Aku PJJ dengan suami, tengah mengandung anak 3. Aku mengadu penat, suami cakap dia boleh bagi aku pembantu, isteri baru. Tak lama lepas tu, suami lumpuh

Suami dah naik pangkat, gaji 5 angka. Perasanlah dia makin berlagak. Aku mengadu penat, dia kata takpelah saya bagi awak pembantu free. Maksud dia isteri ke 2, katanya mampu. Padahal nafkah aku pun tak bagi. Kemudian mulalah dia jatuh s4kit, lumpuh separuh badan.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Tolong hide ye profile aku. Kisah ni panjang sikit ye. Aku baru berumur 39 tahun, ada 6 orang anak. Aku kahwin pada usia 23 tahun. Itu pun sebab orang meminang di rumah, dan ayah aku setuju sebab dia kenal orang tu dan kerja luar negara masa tu.

Kiranya aku ni terp4ksa kahwin juga walaupun tak nak. Sepanjang hidup ayah aku tak pernah minta apa pun dengan aku, jadi aku ikutkan juga walaupun tak rela. Awal – awal berkahwin, mertua dah mula kontrol. Tak bagi aku balik ke rumah keluarga, padahal rumah tak jauh pun.

Diorang kata perempuan dah kahwin kira dah ikut keluarga lelaki, tak boleh balik rumah suka suka nak ke rumah sendiri. Suami kerja luar masa tu, tapi lepas tu aku pindah ikut dia ke luar negara. Adalah masalah – masalah lagi, tapi suami baik. Dia akan cuba stand up untuk aku. Apa yang tak betul dia akan jawab semula, takdelah dia ikut je cakap mak dia.

Tapi dia anak sulung. Kebanyakan gaji dia habis hantar kat rumah family dia. Family dia kena lengkap, stok makanan tak boleh putus. Barang tak habis lagi pun kena simpan banyak stok lagi. Semua jenis kena cukup. Bila aku minta duit dia kata tak cukup. Kami berjimat jela sebab duduk luar kos lagi tinggi. Dengan anak – anak lagi kan.

Masa anak ke 3 aku decide untuk balik ke kampung sebab anak – anak nak sekolah. Jadi dia pun beli rumah berhampiran keluarga aku, senang apa – apa ada orang berdekatan. Tu pun ada bunyi juga tapi kami diamkan aje. Kami start PJJ tapi ok je.

Dia pun dah semakin naik pangkat, gaji 5 angka. Perasanlah dia macam berlagak sikit. Aku ada alahan masa mengandung lagi. Aku mengadu penat, dia kata takpelah aku bagi awak pembantu free. Maksud dia isteri ke 2, dia kata dia mampu.

Padahal dia tak pernah bagi duit pun kat aku. Dia hanya pastikan semua lengkap sahaja. Walaupun dia bergurau tapi h4mbar bagi aku. Lagipun dah kahwin kan. Dalam Islam isteri wajib ikut tunaikan tanggungjawab kita. Rela tak rela ke. Tak tunaikan kita yang diIaknat.

Kemudian mulalah dia jatuh s4kit, lumpuh separuh badan. Berapa bulan tak dapat bekerja. Segala duit habis sebab dia berulang ke private hospital masa tu. Insurans kena bayar dulu, claim kemudian sebab luar negara. Masa tu juga akulah yang mulakan perniagaan aku dengan bantuan keluarga aku.

Peritlah juga sebab semua benda tiba – tiba. Kena uruskan kedai dan juga suami yang s4kit dekat rumah. Ke sana sini untuk ubatkan dia. Duit niaga pun banyak habis untuk berubat je. Makan banyak keluarga aku yang bantu masa tu. Keluarga dia pun hilang tempat berg4ntung, jadi aku pun tak salahkan mereka.

Suami terp4ksa berhenti kerja atas sebab medikal. Tak lama tu, selama 7 tahun akulah yang utama support keluarga kami. Suami banyak bantu urusan hantar atau beli barang je dengan anak – anak. Makan pakai, anak – anak, rumah, kedai, kereta semua aku yang tanggung.

Selama awal beberapa tahun tu tak kisah sangat sebab perniagaan aku semakin ok. Tapi perniagaan aku semakin merosot. Disebabkan harga barang kerap naik, aku tetap juga bertahan sebab bukan semua orang mampu nak beli barang mahal.

Aku cuba juga support beberapa orang pekerja aku yang dah beberapa tahun dengan aku. Aku naikkan juga gaji mereka sebab kesian kos sara hidup makin tinggi. Tapi aku lupa kos aku pun semakin tinggi. Aku mula ambil loan untuk teruskan perniagaan. Jual kereta kedua.

Aku mula pajak emas untuk teruskan perniagaan sebab ni je punca rezeki kami sekeluarga. Permintaan ada, tapi kos semakin tinggi. Kita nak naikkan harga barang mendadak tak boleh sebab ramai orang yang susah di tempat aku. Tak sampai hati nak susahkan orang.

