Aku pernah dengar ceramah, isteri memang wajib ikut arahan suami. Tapi bukan iuntuk jadi h4mba untuk orang lain

Sebelum kahwin dan awal perkahwinan, aku memang nak anak. Bila dah bertahun kahwin dan belum dikurniakan anak, aku harap yang aku takkan mengandung. Aku tak nak jadi mak yang jahat. Lepaskan kemarahan dekat anak…

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku pilih platform ni, hanya nak luahkan je. Kalau korang tak sependapat dengan aku, jangan kecam ok. Aku tak kalis kecaman. Aku takde siapa nak luahkan. Jangan kata aku tak luahkan dekat Allah pulak.

Aku selalu berdoa moga dibukakan pintu hati dan suami aku lembut hati. Aku terfikir, adakah aku seorang yang demanding? Adakah aku seorang yang banyak songeh? Mengada – ngada? Perempuan jahat? Sejak PKP dah tamat, kalau korang perasan, highway memang akan jem teruk. Maksud aku, jem yang melampau dari kebiasaan.

Pantang cuti musim perayaan atau public holiday yang jatuh pada hari jumaat atau isnin, highway mesti akan extra sesak. Aku tak suka suasana jem ni. Serabut. Aku tak tahu la kot ada yang lain suka jem pulak. So, aku prefer untuk tak balik kampung kalau jatuh pada musim cuti perayaan atau public holiday. KL to Penang, aku tak sanggup.

Office aku tak jauh sangat dari rumah. Kalau jem sikit – sikit tu biasa lah. Rumah mak ayah aku dan rumah mertua aku area yang sama jugak. Adala dalam 15 minit gap masa nak ke rumah parents aku dan rumah mertua aku.

Suami aku pulak jenis yang mesti nak balik kampung sekerap yang boleh. Kalau boleh setiap hujung minggu. Kalau tak pun, 2 minggu sekali. Cuti Deepavali ni kami tak balik kampung, sebab suami ada urusan kerja hari Sabtu tu. Aku lega sangat tak jadi balik kampung.

Tapi itulah, mak mertua aku whatsapp laki aku tanya kenapa tak nak balik. Aku nampak whatsapp tu pun sebab masatu aku tengah guna hp suami aku. Ternampak notification whatsapp masuk. Bukan sekali tu je, boleh dik4takan hampir setiap minggu MIL aku akan tanya sama ada balik atau tak.

Aku bukan apa. Letih kerja tak habis. Sambung travel balik kampung pula. Ya betul, memang kena berbakti kepada mak ayah, tapi jatuh derh4ka ke kalau balik kampung sebulan sekali? Masa balik kampung nanti, kena bertudung pula dari celik mata sampai la malam.

Mak dan ayah mertua aku jenis tak berapa suka kalau aku duduk terperap lama sangat dalam bilik. Ibarat tak nak bersosiaI sesama ahli keluarga. Saud4ra mara beIah suami aku pula kerap sangat datang rumah mertua aku, ibarat mereka takde rumah sendiri.

Isnin – jumaat serabut masalah kerja tak sudah. Yela, bila kerja kena hadap manusia sentiasa, memang akan ada masalah, hadap complaint manusia. Sabtu ahad kena bersosiaI dengan manusia lagi. Malah dip4ksa bersosiaI.

Banyak kali dah aku cuba berbincang dengan suami, aku luahkan apa yang aku rasa. Mesti akhirnya akan berg4duh dengan suami. Suami anggap aku tak hormat mak ayah dia dan ayat yang keluar dari mulut suami ialah “Awak ni penat sangat ke sampai tak boleh nak bersosiaI langsung?” Bila dengar ayat tu, aku terus menangis. Nampak macam poyo kan?

Belum lagi masuk bab asyik nak memasak je. Balik kampung, family in law aku sibuk nak gathering adik beradik. Tapi yang memasak nya, aku, MIL dan biras aku lagi sorang. Suami aku dan adik beradiknya? Berkumpul dekat depan tunggu makanan habis masak.

Kak ipar aku? Tolong basuh pinggan je. Itu pun kejap kejap hilang, pakai alasan nak jaga anak tak sudah. Aku str3ss lah. Nak masaknye macam buat doa selamat. Patutnye kak ipar aku tula yang kena lebih membantu mak dia. Bukan aku dan biras.

Pernah aku menolak untuk tolong di dapur. Sebab mentaI aku memang tak larat sangat. Walaupun cukup tidur 6-7 jam, ada ketikanya aku perIukan masa untuk bersendirian. Tapi suami aku p4ksa suruh aku tolong mak dia dekat dapur. Dia kata isteri patut patuh pada arahan suami.

Aku pernah dengar ceramah ustaz, isteri memang wajib ikut arahan suami. Tapi bukan ikut arahan suami untuk jadi h4mba atau untuk bantu orang lain. Kalau isteri nak tolong, tu hak isteri, dapat pahala. Kalau tak nak tolong pun takde masalah. Betul tak?

Patutnya mereka adik beradik la kena tolong mak ayah sendiri, kenapa semua menantu perempuan je yang ibarat jatuh wajib pulak nak kena tolong mak ayah mereka. Kerja rumah jangan cakap lah, memang aku yang buat semuanya.

Melainkan ada ketikanya tu ada la aku suruh suami aku tolong buang sampah. Bab membasuh, melipat, mengemop, memasak semua aku buat. Isnin – Jumaat aku masak. Sabtu cuti masak. Hari ahad kadang – kadang tu aku masak.

Lepas tu, hampir setiap malam sebelum tidur aku urutkan kaki suami. Kesian tengok suami asyik mengadu letih. Tapi itulah, kalau aku mengadu letih, dipersoalkan pula. Dan, kalau balik kampung, kena ikut plan family in law je.

Banyak kali dorang caras masa yang sepatutnya turn aku bermalam dan habiskan masa dengan family aku. Selamba badak mereka je buat makan – makan, suruh aku dan suami makan di rumah in law aku. Dorang tak terfikir ke yang aku pun nak luangkan masa dengan family aku. Aku pun nak makan – makan dengan family aku.

Kalau dah kenyang makan dekat rumah mertua, siapa pula nak makan lauk yang mak aku masak tu? Sebelum kahwin dan awal perkahwinan, aku memang nak anak. Bila dah bertahun kahwin dan belum dikurniakan anak, aku harap yang aku takkan mengandung.

Aku tak nak jadi mak yang jahat. Lepaskan kemarahan dekat anak. Walaupun pernah bincang hal ni dengan suami dan suami kata dia boleh sesuaikan tenaga dia dengan keadaan, tapi entah lah.. Aku tak percaya. Aku tak nak dah ada anak nanti, baru terdetik rasa menyesal ada anak. Atau rasa anak tu membebankan.

Suami selalu sibuk kerja. Aku takdela merungut pun. Malah selalu berdoa supaya suami aku sentiasa sihat supaya boleh terus cari rezeki. Dia sampai rumah pun pukuI 7 – 8 malam. After kerja, suami suka bersendirian, tengok hp. Lepas tu akan tertidur.

Kadang – kadang tu, tertidur time aku tengah urut dia. Sabtu ahad kalau tak balik kampung pun, dia pilih untuk tidur je. Aku ajak berjalan pun, dia macam malas nak keluar. Keluar sarapan dan terus balik rumah. Kalau aku ajak pegi mall pun, dia akan tanya untuk apa.

Kalau sekadar nak jalan – jalan, dia tak nak. Selalunya sabtu malam dia akan keluar main futsal. Walaupun dekat kampung pun, dia akan berfutsal dengan kawan lama dia. Jadi, tinggal la aku sorang – sorang yang kena berbual dengan mak ayah dia sampai aku ternguap – nguap baru boleh masuk bilik.

Adakah aku mengada – ngada? Aku t0ksik? Aku jahat? Mungkin dulu aku YES MAN person. Tapi bila aku mula bersuara dan menolak untuk buat apa yang aku tak nak, orang akan pertikaikan dan anggap aku jahat dan kurang ajar?

Atau perlu ke sampai aku kena masuk drip baru orang percaya yang aku mentally and physically drained? Sampai satu tahap aku rasa alangkah bahagianya hidup tanpa mertua aku. Maaf terkasar. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Mahfudz Mohamad Nor : Kalau dah susah nak datang ikhlas, cakap pun dah selalu kena shot down. Anak pun belum ada. Mungkin petanda baik untuk sampaikan ultimatum nak berpisah. Jenis balik kampung lepas tu lesap, ciss.

Saya kalau balik kampung sampai tak cukup masa nak kena buat kerja macam – macam. Jarang saya komen kat sini suh orang berpisah. Tapi TT ada banyak lagi flexibility tu. Kalau dah yakin apa berlaku seperti yang TT kata then jika dah susah nak ikhlas, cabut la. Seorang isteri yang utama berkhidmat untuk suami, kalau rasa macam yang utama berkhidmat untuk keluarga suami. Then sila angkat kaki.

Mohd Safuan : Husband pentingkan diri sendiri. Sebenarnya husband balik kampung tu bukan semata – mata mak ayah tapi sebab nak jumpa lepak dengan kawan – kawan kampung je. Bincang elok – elok dengan husband kalau nak balik boleh tapi kerja sama – sama buat nak keluar berjalan pun sama – sama.

Tak pun time dia keluar you balik rumah parents you, dekat je kan 15 minit. Kalau takde jalan penyelesaian cerai jela. Baik jaga diri sendiri daripada penat jaga hati orang lain.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.