
Aku dah buat macam – macam untuk isteri tapi per4ngai baran dia tak berubah. Dia pantang, aku jaga, aku masak. Baju kerja dia setiap hari aku tolong iron. Aku dah tegur cara lembut. Aku rasa pengajaran apa lagi nak bagi kat isteri. Akhirnya aku kahwin satu lagi..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Aku menulis ini nak redhakan gelora di hati. Macam ini kisah aku. Aku mengenali isteri aku 21 yang lalu. Percintaan kami empat tahun, bertunang setahun sebelum kahwin. Isteri aku ni seorang yang sweet, selalu support aku.
Tapi panas baran dia luar biasa dan kerap sangat berlaku. Tapi aku tetap kahwin dengan dia sebab aku sayangkan dia dan tak nak dia dilayan sebaliknya kalau dengan orang lain. Aku rasa kalau per4ngai baran ini, lelaki lain dah bagi penampar dah.
Panas baran ini tetap berlaku selepas kami kahwin. Bermula tak ada anak, dapat anak seorang sampai empat orang sekarang ini, kemudian kerja dari golongan B40 sampai kami di T20. Aku tanya isteri kenapa selalu baran, dia cakap mungkin dia str3ss belajar.
Jadi dia cakap tunggu dia habis belajar tak ada dah lah str3ss itu. Itu enam tahun yang lalu. Aku sanggup sabar dan tunggu baran dia hilang. Aku perasan kami selalu berg4duh hari Khamis setiap minggu. Punca kecil pun berg4duh besar. Aku banyak berlembut, tegur dengan suara lembut, tak pernah naik kaki tangan.
Suatu tahun ini memang kami asyik berg4duh, dia marah aku sampai keluarga kawan – kawan aku pun terlibat sama. Aku rasa pengajaran apa lagi nak bagi kat dia ini. Aku yakin dari mata kawan – kawan dan jiran – jiran, aku dah buat terbaik dah untuk dia.
Semua kenduri aqiqah anak aku yang masak sendiri, pantang dia aku masak dan jaga. Baju kerja dia setiap hari aku iron cuma tinggal dia iron tudung saja. Duit sampai aku tak ada tinggal baki untuk self rew4rd. Semua untuk keluarga. Duit dia, simpan lah untuk anak – anak, rew4rds diri dan bantulah keluarga dia.
Aku jeles tengok keluarga kawan – kawan. Kalau aku kena marah macam aku bukan suami dah. Pernah aku tidur sampai aku tak berani nak pandang muka dia sebab takut bukan dia yang sebelah aku itu. Masa kami g4duh lah. Aku tak nak ceraikan dia, sebab banyak benda sweet kami dah bina.
Anak – anak comel, kenangan masa baik memang sweet semua. Cuma kalau sampai masa dia baran, lupa dah aku suami dia. Kerap pula itu terjadi. Tengah bercuti happy pun sekelip mata datang baran dia. Aku perlu semangat untuk berhadapan dengan dia. Tak betul ke aku buat serba serbi untuk dia ini.
Aku ambil keputusan kahwin seorang lagi. Sebab aku tertanya – tanya apa yang kurang pada aku sampai dilayan macam itu. Ok lah isteri kedua ada juga angin dia. Tapi tak lah sampai lupa aku ini suami dengan panggiIan yang tak sepatutnya.
Tambah lagi masalah nak cool kan mereka berdua. Baik lah kejap lepas itu dingin balik. Masing – masing bawa jalan masing – masing. Ok lah asalkan tak berg4duh. Kaum hawa, jangan lah panas baran dan tak hormat suami. Kalau ada kekurangan itu, harap terima dan bersyukur lah. Kadang – kadang terlalu str3ss fikir ini sampai ambil keputusan luar jangkaan kita. Benda dah jadi tak boleh nak patah balik.
Sambungan.. Assalammualaikum semua. Aku pernah tulis pasal isteri aku baran sebelum ini. Kadang – kadang rindu masa dia baran sebab itu masa dia sayang aku. Kini tak lagi. Minggu depan kami akan naik mahkamah. Selepas lima tahun hidup poligami, setahun pertama mencari hikmah di sebaliknya.
