
Aku mula sedar keluarga mertua hanya layan isteri aku macam h4mba, bukan anak. Isteri aku dikerah buat kerja dari kecik. Aku nekad bawa lari isteri dan kahwin tapi perkahwinan kami tak sah dari segi undang – undang negara. Satu hari, masa isteri aku keluar pergi kedai, dia kena tahan dengan pihak berkuasa..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Ni akaun isteri aku. Selama ni aku tengok saja page ni dekat telefon isteri aku, sekarang ni aku nak luahkan dekat semua followers dekat sini. Mungkin apa yang aku nak cerita ni tak seberapa bagi sesetengah orang, tapi bagi aku, ni antara ujian paling berat dalam hidup aku.
Aku berumur 35 tahun, sama dengan isteri aku. Aku kenal isteri aku dekat Facebook. Mula – mula tu biasa saja, sembang kosong, tanya khabar, kongsi cerita harian. Tapi lama – lama, hati aku rasa lain macam. Dalam masa lebih kurang tiga bulan kenal, aku ambil keputusan untuk jumpa dia dekat rumah keluarga dia.
Masa pertama kali jumpa tu, jujur aku cakap, aku rasa tenang. Dia jenis perempuan yang lembut, tak banyak cakap, tapi cara dia layan aku penuh adab. Dari situ aku makin yakin. Lepas tiga bulan kenal, kami sama – sama buat solat istikharah. Hati aku kuat nak dia, dan dia pun sama. Jadi kami sepakat untuk bernikah.
Aku pun pergi menyuarakan hasrat dekat keluarga dia. Tapi dari situ, bermulalah segala konflik yang aku tak pernah jangka. Keluarga dia tak suka aku pilih isteri aku. Mereka lebih suka kalau aku pilih kakak kepada isteri aku untuk dijadikan isteri.
Masa tu aku dah pelik. Kenapa sampai macam tu sekali? Rupa – rupanya, ada cerita yang lebih besar yang aku tak tahu. Sebenarnya, isteri aku tu anak angkat dalam keluarga tu. Dia berasal dari Indonesia. Dia datang ke Malaysia masa umur 14 tahun. Dia m4ngsa pemerdagangan manusia.
Nasib dia baik sebab dia berjaya lari dari sindiket tu. Lepas tu dia jumpa dengan keluarga angkat dia ni, yang kononnya ambil dia sebagai anak. Tapi hakikatnya, kehidupan dia dengan keluarga tu bukan macam anak. Lebih kepada orang gaji.
Dari umur 14 tahun sampai umur 32 tahun, dia duduk dalam rumah tu, tolong masak, kemas rumah, buat semua kerja. Tapi di depan orang luar, mereka berlakon seolah – olah dia tu anak mereka. Aku mula nampak semua ni lepas aku rapat dengan dia.
Kadang – kadang aku datang rumah, aku nampak dia buat kerja tanpa henti. Kakak – kakak dia boleh duduk santai, tapi dia yang kena buat semua. Pernah sekali aku nampak dia kena marah hanya sebab lauk tak kena selera. Bila aku tetap nak kahwin dengan dia, keluarga angkat dia mula buat macam – macam fitnah.
Mereka kata isteri aku tak suci lagi. Mereka kata dia dah banyak terlanjur dengan lelaki. Mereka cuba jatuhkan maruah dia depan aku supaya aku tarik diri. Tapi aku kenal siapa isteri aku. Aku tahu semua tu tak betul. Malah ada saud4ra mereka sendiri yang beritahu aku, semua tu fitnah semata – mata sebab mereka nak aku kahwin dengan anak kandung mereka.
Kemuncak konflik tu, satu hari aku datang rumah mereka, aku nampak isteri aku menangis dalam bilik. Muka dia lebam sikit. Rupanya dia kena t4mpar sebab dia pertahankan diri bila mereka p4ksa dia mengaku benda yang dia tak buat. Masa tu aku dah tak boleh sabar.
Aku buat keputusan nekad. Aku bawa isteri aku keluar dari rumah tu. Kami lari. Dalam keadaan serba kekurangan, kami tetapkan hati untuk bernikah. Satu lagi ujian besar, isteri aku tak ada satu pun dokumen diri. Kad pengenalan tak ada, sijil lahir tak ada. Semua tak pernah diuruskan oleh keluarga angkat dia. Tapi aku tetap teruskan juga sebab aku yakin dengan pilihan aku.
Lepas kami bernikah, baru aku tahu satu perkara yang buat aku lagi sayang dia. Isteri aku masih suci. Aku tahu sebab aku bukan lelaki baik sebelum ni. Aku bekas playboy. Aku pernah rosakkan hidup aku dengan perempuan. Tapi bila aku jumpa dia, aku rasa macam aku nak berubah.
Dia terima aku seadanya. Dia tak pernah ungkit kisah silam aku. Dari situ aku nekad nak jaga dia sebaik mungkin. Keluarga aku pun tahu kisah dia. Alhamdulillah, mereka terima isteri aku dengan baik. Malah mereka sayang dia macam anak sendiri.
Isteri aku jenis yang pandai bawa diri. Dia rajin, pandai masak, hormat orang tua. Semua dalam keluarga aku selesa dengan dia. Sebelum kami nikah, dia sempat hubungi keluarga kandung dia dekat Indonesia. Lepas bertahun – tahun terpisah, akhirnya dia dapat bercakap dengan mereka.
Masa nak bernikah, jurunikah minta izin daripada bapanya di sana. Dengan izin dan restu, kami sah sebagai suami isteri di sisi agama. Tapi perkahwinan kami tak sah di sisi undang – undang Malaysia sebab dia tak ada dokumen. Aku cuba uruskan dokumen dia. Aku pergi sana sini, tanya orang, cari jalan. Tapi belum sempat selesai, satu hari tu, masa dia keluar beli barang, dia ditahan pihak berkuasa.
Hari tu antara hari paling gelap dalam hidup aku. Aku tak sempat nak buat apa – apa. Sekarang dia berada di Penjara Kajang kerana tiada dokumen diri. Sejak dia ditangkap, dugaan datang bertimpa – timpa. Kawan baik aku sendiri fitnah isteri aku.
Dia kata aku b0doh sebab pertahankan isteri aku. Dia hasut aku supaya tinggalkan isteri aku. Dia cakap tak perlu cari pun kalau isteri aku dihantar balik ke Indonesia nanti. Bukan tu saja, ada juga perempuan lain yang cuba masuk dalam hidup aku. Konon nak teman aku waktu susah. Tapi bagi aku, semua tu ujian.
Aku tak akan sesekali tinggalkan isteri aku. Dia satu – satunya perempuan yang terima aku seadanya. Dia juga perempuan paling baik dan paling bersih hatinya yang aku pernah kenal. Setiap malam aku tak boleh tidur lena. Aku teringat keadaan dia dalam penjara. Aku risau dia makan macam mana, tidur macam mana.
Pernah satu hari aku datang melawat, bila aku nampak dia dari jauh, badan dia nampak makin susut. Tapi dia masih senyum dekat aku. Senyuman tu buat aku lagi s4kit. Dia sempat pesan dekat aku, jangan tinggalkan dia walau apa pun jadi.
Masa tu aku tahan air mata. Aku janji dengan dia, aku akan tunggu dia walau apa pun yang jadi. Kalau dia dihantar balik ke Indonesia sekalipun, aku akan cari dia. Walaupun aku kena habiskan duit dan harta aku, aku tak kisah. Aku akan ke sana, cari dia sampai jumpa.
Aku cuma minta doa daripada semua yang baca kisah aku ni. Doakan rumah tangga kami kekal sampai ke jannah. Doakan urusan kami dipermudahkan. Doakan aku kuat untuk hadapi semua ni. Demi Allah, hanya ajaI m4ut saja yang boleh pisahkan aku dengan isteri aku. Doakan kami.
Ulasan Pembaca :
Shida Jep : Dah kena tangkap kan? Boleh berurusan dengan pihak penjara pasal penghantaran balik. Jadi kau bersedia saja dekat Indonesia. Biasanya mereka akan beritahu nak hantar dekat mana. Contoh, kalau hantar dekat Medan, kau tunggu dekat sana. Bila dia sampai, buat pasport siap – siap, kemudian masuk sini dan nikah semula. Selesai.
Ummie Kay : Memang susah kalau tak ada apa – apa dokumen ni. Kalau isteri tak kena tangkap, kemudian hari nanti anak pula susah nak ke sekolah sebab tak ada sijil nikah. Tapi kalau nak hantar pulang pun tak tahu sama ada kedutaan Indonesia terima isteri sebagai rakyat mereka atau tak.
Sebab ada kes, anak Indonesia lahir dekat Malaysia pun kedutaan Indonesia tak percaya budak tu anak pasangan Indonesia tu. Siap kena buat surat sumpah daripada ketua kampung Indonesia tu. Tapi macam mana pun, semua ni hanya undang – undang manusia. Semoga dipermudahkan urusan saud4ra dan isteri. InsyaAllah amin.
Ady Kota : Kau bersabar ya, aku faham apa yang kau rasa. Cuba cari keluarga dia dekat sana dan minta dokumen, kemudian kau uruskan. Masalah kau boleh selesai kalau dapat dokumen isteri kau, cuma memang kena guna banyak duit sebab kena pergi sana. Aku doakan masalah kau selesai.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.