
Kawan lama datang rumah ziarah masa aku lahirkan anak yang kedua. Entah dari mana datang keberanian dia, dia boleh cakap aku ini tak elok sebagai isteri sebab aku bekerja. Malam itu suami aku diam, nampak sedih. Lebih kurang sebulan lepas tu, kawan aku tu minta pinjam duit..
#Foto sekadar hiasan. Kebelakangan ini, memang makin terkenal cerita pasal isteri bekerjaya dan isteri suri rumah. Entah kenapa manusia suka sangat bandingkan hidup orang. Padahal setiap keluarga ada keperluan masing – masing, rezeki masing – masing, ujian masing – masing.
Alkisah, baru – baru ini aku jumpa kawan lama. Tiba – tiba dia hubungi aku, mesej aku di Facebook, selepas sekian lama jadi pengikut setia aku. Aku memang selalu kemas kini pasal kerja aku dekat Facebook. Jadi memanglah, kalau dia tengok akaun aku, dia tahu aku kerja apa.
Aku isteri yang bekerja sebagai pensyarah IPTS. Aku dah bekerja lebih sepuluh tahun, gaji aku pun dah hampir sepuluh ribu. Aku dah berkahwin selama enam tahun dan dikurniakan sepasang cahaya mata, lelaki dan perempuan.
Kehidupan rumah tangga aku dengan suami sangat harmoni. Kami jarang berg4duh sebab saling lengkap melengkapi. Suami aku tak pernah minta aku cukupkan keperluan rumah. Suami aku kadang – kadang kerja hujung minggu buat Grab sebab dia cakap duit tak cukup.
Tapi aku yang cadangkan dekat dia supaya tak payah kerja Grab sebab aku ada gaji. Aku boleh dan memang nak tolong bayar ini dan itu. Aku niatkan sebagai sedekah dan aku ikhlas nak tolong sebab aku tak nak dia habiskan masa hanya untuk kerja.
Aku nak dia banyak luangkan masa dengan dua orang anak aku yang tengah membesar dan luangkan masa dengan aku juga. Aku nak dia terlibat sebagai figura ayah, ajar dan asuh anak – anak. Kalau asyik kerja saja, bila masa nak luangkan masa dengan anak – anak. Alhamdulillah, dia faham dan dia cakap kalau aku reda, dia terima.
Benda ini sebenarnya dah lama berlaku dan langsung tak jadi isu dalam keluarga aku. Tiba – tiba, berbalik pada cerita kawan aku tadi, dia datang rumah ziarah masa aku lahirkan anak lelaki aku yang kedua. Entah dari mana datang keberanian dia, dia boleh cakap aku ini tak elok sebagai isteri sebab aku bekerja.
Malam itu suami aku diam dan nampak sedih. Aku pujuk dia dan cakap jangan ambil hati sangat. Lepas itu dia okey. Tapi benda ini tak berhenti dekat situ. Mungkin tak puas hati tengok aku hidup baik, walaupun hakikatnya aku tak pernah pun kongsi kemewahan di media sosiaI. Aku cuma kongsi pasal kerja aku.
Dia mesej lagi, kata aku ini ibu yang tak baik sebab anak – anak aku kononnya tak dijaga sepenuhnya dan tak diasuh. Dia siap komen benda itu dekat gambar keluarga aku yang pergi bercuti dalam negara saja pun. Aku mesej peribadi dia dan tanya, “asal h4ng ini macam tak puas hati dengan hidup aku. Aku walaupun bekerja, aku tak selalu hantar anak ke pengasuh. Aku pensyarah, kerja aku fleksibel. Kalau tak ada kelas, aku tak datang kampus. Aku jaga anak aku sendiri. Aku ajar anak aku solat, aku ajar baca al-Quran sendiri.”
Aku beritahu dia, kerja ini bukan semata – mata sebab duit sara hidup. Ini untuk simpanan pendidikan anak – anak, persediaan kecemasan, pembangunan diri, dan macam – macam lagi. Lepas itu dia diam. Dan aku memang malas dah nak layan manusia macam ini.
Lebih kurang sebulan selepas itu, dia minta pinjam duit dengan aku. Alasan dia nak beli barang sebab suami dia tak bagi. Masa itu barulah dia luah, suami dia memang selalu tak ada duit, tambah pula hujung bulan. Bila dia nak kerja, suami dia tak bagi.
Masa itu barulah aku faham kenapa sebelum ini dia sibuk kecam aku. Suami aku tak bagi aku pinjamkan duit dan nasihatkan aku supaya jangan layan perempuan macam ini. Jadi itulah penamat cerita. Aku pun kalau boleh, memang nak jadi suri rumah sepenuh masa kalau ekonomi mengizinkan.
Tapi zaman sekarang tak semua orang bernasib baik. Jangan terlalu mendongak ke langit sampai sibuk kata isteri bekerjaya ini tak bagus. Esok lusa kalau diuji Tuhan, suami s4kit ke, kemaIangan ke, siapa nak bagi duit. Takkan nak minta mak ayah. Takkan nak minta adik beradik dan saud4ra mara. Kena ada simpanan, hibah, dan perancangan.
Orang boleh tolong kita sekejap saja. Lepas itu, takkanlah orang nak bersedekah dengan kita hari – hari. Kalau lelaki memang gaji ribu riban, boleh buat simpanan atau hibah untuk isteri, aku rasa tak ada masalah. Masalah timbul bila kewangan tak mencukupi, terutama apabila datang ujian seperti s4kit, kereta rosak, atau mak ayah. Bebanan kewangan ini salah satu punca penceraian dan boleh buat pasangan jadi tertekan serta memberi kekangan mental.
Komen netizen :
Afiq Interqon : Dia cemburu dengan puan sebab puan berkerjaya dan ada duit, boleh buat itu ini. Tak perlu layan orang macam itu. Jaga kerjaya dan rumah tangga puan. Sekarang ekonomi pun agak keras. Nak cari kerja pun susah. Syukur dengan apa yang puan ada dan abaikan orang macam itu.
Apa pun, ikhlas aku seronok baca bahagian puan cakap dekat suami puan tak perlu buat kerja sambilan dan puan ikhlas bantu. Semoga aku pun dijodohkan dengan perempuan yang sudi membantu suami macam puan.
Anonymous participant 530 : Terbaik. Inilah yang kita perIukan sebagai seorang isteri. Inilah wanita idaman. Baik dari segala segi, tak rendahkan suami, saling melengkapi dan tak menyusahkan suami. Walaupun dia tahu suami tak cukup duit, nak buat Grab pun, masih lagi suruh tak payah buat sebab isteri boleh bantu mana yang patut. Terbaik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.