Alhamdulillah tahun kedua, ketiga dan keempat kami dapat kebahagiaan dalam kehidupan sukar kerana kos sara hidup yang meningkat, cabaran PJJ dan anak – anak sem4kin membesar. Awal tahun ini aku dapati isteri aku h4mbar dalam layanan aku. Mesej lambat berbalas.
Kalau balas terlupa nak tambah panggiIan abang atau sayang. Aku husnuzon mungkin dia penat. Sekali sekala aku tegur baru dia teringat kemudian buat lagi. Banyak panggiIan telefon tak boleh masuk atau dibatalkan. Mungkin sibuk agaknya dengan kerja.
Tapi aku perasan kata laluan telefon dah bertukar dan dah tak banyak cakap. Aku tak minat nak tanya. Mungkin tak nak anak – anak main telefon dia agaknya. Tapi bila ajakan itu ini asyik ditolak saja, aku rasa juga lah nak cek telefon. Hmm ada skandal rupanya. Parah juga keadaan itu.
Sedih, marah dan kecewa. Aku dah buat sebaik mungkin untuk keluarga ini. Serta merta aku ambil langkah untuk menghalang percintaan mereka. M4ti – m4tian dia pertahankan boyfriend dia yang jauh lebih muda. Semasa PJJ bila masa lah dia ada masa nak buat semua ini dengan nak jaga anak lagi. Sibuk kerja lagi.
Anak kami dua pasang selang bunga. Aku jaga sepasang, dia jaga sepasang. Seminggu sekali mesti jumpa. Biasanya kita dengar orang PJJ semua ibu yang jaga. Tapi aku memang suka jaga budak – budak ini depan mata dan nak ringankan beban isteri. Terasa peng0rbanan aku ini tak dihargai.
Selama berbulan bulan ini aku bersabar dan harap dia berubah. Tapi tetap sama melayan aku dengan h4mbar. Aku tahu dia masih teringat boyfriend dia dengan lagu yang dia dengar bila dia pasang. Alasan ber skandal kerana taw4r hati dengan aku. Nak bercerai dan bawa kes perceraian ke mahkamah.
Aku rasa aku lah lebih tertekan kerana kecurangan isteri. Tapi aku diamkan kerana aku nak menambat semula hati dia yang taw4r. Aku tak mahu bercerai. Anak – anak selalu cakap pertahankan ibu. Nak menikm4ti semula kebahagiaan seperti dulu – dulu. Pujuk ibu kembali kepada keluarga ini. Tapi andai kata itu keputusan mahkamah selepas melalui prosiding, aku akan redha.
Komen Netizen :
Adam Megat : Aku bagi nasihat ikhlas. Suami memang perlu bersabar dalam mendidik isteri sebab dah diciptakan lelaki itu lebih rasional dalam membuat keputusan. Atas sebab itu juga hanya suami sahaja yang boleh menceraikan isteri. Tapi syarak dah mensyariatkan bahawa seorang isteri wajib patuh dan taat kepada apa sahaja perintah suami selagi tak meIanggar hukum syarak.
Jadi sebagai suami yang akalnya lebih rasional dari sang isteri yang penuh emosi itu, aku kena cari punca kenapa isteri jadi baran dan cuba ubah selagi mana dia tak derh4ka kepada aku. Isteri membebel, merajuk dan lain – lain yang seangkatan dengannya masih boleh dianggap sebagai kesalahan kecil yang tak jatuh kepada derh4ka.
Tapi kalau dah sampai sepak suami, pada aku dah jatuh derh4ka. Peraturan rumah tangga itu aku yang patut buat dan kuatkuasakan bukannya biar isteri berterusan buat suka hati. Islam mengamalkan patriarki yang ditentang oleh barat dan golongan feminist.
Untuk munasabah diri aku dan juga dia, buruk baik seorang isteri adalah seratus peratus bawah tanggungan suami. Jadi gunakan hak aku sebagai suami, dan kalau tak jalan juga, ceraikan sahaja. Tapi kalau aku takut nak guna hak sebagai suami dan isteri aku jadi derh4ka, itu salah aku.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.