
Aku pernah lari tinggalkan dia hampir dua bulan. Aku berjaya lupakan segala. Aku ada duit sendiri tanpa perlu minta lagi dekat dia. Tapi tu semua sementara. Aku lari jauh – jauh. Tapi aku tak tahu macam mana dia boleh tahu dekat mana aku berada.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, min tolong hidekan profil ya. Di sini aku ingin meluahkan perasaan yang sudah lama aku pendam. Aku berjumpa dengan suami tahun 2022 dan ambil keputusan untuk berkahwin pada 2023.
Jujur aku kata, aku amat menyesal kerana kenal dengan dia walaupun orang kata ia “jodoh”. Aku tak tahu lah jodoh ataupun b0doh. Sebelum kahwin lagi dia dah berani sentuh dan pukuI aku sampai berIebam di muka. Banyak kali macam tu, banyak kali juga nak buat report tapi tak kesampaian.
Sampai aku ambil tindakan agresif, melalak menjerit sampai orang dengar dan berharap ada orang bantu. Tapi tu semua sebelum kahwin. Sekarang per4ngai suami dari sebelum kahwin sampai dah kahwin dan dah ada anak seorang pun tetap sama.
Aku tak pernah mengadu dekat sesiapa termasuklah keluarga aku sendiri sebab orang nampak dia tu baik dan sempurna. Tapi orang tak tahu aku hadap bertahun – tahun per4ngai dia. Dulu aku dah sangat penat. Sebulan aku hilangkan diri, tak buka telefon. Aku lari jauh – jauh.
Tapi aku tak tahu macam mana dia boleh tahu dekat mana aku berada. Masa tu lah drama air mata, sedih dan menyesal keluar dari mulut dia. Memang aku tak layan sebab aku dah tahu hati perasaan dia macam mana. Ada masa baik tu baik sangat.
Dia tak sentuh aku masa mengandung je sebab tak berani. Tapi lepas bersalin dia dah mula balik per4ngai dia. Dia t4mpar muka aku masa tengah pantang dengan alasan dia kata aku biadap. Allah rasa buntu sangat. Aku tak pernah biadab dengan dia sesuka hati. Boleh dikatakan punca perg4duhan semua dari dia.
Dia mula usik anak. Masa tu bayi lagi, baru seminggu. Anak meragam, aku ingatkan dia jaga dengan betul. Aku tersedar tengok anak aku terkapai – kapai sebab dia tutup muka anak dengan selimut. Sedih sangat masa tu. Aku fikir mungkin dia str3ss. Tapi lama kelamaan hampir tiap masa dia buat benda yang sama. Itu bukan str3ss. Itu memang sifat dari hati dia sendiri.
Aku tak pernah jumpa lelaki macam ni. Tahap dayus dia tu Allah tak terucap. Anak aku sampai sekarang masih sama terkena tempias baran suami. Betul kata orang, lelaki dah mula naik tangan dia akan buat lagi. Sukar untuk aku bercerita kenapa aku tak buat report. Memang sangat sukar. Tak apa lah tak perlu aku jelaskan bab tu. Dalam setiap doa aku selitkan nama suami supaya dia berubah, tapi tetap sama.
Aku pernah lari tinggalkan dia hampir dua bulan. Aku berjaya lupakan segala. Aku ada duit sendiri tanpa perlu minta lagi dekat dia. Tapi tu semua sementara. Aku tak tahu sama ada punca aku kena buang kerja tu disebabkan dia ataupun memang rezeki aku cukup di situ. Mana aku pergi dia tahu je.
Sejujurnya aku dah tak mampu nak hidup dengan lelaki yang macam ni. Senang kata lelaki giIa. Tadi baru saja berlaku, anak elok je main, dia masuk rumah kacau – kacau sampai anak aku melalak. Dah melalak tu dia pula geram. Dia letak anak dalam buai. Anak tak berhenti melalak, dia angkat macam angkat binatang dan dia kurung anak dalam bilik air. Kesan di tangan masih ada.
Aku sebagai ibu mempertahankan nyawa anak aku sendiri dari ayah dia sendiri. Hanya wanita saja yang faham betapa s4kitnya hati seorang ibu bila lihat suami sendiri memukuI anak tanpa sebab. Pedih teramat. B0dohnya aku sebab terlalu percaya, menaruh harapan dan masih setia lagi pada dia.
Dia pernah curang dengan aku, tapi tu kes lama aku tak nak ingat. Tapi apa yang aku ingat, memang banyak perbuatan dia terhadap aku dan anak. Sampai aku terlalu sedih aku berdoa kepada Allah, jika Dia nak ambil nyawa aku, ambil lah nyawa anak aku sekali. Kerana aku tak tahu apa nasib anak aku kalau aku tak ada nanti.
Dari mula hubungan sampai sekarang, kebanyakan memang d3rita saja yang aku dapat. Aku tak pernah balas apa yang dia buat walaupun itu meny4kitkan. Aku bersabar dan menangis. Itu saja yang aku mampu. Suami selalu bising kata rumah bersepah dan tak kemas.
Sengaja aku buat begitu kerana dulu rumah aku sentiasa bersih dan kemas, tapi dia balik kerja dia sepahkan balik semua. Belum cerita pasal mentua lagi. Anak mak sama je, yang mak dia pula sokong habis – habisan anak lelaki dia walaupun dia tahu anak dia salah. Ayat dua beranak ni satu je, “biadab”. Itu je point untuk mereka cari salah aku.
Perempuan mana tak biadab kalau d3ra fizikal anak sendiri. PukuI tanpa sebab. Bayi lagi dah did3ra fizikal. Bayi lagi dah kena maki, bayi lagi dah dit4mpar dan dicubit. Allah s4kit sangat. Kalau ada yang kata aku diam memang salah. Aku tak pernah diam, sebab tu mereka kata aku biadab.
Pasal anak memang aku akan tentang habis habisan. Bukti, gambar dan video semua aku ada. Cuma aku rasa bukan masa lagi sekarang. Tapi macam dah tak lama lagi dah. Aku pun dah rujuk dekat polis. Mereka pun sedia ambil report dan tindakan ke atas pesalah. Sekarang aku tengah kumpul bukti supaya kukuhkan lagi kes. Semoga kemenangan berpihak pada aku. Ada yang mengalami apa yang aku lalui sekarang? Aku perIukan sokongan.
Ulasan pembaca :
Ain Azira : Pada netizen, kita sebenarnya perlu beri sokongan pada ibu ni jangan keluarkan perkataan yang tak sepatutnya. Sebabnya kita tak ada dekat tempat dia. Kita tak lalui apa dia lalui. Mungkin makan masa untuk dia buat semua ni. Kita doa baik baik buat urusan dia.
Buat tuan tanah, tolong buat keputusan dengan bijak dan cepat. Anak awak perIukan persekitaran yang positif. Jangan did3ra mental anak. Jangan lama – lama untuk buat keputusan. Jaga anak baik – baik bawah pengawasan awak ya. Tolong.
Nana Rozana : Lari berbulan – bulan dah, tapi kembali bersama lagi dan lagi sampai tak tahan sangat pun. Masih nak berkira – kira untuk report. Bukti apa lagi nak kumpul. Banyak mana nak kumpul. Kata ada video semua, tu dah cukup.
Ke kata nak kumpul bukti, akhirnya tak sampai hati nak report. Sayang alasannya. Sebab kalau orang fikir masa depan, sebelum kahwin dah dizaIimi dia tak akan pilih nak kahwin lelaki begitu. Sebab sayang sangat dan cinta, tu dia terima saja buruknya. Buat lah yang terbaik. Awak pun layak bahagia. Terd3ra emosi dan fizikal nanti boleh jadi kemurungan dan mengundang masalah yang lebih teruk. Bertindak cepat.