Hanya sebab minta adik lelaki tolong angkat baju dekat ampaian, ayah pukuI mak. Itu kerja perempuan!

“Anak d4ra mana? Suruh adik yang lelaki plak angkat kain! Tak malu dik4ta dek orang? Kau tu perempuan, orang lelaki plak yang kena angkat kain?” Puas ayah pukuI mak, tiba – tiba mak menjerit halau ayah keluar dari rumah. Ayah terdiam, lembut lutut..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku gadis berumur 26 tahun. Anak perempuan tunggal dalam keluarga. Penghidap maj0r depr3ssive dis0rder with psych0sis features (anx1ety dan pskiz0). Mula didiagnos pada tahun 2015, tapi kalau diikutkan pada apa yang doktor selidik, sebenarnya aku dapat depr3ssion ni sejak zaman sekolah rendah lagi.

Nanti aku cerita detail pasal punca aku dapat peny4kit ni. Sekarang berbalik pada intro tentang diri aku. Daripada tajuk pun dah terang – terang bagitau yang aku ni still bujang. Of course orang keliling dah start push aku pasal kahwin.

Tapi aku sampai sekarang cuma akan senyum je atau buat – buat tak dengar. Main phone je. Aku pilih untuk tak jawab apa – apa, sebab aku dah start rasa penat nak menjawab soalan – soalan macam tu. Sebabnya, bukan tak ada lelaki yang pinang aku. Ada..

Kadang – kadang tu kakak pada si lelaki yang datang pinangkan. Kadang – kadang tu mak pada si lelaki. Ada sesetengah pinangan tu, si lelaki tu sendiri yang approach aku. Tapi semuanya aku reject mentah – mentah. Kaum lelaki ni pada pandangan aku, kalau untuk dibuat kawan, yes aku okey.

Tapi start je diorang sebut pasal soal hati yang nak pinang aku, terus aku jadi tawar hati. Aku jadi tak reti dah nak berkawan lagi dengan diorang. Kebanyakan kes, aku putvskan friendship kitorang macam tu je. Mesti korang kata aku ni jual mahal. Atau bajet hot. Hahah. Kan, kan.

Tapi sebenarnya kan, Semua tu disebabkan pengalaman hidup la weh. Aku tr4uma, bukan sesaja memb4bi buta je aku buat macam tu. M4kin lama aku hidup, m4kin aku rasa yang lelaki ni cumalah makhluk yang hanya tahu menyusahkan dan membebankan orang lain.

Mungkin bukan semua lelaki macam tu, but still, kalau kau rasa kau bukan lelaki yang di dalam kategori ini, sila jangan sentap dengan cerita ini. Bukan kau yang aku kutuk, so kau boleh chill je dan teruskan baca sampai habis.

Told ‘ya, Disebabkan pengalaman hidup, aku jadi hilang respect pada lelaki. Kalau dulu orang kata perempuan ni adalah kaum yang lemah dan melecehkan. Tapi sekarang, aku pulak rasa yang lelaki adalah kaum yang membebankan.

Sampai sekarang pun hati aku sentiasa berbisik – bisik, “daripada kau kahwin then lepas tu kena bela biawak hidup, baik kau single.” Buktinya, baru – baru ni ayah aku pukuI mak aku. Punca? Masa tu aku tengah lipat kain. Ye la sebab aku perempuan kan.

So disebabkan aku perempuan, semua kerja rumah, aku yang kena buat. Adik – adik aku yang lelaki semuanya dih4ramkan dari menolong aku. Ayah aku sendiri yang ajar macam tu. Seolah – olah tangan lelaki ni terIampau suci untuk dicemarkan dengan membuat kerja – kerja rumah.

Normal la untuk orang yang ada masalah depr3ssion ni, aku cepat letih. Kadang – kadang lipat kain sikitpun aku dah tercungap – cungap macam baru lepas lari pecut 100 meter. Inikan pulak bila satu rumah tu aku yang kena setel 100%.

Mak aku tak sempat dan tak larat nakbuat semua kerja rumah, sebab dia kerja 7.30 am to 4.30 pm sebagai tukang cuci. Sepanjang hari duk naik turun bangunan yang tak ada lif. Ayah aku pulak tersangatlah bagusnya. Dia tak kerja.

Aku ulang, TAK KERJA. Kewangan rumahtangga semuanya dari mak. Pastu campur – campur sikit duit yang adik – adik aku hulur. Bolehlah. Dan ayah aku ni, lagak dia dalam rumah tu, macam dialah big boss yang wajib dilayan macam raja.

Dia tak nak makan benda – benda yang low class ni. Lauk untuk dia mesti hari – hari ayam, daging, seafood atau ikan – ikan yang berjenama. Sardin tin memang dia takkan makan langsung. Telur ayam lagiIah dia tak hingin.

Siap tanya lagi, ‘ini je? Ini buat stok makan dalam hutan je bolehlah.’ Time tengah gawat hujung bulan, ayah takkan peduli kitorang nak makan apa. Bila nampak mak beli sardin tin, ayah akan cepat – cepat bagitau mak. Untuk ayah esok, ayah nak mesti sekurang – kurangnya ayam goreng tepung.

Ayam yang digoreng pakai garam + kunyit je pun dia takmau. Bagus sangat kan? Lelaki sejatiiiiiiii sangat. Untung betul aku. Dah tu, ayah aku ni jugak, setiap kali lepas makan, pinggan mangkuk dia akan tinggal je depan tv. Dia basuh tangan pun dalam pinggan tu jugak.

Pastu dia pun sambung hadap tv. Sambil – sambil tu, air ais dari peti sejuk memang tak pernah lekang dari sebeIah dia. Kadang – kadang tu siap suruh orang bancuhkan air lagi untuk dia. Bila dah malas tengok tv, dia akan suruh aku kemas rumah yang dia dah sepahkan tu.

Alasan dia, tu kerja orang perempuan. Adik – adik aku pun per4ngai satu species jugak dengan ayah aku ni. Kat mana diorang makan, situlah diorang sepahkan pinggan mangkuk tu. Dalam bilik diorang je dah penuh dengan gelas, jag, piring tu semua.

Sampaikan kat dapur, nak minum pun cawan dah tak ada. Jenuh nak pergi kutip balik kat bilik diorang. Memang aku member0ntak sebenarnya. Penat dan sangat – sangat rasa diperh4mbakan. Tapi selama ni aku pendam je dalam hati.

Sebab ayah aku tu baran. Pantang ditegur, dan – dan tu jugak tangan dia laju membeIasah orang. Kadang – kadang tu dia capai je apa – apa benda yang dekat dengan dia. Benda tu la yang dia Iempar. Pernah je kepala aku ni Iebam sebab kena baIing dengan gelas, padahal masa tu umur aku baru 6 tahun weh.

Aku dah 26 tahun hidup dalam keadaan macam tu, sampai aku jadi takut nak bercakap. Telinga aku ni setiap masa terngiang – ngiang segala tempikan dan m4ki hamun. Tidur malam pun aku tak boleh, sebab selalu dapat mimpi ngeri.

Kadang – kadang baru je pejam mata nak try tidur, aku akan ternampak bayangan orang bermuka bengis datang nak pukuI atau bvnvh aku. Aku akan terk3jut, tercungap – cungap dan langsung tak boleh tidur dah lepas tu.

Berbalik pada scene macam mana ayah boleh pukuI mak aku hari tu. Petang tu, sambil – sambil aku lipat kain, adik – adik aku yang lagi lima orang tu syok je layan game kat tv sambil makan keropok. Keropok tu pun mak aku yang gorengkan sebab adik -a dik aku geli nak bukak api kat dapur, geli nak pegang kuali sudip tu semua untuk goreng sendiri.

Mungkin mak kesian tengok aku terkontang – kanting sorang – sorang buat kerja rumah dari pagi. Bila dah nak masuk maghrib, kain kat ampaian tak berangkat lagi. Mak mintak tolong adik aku angkat kain. Tapi sorang pun tak layan.

Duk buat b0doh je depan tv. Aku dah lama s4kit hati dengan semua tu. Tapi selama ni aku bertahan, sampailah petang tu. Ayah aku, bila dia dengar mak suruh adik aku angkat kain, terus ayah aku menyampuk. “Anak d4ra mana? Suruh adik yang lelaki plak angkat kain!”

Masa tu aku jadi macam… Weh! Angkat kain je kot! Adik – adik aku tu pun bukannya budak lagi. Yang bongsu pun dah sekolah rendah. Aku memang dah lama sabar tau. So petang tu, aku menjawab. “Kalau betul lelaki tak boleh buat kerja orang perempuan, dah tu janganlah suruh orang perempuan keluar rumah gi cari rezeki. Tu kerja lelaki, bukan kerja perempuan. Perempuan ni kerjanya menghabiskan duit je.”

Aku pun taktau apasal boleh spontan je semua tu keluar kat bibir aku. Mungkin sebab ayat tu dah lama bermain – main dalam fikiran aku, cuma tunggu masa je untuk lepaskan. Yang ayah aku, bila dia dengar aku kata gitu, dia sentap. “tak malu dik4ta dek orang? