
Isteri p4ksa aku letak nama dia sekali masa beli rumah, sedangkan loan aku bayar. Aku terp4ksa ikut, nanti dia marah. Dah 6 tahun duduk sini, isteri merungut plak rumah jauh dengan tempat kerja. Dia bagi hint nak rumah baru, siap bunyi bunyi minta dilepaskan…
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua, hari tu aku cerita pasal isteri yang baran kan, Part 1 >> Aku perasan, setiap kali hari Khamis, isteri akan baran, marah-marah. Dia buat aku macam bukan suami, aku nak tidur sebelah isteri pun takut.
Lepas tu aku cerita tentang hubungan yang h4mbar tahun ni. Hari ni aku nak cerita lagi. Yang baik ambik lah, yang buruk tolak jauh. Cerita ni panjang, boleh sediakan popcorn dulu. Sebelum berkahwin dengan isteri, kami kenal sama – sama di universiti.
Rezeki isteri lebih murah, dia tamat belajar on time. Aku pula lewat sebab tukar bidang di tahun kedua. Jadi dia kerja dulu dan berduit dulu lah. Masa ni perit juga sebab nak ikut perempuan berduit ni selera dia dah naik sikit. Belanja banyak.
Kemudian aku dapat kerja intern bergaji kecil. Untuk membuktikan seriusnya hubungan tu, aku membeli rumah setahun sebelum nikah. Join loan, dua nama, kami kongsi booking fee. Deposit mak dan ayah aku bayar. Termasuk lah booking fee tu sekali.
Jadi aku pulangkan duit dia. Tapi rezeki rumah tu orang sewa. Kami tak pernah duduk rumah tu sampai sekarang tetap disewakan. Hampir tarikh perkahwinan, isteri beli rumah lagi satu, nama dia, loan dia. Itu lah rumah pertama kami mencipta bahagia.
Installment dia bayar, aku bayar utiliti dan maintenance. Aku dah mula meniaga kereta sewa masa tu. Kereta banyak tapi overhead pun tinggi, tak la untung mana. Isteri pula terus maju sambung belajar dan dapat kerja yang baik – baik. Aku cakap pada isteri, pakai lah mana – mana kereta aku ada tu, tapi isteri berkeras nak kereta baru.
Kami kongsi deposit, dia bayar installment, aku bayar servis, baik pulih, insurans dan roadtax. Sebenarnya okay sahaja cara kami ni. Pada aku kalau isteri aku tak ada nak itu ini, aku masih dengan cara kampung aku lagi. Bila aku dapat kerja tetap, aku tinggalkan bisnes kereta sewa.
Dia pernah meng4muk aku tak balik malam sebab masih urus kereta sewa. Jadi aku jual bisnes tu dengan hutang masih banyak lagi. Biarlah hilang bisnes tapi jangan hilang isteri. Duit tunai jualan syarik4t tu aku agih – agih pada pemodal. Ahli keluarga, kawan baik dan dia sendiri ada modal satu kereta.
Pagi tu aku bank in kepada bapa aku dulu. Entah macam mana ketika aku tengah meniarap menghadap laptop, dia sepak aku, marah – marah minta duit dia. Dia tahu aku bayar pada bapa aku dulu sebab dia boleh tengok transaksi akaun aku.
Sebagai suami aku cuba majukan diri. Aku ambil exam kemahiran dan lulus. Pangkat dinaikkan sikit – sikit, gaji aku m4kin naik menyamai gaji dia. Aku cakap aku akan beli semua yang perlu ikut kemampuan aku. Tapi kalau dia tambah duit dia, kami boleh beli yang lebih berkualiti lagi. Formula ni kami pakai lama juga sampai anak dah masuk dua.
Lama kelamaan kerjaya meningkat, kami dah masuk kumpulan T20. Masa ni tak ada dah istilah duit berkongsi. Aku bayar tanggungjawab aku. Dia pakai lah apa dia nak buat dengan gaji dia. Habis aku licinkan gaji aku setiap bulan membayar komitmen.
Beli rumah baru, peralatan terbaik dalam rumah, insurans dan pendidikan terbaik untuk anak – anak. Isteri aku pula akan support kehendak, makan sedap, percutian dan majlis – majlis keraian kalau kami anjurkan. Kadangkala aku ada defisit belanja, isteri akan support balik aku.
Cuma aku berkecil hati sikit dengan isteri. Selepas ada kemampuan kewangan, aku refinance rumah yang pertama kami beli. Aku keluarkan dia dari joint loan, tapi kekal rumah dua nama. Duit lebih refinance tu dia nak katanya sebab dia ada kongsi dalam rumah tu.
Aku bagi sahaja lah sebab aku tahu hujung – hujung isteri aku ni akan tolong aku juga. Dengan kurangkan komitmen, dia buat personal loan bantu adik dia meniaga dua ratus ribu dan beli kereta baru. Kereta baru tu aku setuju dia bayar installment, aku bayar lah kos – kos lain.
Mengenangkan aku ni kerap berjauhan dengan isteri, aku beli rumah baru landed. Senang dia nak masuk rumah, tutup autogate dah boleh buka pintu, tak macam dulu masa tinggal kondo. Terkilan dengan sikap isteri, masa nak sign SNP dia suruh ubah letak nama dia sekali dalam tu walaupun rumah tu full loan aku. Terlalu rasa insecure.
Disebabkan pertukaran SNP tu aku kena denda sepuluh ribu late charges. Kalau tak tukar, tahu lah orang baran macam mana. Sekarang ni dah beberapa kali aku dengar dari mulut dia, dia tak suka rumah yang aku beli sebab jauh dari tempat kerja.
Dah enam tahun dah duduk rumah tu, anak dah bertambah jadi empat. Sibuk pula suruh aku cari rumah baru yang berdekatan tempat kerja dia. Dia nak move on katanya. Aku faham lah tu. Dah bunyi – bunyi sebut minta lepaskan dia.
Sebenarnya persoalan kat sini, apa lagi yang tak cukup. Kalau asyik membanding-bandingkan dengan orang, takkan pernah cukup lah macam ni. Assalammualaikum semua. Aku nak tulis episod empat. Minggu lepas baru balik dari mahkamah kes tuntutan cerai dari isteri.
Hubungan pun dah h4mbar sepanjang tahun ni. Aku mengatakan tak ke atas saman tu. Jadi kami masih lagi lah suami isteri. Akan naik lagi lepas ni untuk ke Jawatan Kuasa Pendamai. Yang ni cerita dalam episod lain. Habis prosiding, kami keluar bawa anak – anak jalan – jalan, shopping dan makan.
Kalau tengok mesti nampak biasa dan bahagia. Waktu solat kami berjemaah dengan anak – anak lagi. Tapi bila dah sem4kin malam, anak – anak mula tidur, masa ni keinginan datang. Aku tahu dah peratus nak dapat tu tipis tapi aku tanya lah juga, mana lah tahu ada rezeki.
Tapi hampa, sampai lah ke pagi ni aku nak mulakan hari pun susah. Dia akan tidur spot – spot yang aku tak boleh nak peluk pun. Dia masak dan lipat baju, aku masih kat bilik kemurungan. Sampai lah anak ajak teman mereka bermain. Baru aku keluar.
Perlahan – lahan bermula lah hari aku. Basuh kereta, teman anak main dan belajar, dan sekejap lagi nak pergi shopping lagi. Seperti aku cerita sebelum ni, aku ni berjauhan balik mingguan. Tolak lampu merah, hari boleh solat, nak lah aku memenuhi tuntutan batin aku.
Ni dah di rumah dua malam, tak merasa pun sebarang kemesraan. Ajak tengok Korea pun tak mahu. Tapi shopping mahu. Aku semalam dah ketandusan ni macam – macam jahat fikir. Alhamdulillah berjaya juga mempertahankan iman. Macam ni lah lelaki.
Tak tahu lah kenapa orang perempuan boleh tahan bertahun – tahun. Tapi lelaki ni secara am nya seminggu sekali kalau tak bersama tanpa sebarang sebab boleh merudum prestasi. Pernah aku tanya, mujur lah dia tak meIetup dengan soalan ni.
Tak ada keinginan dah ke, dia kata ada. Habis tu macam mana dia salurkan. Dia cakap bukan urusan aku. Komen elok – elok sahaja lah, aku pun tulis bahasa elok – elok. Yang baik buat tauladan, yang buruk buat sempadan. Rajin aku menulis lagi. Maklum lah tak ada dah orang nak teman berbual.
Komen Netizen :
Wan Annisa Wz : Selalunya kalau jadi macam ni sebab dah taw4r hati. Hanya kalian berdua sahaja yang tahu apa yang dah berlaku dan apa yang menyebabkan isteri tu jadi macam tu. Yang pasti dia dah taw4r hati. Kena tambat hati dia balik, teruskan solat berjemaah dan buat perkara – perkara yang dia suka selagi awak mampu.
Selagi dia masih mahu akur dan berada dalam rumah tangga tu, selagi dia mahu masak dan buat kerja – kerja rumah, saya percaya rumah tangga kalian masih ada harapan dan boleh diselamatkan. Bab batin ni bertahan lah. Memang tak dinafikan jika hati isteri tak gembira, memang dia tak ada kemahuan tu. Berdoa sungguh – sungguh minta pada Allah kembalikan kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga sama macam awal kahwin dulu. Semoga Allah permudah setiap urusan kalian berdua. Aamiin Ya Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.