Aku kena buang keluarga sebab tak suka aku kahwin dengan suami, tak sekufu. Lepas 3 bulan kahwin hidup aku terus jadi miskin, suami jadi pemalas

Sebelum kahwin, aku kaya boleh shopping beribu sebulan. 3 bulan kahwin terus jatuh miskin. Suami asyik minta duit aku. Dia akan cari sampai dapat, walau hanya tinggal baki RM1, dia akan ambik. Dia akan suruh aku kumpul duit untuk bawa dia bercuti…

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Hide profile aku. Aku selalu tengok admin siar kisah kisah rumah tangga macam – macam kes. Kisah aku pulak aku rasa bosan dan menyesal kahwin. Aku tak ada orang lain tapi sifat suami aku menyebabkan aku rasa macam tu.

Sebelum kahwin hidup aku senang, bisnes lancar, mewah je shopping ribu – ribu setiap bulan. Lepas kahwin ni bisnes jatuh, nak shopping RM100 pun siksa. Dah lah kahwin family tak restu. Dan kena buang. Hidup berkahwin pulak lepas tiga bulan jadi susah sangat sebab suami jenis guna dulu modal bisnes aku, nanti bayar, sampai kesudah tak bayar bayar bila cakap. Mesti dia kata aku suka ungkit. Semua modal habis guna. Nak rolling tak dapat.

Sebelum kahwin bahagia je, lepas aku tak berduit nampak sangat ketara bahagia tu hilang. Macam betul cakap mak aku, dia suka aku sebab duit. Bila aku jadi dropship pulak, dapat duit aku beli barang – barang mekap, barang – barang lain, kira keperluan aku, dia akan cakap simpan duit sama.

Masalahnya dia tak beli keperluan aku pun. Semua benda aku beli online guna duit aku. Patut ke cakap macam tu kat aku. Tapi bila simpan pulak, dia ada je nak itu ini ke, bawa jalan – jalan, tiba – tiba minyak tak ada, duit tak ada, jadi aku lah kena pergi bank ambil duit, macam sengaja je.

Bila aku cakap tak ada duit, mula nak tengok bukti. Duit simpan kat rumah sorok – sorok habis dia cari, ambil tak minta izin pun. Sekali duit baki RM1 mas kahwin pun dia guna, aku tak sempat simpan buat kenangan. Bila cakap je, mula dia kata ungkit – ungkit.

Per4ngai dia pulak bila bagi kemewahan, dia jadi berlagak, menunjuk – nunjuk, sembang kuat, janji macam – macam dengan adik beradik, mak ayah dia, padahal apa pun tak ada. Lepas tu, “yang simpan duit, taruh duit, nak pergi sana sini”. Gaji sebulan pun tak pernah cukup, tengah bulan aku tanggung.

Satu lagi yang aku tak suka, aku belikan telefon untuk kemudahan, nak WhatsApp, call senang. Sebelum ni dah empat biji bagi kat dia, rosak memanjang. Padahal aku pakai elok je. Kali ni beli telefon baru, aku pun beli satu lagi. Buatkan Facebook kat dia, bukan main lagi tambah perempuan s3ksi, bukan sorang, ramai – ramai. Ini dekat kartun pun letak love. Semua perempuan dia hantar. Siapa layan, dia bagi salam.

Nasib dia tak reti baca je. Dia reti bagi salam, tanya dekat mana, dah makan ke, itu je. Kalau reti baca, rasanya dah curang. Per4ngai pulak jenis yang penting tangguh dulu, nanti lah bayar, dua tiga bulan baru bayar. Yang tak penting diutamakan dulu. Dah sesak baru kalut fikir.

Nak cari duit mula lah nak pinjam – pinjam, suruh aku pinjam. Hari apa nak bayar balik, sampai kesudah tak bayar, aku lah kena bayar. Setahun kahwin, semua benda bertangguh je. Barang rumah hampir lapan puluh peratus aku beli.

Bila aku berduit nampak lah kasih sayang, bila tak berduit hubungan nampak sangat bosan. Patutnya isteri bukan h4mba atau orang gaji suami. Suami hanya buat satu kerja je. Kalau suruh pos barang mula lah nak marah. Tapi duit habis semua dia ambil sekali, modal dengan untung lesap dengan ayat manis dia.

Ada duit lebih mula nak enjoy, tak pernah simpan duit. Bila cakap tak nak dengar, ada je dia jawab, lepas tu bagi harapan palsu, janji manis. Tak fikir panjang. Tapi isteri dekat rumah buat kerja rumah semua dia buat. Bisnes online lagi, cari duit lagi. Dua kerja dalam satu masa.

Bantu lah isteri buat kerja rumah. Ni tak pernah langsung. Bila suruh ada je jawapan dia. Sebelum kahwin suruh dia masakkan itu ini, saja nak test, laju je dia buat. Dia bujang duduk sorang, mesti dia buat sendiri semua. Siap hantar lauk untuk memikat hati lagi. Lepas kahwin boleh cakap tak reti.

Baju kerja kadang – kadang kalau aku tak sihat, mesin basuh rosak, dia boleh pakai baju kotor balik. Sebelum kahwin bersih je. Lepas kahwin bini kena urus semua macam kanak – kanak pulak. Janji sebelum kahwin macam – macam, semua indah, baik punya. Lepas kahwin aku rasa macam ner4ka.

Nak lari tak boleh, dia tak bagi keluar rumah tanpa dia. Kunci terus pintu. Tak bagi berkawan sangat, takut orang hasut aku. Bukan nak burukkan suami tapi indah khabar dari rupa. Seolah – olah macam ni baik duduk sorang, sara diri sendiri, tak s4kit hati. Kahwin untuk apa, senangkan diri dia, lepas nafsu je ke, jadikan bini macam h4mba.

Itu pun berangan nak anak kembar. Bini sorang pun tak mampu nak sara. Gaji pun tak pernah cukup. Kalau orang gaji pun setiap bulan dapat gaji. Hidup berubah terus lepas kahwin. Dari senang berduit jadi tak ada apa – apa. Ada duit pun habis.

Ini yang dimaksudkan oleh mak – mak kita kot, kahwin lah dengan orang yang ada duit atau ada agama, hidup senang, ada masa depan, tak ada masalah. Menyesal. Mungkin ini juga punca banyak penceraian sebab lelaki tak nak usaha. Hanya tahu beri kata kata manis, janji – janji palsu je, indah – indah belaka. Lepas kahwin macam tu.

Ada cara tak, apa yang perlu aku buat untuk beri pengajaran dan buat dia berubah per4ngai jadi lebih baik dalam perkahwinan, bukan setakat janji – janji tapi tak buat. Aku ni belum ada anak, aku dah rasa macam ni. Kalau ada anak, tak tahu lah macam mana.

Ulasan Pembaca :

Nur Auni Rohanie : Faham.Ramai akan kata perempuan ni b0doh, dah ada banyak duit kenapa bagi laki. Sorok – sorok lah. Duit simpan bank. Kalau laki nak pinjam cakap tak ada duit. Kalau kantoi pun jangan keluar duit. Sesak macam mana pun laki, jangan bagi duit. Semua akan kata perempuan b0doh dengar cakap laki.

Tapi hakikat yang sebenar tu. Laki tu bukan laki awak. Awak tak hadap laki dayus tu hari – hari. Walaupun awak kata duit isteri, kalau isteri tak izinkan h4ram bagi laki guna duit isteri. Tapi laki dayus tu bukan heran pun h4ram halal.

Aku nak bagi nasihat satu je. Jangan putuskan hubungan silaturahim dengan family pun. Sila minta maaf dengan ibu bapa kerana doa mereka akan dimakbulkan Allah SWT. Bab suami tu, solat taubat, minta ampun dengan Allah, doa yang baik – baik untuk suami, semoga Allah lembutkan hati suami. Doa isteri yang solehah juga dimakbulkan Allah, insyaAllah.

Hayatie Yaya : Aku cadangkan puan tinggalkan je suami puan buat pengajaran. Nampak sangat dia kahwin dengan puan untuk duit. Per4ngai dia takkan berubah sampai bila – bila. Sebelum ada anak ni lebih baik puan tinggalkan dia. Lelaki spesies ni tak tahu diuntung. Lepas ni biar dia rasa pulak, sumber kewangan dia dah tak ada.

Mah Madi : Mungkin sebab perkahwinan tak direstui. Memang susah nak bahagia kalau tak ada restu ibu bapa. Sebab tu lah ibu bapa tak restu, mungkin mereka dah boleh agak sebab apa lelaki tu nak kahwin dengan awak. Mesti lah sebab utama kerana duit. Menyesal pun awak yang pilih dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :