Aku punya miskin tu sampai nak beli syampu, p0tong rambut tak mampu. Rambut kami adik beradik semua penuh kutu

Tahap miskin aku, beras pun takde nak masak nasi. Takde dapur gas, tiada kereta. Kami adik beradik berkutu. Aku nak lari dari keluarga aku bukan sebab miskin tapi sebab ayah dan ibu aku..

#Foto sekadar hiasan. Sekarang tengah hangat perdebatan berkenaan Peperiksaan UPSR dan PMR. Ramai yang minta peperiksaan besar ini dikembalikan. Di sini aku nak ceritakan kisah UPSR yang telah mengubah haluan hidup aku.

Aku dilahir dan dibesarkan dari keluarga miskin, punya adik beradik yang ramai.. Aku merupakan anak ke 7 dari 9 orang beradik. Abang dan kakak aku sekolah biasa sahaja, ada yang tak habis belajar sampai SPM.. Kalau habis pun, keputusan SPM ya biasa sahaja.

Tahap miskin aku, beras pun tak ada nak masak nasi. Tiada dapur gas, tiada kereta. Rumah kayu yang bumbung pun selalu bocor. Baju hanya ade dua tiga helai. Baju dan kasut sekolah, recycle guna kakak punya. Seterika kami bukan eletrik tapi seterika arang dan kami berkutu.

Ya, benar. Berkutu sebab kami tak mampu nak pergi p0tong rambut, tak mampu nak beli shampoo. Tapi aku nak keluar dari keluarga aku ni bukan sebab miskin. Pertama : Ayah dan Ibu aku selalu berg4duh. Ayah selalu naik tangan dan m4ki hamun ibu aku. Setiap kali jadi perg4duhan, aku akan jadi sangat takut. Sampaikan aku pernah tanya pada ibu aku, kenapa kita tak lari je dari sini, tinggalkan ayah.

Kedua : Kami adik beradik juga selalu berg4duh. Aku tak pernah rasa kasih sayang seorang abang mahupun kakak sebab kami dibesarkan dalam didikan tanpa kasih sayang.. Aku juga selalu jadi m4ngsa pukuI abang aku yang panas baran.

Ketiga : Solat? Mengaji? Zikir? Jauh sekali. Aku tak pernah tahu dan rasa apa itu subuh sepanjang umur aku 12 tahun.. kami tak pernah berjemaah. Tak ada rutin bacaan yasin setiap khamis, tak ada yang ajarkan aku doa sebelum tidur.

Satu yang aku bersyukur, ayah aku hantar aku ke sekolah kebangsaan. Walau aku terlepas peluang seumur hidup untuk belajar di sekolah kafa. Aku seorang yang buta huruf jawi. Sampai sekarang, aku masih bertatih untuk baca quran dan belajar jawi.

Keempat : Titik hitam dalam hidup aku, aku pernah beberapa kali dir4ba oleh abang sendiri.. Perkara keempat ni la buat aku berdoa sungguh – sungguh pada Allah supaya keluarkan aku dari rumah aku sendiri. Aku tak pandai solat tapi dalam pendidikan islam, aku tahu kita boleh mohon apa saja pada Allah dalam keadaan apa pun kita.

Masih aku ingat, aku hanya pelajar biasa, bukan pengawas apatah lagi murid kegemaran guru.. Aku bukan tercalon dalam “t4rget student” untuk dapat 5A. Masa aku darjah 1 sampai 5.. Aku tak pernah dapat sebarang anugerah.. Dapat no 1 dalam kelas jauh sekali.

Awal tahun 6, cikgu kelas aku bagitahu 1 kelas.. Dia akan galas tanggungjawab untuk pastikan kami semua berjaya dalam UPSR. Tak ada pilih kasih, yang pandai, yang kurang pandai, semua ada peluang untuk berjaya dalam UPSR.

Dengan kata – kata itulah aku usaha. Setiap hari aku buat latihan matem4tik. Kalau karangan tu, setiap hari aku akan baca peribahasa sebab masa tu, tips cikgu bagi, kalau selitkan peribahasa akan dapat markah tinggi.

Alhamdullilah.. Allah tolong. Aku 5A UPSR, aku dapat MRSM, aku dapat lari dari keluarga aku. Bayangkan kalau masa tahun tu untuk masuk MRSM perlu melalui proses macam sekarang, sudah tentu tiada peluang untuk orang macam aku nak keluar dari hidup yang hitam.

Di MRSM, pertama kali dalam hidup, aku boleh baca yasin setiap hari khamis. Ada solat jemaah walau kadang – kadang, aku baca sekadar ikut apa yang imam baca. Ada subuh untuk aku, ada kawan yang baik sanggup tulis kan bahasa melayu di yasin aku sebab aku tak tahu baca jawi… Aku ingat jasa dia sampai sekarang.

Ada kawan yang mencerca juga sebabkan kemiskinan aku. Aku tak mampu “outing” jadi bila minggu “outing” aku hanya belajar di asrama. Aku tunggu kawan – kawan balik sebab pada aku, mereka je yang aku ada. Pernah sekali tu.. mereka beli biskut coklat.. makan beramai – ramai.

Aku terliur betul, aku cuba minta tapi aku dih1na.. Dalam keadaan sedih, aku menangis sampai tertidur.. Bangun dari tidur, aku tengok kawan – kawan aku semua tidur, mungkin keletihan sebab “outing”. Tapi yang buatkan aku sambung nangis lepas tu, aku nampak biskut coklat yang aku terliur tadi, tak dijamah.

Hanya dibiarkan terbuka di bawah kipas. Aku ambil gigit sikit, dah masuk angin, aku letak balik.. Terima kasih sahabat. Alhamdullilah.. itu sahaja kisah aku.. Aku harap, tak ada anak – anak sekarang yang punya kisah seperti aku.. – Suffiya (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Siti Bear : Tahniah dik, akak pon zaman kecik susah. Takde air paip mandi guna air perigi. Seterika arang. Baju Ade 2 – 3 helai. Kasut ik4t tali rafia. Beg takde, pakai Guni beras isi buku. Raya tak pernah balik kampung sebab takde kend3raan dan tak mampu.

Pakai dapur kayu sebab takde duit beli dapur gas. Malam tido pakai pelita. Cuma beza abah dan arw4h emak sangat pentingkan pendidikan anak – anak seramai 7 orang. Dan memang kami semua t4rget. Lepas upsr nak masuk sekolah asrama.

Untuk lebih mudah belajar. Alhamdulillah adik beradik akak 7 orang majoriti berjaya dalam hidup dah. Betul, arw4h mak akak pon selalu ulang cakap hanya pendidikan yang mampu ubah nasib keluarga. Cuma tulah.. mak akak tak sempat tengok kami berjaya, dia meninggaI sebab k4nser masa kami semua tengah belajar.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.