Umur 21, mak suruh aku kahwin dengan anak orang kaya. Aku ingatkan bahagia, rupanya kena jadi bibik mertua

Tugas aku bagi binatang ternakan makan dan minum yang mertua bela. Bila m4ti, disalahkan aku. Bukan satu jenis ternakan. Nama je kaya. Rantai emas pun tak pernah belikan aku. Bila aku masak, suami tak nak makan. Nak makan masakan emak dia je

#Foto sekadar hiasan. Terlebih dahulu aku ingin meminta dihidekan profil aku. Tujuan aku menulis kisah ni untuk tujuan perkongsian, meminta pendapat dan pengajaran untuk kamu semua yang bakal menamatkan zaman bujang melalui pilihan ibu bapa, saud4ra mara, atau kawan kepada kawan.

Kisahnya bermula 6 bulan yang lepas aku dijodohkan dengan pilihan keluarga. Aku merupakan anak sulung perempuan berumur 21 tahun dan mempunyai adik beradik lelaki 4 orang, manakala yang bongsu perempuan masih di sekolah rendah. Ibu aku seorang ibu tunggal yang kem4tian suami sebab masalah kesihatan.

Aku tinggal di kampung. Biasalah orang kampung, mak cik jiran seberang sungai pun boleh jadi cerita kalau nak mengumpat. Aku dijodohkan dengan keluarga orang kaya, tapi sayangnya mereka tak bercampur dengan orang. Tak tahulah memang per4ngai orang kaya kampung macam tu kot.

Suami aku merupakan anak tunggal lelaki yang memegang segala harta, rumah, kereta mewah, dan adik beradik semua berpelajaran. Jauh beza dengan keluarga aku, ibarat gagak dengan merak. Ibu aku terima pinangan suami sebab nak aku hidup senang. Yelah, ibu mana nak tengok anak susah.

Ada juga yang tak setuju aku berkahwin awal sebab masih muda. Mengemas dan memasak pun tak reti sangat. Tapi aku terima keputusan ibu sebab ibu nak yang terbaik dan aku faham mungkin ibu risau. Yelah, anak perempuan susah nak dibela berbanding lembu sekandang.

Ketika pertunangan, keluarga suami datang lambat 2 jam sedangkan jarak hanya 8 kilometer. Di situ aku dah malu dengan keluarga aku. Kemudian selepas bertunang, tak lama lepas tu lebih kurang sebulan kami sah menjadi suami isteri. Mesti korang fikir aku bahagia kan?

Yelah, kahwin dengan orang kaya, tauke duit. Salah sama sekali. Bila aku mula sah jadi isteri, aku nampak keluarga suami aku ni yang pegang kuasa besar ialah adik beradik perempuan dia. Dok arah aku buat tu buat ni sebab aku tak kerja dan duduk rumah.

Aku duduk dengan mertua. Bila adik beradik suami balik kampung, mula ada yang gatal mulut cucuk jarum dekat suami dan mertua. Alhamdulillah sekarang aku mengandung dalam 8 minggu. Sepanjang tempoh ni aku m4buk teruk. Suami sibuk bekerja.

Jangan nak kata berjalan honeymoon, ke pekan pun jauh sekali nak bawa aku. Bila berjalan, mertua pula sibuk nak ikut. Takut harta anak dia aku kikis. Sedangkan aku pakai RM5 suami pun aku beritahu dan cuba bayar balik. Adik beradik suami pula tak habis – habis dok keji dan hasut mertua. Patutlah yang jadi menantu dalam keluarga ni balik 2 hari je, lepas tu cabut.

Aku m4buk teruk sampai nak makan pun tak larat, munt4h habis. Baru – baru ni aku tumpah d4rah, tapi kandungan Alhamdulillah takde apa – apa. Aku beritahu ibu. Aku minum air limau purut sebab mertua yang bagi untuk hilangkan m4buk.

Bila aku nak bangun awal pagi memasak, suami pula dah tetapkan syarat tak boleh memasak selagi suami tak keluar bekerja. Jadi aku terperap dalam bilik. Tugas aku bagi binatang ternakan makan dan minum yang mertua bela. Bila m4ti, disalahkan aku.

Bukan satu jenis ternakan. Kalau orang kampung, korang pandai fikir lah apa yang nak dibela lagi. Aku cerita semua pada ibu aku. Ibu aku sedih tengok keadaan aku. Sedangkan sepupu aku yang baru berkahwin hidup bahagia bersama suami dia.

Mereka kahwin awal 4 bulan daripada aku. Suka sama suka. Bercinta pun sekejap, tapi berlainan negeri. Walaupun tak mengandung lagi, mereka bahagia, selalu berjalan. Paling tak pun mereka suami isteri balik kampung keluarga aku, mesti masak bersama dan makan ramai – ramai.

Sepupu aku dengan mertua dia sangat baik sebab aku tahu mertua sepupu memang baik. Suami dia beritahu kami, mak suami ajar resipi turun temurun sebab resipi ni orang lain nak pun mak mertua dia tak bagi. Keluarga mereka tak kaya, tapi aku tengok Alhamdulillah bahagia. Tak susah, tak senang.

Sebab sepupu aku, suami dia kalau ada rezeki mesti belikan barang kemas. Walaupun sepupu aku kadang – kadang marah sebab beli tapi tak pakai, simpan je. Sepupu aku memang suka sederhana, tu per4ngai dia. Bila fikirkan semua yang jadi ni, aku rasa sedih kenapa aku ada mertua yang sebegitu.

Adik beradik suami yang tak memahami. Nama je kaya. Rantai emas pun tak pernah belikan aku. Bila aku masak, suami tak nak makan. Nak makan masakan emak dia je sebab dari kecil mak dia memasak, jadi dia tak boleh terima tekak dia dengan masakan aku.

Kalau aku main game telefon kadang – kadang dimarah pula. Siap cakap nak campak telefon aku. Telefon suami siap ada Facebook semua bagai, sentuh pun aku tak pernah cek. Aku ada ajak suami sewa rumah kalau dah susah sangat nak beli rumah, tapi suami memang tak nak pindah.

Ibu aku geram mereka buat aku macam ni, sampai ibu aku suruh duduk rumah ibu sampai berpantang nanti kerana geramkan per4ngai suami dan mertua aku yang begitu. Suami yang acuh tak acuh sikapnya bergurau nak kahwin lagi, sedangkan aku sarat mengandung sekarang.

Betullah kata sepupu aku yang berkahwin tu. Sepatutnya aku tolak pinangan suami. Aku harus bekerja tolong ibu dan bina kehidupan aku sendiri. Tak salah nak terima pilihan keluarga, tapi biarlah kenal betul – betul nasab keluarga mereka. Kaya tak menjamin kebahagiaan, miskin belum tentu susah.

Aku minta sesiapa yang ada anak perempuan, tengoklah calon menantu tu betul – betul dulu dengan mak ayah mereka nanti. Janganlah tertipu dengan orang kaya je baik dan pemurah. Kita ada hak nak terima atau tak pinangan. Mohon kalian yang membaca doakan aku tabah dan akan bahagia walaupun aku tak tahu kesudahan kami.

Ulasan pembaca :

Maw4r Sha : Bahagia kena cipta dik. Bahagia tak datang sendiri. Awak nampak sepupu awak bahagia sebab dia yang cipta kebahagiaan tu. Tapi kan, orang yang nampak bahagia belum tentu betul – betul bahagia. Kadang – kadang sekadar wayang untuk tutup kisah sebenar. Ni realiti. Baru kahwin, kahwin pula dengan orang yang tak kenal. Jadi berilah masa. Nanti InsyaAllah bahagia akan tiba.

Oh ya. Akak rasa awak nak kata minum limau purut menyebabkan awak tumpah d4rah. Maaf dik, sebenarnya jus limau ada banyak khasiat. Boleh Google cari. Lagipun memang kalau m4buk atau munt4h, orang cari benda masam nak hilangkan rasa tu. Takdelah limau tu teruk sangat.

Jai Jailani : Kau ingat semua orang kaya tu bahagia ke? Ubahlah cara pemikiran tu. Buang masa harap duit orang lain walaupun kau dah kahwin dan dapat kahwin dengan orang kaya. Buat apa kaya tapi tak bahagia. Nasi dah jadi bubur. Carilah duit sendiri. Bukan nak suruh jadi h4mba, cuma ubah pemikiran tu.

Paling kurang orang tak pandang h1na dekat kau. Jangan sampai satu masa mak mentua kau ungkit yang kau pun bukan orang senang. Fikir sebelum buat keputusan. Ramai yang macam tu. Kekayaan dan rezeki lepas kahwin InsyaAllah Dia yang Maha Memberi. Mesti ada rezeki. Jangan kalut.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :