Dari kecik mak tak layan aku macam anak. Sehinggalah aku sedar, jenis d4rah aku tak sama dengan mak dan ayah. Aku dijual dan dip4ksa kahwin masa umur 17

Aku budak pandai dekat sekolah, banyak taw4ran yang aku dapat tapi mak tak puas hati. Dia plan untuk cikgu tangkap aku. Mak suruh aku bawak HP pergi sekolah tapi dia yang call mengadu dekat cikgu aku bawak HP. Tak cukup lagi, dia call cikgu dan fitnah kata aku suka sesama jenis..

#Foto sekadar hiaasan. Assalamualaikum. Aku nak luahkan satu cerita yang dah lama aku simpan sendiri. Bukan kisah konflik dengan suami, bukan juga cerita rumah tangga aku dengan pasangan, tetapi lebih kepada hubungan aku dengan seorang perempuan yang sejak kecil aku panggil mak.

Aku pun tak pasti sama ada dia benar – benar mak aku atau bukan. Sebab d4rah aku tak sama dengan kedua – dua ibu bapa. Ujian DNA hanya pernah dibuat dengan abang aku yang pernah dijual kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat oleh mak ini. Keputusannya memang sah, kami adik beradik.

Tetapi kami sendiri tak pernah tahu betulkah mak ini mak kandung kami, sebab dia selalu pusing cerita tentang asal usul kami sejak kami kecil. Sampai hari ini aku sendiri masih keliru sama ada dia benar – benar mak kandung aku atau sekadar orang yang membesarkan aku dengan cara yang paling meny4kitkan yang pernah aku lalui.

Sejak kecil, aku dibesarkan dalam suasana yang aku sendiri tak pernah rasa apa itu kasih sayang seorang ibu. Dalam rumah itu, aku lebih banyak rasa seperti h4mba daripada anak. Aku pernah dijual kepada orang lain hanya untuk selesaikan hutang dia.

Aku tak tahu sama ada itu patut dipanggil mak atau tidak, tapi itulah realiti hidup aku masa kecil. Kerja rumah dari pagi sampai malam, dari A sampai Z, semua aku yang buat. Aku juga kena jaga anak – anak dia yang lain. Semua itu aku tanggung sejak aku belum masuk tadika lagi.

Aku sebenarnya budak yang cerdik di sekolah. Akademik aku bagus, sukan pun aku aktif. Tapi semua itu tak pernah jadi kebanggaan untuk dia. Aku ingat lagi masa aku tingkatan tiga, aku dapat surat taw4ran lompat kelas dan peluang masuk maktab perguruan. Itu antara saat aku rasa mungkin hidup aku akan berubah. Tapi semua harapan itu h4ncur bila dia mula campur tangan.

Dia mula hubungi pihak sekolah hampir setiap hari. Dia tuduh aku bawa telefon bimbit, buat macam – macam perkara yang aku sendiri tak pernah buat. Sedangkan telefon itu dia sendiri yang p4ksa aku bawa kononnya untuk mudahkan dia cari aku.

Tapi aku tak pernah percaya sepenuhnya, jadi aku tinggalkan telefon itu dengan pengawal sekolah. Sejak itu dia makin marah. Sampai satu tahap, dia telefon cikgu dan tuduh aku dengan perkara yang paling memalukan, dia kata aku suka sesama jenis.

Tuduhan itu langsung tak masuk akal dan tak pernah berlaku. Tapi disebabkan fitnah itu, aku dipanggil sesi kaunseling. Semua peluang besar aku terp4ksa ditutup satu persatu. Aku hilang masa depan yang hampir aku genggam. Bila aku mula dewasa, baru aku sedar betapa dalamnya luka yang dia tinggalkan dalam hidup aku.

Banyak lagi perkara yang dia buat sampai aku sendiri tak sanggup nak cerita semuanya. Cuma cukup aku katakan, ia terlalu berat untuk seorang anak tanggung. Aku pernah jumpa doktor psikiatri. Dia sendiri cakap apa yang aku lalui bukan perkara kecil.

Dia kata aku tak patut salahkan diri sendiri atas apa yang berlaku dalam hidup aku. Tapi walaupun orang luar cuba yakinkan aku, hati aku tetap berper4ng antara marah, sedih dan rasa bersalah. Umur aku 17 tahun, aku dihalau dari rumah.

Aku dipukuI hanya kerana aku tak mahu ikut rancangan dia untuk kahwinkan aku dengan lelaki pilihan dia. Semua itu semata – mata untuk selesaikan hutang dia lagi sekali. Dari situ aku mula hidup sendiri di bandar. Aku kerja sambil ulang SPM dan perlahan – lahan aku bina hidup baru. Alhamdulillah aku berjaya sambung belajar dan dapat kerja yang sesuai dengan ijazah aku.

Tahun 2023, aku berkahwin dengan seorang lelaki yang banyak mengubah hidup aku. Aku tak libatkan sesiapa dari keluarga aku kerana terlalu banyak kekeliruan tentang asal usul aku sendiri. Arw4h ayah sudah tiada dan aku sendiri tak mampu nak letakkan sesiapa sebagai wali dengan yakin.

Hidup aku nampak tenang sekejap. Tapi semua berubah bila aku cuba hubungi mak itu semula. Aku dengar dia s4kit dan keluarga dia dalam kesusahan. Aku fikir mungkin sudah tiba masa untuk aku maafkan dan cuba bina semula hubungan.

Suami aku juga banyak membantu mereka dari segi wang dan barang keperluan. Tapi bila aku sendiri beberapa kali masuk hospital, bantuan jadi terhad. Hanya kerana satu kali kami tak dapat membantu, dia terus meIetup. Dia maki aku, dia sumpah aku dan anak aku supaya m4ti.

Masa itu aku rasa seperti semua luka lama terbuka semula. Lebih meny4kitkan, sekarang dia tuntut wang daripada suami aku. Sedangkan semasa perkahwinan dulu, aku hanya minta hantaran yang sangat kecil iaitu kelengkapan solat dan Al Quran sahaja.

Dia juga tuduh aku berkahwin sebab terlanjur. Hakikatnya, suami aku adalah orang yang banyak bantu aku keluar dari kehidupan lama yang gelap. Dia yang ajar aku bahawa aku juga layak disayangi dan dihargai seperti manusia lain.

Sekarang aku jadi serba salah. Aku tertanya tanya, adakah aku derh4ka kalau aku tak beri wang kepada dia. Setiap malam aku susah tidur, fikiran aku asyik berulang – ulang fikir benda yang sama. Baru – baru ini, dia juga mula ganggu suami aku.

Dia telefon tempat kerja, minta duit secara terus, dan bercerita hal yang bukan – bukan tentang aku. Suami aku mula rasa tertekan dan mula tanya aku sampai bila perkara ini akan berterusan. Aku sendiri tak ada jawapan. Ada satu hari, dia masuk hospital. Aku pergi melawat walaupun hati aku berat.

Tapi masa itu juga dia masih sempat minta duit dan sindir aku macam aku anak yang tak berguna. Aku keluar dari wad dengan tangan menggigil. Aku juga pernah rujuk pada seorang peguam secara tidak rasmi. Dia kata kalau benar ada bukti pend3raan dan penjualan semasa kecil, itu bukan isu kecil.

Tapi aku sendiri takut untuk buka semua kisah lama itu sebab ia terlalu meny4kitkan. Dalam kepala aku, masih ada suara yang kata itu mak kau, kau kena jaga dia. Tapi dalam masa sama, luka aku pula kata dia bukan pernah jaga kau sebagai anak. Sekarang aku benar benar buntu.

Ulasan pembaca :

Anonymous member 162 : Buat b0doh je, tanggungjawab dia sekarang kepada anak lelaki dia.Awak boleh bagi sebab ihsan, tak bagi pun tak apa. Ikut kemampuan dan keikhlasan suami.Kalau rasa bagi duit tu s4kit kepala, tak payah bagi. Kalau rasa hubungan tu t0ksik, diamkan diri saja.Awak ada suami, berbincang dengan suami dulu lebih baik.

Mohd Ridzuan Delta : Kesian kau ni. Kalau kau dah buat DNA dan bukan anak dia, jadi tak payah s4kit kepala fikir. Itu bukan ibu kandung kau. Be happy, kau memang layak untuk hidup tenang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :