Aku kena kahwin p4ksa. Zaki bawak aku balik kampung dia dekat Kelantan Lepas tu ayah Zaki suruh bawa aku lari, diam-diam kahwin dekat Thailand.

Aku memang dah taw4r hati dengan Zaki sebab kaki pukuI. Kakak tuduh aku perempuan murahan sebab nak putuskan tunang. Keluarga aku tak percayakan aku. Sehinggalah aku ikut nasihat kakak, balik kampung Zaki. Bermulalah pend3ritaan aku..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Aku pernah berkahwin dengan orang Kelantan dan dikurniakan dengan 2 orang anak. Kami kenal dekat tempat kerja, aku kerja sambilan masa ambil diploma. Ketika tu umur aku baru je 19 tahun, sekarang dah 26 tahun.

Aku orang Sabah, keluarga aku duduk agak pedalaman. Sepanjang perkenalan kami, aku tak pernah bagitahu keluarga aku tentang sikap lelaki ni, aku namakan Zaki. Hanya salah seorang kakak aku je yang tahu sebab aku duduk dengan dia.

Zaki jenis yang panas baran, cepat sangat naik kaki, tangan dekat aku. Setiap hari, ada je Iebam Iebam kat badan aku. Mulut, hidung, telinga Iuka berd4rah dah jadi benda biasa. Pernah sampai aku langsung tak boleh bangun, hanya disebabkan hal hal kecik.

Bila balik kampung, mama akan tanya kenapa sampai macam ni. Aku bagi alasan macam macam biar mak tak curiga. Tapi demi Allah aku tak tahu disebabkan sikap ni lah semuanya persalahkan aku. Selain memukuI, Zaki ambil bahan terlarang, main jvdi tapi aku tak pernah putvs harap agar dia boleh berubah.

Berubah sekejap je kemudian ulang lagi. Duit untuk kahwin pun dia tak pernah ingat nak simpan, bahkan duit aku yang dia rembat. Sampai satu tahap kesabaran aku hilang 100%, aku minta putvs tunang. Aku berani buat keputvsan masa tu sebab dia jauh dari aku.

Aku di Kota Kinabalu dan Zaki di Labuan, dia takkan dapat nak apa apakan aku. Sangkaan aku meleset, keesokan paginya dia muncul depan pintu bilik sewa aku dan kakak. Dia menangis merayu minta maaf dan minta peluang. Aku cemas, kakak aku lagi lah.

Aku takut nanti penghuni bilik lain terganggu, aku malu takpe tapi aku tak nak mengganggu ketenangan orang lain. Kakak suruh aku keluar untuk redakan keadaan tapi m4kin parah jadinya bila Zaki berkasar dengan aku dan aku menjerit. Aku takut tapi tak mampu buat apa apa.

Sepanjang malam tu aku dan kakak tak boleh tidur, aku buntu nak bagitahu macam mana dekat mama. Macam mana nak jelaskan dekat ahli keluarga yang lain. Aku panik, otak tak boleh fikir apa perancangan nak buat. Suara Zaki terngiang ngiang.

Akhirnya kakak bagi aku idea supaya aku lari pergi Johor. Abang aku ramai kerja di Johor. Aku call abang minta belikan tiket malam tu jugak. Aku siap ugvt lagi abang, kalau tak belikan tiket malam tu, aku nak t3rjun jambatan. Abang pun hairan apa masalah aku sampai aku terdesak sangat nak pergi sana.

Aku tak jawab dan akan cerita bila sampai sana nanti. Aku masih ingat flight pukuI 11 pagi tapi pukuI 5 pagi lagi aku dah pergi airport takut Zaki datang lagi. Sampai JB aku terus tukar nombor, hanya kakak sorang je tahu waktu tu. Aku ceritakan segalanya pada abang abang aku dari A sampai Z kenapa aku nak putvskan pertunangan. Aku ada alasan yang kukuh bukan sebab aku ada lelaki lain.

Aku memang dah serik malah langsung tak terfikir tentang lelaki lain. Zaki rupanya pergi balik kampung aku, belum sempat aku cakap dengan keluarga, dia dah cakap dulu. Dia bagitahu dekat keluarga aku yang aku nak putvskan pertunangan, keluarga aku terk3jut.

Mama cuba hubungi aku banyak kali tapi tak dapat, dia call kakak. Kakak dah tak dapat nak simpan rahsia akhirnya dia bagitahu yang aku dah lari Johor dan berikan nombor telefon aku yang baru. Di sinilah bermula kes4kitan aku bila keluarga aku sendiri tak percayakan apa yang aku cakap.

Mereka hanya dengar apa yang keluar dari mulut Zaki, dengar dari sebeIah pihak. Apa lagi, mereka meng4muk sakan dekat aku, separuh giIa aku masa tu, tertekan hanya Allah saja yang tahu. Kakak sulung aku lagiIah, sampai sekarang aku terngiang ngiang kata h1naan dia.

Seolah olah aku ada lelaki lain, “kau perempuan jaIang dah ada jantan lain ko tinggalkan tunang ko. Perempuan murahan!” Semua kata kata kesat tu aku telan walaupun pahit. Orang lain tak percaya takpe lagi, ni ahli keluarga sendiri tak percaya. Apa aku mampu buat.

Tak mengapa, aku tak salahkan mereka. Mereka tak nampak apa yang aku hadap, mereka tak lalui apa yang aku kena dengan Zaki. Sampai tahap kakak sulung aku sendiri suruh Zaki pergi JB untuk bawa aku pulang dan Zaki pun dah minta izin dengan keluarga aku untuk bawa aku balik ke Kelantan untuk jumpa dengan keluarganya.

Aku masih ingat Zaki minta izin abang sulung aku, “Aku nak ajak adik abang balik Kelantan untuk jumpa keluarga aku dalam 3 4 hari je.” 3 4 hari je, tu yang abang aku ungkit sampai sekarang. Permulaan yang meny4kitkan, abang tanya aku, aku okey atau tak.

Aku hanya mampu mengangguk, nak jawab tak pun dah tak berani sebab kakak aku yang sulung tu dah call abang abang aku. Akhirnya abang aku setuju, aku menangis, sump4h aku menangis. Sampai Kelantan pun mata aku masih b3ngkak.

Sepanjang perjalanan memang hati aku tak tenteram, sanggup keluarga aku tak percayakan aku, aku kecewa sangat. Aku dah cuba jelaskan pada mereka kenapa aku nak putvskan pertunangan tapi kakak sulung kata aku menipu. Dia kata aku saja reka cerita sebab nak putvs dengan Zaki.

Aku tak mampu meIawan, memang itulah salah aku sebab aku memang antara anak yang tak pandai meIawan cakap mama. Sampai di Kelantan situasi jadi lain. Rupa rupanya Zaki dah rancang nak nikah dengan aku di sana. Selepas bermalam di rumah Zaki, keesokan paginya ayah Zaki dah kecoh nak nikahkan kami.

Aku betul – betul panik. Aku tak mampu nak tolak sebab aku sorang je dekat situ. Ayah Zaki bagi alasan dia tak nak orang kampung mengata, nanti jadi fitnah. Sebab dia orang yang dikenali dan disegani. Ayah Zaki cadangkan supaya kami kahwin di Thailand saja, waktu ni aku nampak Zaki senyum kemenangan.

Aku menangis call abang, tapi abang pun jauh dekat Johor, bukan boleh datang terus. Ayah Zaki suruh aku call keluarga aku, tapi masalahnya kampung aku di pedalaman susah nak dapat line. Memang rangkaian telefon agak kurang waktu tu.

Aku call kakak aku yang duduk di Pekan, kakak balik bagitahu mama dekat kampung. Keluarga jadi kecoh, sudah mereka tuduh dan salahkan aku kenapa nak nikah diam diam di Thailand. Kakak sulung sekali lagi m4ki hamun marah aku. Aku jawab aku tak tahu, aku hanya ikut apa yang diorang suruh.

Diorang yang suruh aku ikut Zaki balik Kelantan. Bila dah jadi macam ni, macam mana aku nak tolak. Aku dalam keadaan yang tertekan, aku sorang diri takde keluarga, tak kenal sesiapa pun dekat situ. Aku takut nak geleng kepala, akhirnya aku pasrah untuk dikahwinkan.

S4kit sangat aku rasa, Zaki janji tak akan ulang kesilapan dia yang lalu, dia janji tak akan s4kiti aku lagi. Aku diam je, tapi aku tak percaya langsung apa yang dia cakap. Bukan sekali dua dia berjanji macam tu, ayat yang sama, aku dah tak mampu nak hitung berapa kali.

Semua urusan pernikahan kami ayah Zaki yang tanggung. Bayangkan 10 sen pun Zaki takde, duit mas kahwin RM500 pun ayah Zaki yang sediakan dan duit tu pun Zaki guna semula untuk bayar hutang hutang dia. Rupanya duit tiket dari Sabah ke Johor, Johor ke Kelantan semua dia hutang.

Sepanjang aku kahwin, selama 2 tahun aku langsung tak balik Sabah, mama s4kit pun aku tak boleh balik sebab takde duit. Jangan kata nak beli tiket, nak beli makanan pun payah. Zaki kerja pun semata mata nak bayar hutang ayah dia masa nikahkan kami dulu.

Selepas 2 tahun Zaki ajak aku pindah JB, tumpang rumah abang yang paling tua. Abang memang tak kisah tapi isteri abang kurang senang dengan kehadiran kami. Tambah lagi selepas aku melahirkan anak pertama, banyak tempat yang kami duduk menumpang.

Zaki asyik pindah berhenti kerja sana sini, walaupun dah ada anak per4ngai tetap tak berubah macam dulu. Kena pukuI tu dah jadi perkara biasa, dari mula mengandung sampai dalam pantang baru 4 hari pun aku kena pukuI dengan dia. Aku sampai mengalami pend4rahan tapi Zaki tak hantar pun aku ke hospitaI, aku sembuh sendiri je.

Untung ketika tu duduk di kawasan yang ramai rakan rakan, mak mak yang bagi nasihat aku makan ubat tertentu, bagi ubat kampung supaya aku sihat. S4kitnya sampai hari ni aku masih terbayang bila ingat semula. Setahun aku duduk di JB, aku pujuk Zaki balik Sabah dan duduk sana pun kami menumpang rumah kakak.

Aku str3ss, macam macam yang tak kena, biasalah bila duduk rumah orang ni kita tak selesa, tuan rumah pun sama. Zaki tak pernah sewakan rumah untuk keselesaan aku dan anak. Anak kedua pun lahir di Sabah. Masa tu pun sama, nasib aku, baru bangun dari bersalin dah kena beIasah.

Tambah lagi dia biarkan aku balik jalan kaki dari hospitaI sampai jahitan terbuka dan kena jahit semula. Anak pulak kena kuning yang agak teruk, kakak aku sorang lagi datang nak bantu jaga aku dalam pantang tapi Zaki tak suka ada orang lain dalam rumah tu.

Waktu tu kami duduk rumah pekerja, adalah dalam beberapa bulan sebelum Zaki buat hal dan berhenti kerja. Sampai satu tahap Zaki beIasah aku sampai aku langsung tak boleh bangun dan ketika tu jiran yang call polis. Polis datang ambil aku dan waktu tu Zaki dah takde.

Abang aku datang dan bawa aku balik untuk buat report. Itulah kali pertama aku buat laporan atas Zaki. Itupun sebab polis datang sampai ke rumah, kalau tak mungkin aku diamkan je. Abang terus hantar aku balik kampung. Ketika tu kakak sulung aku menangis meraung tengok keadaan aku yang teruk dan penuh dengan kesan Iebam.

Kakak datang nak peIuk aku, aku tepis kakak. Aku tanya kakak, “Sekarang dah percaya ke belum? Sekarang dah puas hati belum? Hari ni akak tengoklah segala bukti apa yang aku cakap dulu. Akak takyah nangis lah, akak berlakon je kan!” Kakak nangis nangis minta maaf.

Sebenarnya aku dah lama pun maafkan kakak cuma sampai sekarang aku tak mampu nak berdepan dengan dia lepas apa yang jadi. Malam tu semua ahli keluarga aku berbincang supaya aku bercerai dengan Zaki tapi aku tak nak sebab bagi aku perkahwinan ni adalah untuk selamanya, bukan sekejap sekejap.

Lagipun aku nak tunjukkan apa yang keluarga aku percaya sangat dulu dengan Zaki. Jadi mereka akur dengan keputvsan aku. 2 tahun di Sabah, Zaki ajak pindah JB lagi. Kali ni tumpang rumah abang lagi sorang. Zaki tak pernah nak hulur duit dapur atau duit sewa.

Abang memang tak merungut mungkin sebab aku ni adik dia tapi aku malu. Sudahlah menumpang, takkan tak fikir langsung duit makan minum, bil semua. Sampai makanan pun kami makan yang disediakan oleh abang. Zaki memang takde duit pun padahal kerja.

Akhirnya aku fikir yang aku lah yang kena keluar bekerja. Zaki bagi aku kerja tapi aku tahu dia tak ikhlas pun. Aku kerja mall je masa tu dan Zaki pun mula cari kesalahan aku. Suka suka je dia suruh aku cuti. Kadang kadang aku baru masuk kerja pagi, tengah hari dia datang bising bising suruh aku balik.

Kecoh satu mall dengan suara Zaki. Ada satu hari, Zaki datang dan pukuI aku dekat parking motor. Orang sekeliling hanya tengok je, mungkin takut nak masuk campur. Akhirnya ada sorang budak Banglades datang tolong aku. “Abang tolong lepaskan kakak, jangan pukuI kakak, jangan pukuI nanti m4ti.”

Aku ingat lagi ayat tu. Hidung aku dah berd4rah, tudung entah ke mana. Berd0sa rasa orang nampak aur4t aku. Aku tengok semula rakaman CCTV masa aku kena pukuI, habis terkangkang tertungging aku kena pukuI. CeIaka punya Zaki. Lama – lama kesabaran aku m4kin berkurang, aku dah pandai meIawan.

Tapi Zaki pandai, dia mula gunakan anak – anak untuk ugvt aku. Satu hari lepas balik kerja, aku nak pergi ambik anak – anak dekat rumah pengasuh tapi anak – anak dah takde. Zaki dah ambil dulu, dia bawa baju anak – anak semua. Terduduk aku, jantung berdebar debar.

Entah ke mana Zaki bawa lari anak – anak. Aku tak tahu nak cari dekat mana. Aku call Zaki tapi dia tak angkat. Esoknya aku pergi kerja macam biasa, Zaki datang ser4ng lagi tapi kali ni dia bawa anak anak. Dia p4ksa aku berhenti kerja kalau tak aku akan kehilangan anak – anak.

Aku call bos minta cuti em3rgency beberapa hari untuk berbincang dengan Zaki tapi dia tetap dengan em0si dia. Dia ugvt nak lepaskan aku. Aku takut bukan sebab apa tapi sebab dia akan pisahkan aku dengan anak – anak. Selama ni aku yang jaga anak – anak, aku yang bayar pengasuh tapi dia senang senang je nak bawa lari.

Lama dia larikan anak – anak aku. Selama sebulan, sebulan aku macam orang giIa. Aku cari merata tempat tapi tak jumpa. Kadang – kadang Zaki ada datang bawa anak – anak jumpa aku tapi sekejap je lepas tu dia bawa lari balik. Aku s4kit sangat rindukan anak – anak.

Lama – kelamaan aku kuatkan diri tanpa anak – anak di sisi. Untung ada kakak yang memahami, yang selama ni sentiasa memberi sokongan. Aku nekad akan teruskan je hidup biarpun sorang diri. Kini dah bertahun tanpa anak – anak, aku tetap berusaha kuat.

Biarlah, bukan rezeki aku untuk bahagia bersama anak – anak. Dari kejauhan aku berdoa, semoga anak – anak aku dilindungi Allah SWT. Lambat laun akan ketemu jua. Aku terlalu sayangkan anak – anak, tapi tohmahan masyarakat paling pedih pada aku, seolah – olah aku enjoy tak perlu jaga anak – anak. Nak hidup bebas dan relaks je. Aku redha.

Cuma masalah aku sekarang, macam mana aku nak selesaikan hal perceraian kami. Aku takut nak ke pejabat agama sebab aku kahwin pun di Siam dengan sijil nikah Siam. Zaki tak pernah uruskan pun dengan pejabat agama Malaysia. Dulu aku pernah suarakan pada Zaki, tapi dia akan marah dan bagi alasan macam – macam.

Sekarang dia dah g4ntung aku tak bertali bertahun – tahun. Masa awal kami “berpisah” aku pernah suruh dia selesaikan hal cerai, tapi dia suruh aku selesaikan sendiri. Sampai bila aku nak terg4ntung macam ni. Aku dah bertanya pada ramai orang, ada yang kata perkahwinan kami ni tak sah dan aku kena kahwin semula dengan Zaki.

Itu yang menakutkan aku. Kalau aku kahwin balik, mesti Zaki takkan lepaskan aku semula. Aku dah tak sanggup sebab Zaki masih mengganggu kadang – kadang. Dia akan datang ke tempat kerja dan menangis meraung depan orang ramai panggil aku.

Aku pernah takut sangat sampai terk3ncing. Zaki kalau merayu macam kena r4suk. Pernah sampai seminggu aku tak keluar rumah. Aku malu, f0bia. Tolonglah aku. Ada tak cara untuk aku bercerai selain kena nikah balik dengan Zaki? Aku takut, aku dah tak nak hidup dengan dia. Aku serik. Aku tak nak dah badan aku penuh dengan lebam – lebam.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :