Aku scroll FB suami, nampak FB jiran yang tengah posing dengan kereta kami. Paling terk3jut bila baca komen

Suami saya baru je rapat dengan jiran depan rumah ni beberapa bulan tapi dia dah berani nak pinjam kereta kami. Saya sabar je bila nampak dia upload gambar dengan anak2 dia siap pijak seat kereta. Esoknya bila saya nak pergi kerja, tengok minyak tinggal E lepas dia pinjam..

#Foto sekadar hiasan. Saya cuma nak bercerita, tentang jiran saya yang suka meminjam harta benda orang lain. Suami jiran saya ini bekerja sendiri sebagai agen insurans. Dia ada seorang isteri yang baik, anak 4 – 5 orang, ada kereta jenama proton dan Motor 250cc.

Rumah sendiri (Apartment), rumah yang lain – lain saya tak pasti. Dia berumur lebih 40 tahun. Kami awal 30-an. Kenapa saya bercerita di sini? Sebab saya tak boleh menulis di FB saya, nanti suami saya baca dia suruh saya padam.

Untuk mengelakkan saya memendam rasa lebih baik saya menulis di sini. Kami tinggal di Apartment ini selama 7 tahun. Suami baru mula berkawan rapat dengan suami jiran ini 2 tahun lepas. Selepas beberapa bulan berkawan, suami jiran kami mula nak meminjam kereta.

Pada mulanya saya tak kisah mungkin dia betul – betul memerIukan kereta yang lebih besar sedikit untuk bawa anak – anak dia berjalan pada ketika itu. Lama kelamaan, dia terus dengan per4ngai meminjam. Kami ada kereta berjenama Toyota MPV – saya bagi nama A.

Dan kereta produced di Italy (sorry tak boleh inform di sini, nanti kawan saya baca akan dapat tau siapa saya) – saya bagi nama B dan Moto berkuasa Tinggi 1000cc. Kereta A suami punya dan kereta B saya punya. Pada permulaan, suami jiran itu meminjam untuk bawa family berjalan – jalan.

Saya terima dengan hati terbuka. Kali kedua, dia call suami saya nak pinjam lagi. Seterusnya kekal dengan tabiat dia yang suka meminjam. Suami saya tak boleh bercakap tidak dan kami tak tau nak bagi alasan apa. Sebab kami ada dua buah kereta.

Pastinya jiran saya tu akan selidik terlebih dahulu sama ada kereta kami ada atau tidak kemudian dia akan call suami saya untuk meminjam. Suami saya pun tak berkenan dengan per4ngai jiran sebenarnya. Kami cuma berharap jiran itu ada satu perasaan malu dan ada kesed4ran diri janganlah suka – suka hati nak meminjam.

Dulu semasa kami ada kereta biasa – biasa sahaja, kami malu nak pinjam kereta orang lain. Lagi – lagi kereta yang hebat – hebat. Tapi lain pula per4ngai jiran kami ini. Tak ada satu pun perasaan malu meminjam barang orang lain.

Saya bertambah geram, bila nampak jiran saya post di FB bergambar dengan kereta kami dengan caption ‘Bawa anak – anak berjalan, meluangkan masa dengan anak – anak’. Anak – anak dia pijak kerusi kereta kami untuk berdiri di Roof sambil bergambar. Suka hati je. S4kit hati tau. Anak saya pun tak pernah buat seperti itu.

Keesokan harinya, kebetulan saya ada urusan di luar memerIukan saya pakai MPV itu, saya dapati minyak tinggal E. Jiran itu tau pinjam tapi tak tau isi minyak. Saya tak pernah jumpa orang seperti ini sebelum ini. Saya tak sangka. Orang seperti ini benar – benar wujud.

Ya, ada part lain jiran tu baik. Dia selalu belikan apa – apa untuk diberikan kepada kami kalau dia keluar pergi mana – mana. Tapi, itu tak bermakna kami boleh bagi pinjam semua harta benda kami. Mungkin itu cara dia untuk berbaik dengan kami.

Semasa saya scroll FB suami saya, ternampak posting jiran saya (Dia friend dengan suami saya sahaja dalam FB, dengan saya tak). Terdetik nak tengok FB dia. Jadi saya scroll posting FB jiran saya dari tahun terbaru ke setahun yang lepas.

Terk3jut saya ada gambar kereta B dalam tu. Patutlah dia ajak suami saya lepak dan minta bawa kereta B. Rupanya, dia ada niat lain lagi. Dia cakap dengan suami saya nak test drive sekejap kereta B. Rupanya, dia berhenti di Petrol pam, ambil gambar kereta B saya dengan Caption Di FB ‘Bawa bini no 2 jalan – jalan, bini no 1 tinggal di rumah – kereta A’. Saya terk3jut tengok ramai yang komen :

Komen 1 : Wah, hebat sekarang ni.

Dia reply : Biasa – biasa je bos.

Komen 2 : Nak pinjam boleh?

Dia reply : Boleh bosss.

Perempuan materialistik pun ada yang komen,

Komen 3 : pergi mana ni sayang?

Dia reply : Ini saya tak ingat.

Sedih saya tengok, rupanya ada orang seperti ini. Hebatnya dia di mata orang dalam FB. Kereta B, kereta saya.. saya malu tengok dia buat macam tu. Bila saya ternampak posting dia macam tu, saya terk3jut. Saya tanya suami saya, kenapa dia macam ni?

Suami saya cakap, dia pernah mengaku pinjam kereta – kereta kami untuk tujuan bisnes dia supaya orang lain / rakan – rakan akan nampak dia hebat dalam FB dan orang akan tanya dia buat apa sampai hebat macam ni dan dalam masa sama dapat naikkan lagi dia punya client.

Sangat terk3jut dan sangat tidak bersetuju. Tindakan dia bagi saya salah. Saya cakap dengan suami saya, tolonglah elakkan dari berkawan rapat dengan orang macam ni. Dia cuma gunakan kita untuk kepentingan diri dia sendiri sahaja.

Saya bertambah s4kit hati lagi, dia boleh bercerita dengan suami saya nak berkahwin lagi seorang dan ada dia nyatakan sebab nak berkahwin. Tentulah dia ada buruk – burukkan isteri dia juga. Tapi perempuan – perempuan marerialistik takkan nampak, dia sangat PLASTIK dalam FB.

Asal nampak lelaki naik kereta hebat nak sapu, asal nampak macam berduit nak kahwin. Hanya isteri dia sahaja yang tau berapa yang ada dalam poket suami dia, apa harta benda yang dia ada. Family dia selalu keluar masuk hospitaI.

Kesian isteri dia, baru keluar hospitaI sebab ada masalah kesihatan, begitu juga anak – anak dia yang lain. Lagi beberapa bulan kami akan berpindah ke rumah baru. Kami harap dapatlah jauhkan diri dari orang seperti ini yang sangat Plastik di mata manusia.

Saya sudah nasihatkan suami saya supaya kurangkan berkawan dengan orang seperti ini. Jangan kita menggalakkan dia buat perkara yang salah. Totally salah. Hebat di FB, hakik4tnya tak ada apa – apa. Dia kerap bertanya mengenai rumah baru kami.

Kami risau, kalau dia datang sana dan ambil gambar di depan rumah kami, dia akan claim lagi itu rumah dia pula. Motor kami dia tak dapat pinjam mungkin salah satunya ketinggian dia tidak mencukupi. Ada satu posting di FB dia, dia letak sebuah rumah yang sangat cantik.

Di bahagian komen itu pun dengan yakin dia reply seperti rumah cantik itu rumah dia. Kalau betul itu rumah dia alhamdullilah.. Ntahlah.. Cukuplah dia claim kereta kami di media sosiaI itu kereta dia. Dalam FB dia juga saya nampak dia duduk di meja office menghadap komputer dengan pakai baju kod, dengan caption,

‘Ramai orang di luar sana nak tau bagaimana saya boleh berjaya seperti ini, diberinya tips – tips, bla…bla… ’. Pening kepala saya fikir orang – orang macam ni. Malu tau. Tak dapat apa – apa kepuasan pun kalau buat macam ni.

Kepada sesiapa di luar sana yang ada per4ngai seperti ini, tolonglah berubah. Nak BERJAYA bukan cara itu. Banyak lagi cara boleh berjaya. Jangan menipu isteri, buat baik dengan isteri insyaAllah berjaya dunia akhir4t. Sekian, – Ketty (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Sheriffa Fahima : Confessor and suami mesti jenis orang yang tak berani berkata NO kan? Rasa nak jadi kawan confessor kejap tukang tolong kata NO kat mamat tu di samping bagi sedikit “buah keras”. Kami suami isteri memang senang sangat berkata NO dalam situasi mcm ni.

Kebaikannya mestilah takde orang berani ambik kesempatan. Cubalah confessor. Jadi orang tegas. Kita tak boleh ubah orang. Tapi kita boleh ubah diri sendiri demi kebaikan bersama. That guy takkan stop takat tu jer. Sebelum memb4rah, baik bertindak. Belajar untuk berkata TIDAK. Hidup lebih aman takde orang berani ambil kesempatan.

نورشيله تسليم : Terus terang lagik baik. Dari jadi d0sa kat kita asyik mengumpat dia. Dia nak terima atau tak terpulang. Kalau dia nak putvs kawan pun biarlah. Tak suka orang kawan dengan kita sebab imbuhan. Bila kita susah tak ada plak dia nak menolong. Sebab ape menipu sebab inilah strategi orang – orang jual barang MLM. Diorang kaya kadang – kadang pun sebab hasil tipu duit orang.

Nur Arina Aisyah : Cadangkan je kat suami guna nama awak… “maaf bang, bukan tak nak kasi pinjam.. susah saya bermasam muka dengan isteri… dia tak bagi pinjam la bang”. Ikut dia la nak kata takut bini ke bini kedekut ke.

Janji firm satu alasan dia kena stop buat benda ni. Rumah awak tu saya rasa harus dah tu. Nak selamat… awak post kat fb suami awak “jemputan ke housewarming rumah kami” awak tag siap – siap fb jiran awak tu. So dah terang – terang kat wall dia rumah tu bukan dia punya.

Awak buat la satu kertas saman ala – ala myeg punya interface. Awak tunjukkan jumlah saman date yang dia pinjam, awak tanya ni sapa nak bayar ni?? Saman parking ke? speedtrap ke.? Biar dia malu alah nak pinjam.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.