Kami pindah duduk rumah mertua. Mertua tak bagi aku sentuh barang dalam rumah. Masa aku tidur, tiba-tiba rasa panas berpeluh, rupanya mertua tutup kipas dan aircond

Setiap pagi aku basuh baju aku dan suami pakai tangan. Mak mertua awal – awal dah bagi amaran jangan guna mesin basuh, TV takut aku rosakkan. Aku ternampak mak mertua kutip baju suami aku dekat ampaian, kemudian basuh balik guna mesin basuh. Aku rakam jadi bukti..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin.. Cerita ini bukan cerita rekaan semata – mata tapi ia benar – benar terjadi pada diri aku. Bukan mahu membuka aib keluarga mertua tapi inilah yang aku lalui selama aku bergelar menantu.

Aku Azie, bukan nama sebenar, ingin berkongsi pengalaman hidup aku selama 11 tahun menjadi suri di hati suami aku. Kami berkahwin pada tahun 2016. Sepanjang aku menjadi isteri, aku hanya sempat merasa hamil dua kali sahaja, tapi aku tak sempat sampai sembilan bulan. Aku gugur dua kali. Perasaan itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Nak dijadikan cerita, suami aku seorang yang sangat penyabar, setia dan rajin berusaha. Dia akan sedaya upaya capai apa yang dia ingin miliki. Apa sahaja yang dia nak, dia akan usaha sampai dapat. Pada tahun 2025, suami aku bernekad untuk berhenti kerja dan ingin pulang ke kampung halaman untuk meneruskan kerjayanya di Singapura.

Suami berkata pada aku, kita menumpang sahaja di rumah ibu. Aku pun setuju tanpa berfikir panjang sebab sebelum itu mertua aku sangat baik dengan aku. Aku sangat puji kehidupan mertua aku. Walaupun keluarga sederhana tapi mereka hidup penuh dengan keagamaan.

Sejak pindah ke kampung, setiap hari aku memang duduk di rumah dan tak bekerja. Suami sahaja yang bekerja di Singapura. Akulah yang bangun pukuI 4 pagi setiap hari untuk siapkan makan dan minum suami sebelum dia pergi kerja.

Selepas siap urusan dapur, aku mencuci pakaian di bilik air tanpa menggunakan mesin basuh sebab mertua kata nanti aku rosakkan barang dia. Aku sikit pun tak meIawan. Aku ikut sahaja apa yang mertua cakap. Aku cuci pakaian dengan tangan seawal pukuI 5 pagi.

Selesai cuci, pukuI 5 lebih suami pun nak pergi kerja. Aku terus jemur pakaian yang aku cuci tadi sekitar pukuI 6 pagi. Bila semuanya dah siap, aku masuk bilik dan sambung tidur sebab badan memang penat. Selalunya aku akan tersedar sekitar pukuI 7.30 pagi sebab nak ke tandas.

Satu hari bila aku bangun, aku nampak mertua aku kutip pakaian yang aku sidai di ampaian. Yang peliknya, pakaian suami sahaja yang dia ambil. Pakaian aku dibiarkan terg4ntung. Hati aku dah rasa lain macam. Aku ambil gambar sebagai bukti untuk tunjuk pada suami.

Aku intai dari jauh. Tahu tak apa yang aku nampak. Dia masukkan semula pakaian suami aku ke dalam mesin basuh dan cuci sekali lagi. Masa itu hati aku memang luluh. Kenapa dia tak percaya aku basuh bersih pakaian anak dia. Aku rasa macam aku tak pernah cukup baik di mata dia.

Masuk waktu tengah hari, aku masak sebab mertua suruh masak. Aku masak bersungguh – sungguh. Tapi bila dah siap, dia kata masakan aku tak sedap. Hati aku betul – betul tersentuh. Kalau tak sedap kenapa selama ini suami aku sentiasa makan di rumah masa kami duduk di bandar dulu. Tak pernah pun dia merungut.

Aku WhatsApp suami. Aku kata aku tak mahu masak lagi, nanti aku masak pun tak ada orang makan sebab tak sedap. Suami balas, kalau tak masak jangan makan makanan mereka, nanti tunggu dia balik baru makan sama – sama. Jadi hari itu aku memang tak makan langsung. Aku tahan lapar.

Aku bosan asyik duduk dalam bilik baring dan main permainan. Suami faham keadaan aku. Dia belikan novel untuk aku baca sebab dia tahu talian telefon di kampung memang tak ada. Dia tahu aku sunyi dan bosan. Satu hari aku tertidur dalam bilik sambil baca novel.

Bila aku terjaga, badan aku berpeluh sebab panas sangat. Rupanya mertua masuk bilik dan tutup suis kipas dan aircond tanpa aku sedar. Aku diam sahaja. Aku memang sentiasa sabar dan tak pernah meIawan. Bila dah terlalu panas, aku keluar konon nak menonton televisyen.

Ayah mertua aku terus tegur. Dia kata jangan buka televisyen itu. Kalau nak tengok tunggu ibu buka, nanti rosak dan ibu marah. Aku jadi pelik. Kenapa pula aku tengok televisyen boleh rosak. Aku bukan budak kecil yang tak tahu guna barang.

Aku duduk di ruang tamu dan buka kipas. Tak sampai seminit, mertua datang dan terus tutup kipas itu. Aku rasa kecil sangat masa itu. Memanglah nak berjimat, tapi elektrik, air dan makan semua suami aku yang tanggung sebab kami dah duduk sekali dalam rumah itu.

Hari demi hari hidup aku rasa serba tak kena. Sampai satu tahap, depan ayah mertua dan adik ipar, mertua boleh cakap pada suami aku dah carikan calon. Nanti kau kenal – kenal dan kahwin dengan dia. Aku yang duduk sebelah suami masa itu terus terdiam. Macam petir sambar telinga aku.

Suami aku terus jawab, kenapa ibu tak bincang dengan aku dulu. Mertua terus marah. Dia kata sampai bila kau nak hidup tanpa anak. Kau tak fikir hari tua nanti siapa nak jaga kau. Suami aku balas dengan suara yang tegas. Dia kata, “kalau pun saya nak anak, saya boleh cari sendiri perempuan yang aku nak kahwin. Ibu tak payah carikan.”

Dia sambung lagi, saya bukan nak meIawan atau dengar cakap isteri saya. Dalam hati saya sedetik pun tak pernah nak menduakan isteri saya. Biarlah saya dengan dia tak ada anak. S4kit pening saya, kami jaga bersama. Kalau dekat dunia ini Allah tak bagi saya zuriat, insyaAllah di akhirat nanti banyak zuriat saya.”

Air mata aku jatuh tanpa sedar. Aku tak sangka suami aku sanggup pertahankan aku sampai begitu sekali. Tak lama lepas itu, berlaku pula isu motosikal. Kami hanya ada sebuah motosikal sahaja. Itu sahaja harta kami. Adik ipar selalu guna motosikal itu tanpa tanya. Satu hari aku bersuara baik – baik. Aku kata jangan guna terlalu laju sebab tayar dah nipis dan belum sempat tukar.

Dia tak terima teguran aku. Dia mengadu pada mertua. Bermulalah sindiran dan kata – kata h1na. Aku dituduh macam – macam. Aku WhatsApp suami. Dia suruh aku sabar dan jangan meIawan. Bila suami balik, entah apa yang dia cakap pada mereka sampai mertua boleh tuduh aku b0mohkan suami sebab suami dengar cakap aku. Sedih sangat aku dengar. Aku tak pernah pergi b0moh atau ustaz untuk benda bukan – bukan.

Akhirnya suami ajak aku balik ke kampung halaman aku. Dia kata mungkin setakat ini sahaja rezeki dia kerja di Singapura. Kami balik naik bas. Sampai di kampung aku, suami menganggur hampir dua bulan. Kami makan apa sahaja yang ibu aku masak. Tak pernah memilih.

Alhamdulillah satu hari suami dapat kerja baru. Setahun kami tak balik ke kampung mertua. Sampai satu hari raya haji, suami ajak aku balik. Sampai di sana, kami tak disambut. Aku siap belikan buah tangan tapi langsung tak dihiraukan.

Beberapa lama kemudian suami jatuh s4kit. Dia demam dan terbaring sahaja. Aku risau sangat. Aku bawa dia ke hospital. Dia dimasukkan ke zon merah. Doktor kata jantung dia lemah dan dah bengkak besar di bahagian bawah. Masa aku dengar itu, lutut aku rasa lembik.

Hari keempat di hospital, dia minta air bandung. Tak pernah dia suka air bandung sebelum ini. Malam itu keadaan dia makin tak stabil. Dia minta aku duduk sebelah dia. Dia kata dia nak tidur sebab letih sangat. Aku pegang tangan dia.

Tak sampai sepuluh minit, aku rasa lain macam. Aku panggil doktor. Doktor datang dan akhirnya beritahu suami aku dah pergi tinggalkan aku buat selamanya. Dunia aku masa itu gelap. Aku terus pengsan. Bila aku hubungi mertua dan beritahu suami dah meninggaI, tahu apa jawapan dia.

Dia kata tanam sana sahaja. Hati aku berder4u. Sedangkan permintaan terakhir arw4h nak dikebumikan di kampung halaman dia. Akhirnya kami bawa juga jen4zah balik kampung dia. Sepanjang perjalanan hujan turun tak berhenti.

Sampai di rumah mertua sekitar pukuI 3.40 pagi, hujan masih lebat. Aku sangka seorang ibu akan meraung menangis. Tapi tiada apa – apa. Jen4zah sampai dalam keadaan berbungkus seperti dari hospital. Tiada siapa buka untuk lihat wajah terakhir anak mereka.

Selesai pengebvmian, bila aku minta permit dan kad pengenalan arw4h untuk uruskan kerja dan harta, mereka tuduh aku nak bolot duit arw4h. Padahal aku cuma nak tunaikan amanah suami. Sampai aku terp4ksa buat laporan polis sebab mereka tak mahu beri kerjasama.

Selepas 100 hari, aku siapkan urusan faraid. Aku hanya dapat satu per empat sebab aku tak ada anak. Keluarga mertua dapat satu per dua. Mertua ada minta maaf pada aku. Dia kata kalau aku singgah ziarah pusara arw4h, datanglah jenguk dia sekali.

Demi Allah, walaupun hati aku s4kit, aku dah maafkan mereka. Aku bukan jahat. Biarlah Allah sahaja yang membalas semuanya. Sejak itu aku tak pernah lagi berjumpa mereka. Kini aku hidup dengan cara aku sendiri. Walaupun aku seorang, dalam hati aku masih tersemat kasih dan sayang pada arw4h suami aku. Aku sayang arw4h suami aku. Al-Fatihah, semoga dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :