
Aku dan suami baru jadi doktor pelatih tapi suami berani buat loan buat rumah untuk mak mertua. Suami aku dapat kemurungan, tak pergi kerja tapi keluarga mertua tak ambik tahu. Satu hari, terbongkar rahsia antara suami dan sepupunya. Mak mertua dah tahu lama..
#Foto sekadar hiasan. Aku sebenarnya dah lama pendam cerita ni. Dua tahun aku cuba diam dan pujuk hati sendiri supaya lupakan semua benda yang pernah jadi dalam hidup aku. Tapi makin aku pendam, makin aku rasa cerita ni patut dikongsi. Bukan untuk buka aib sesiapa, tapi supaya jadi pengajaran untuk aku, anak aku dan orang yang membaca cerita ni.
Aku kenal bekas suami aku sejak zaman sekolah lagi. Kami bukan jenis bercinta sekejap terus kahwin. Kami dah lama berkawan, pernah bercinta masa matriks, kemudian putus sebab aku sambung belajar luar negara. Lepas aku balik Malaysia, kami berhubung semula dan akhirnya ambil keputusan untuk berkahwin.
Masa kahwin, hidup kami sangat sederhana. Aku langsung tak kisah pasal hantaran atau majlis besar – besaran. Mak ayah aku pun jenis tak menyusahkan pihak lelaki walaupun aku bakal doktor. Aku tahu keluarga bekas suami aku bukan orang senang, jadi aku terima dia seadanya.
Awal kahwin kami duduk rumah sewa kos rendah. Rumah pun tak ada katil, tidur atas tilam sahaja sebab nak berjimat. Bekas suami aku selalu cakap dia nak bantu keluarga dia. Aku pula masa tu percaya anak lelaki memang tanggungjawab dia untuk tolong mak ayah.
Tapi tak sampai tiga bulan kahwin, mula timbul macam – macam isu. Bekas mak mertua aku menangis dekat bekas suami aku kononnya mak ayah aku hina keluarga mereka. Aku yang masa tu terlalu percaya dekat suami terus percaya cerita tu walaupun dalam hati pelik sebab mak ayah aku bukan jenis macam tu.
Lepas tu timbul pula isu rumah. Bekas suami aku ambil personal loan RM170,000 untuk bina rumah mak ayah dia dekat kampung. Masa tu dia masih HO dan gaji pun tak besar mana. Tapi dia tetap buat sebab nak bahagiakan keluarga dia.
Aku ikut sahaja walaupun dalam hati risau. Kami sendiri hidup berjimat dan nak sambut anak pertama pun berkira – kira. Tapi duit sebanyak tu terus diberi untuk rumah keluarga dia. Yang buat aku sedih, rumah tu tak siap sempurna pun walaupun duit dah habis banyak.
Aku bunting pelamin dan masa dapat tahu aku mengandung, aku sebenarnya takut sebab baru nak mula kerja HO. Aku ingat bila bagitahu dekat bekas mak mertua aku dia akan gembira sebab bakal dapat cucu pertama daripada aku. Tapi ayat pertama yang keluar dari mulut dia buat aku terkedu.
“Kenapa tak ambil perancang dulu?” Aku diam masa tu dan cuba pujuk hati sendiri mungkin dia risau aku penat kerja. Tapi sebelum aku balik, dia pesan jangan heboh dekat orang sebab takut biras aku terasa hati sebab belum mengandung.
Masa tu aku mula sedar aku mungkin tak pernah benar – benar diterima dalam keluarga tu. Aku banyak menangis sepanjang mengandung. Aku kerja HO yang memang sedia sibuk dan balik pula kena hadap sindiran serta rungutan. Bekas mak mertua aku selalu merungut rumah dia tak cantik dan dapur tak ada kabinet. Sedangkan bekas suami aku dah berhutang besar untuk bina rumah tu.
Kadang – kadang aku rasa macam dia tak pernah nampak peng0rbanan kami sebagai suami isteri muda yang baru nak bina hidup sendiri. Aku dengan bekas suami berjimat sampai tak fikir pasal diri sendiri. Tapi setiap kali balik kampung, mesti ada sahaja benda yang tak cukup di mata dia.
Anak aku lahir tak cukup bulan masa usia kandungan 35 minggu. Masa tu aku posting medical yang memang sangat sibuk. Anak aku pula ada macam – macam masalah kesihatan seperti kuning lebih sebulan dan angin pasang. Aku memang banyak menangis masa tu sebab rasa penat sangat secara fizikal dan mental.
Lepas anak lahir, bekas mak mertua aku beria nak jaga cucu dia. Aku sebenarnya berat hati sebab rumah dia jauh dari hospital kami. Tapi aku cuba fikir positif dan anggap ni peluang untuk jernihkan hubungan kami semula. Awal – awal memang nampak okay.
Tapi masuk bulan kedua mula timbul drama. Bekas mak mertua aku minta kami hantar anak dekat jiran sebab dia nak pergi kelas mengaji dan aktiviti lain. Aku setuju sebab rasa bersalah kacau rutin dia. Tapi esoknya bekas suami aku marah aku sebab katanya aku yang tak nak mak dia jaga anak.
Masa tu baru aku sedar bekas mak mertua aku pusing cerita belakang aku. Aku mula perasan sebenarnya yang banyak jaga anak aku ialah bekas ayah mertua, bukannya dia. Dalam masa sama, bekas suami aku mula berubah. Dia makin murung dan makin banyak tak pergi kerja.
Sampailah satu hari aku dapat tahu dia sebenarnya MIA kerja hampir sebulan. Masa tu aku rasa dunia aku runtuh. Aku ambil cuti setahun untuk jaga dia dan anak kami. Aku gunakan duit simpanan sendiri untuk tanggung perbelanjaan rumah. Aku fikir sebagai isteri, ni masa aku kena kuat untuk keluarga aku.
Masa tu aku memang cuba jadi isteri yang baik. Aku jaga bekas suami yang depr3ssion, jaga anak kecil dan dalam masa sama simpan semua masalah daripada mak ayah aku sebab tak nak mereka risau. Tapi keadaan makin teruk dari hari ke hari.
Masa raya, barang aku dan anak dilonggokkan keluar dari bilik sebab bilik kami diberi pada keluarga kakak ipar. Mainan anak patah dan almari rosak. Malam tu aku dengan anak tidur atas karpet sahaja. Aku diam sebab malas berg4duh.
Tapi dalam diam, hati aku makin penat. Aku mula rasa macam aku langsung tak dihargai walaupun dah banyak berk0rban untuk keluarga tu. Sampailah satu hari ayah aku datang meng3jut sebab pelik aku langsung tak balik kampung. Masa tu semua rahsia terbongkar. Ayah aku nampak sendiri keadaan aku dan bekas suami.
Aku ingat lagi muka ayah aku masa tu. Dia tak marah, tapi dia kecewa sebab aku tanggung semua seorang diri. Lepas tu ayah aku mula teman bekas suami aku jumpa pakar psiki4tri dan bagi sokongan moral. Yang buat aku sedih, keluarga bekas mertua langsung tak ambil peduli walaupun mereka tahu bekas suami aku s4kit.
Aku pernah menangis telefon minta mereka datang bagi semangat dekat anak sendiri, tapi alasan sentiasa ada. Masa tu aku rasa mak ayah aku yang sebenarnya lebih sayangkan bekas suami aku daripada keluarga dia sendiri. Kemuncak semua benda jadi bila aku akhirnya tahu satu rahsia besar.
Empat hari sebelum kami nak pergi umrah, aku terbuka Facebook Messenger bekas suami aku. Aku jumpa mesej dengan seorang perempuan yang rupanya sepupu dia sendiri. Aku rasa macam nak pengsan masa tu. Lebih mengh4ncurkan hati bila aku tahu hubungan tu dah lama, malah sebelum kami kahwin lagi. Bekas suami aku siap pernah bagi pil gugur dekat perempuan tu.
Masa aku tanya, mula – mula dia menafikan semuanya. Tapi akhirnya dia mengaku juga. Aku terus hubungi bekas mertua aku sebab aku ingat dia akan marah atau kecewa dengan anak dia. Tapi tidak. Dia cakap aku overreacted dan suruh aku maafkan sahaja sebab anak dia dah insaf.
Dia pun tahu je hal tersebut antara suami aku dan sepupu dia. Masa tu aku rasa kosong dan rasa macam aku langsung tak ada nilai dalam keluarga tu. Aku pegang anak aku sambil menangis dan cakap, kalau benda ni jadi dekat anak perempuan dia sendiri, sanggup ke dia tenang macam ni.
Malam tu bekas suami aku balik ikut mak dia dan tinggalkan aku seorang diri dekat rumah. Esoknya abang aku datang ambil aku balik kampung. Aku tak terus bercerai sebab aku masih bagi peluang dekat bekas suami aku untuk berubah. Tapi sepanjang dua tahun tu, dia cuma datang jumpa aku dan anak beberapa kali sahaja
Nafkah pun hampir tak ada. Akhirnya aku failkan penceraian sendiri sebab aku dah penat hidup dalam keluarga t0ksik. Aku tak nak anak aku membesar dalam suasana penuh penipuan dan manipulasi. Selepas bercerai, aku sambung balik HO dekat kampung.
Aku fokus dekat anak dan kerjaya aku. Memang susah jadi ibu tunggal, tapi dalam susah tu aku rasa jauh lebih tenang daripada hidup bersama keluarga tu dulu. Setahun selepas habis HO, akhirnya aku dapat pergi umrah. Kali ni aku pergi dengan hati yang jauh lebih redha.
Masa pertama kali jejak kaki dekat Madinah, aku menangis teruk sebab rasa macam Allah bagi peluang kedua untuk aku cari semula diri aku yang hilang. Dekat depan Kaabah, aku tak doa yang pelik – pelik. Aku cuma minta Allah tunjukkan salah aku dan lembutkan hati semua orang yang pernah s4kiti aku. Balik dari umrah, hati aku jadi lebih tenang dan lapang.
Sekarang aku dah tak simpan d3ndam dekat bekas suami atau keluarga dia. Aku cuma ambil semua ni sebagai pengajaran terbesar dalam hidup aku. Aku belajar jangan terlalu percaya manusia sampai lupa berg4ntung pada Allah. Aku juga belajar peng0rbanan tanpa batas kadang – kadang buat orang pijak kita sesuka hati.
Dan aku belajar seteruk mana pun ujian hidup, Allah tetap ada untuk dengar doa h4mbaNya. Sekarang fokus aku cuma satu, anak aku. Aku cuma nak besarkan dia jadi anak yang baik dan tahu beza kasih sayang dengan manipulasi. Aku nak dia jadi lelaki yang tak menyakitkan hati orang lain macam apa yang aku pernah lalui. Doakan aku dan anak aku kuat. Itu sahaja yang aku harapkan sekarang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.