
Aku tanya lelaki tu, ni tempat ape? Dia kata cyber cafe. Aku macam pelik. Aku cakap nak cari suami aku sebab anak aku demam. Memang anak aku demam mase tu. Mungkin brother tu kesian kat aku, dia bagi masuk. Ya Allah, tempat ape ni? Semua dalam tu lelaki melayu.
Assalammualaikum. Aku kenalkan diri aku sebagai Dinda. Aku seorang perempuan. Dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan berumur 3 tabun dan 2 tahun. Dan masih lagi BERSUAMI. Kitaorang berkahwin memang atas dasar suka sama suka.
Ops… Lupa nak intro suami aku. Dia berdarah indonesia. Mak dengan ayah memang asal sana tapi dah menetap lama kat Malaysia dan dah dapat taraf penduduk tetap. Suami aku lahir sini dan mempunyai ic. Aku kenalkan dia sebagai Wan. Parent aku memang orang Malaysia. Ayah aku ada bisnes mini market dan restoran.
Okay, percintaan kitaorang selama 10 tahun. Yes, 10 tahun dari zaman sekolah menengah form 3. Tahun 2011, kitaorang bernikah. kitaorang memang lambat dikurniakan zuriat, mungkin memanh percaturan dari Allah. Sebelum ada anak, Wan memang sweet dan aku akui dia memang kaki main game!
Actually, sebelum kahwin lagi dia macam tu. Sampaikan aku tak boleh nak fikir benda ni akan jadi lagi teruk bila dah berkahwin sebab game online ni bermusim dan memang dorang akan ketagih. Ladies, aku nak bagi amaran dekat korang awal-awal ye. Kalau korang dah tau laki korang gamers, please!!! Jaga-jaga!
So, lepas 5 tahun Allah makbulkan doa kami untuk dapat zuriat yang pertama. Masa tu, aku memang rase Wan seorang yang memang suami dan ayah yang penyayang! Sebab dari aku preggy sampai deliver dia solat dan mengaji untuk aku dan anak tiap malam. Aku memang bersyukur sangat.
Tapi Allah uji kitaorang bila anak aku masuk 8 bulan dan aku ruoanya dah preggy 4 bulan anak yang kedua. Korang tau ape jadi? Dia ketagih judi talian. Yang korang selalu tengok akt 999 tv3 tu… Ade mesin macam game, name dia Rolex ke ape ntah.
Benda tu gile wei, duit saving laki aku semua habis kat situ. Bukan 2, 3 ribu je… Puluh puluh ribu wei! Allahuakhbar. Setiap malam dia balik subuh. Dia cakap dia lepak dengan sepupu aku. Yang bodohnya aku pun percaya. Cousin aku laki jugak.
Dia pun coverline si Wan ni sbb dia pun kaki main benda tu. Aku still tak tau ape yang dia main, aku just ingt dia main game biasa biasa, macam poker tu. Benda ni berlarutan sampai aku nak beranak anak no 2. Aku dalam labor room pun dia boleh main game tu lagi.
Selepas aku bersalin anak kedua tu, Wan cakap dia nak balik rumah tengok anak aku jap yang no 1 tu sebab duduk dengan mak aku sementara. Jadi, aku cakap okaylah. Dekat 4 jam aku tunggu dia tak datang. Bila aku check Phone Finder, dia kat tempat selalu dia lepak ngn cousin aku.
Aku kat hospital, sorang sorang basuh darah aku, pakai stokin, masuk toilet sendiri. Sedih wei bile ingat. Tapi tak apa. Aku redha. Lepas anak aku no 2 dah umur dalam 4 bulan ntah dari mana kekuatan tu datang, lepas aku phone finder dia, dia kat tempat biasa tu jugak.
Aku pergi sane, aku terk3jut sebab tempat tu macam shoplot kedai dan ade few lelaki macam bonzer jaga kat luar. Aku tawakal minta Allah jaga aku kalau ada apa-apa. Aku tanya ni tempat ape? Dia kata cyber cafe. Aku macam pelik. Aku cakap nak cari suami aku sebab anak aku demam.
Memang anak aku demam mase tu. Mungkin brother tu kesian kat aku, dia bagi masuk. Ya Allah, tempat ape ni? Semua dalam tu lelaki melayu. Dengan mesin judi bersepah sepah, aku nampak Wan kat hujung sana. Astaghfirullah. Aku terkejut. Apa dia buat kat sini?
Aku pegi kat dia, aku tak cakap ape, dia pun terkejut macam mane aku boleh masuk dan sampainkt situ. Dia cakap “ko buat ape datang sini sial? Pegi balik la!” menitis airmata aku kat situ. Aku pegi… Pegi macam tu je. Parents aku dah tau ape yang dia buat.
Parents aku memang family type. So dorang memang sedih sangat ape yang jadi kat kitaorang, cucu cucu dia… Sedih wei. Lepas ayah aku slow talk ngan dia, dia kate nak berubah. Tp after 3 hari dia buat balik wei. Benda tu ketagih. Aku pun tak tau la. Lepas aku dapat tau lagi, dia menangis kata nak berubah. Hmmm hati perempuan, cair lagi.
Masa tu dah nak raya, kitaorang memang takde duit langsung nak balik kampung belah ayah aku. Ayah aku bagi 2 ribu untuk belanja kitaorang. Aku pun bodo pergi percaya kat dia, aku suruh dia pegang duit. Masa kat kg, dia kata kite save sikit. Sebab duit ade ni je. Aku pun, oh okay. Bagus laki aku dah berubah.
Balik kl malam tu, anak dah tido. Dia cakap nak kuar beli rokok, pastu dia boleh balik subuh lagi. Aku memang agak dah duit semua lebur! Allah. Ujian lagi. Aku bertekak dengan dia sampai hp dia barai. Aku cakap kat dia taubat la… Sebelum terlambat.
Dia pun buat, tapi benda lain pulak dia buat sekarang ni. Aku nak share, tapi macam dah panjang sangat cerita aku. Takut korang yang boring. Kalau korang nak tau ape jadi kat aku sekarang, mungkin di next confession, kalau berkesempatan lah. Sebab ni actually intro life aku.
Sekarang ni Wan memang gile game PUBG sampai perkahwinan dan anak2 kitaorang sedang jadi taruhan. Aku minta maaf kalau cerita aku tunggang langgang sikit sebab aku dah banyak make it short. Kalau ade ruang aku share lagi ye. Terima kasih semua. Doakan aku dipermudahkan urusan. – Dinda (Bukan nama sebenar)
Ulasan pembaca :
Peah Peah : Rujuk Pejabat agama untuk tetapkan sessi kaunseling. Then bagi masa untuk En suami berubah, kalau lepas habis tempoh masa ditetapkan masih tiada perubahan dah boleh fikir apa langkah terbaik seterusnya. Untuk meneruskan atau memilih jalan hidup masing – masing.
Aina Charmaine : I just thought, fasa diorang tengah diuji, bukan tak pernah bahagia kan? Doesn’t mean to hurt the confessor, atau nak meyebelahi suami itu, big NO. Atau bukan tak alert isu anak – anak menjadi m4ngsa. Tapi its a life, dalam perkahwinan memang akan ada ujian.
Every single person akan diuji, ni titik tolak diorang diuji. Diorang diuji dengan cara ni. Aku tak cakap diorang should stay dan aku tak galak diorang just split. But anyone yang decide to get married, percayalah walau korang mula dari suci tanpa bercinta pastu kahwin dengan cara islam yg sempurna- perkahwinan itu tetap akan diberi ujian. Get ready, bukan avoid tapi prepare. Kita memang Allah cipta atas dunia ni untuk diuji.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.