maaf saja dan cakap kita tak buat lagi.”
Lepas tu, aku minta suami jangan bercerita sangat kalau kami s4kit atau apa – apa perkara yang boleh menyebabkan dia datang. Disebabkan sikap dia yang macam tu, suatu hari rumah kami macam dipecah masuk. Suami ambil gambar pintu yang dikopek dan hantar pada abahnya.
Malam tu juga, mak mertua telefon suami sambil menangis dan cakap suami dah berubah. Dia kata suami utamakan abah daripada dia. Dia cakap semua perkara perlu melalui dia, tapi kenapa sekarang tak maklumkan pada dia dulu. Aku mengalah lagi. Aku cakap, “Tak apa bang, lepas ni beritahu dia. Tapi maklumkan benda yang penting saja. Hal peribadi tak perlu.”
Suatu hari, aku terbaca mesej yang dia hantar kepada suami ketika suami sedang bekerja. Dia tulis, “Jadi suami, gunakan kuasa sebagai suami tu untuk isteri ikut semua kehendak. Jangan bagi muka pada isteri.” Bayangkan macam mana perasaan aku bila dapat mak mertua yang ajar anak macam tu.
Sejak kebelakangan ni, suami balik kerja macam nak marah aku saja. Aku duduk dan berbincang dengan dia. Aku tanya sama ada kata – kata mak dia yang buat dia jadi macam tu. Suami nampak sebak dan macam nak menangis. Dia cakap dia tertekan dengan masalah di tempat kerja, bos yang selalu marah, mak dia yang nak suruh dia jadi macam tu dan macam ni, serta tekanan sebab dia sayangkan isteri tetapi maknya cakap macam – macam.
Sejujurnya, suami aku sangat baik pada mak dia. Dia memang anak mak. Semua cakap mak dia, dia dengar walaupun secara zahirnya salah. Dia nak jadi anak yang baik, tapi maknya ambil kesempatan. Suami aku juga jenis yang lurus, susah berfikir dan mudah terikut dengan apa yang orang cakap.
Sejak tu, kami mula berkongsi suka dan duka bersama. Kemudian aku bersalin awal. Masa tu kandungan aku baru 36 minggu dan berat bayi dianggarkan 2.61 kilogram. Masa aku nak bersalin, mak mertua telefon aku ketika aku berada dalam bilik bersalin dan minta doktor jangan bagi aku bersalin lagi sebab katanya bayi aku tak cukup berat.
Tapi siapalah kita nak menolak kuasa dan aturan Allah. Aku redha dan terima kalau memang dah sampai masanya anak aku nak lahir. Aku berada di wad selama seminggu sebab masa aku sampai, bukaan baru dua sentimeter. Mak mertua minta supaya aku diberi suntikan untuk melambatkan proses bersalin.
Aku diamkan saja dan berserah kepada Allah. Tepat 37 minggu, aku mula s4kit. Bila diperiksa, bukaan dah enam sentimeter. Aku terus ditolak ke bilik bersalin pada pukuI 6.45 petang dan pada pukuI 6.55 petang, aku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.5 kilogram.
Alhamdulillah, aku bersyukur walaupun anak aku kecil, aku masih boleh jaga dia dan dia dibenarkan pulang keesokan harinya tanpa sebarang masalah. Sepanjang aku berada di bilik bersalin dan selepas bersalin, mak dan ayah aku yang berumur 60 lebih datang dari utara untuk tunggu aku.
Mak mertua tak datang pun. Dia cakap pada suami yang dia malas nak tunggu depan bilik bersalin sebab penat. Katanya, bila aku dah balik rumah nanti barulah dia datang. Aku cakap pada suami, tak apa, aku tak kisah. Bila aku balik rumah dan berpantang, mak dan ayah aku jaga aku dengan sangat baik. Mak hidangkan air, sediakan lauk dan nasi, basuh baju, masak, bakarkan tungku dan siapkan alatan mandi.
Tapi sedihnya, masa aku sedang makan, mak mertua cakap aku tak boleh makan lauk. Katanya makan sayur dengan nasi saja dah cukup. Aku pun tolak lauk ikan bakar yang mak aku masak untuk aku. Masa aku minum air, dia cakap jangan minum banyak. Katanya nanti badan menggelebeh dan suami akan cari orang lain.
Aku sedih sangat. Dalam pantang pun macam macam dia cakap pada aku. Bila malam, mak aku nampak aku menangis. Mak cakap, “Tak apa, minumlah sikit dan makan lauk tu. Nanti tak ada tenaga nak menyusukan anak.” Selepas aku bagi susu dan tidurkan anak, mak mertua balik dari kedai makan pada pukuI 2 pagi.
Dia kacau bayi aku yang sedang tidur sampai menangis kuat. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu betapa s4kitnya hati aku. Bila bayi menangis, mak mertua masuk tidur dan biarkan aku seorang diri pujuk anak. Suami nak tolong jaga aku pun dia suruh masuk tidur. Aku rasa sangat lemah.
Kemudian mak dan ayah aku terp4ksa balik ke utara sebab ubat d4rah tinggi dan k3ncing manis mak dah habis. Jadi selama tiga hari, aku berpantang seorang diri. Suami ada bila balik kerja saja. Tu pun dia bantu sikit – sikit. Yang lain, aku buat sendiri. Mandikan anak, masak dan uruskan semua.
Mak mertua pula pesan pada suami supaya berehat sebab dia nak bekerja. Katanya, biar aku buat sendiri walaupun masa tu aku baru 14 hari berpantang. Suatu hari, aku rasa badan sangat lemah. Aku rasa macam kena tindih dan macam ada orang memerhati aku dalam rumah masa aku tinggal berdua dengan bayi.
Aku beritahu suami dan dia risau. Aku suruh suami gadaikan gelang aku untuk tampung kos hantar aku balik ke utara. Suami hantar aku duduk dengan mak dan ayah aku. Tapi suatu hari, suami telefon aku dalam keadaan marah. Dia cakap aku lebihkan keluarga aku.
Aku tanya kenapa dia berubah sedangkan sebelum ni dia tak macam tu. Aku cakap, salah ke aku berpantang di rumah mak sedangkan suami sendiri yang hantar aku? Kemudian suami cakap dia baru lepas bercakap dengan maknya. Mak mertua cakap aku suka membazir dan beli benda yang tak perlu.
Masa dia datang melawat ketika aku berpantang, dia nampak aku beli rak baju bayi. Gaji aku RM2,000, tapi satu sen pun dia tak bagi aku guna duit aku sendiri. Apa saja yang aku beli, dia cakap aku guna duit anak dia. Sedangkan gaji suami aku pun RM2,000 juga.
Masa aku nak bersalin pun dia pesan pada suami supaya jangan beli barang bayi lagi. Tunggu bayi lahir baru beli. Tapi aku tetap beli serba sedikit menggunakan duit aku sendiri dan minggu berikutnya aku terus bersalin. Aku sangat tertekan bila dalam keadaan berpantang pun orang boleh cakap macam tu.
Aku cakap pada suami, “Tak apa, aku dah tak larat nak hadap semua fitnah daripada mak abang. Aku nak bercerai.” Sampai tahap tu sekali aku rasa tak mampu nak lalui semua ni. Aku berbincang dengan mak dan ayah aku. Mereka hormat keputusan aku dan hanya berserah.
Nafkah pun tak diberi. Belanja makan minum pun aku tanggung sendiri. Duit gaji aku habis untuk bantu suami, tapi mak mertua tetap cakap macam – macam tentang aku. Suami minta maaf dan suruh aku abaikan apa yang maknya cakap.
Kemudian dia datang ambil aku pada hari ke 30 berpantang. Disebabkan mak dan ayah aku dah ambil bekalan ubat mereka, suami ajak mereka ikut sekali balik ke rumah kami. Jadi mak dan ayah aku ikut sekali dalam perjalanan balik. Kereta sangat penuh sebab dipenuhi hadiah orang bagi, barang bayi, termos air panas dan macam – macam lagi.
Kami singgah solat di kawasan rehat dan rawat Bukit Gantang. Lepas tu, mak mertua telefon dan suruh singgah rumahnya. Masa tu mak mertua dah berpindah ke Sri Iskandar. Suami cakap boleh, tapi jumpa di Ipoh saja sebab kereta penuh dan perjalanan masih jauh.
Lagi pula aku susah nak bergerak dan bayi pula meragam. Tapi mak mertua berkeras nak jumpa di Sri Iskandar. Katanya, kalau tak datang, jangan jumpa sampai bila – bila. Sedangkan setiap minggu dia datang rumah kami. Akhirnya, suami pergi ke rumah di Ipoh, tapi mereka tak nak datang.
Jadi suami terus memandu pulang ke Melaka. Malam tu, mak mertua cakap suami anak derh4ka. Hari – hari sampai sekarang, dia cakap suami aku anak derh4ka, pentingkan isteri dan dia beritahu semua saud4ra mara yang duit suami habis sebab aku. Sedihnya aku dengan perkahwinan ni.
Aku dan suami saling mencintai dan sanggup susah senang bersama. Kereta, televisyen, penghawa dingin dan kebanyakan kelengkapan rumah aku yang beli. Duit gaji aku setiap bulan pun aku gunakan untuk bantu beli barang rumah dan barang anak.
Tapi akhirnya, semua orang boikot kami termasuk adik beradik dan saud4ra mara suami sebab mereka percaya aku yang buat suami berubah dan habiskan duit suami. Kadang – kadang aku terkilan dan sedih. Aku tak tahu nak luahkan pada siapa sebab aku rasa orang lebih percaya pada orang yang lebih tua berbanding aku.
Semalam, mak mertua hantar mesej kepada suami dan cakap suami aku b0doh serta tak pandai urus keluarga. Sebenarnya keluarga mereka berpendidikan tinggi dan berpangkat, tapi aku tak sangka seorang mak sanggup cakap macam tu pada anak sendiri.
Aku tertekan. Aku menangis, suami menangis dan anak aku pun seolah – olah memahami keadaan kami. Aku dah fikir masak – masak. Aku cakap pada suami, walau apa pun yang kami buat, aku tetap nampak salah di mata maknya. Aku rasa nak undur diri dan bercerai sebab aku fikir mungkin tu jalan terbaik untuk puaskan hati mak mertua. Tapi suami tak nak. Dia cakap dia pilih aku daripada maknya. Aku sedih sangat. Ada tak yang pernah alami situasi macam aku? Aku rasa sangat tersepit.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.