Tapi tu semua aku yang tanggung. Suami aku selesa je dengan hidup dia. Makan minum, urusan anak – anak, rumah semua aku tanggung. Even rumah mak dia pun. Dia habiskan duit untuk hobi dia. Mana dia dapat duit pun aku tak tahu, tapi boleh je dia bayar kereta 1k+ dan loan lain dengan hobi dia dalam 1k++ juga.

Aku tahu ada duit customer yang aku usahakan dia pegang, masuk akaun dia. Sedangkan aku perlukan lebihan tu. Itulah duit aku nak maintain untuk semua urusan. Berapa tahun aku sabar. Aku diam. Lama – lama aku jadi tak redha nak ikhlaskan hati sebab aku je kena berpenat lelah. Dia ingat duit yang aku dapat dari kedai lebih banyak, cukup untuk aku support semua.

Serius makin lama makin taw4r hati. Sampailah sekarang ni, nak beli susu, pampers anak yang baby pun kadang – kadang aku takde duit. Anak – anak minta sabun mandi, ubat gigi pun aku tak cukup duit. Aku utamakan makan mereka dulu.

Disebabkan loan aku dulu, aku dah terikat sebab aku pastikan loan dibayar ikut masa. Bila cakap kat dia, dia hurmkan aje. Tapi tetap aku cuba ada balance beberapa ringgit tu. Dari tulah aku cuba usahakan juga buat modal untuk buat produk. Dari situ lah aku bertahan setiap hari.

Aku penat sangat. Tapi aku tak boleh mengalah. Anak – anak perlukan aku. Aku sekarang dah nekad nak bercerai, tapi tak tahu macam mana nak cakap dengan mak ayah aku. Aku tak nak susahkan mereka. Masing – masing ada peny4kit jantung.

Suami aku ni bukanlah jahat. Cuma dia tak prihatin. Dia ingat semua ok. Dia ingat aku ok sebab aku macam biasa je luaran. Cuma aku kerap cepat marah. Aku dah mula jadi biadab bila aku tertekan. Sebab tu aku nak bercerai cepat. Tak tahan dah nak tanggung d0sa.

Bayangkan berapa belas tahun kahwin ni dia tak pernah ambil tahu anak pakai pampers saiz apa, susu jenis apa, pakaian anak dekat almari mana. Sejak setahun ni baru aku mula banyak menjawab, banyak arahkan dia buat kerja rumah, suruh dia ambil tahu tentang anak – anak.

Tapi tulah, kadang – kadang aku marah dia, dia lepaskan kat anak – anak semula. Dia cuba untuk jadi lebih baik, tapi entahlah aku dah takde apa – apa perasaan. Dari sayang jadi kesian. Sekarang ni tak tahulah ada perasaan apa yang tinggal. Cuma hormat je kot dia sebagai suami dan ayah anak – anak aku.

Jangan cakap eh aku anak ramai sebab hari – hari mengangkang kat dia eh. Kami setahun mungkin sekali, 2 atau 3 kali je. Di situ yang terlekat anak – anak ni. Lagipun dulu aku tak kisah anak ramai. Aku happy je dengan anak – anak. Merekalah kekuatan aku.

Alhamdulillah anak – anak sangat baik. Mereka sangat berdikari dan banyak membantu aku. Cuma tengah mencari kekuatan nak melangkah keluar dari sini. Mungkin aku perlu ke kaunseling dulu ke? Pasal suami ni aku tak cakap apa – apa lagi kat dia.

Aku baru luahkan kat anak – anak aku yang besar je. Diorang kata diorang ok je. Diorang cuma tak nak aku tinggalkan diorang je atau abaikan diorang je nanti. Aku cakap insyaAllah tak, sebab selama ni pun aku yang tanggung mereka. Aku takkan pisahkan mereka adik beradik.

Ulasan pembaca :

Lydzara Ellmaris : Semoga sis kuat. Aku faham sangat situasi sis. Hati kalau diam pendam lama – lama jadi takde rasa. Sampai taw4r tu tak boleh kata apa dah. Lelaki ni satu per4ngai, kalau kita boleh surv1ve depa akan lepas tangan terus. Aku pantang dan tak suka. Dah jadi macam biawak hidup. Teruskan niat tu. Makin dibiar makin tertekan. Silap – silap boleh bertindak luar kawalan.

Puan Faezan Afza : Bila baca kisah awak, ya Allah aku rasa bersyukur sangat dengan suami sendiri. Walaupun dia ada kekurangan tapi banyak juga kelebihan dia dan dia lebih utamakan isteri dan anak – anak. Aku doakan semoga Allah bagi awak kekuatan luar biasa untuk keluar dari masalah ni. Semoga Allah bantu awak dari awal sampai akhir. Moga awak juga jumpa kebahagiaan yang lebih baik. Aamiin ya Rabb.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :