4 tahun tunggu zuriat, akhirnya aku gugur. Suami luah teringin nak mengandungkan wanita lain

Suami yang sepanjang masa dengan aku, tak pernah balik kerja lambat. Setiap minggu habiskan masa dengan aku. Bergayut? Main mesej? Sump4h langsung tak ada. Track record bersih. Dengan niat nak tenangkan aku, suami lafazkan, “Aku ceraikan kau dengan taIak satu.”

#Foto sekadar hiasan. Aku tak tahu macamana nak mula, memang aku tak reti berkongsi, walau dengan keluarga terdekat atau kawan rapat. Mungkin malu, lebih kepada takut diadili. Inilah cerita hidup aku. Aku dan suami masuk tahun ke 8 berkahwin.

Aku namakan dia Zain. Kami mula bercinta dari Tingkatan 3. Gelenyor orang tua kata. Kecik – kecik dah pandai i lap u, u lap me. Hiks. Lama. Bila habis sekolah putvs, jumpa semula bila sama – sama melanjutkan pelajaran di institusi yang sama, nampak dia hati berbunga – sambung balik, bila dia start sambung Degree, kitorang putvs balik, jumpa semula sambung balik.

Macam tu lah berulang kali. Kenal la lelaki baik, kelakar, berduit, layan aku elok macamana pun, tapi bila nampak Zain, mesti hati aku berbunga semula. Dia handsome? Tak… tapi manis pada pandangan mata aku. Dia setia?

Pun Tak.. Masih gatal – gatal kacau perempuan sana sini walaupun masa kitorang dah sambung balik. Kenapa aku masih nak dia? entahlah. Mungkin betul orang kata, perempuan memang suka lelaki yang nakal. Lepas tu sendiri makan hati.

Tambah pulak sebab per4ngai sengal kami sama, makanan kegemaran sama, hobi sama, buat aku senang dengan dia. Kadang – kadang dia buat lawak b0doh pun aku boleh terhibur. Oh lupa nak bagitahu, kami sepupu. Sebab tu senang nak jumpa semula bila dah putvs tu.

To cut a long story short, tahun ke 8 bersama, kitorang kahwin. Time tu dia pun baru kerja, aku pun tak habis belajar lagi. Bukan senang. Tapi cukup. Allah pun mudahkan jalan nak kahwin tu. Dengan tahap gaji fresh grad tu dia ik4t perut nak menghalalkan aku, nak bagi aku hantaran.

Aku pun ada elaun belajar sikit jugak. Jadi cukup la untuk topup apa yang kurang. Alhamdulillah selesai semua. Zain, suami yang sempurna walaupun dulu masa bujang nakal. Orang kata once a cheater always a cheater kan, tapi tak bagi suami aku.

Aku sangat yakin dengan firasat aku dia dah berubah 360 lepas kahwin. Lepas kahwin, hidup aku adalah dia. Zain akan buat apa saja untuk aku, sangat manjakan aku, sabar layan kerenah ann0ying aku. Dia lah orang paling aku sayang, sanjung, hormat.

Segala apa keputvsan dalam hidup yang aku buat, memang dia lah orang pertama aku rujuk. Pada aku, Zain suami yang bijak, dia memang pandai bagi pandangan, pandai cakap, tinggi skill problem solving. Betapa aku kagum dan sanjung suami aku.

Awal tahun pertama perkahwinan, memang diuji dengan dugaan kewangan, dari gaji dia yang cukup – cukup makan dulu, aku pun masih belajar, masih menumpang rumah keluarga tapi alhamdulillah semua tu tak lama.. Allah mudahkan rezeki duit, kerjaya, financial keluarga kecil kami.

Career growth aku dan dia berjalan lancar, laju sehinggalah dari tak ada apa – apa, sampai kami ada hampir semuanya. Setiap weekend nak pergi shopping? Tak ada masalah. Even lepas balik kerja nak release str3ss pun boleh pergi shopping.

Tak payah tunggu event atau celebration apa – apa. Nak makan sedap? Bila – bila saja. Aku cakap saja bila aku tak larat nak masak sebab penat kerja, mesti Zain akan ajak makan luar. Bila masak kat rumah, memang Zain lah ringan tuIang untuk tolong walau sekadar tukang kacau lauk atau tukang rasa saja. Comel kan.

Macam tu juga bila kemas rumah, aku lipat kain, dia susun pulangkan ke rak. Aku kemas tingkat atas, dia kemas tingkat bawah. Tersangatlah memahami. Pada Zain, semua kerja rumah bukan isteri patut buat seorang. Sama – sama kerja, sama – sama penat.

Sempurna kan semua nya. Sump4h aku bahagia dengan Zain.. Sampai lah masa Allah uji kami dengan rezeki anak. Masuk tahun ke4 kahwin dah tak senang duduk, pergi berubat segala kaedah tradisional, moden, apa saja yang orang kata bagus kami pergi.

Jauh, dekat, kena beratur berjam – jam. Kos bukan penghalang. Selalu yang cari tempat tu ni, Dr mana bagus, baca review atau petua apa – apa ke, memang aku lah yang baca dan share dengan Zain sebab Zain memang tak suka nak membaca panjang – panjang.

Sebab tu aku berani luahkan di sini, sebab aku yakin Zain takkan baca. Lagi pulak kerja dia yang lebih sibuk dari aku, membataskan dia untuk ada effort macam tu. Untungnya, Zain sentiasa setuju bila aku ajak. Tak pernah sekali keluar tidak dari mulut Zain. Sempurna kan suami aku…

Akhirnya kami decide untuk buat IVF – itu adalah ikhtiar terakhir kami untuk akhiri penantian dapatkan zuriat ni. Dah decide kalau kena bedrest lama, aku kena berk0rban untuk berhenti kerja. Tapi Allah tu Maha Baik, dia mudahkan semuanya.

Rezeki kami buat proses tu right after embrio transfer terus PKP 1 masa tu. Syukur tak payah susah apply cuti dah. Aku dapat WFH. Kos proses tu memang mahal, tapi bila akhirnya nampak dua garis kat UPT kit tu, ya Allah gembiranya kami.

Akhirnya Allah makbulkan doa – doa kami. Dari 3 embrio yang masuk, bila scan nampak 2 embrio surv1ve. Mungkin kembar. Zain paling bahagia. Aku apatah lagi. Jalan tak jejak tanah rasanya. Impian kami nak jadi ibu dan ayah hampir tercapai.

Dah berangan nak anak panggil apa nanti. Bestnya masa tu. Teringat balik pun dah rasa happy. Zain kerja macam biasa walaupun PKP. Tapi sebelum pergi kerja dia mandikan aku, masakkan untuk aku, p0tongkan buah, Zain sentiasa pastikan aku dapat makanan yang bagus – bagus untuk aku dan baby.

Satu kerja rumah pun aku tak buat. Betul – betul rehat saja. Bila malam, kami solat bersama, solat taubat, solat hajat sama – sama supaya baby sihat dan urusan kelahiran dimudahkan semuanya. Sempurna kan suami aku.

Masuk beberapa minggu, Dr beritahu bacaan d4rah tak naik normal, bila check heartbeat baby masih tak dengar, tak setara dengan perkembangan janin yang sepatutnya. Dr tak pa4ksa tapi dia nasihatkan untuk buang sebelum ada nadi.

Proses ni dah mahal, kalau simpan, anak tak sempurna lagi susah nak jaga nanti. Macam nak meIetop d4da aku dengar Dr cakap macam tu. Macamana boleh jadi macam tu Dr? Kan embrio semua gred A. Susah Dr nak jawab.

Dia hanya membantu. Allah yang bagi nyawa. Sepanjang perjalanan balik dari rumah ke hospital tu rasa lama sangat, lama kami diam nak digest semula apa yang Dr beritahu. Semahunya kami berdua nangis dalam kereta sedih sangat ya Allah. Ya, Tahu, faham qada qadar.

Tapi kami sendiri masih mencari apalah hikmah semua ujian ni. Terus buang? Mesti lah tak… aku masih tak boleh terima kot. Aku percaya anak ni ada lagi. Macam biasa lah aku dengan per4ngai aku yang suka baca review ni, aku google sana sini.

Ramai saja cakap awal – awal memang tak dengar lagi. Aku decide kalau betul baby dah tak ada biar dia jatuh gugur sendiri. Baru puas hati aku. Zain? Dia paling risau. Takut – takut aku tumpah d4rah bila gugur sendiri. Lagi pulak masa tu aku dah habis WFH.

Tak nak susahkan kawan – kawan sekerja. Bila beberapa minggu kemudian, bIoodtest dan apa bagai test semula di hospitaI memang baby dah kena buang. Sump4h sedih sangat – sangat. Lepas aku keguguran, Zain masih jalankan peranan suami yang sempurna.

Pakej bertungku, urut, berpantang semua dia cari kan. Aku tinggal tadah badan saja. Beruntungnya aku dapat suami sesempurna Zain. Memang aku dimanjakan, Aku ditatang bagai minyak yang penuh. Zain memang habiskan masa dengan aku.

Jarang la nak keluar lepak dengan kawan – kawan. Tambahan pula PKP datang lagi, memang lagi melekat kitorang. PKP memang bagi seribu rahmat untuk golongan TTC ni, suka betul kalau tak payah jumpa orang, tak payah pergi beraya.

Tak ada jumpa makhluk – makhluk yang tanya berdua lagi ke, bila nak ada anak. Tak payah lepak dengan kawan – kawan dengar cerita progress anak masing – masing. Sedangkan kau krik krikk kat situ. Dipendekkan cerita lepas beberapa bulan keguguran, hubungan kami sem4kin lama sem4kin h4mbar.

Bila duduk bincang dengan Zain, dalam berat aku setuju kami sunyi. Sunyi sebab lepas balik kerja tak ada riuh suara anak yang sambut, malam tidur tak terganggu dengar nangis ketawa anak. Tambah lagi bila m4kin lama kahwin, dah terlalu rapat macam kawan baik.

Pendek kata “love spark” tu dah m4kin kurang. Zain mengaku dia hampir tak percaya Allah kenapa dah selalu doa tapi Allah tak bagi lagi rezeki anak walaupun dah lama kahwin. Orang suruh doa ni, ikut. Makan supplement ni, ikut.

Banyakkan sedekah, ikut. Segalanya dah. Mana kurang, apa salah. Nauzubillah… betul – betul kufur nikmat rezeki lain yang Allah dah bagi, amalan tak seberapa tapi masih tak malu tanya kenapa Allah tak makbulkan doa. Bukan Zain saja rasa macamtu, aku pun. Maafkan aku Ya Allah.

Untuk ambil anak angkat, tu bukan pilihan. Zain memang nak anak dari keturunan sendiri. Kami mula kerap berg4duh perkara – perkara kecil. Ada satu malam, Zain terus terang dengan aku. Tinggi betul perasaan dia nak mengandungkan perempuan lain.

Dia yakin dia boleh ada zuriat keturunan sendiri walaupun bukan dengan aku. Secara halusnya, dia cuba beritahu aku lah yang bermasalah. Rasa nak pecah jantung, semalaman aku tak boleh tidur. Aku terlalu fikirkan kata – kata Zain.

Aku benci diri sendiri badan aku tak berfungsi sebagai wanita normal. Aku meraung menangis bawah shower sebab tak nak tidur Zain terganggu. Tanpa sedar aku pukuI badan aku berkali – kali sampai Iebam teruk macam kena beIasah s4mseng.

Eesoknya, aku tak sedar bila Zain peIuk, keringkan aku, tukar semua baju dan tidurkan aku. Berhari – hari lama aku fikir dalam – dalam apa yang Zain luahkan. Aku terlalu sayangkan suami aku. Aku suarakan aku sanggup bermadu.

Asalkan dia tak ceraikan aku. Sebab kami ada lagi simpanan beberapa frozen embrio. Kalau cerai, macamana nak masukkan semula embrio tu. Aku nekad biar aku buat sendiri semula proses dan keluarkan kos semua. Sebab Zain kata dia dah penat nak pergi hospitaI, beribu kos habis tapi tak ada hasil.

Aku nekad, asalkan bukan cerai. Mungkin dia boleh dapat zuriat dengan perempuan lain. Nekad tapi sedih. Berhari – hari aku meratap menangis macam orang b0doh. Teruk sangat keadaan aku. Prestasi kerja pun m4kin teruk.

Menangis meratap berdoa minta Allah bagi lah nyawa dalam rahimku. Makan tidur pun dah tak betul. Zain macam biasa terus pujuk aku tanpa jemu, jangan fikir – fikirkan sangat katanya. Dia tak sanggup tengok aku tersiksa macam tu lagi.

Mula dari insiden g4duh besar tu buat aku m4kin muhasabah diri kekurangan layanan aku pada Zain, demi selamatkan hubungan kami. Aku mula ajak Zain solat jemaah hari – hari. Apa saja doa dan zikir yang aku nampak orang share bagus untuk amalkan, aku ajak Zain sama – sama buat.

Aku m4kin rajin masak. Setiap kali balik kerja penat macamana sekalipun aku cuba untuk masak, siap sediakan bekal sarapan untuk Zain. Aku layan Zain sebaik mungkin . Bila weekend kami cuba spend masa bersama berdua semaksimum mungkin.

Aku cuba whatever it takes untuk wujudkan semula “love sparks” dalam hubungan kami. Sump4h aku betul – betul fikir aku dah berjaya buat Zain lupa niat dia nak mengandungkan orang lain macam dia cakap sebelum ni.

Aku fikir dengan macam – macam yang kami buat untuk dekatkan diri dengan Allah, Allah akan tolong aku, Allah pandang aku dengan belas ihsan. Allah akan bagi nyawa dalam rahim aku. Sampailah satu hari ada seseorang h4mba Allah hubungi aku.

Kawan sekerja Zain juga. Soalan dia, “sejujurnya kau bagi suami kau kawin lain ke?”. Aku tak fikir apa, kan aku cakap suami aku sempurna kan. Mana mungkin aku ragui kesetiaan dia. Maybe budak tu just nak tahu sebab tahu aku dan Zain dah lama kawin tapi tak ada anak.

Aku cakap ntah la. Tapi tak kot. Dia beritahu benda ni dah lama berlaku depan mata dia, dia betul – betul kesiankan aku. Perkara yang aku paling takut selama ni. Ya, Zain ada perempuan lain. Saat aku dapat tahu tu menggigil tangan aku search profile FB perempuan tu, laju – laju screensh0t apa yang patut.

Gambar dia, family dia, apa – apa detail. Terus aku buka kertas siasatan. Jangan main – main dengan tahap siasatan orang perempuan, Bukit Aman pun kalah. Dalam masa berapa minit saja aku dapat semua detail dia siap no telefon.

Aku namakan dia Afiyah. Muda, bertudung, kurus, lagi cerah dari aku. Tapi sopan gaya – gaya kampung. Nampak post dan gambar pun banyak likes mungkin jenis banyak peminat tapi bukan jenis perempuan belanja lurah. Terus laju aku call Zain.

Tapi sump4h aku menggigil, d4da aku macam nak pecah, tapi sempat aku tanya nama dia dan dia kat mana sekarang sebelum aku letak. Aku terus beritahu Superior aku nak balik ambil MC, tak sihat. Berdesup aku start enjin pergi tempat kerja Zain.

Dalam kereta, aku tanya Zain siapa Afiyah, sejauh mana hubungan diorang. Zain ceritakan semua satu persatu. Memang dia ada niat mengahwini Afiyah dan madukan aku. Zain dah jatuh sayang dengan Afiyah. Pendengar setia masalah kerjanya, lembut, tak meIawan turut segala arahan Zain.

Dah lama hubungan tu. Hampir setahun. Segala apa yang terjadi, macamana berlaku, satu – satu Zain ceritakan. Aku betul – betul tak boleh nak terima lelaki yang depan mata aku saat tu, yang sangka sempurna dan akan setia hingga hujung nyawa sanggup khi4nati aku macam ni.

Suami yang sepanjang masa dengan aku, tak pernah balik kerja lambat. Setiap weekend habiskan masa dengan aku. Siap aku yang suruh pergi la keluar lepak dengan kawan – kawan. Bergayut? Main mesej? Sump4h langsung tak ada. Track record bersih. Memang jenis pandai makan, pandai simpan.

Paling best siapa sangka wujud perempuan yang tak kisah kawan dengan suami orang dan tak dapat perhatian sepenuhnya macam orang bercinta. Redha tak dapat dating selalu. Memang sesuai karakter jadi perempuan simpanan.

Macam seluruh langit ni menghempap aku, macam seluruh isi dunia ketawakan aku sebab b0doh betul tak perasan perubahan suami aku disaat ada insan lain yang mula berbahagi kasih dengan aku. Betul – betul rasa kecewa macam nak m4ti.

Di saat aku meng4muk luar kawalan, hampir – hampir bunvh diri sebab aku yang drive kereta masa tu. Zain lafazkan ayat yang paling menakutkan bagi semua perempuan, dengan niat untuk menenangkan aku. “Aku ceraikan kau dengan taIak satu”.

Masih segar di fikiran aku saat tu. Diam. Bergegar tiang arasy. Jelas dan nyata ayatnya. Zain tak senang duduk. Dia kata dah buat silap besar. Dia tak ada niat langsung nak ceraikan aku. Dia masih sayangkan aku lebih dari apa pun.

Hari yang sama juga terus kami pergi jumpa Peguam Syarie sahkan lafaz taIak tu. Zain percaya apa yang dia buat tak salah. Malah Islam pun tak melarang poIigami. Sungguh – sungguh yakinkan dia betul mampu beristeri dua.

Dia cuma inginkan zuriat dari keturunan dia. Aku? Sump4h betul – betul k0yak. Aku depr3ssed. Berhari – hari aku tak makan minum. Kenyang dengan air mata. Ajaibnya aku masih tak dapat membenci lelaki depan mata aku ni, yang mengkhi4nati rumahtangga kami. Kalau lah aku boleh terus lari jauh dari semua ni.. – Marisa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sepi Mentari : Maaf, pada beberapa komen dan cerita tt ni.. ya perasaan s4kit tu valid. Cuma bila kita baca balik, takda benda yang jadi tu sebab itu bermasalah ini bermasalah, ujian ni Allah bagi untuk kita balik ke Dia, dunia mana ada yang sempurna?

Usaha macam mana pun, kalau kata bukan untuk kamu maka bukanlah ia. Kehidupan kadang – kadang akan datang dengan cara yang sangat meny4kitkan, satu masa tu bagai dihempap batu. Saya risau pada pembaca – pembaca ni, kita dah menidakkan takdir.

Kat sini saya takda nak nyatakan siapa salah siapa betul, suami tt pun tak patut buat macam tu tapi dapat difahami, kalau betul sayang hubungan tt dan suami, rujuklah dan cuma berdamai dengan takdir. Ya perempuan mana ja yang sudi berkongsi, lagi – lagi suami sedemikian rupa.

1 dalam sejuta.. menjaga wanitanya sebaik mungkin. Mungkin realiti nak jumpa tu bagai must4hil bagi kami yang bujang ni.. ada lagi ke? Tapi tulah, suami, anak semua pinjaman, tiada pun yang milik kita. Semoga hati tt terawat satu masa nanti dan dipermudahkan jalan hidup.

Pari Pari : Sedihnya kisah ni.. Sebak d4da sis menahan rasa. Apa – apa pon moga akhirnya adik temui kebahagiaan hakiki yang diingini. Allah maha kaya dik..berserah dan berdamai la dengan takdir. Moga adik tenang melalui liku – liku kehidupan. Nanti sambung kesudahan cerita yaa.. nak sangat tau pengakhiran kisah ni.

Fatanah Zakirah : Perkahwinan bukan hanya pasal anak. Anak tu ujian, tengok berapa ramai yang kahwin takde anak tapi boleh bahagia. To tt, be strong danfikirkan secara rasional sama ada terima atau tidak untuk bermadu.

But to think again that u too deserve to be happy even takde anak lagi sekalipun. Percaya aturan Allah untuk sangat berhikmah dan akan bagi pada waktu yang sesuai rezeki nan 1 tu especially bila kita redha sebenar – benar redha.. from ex ttcian hugs.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?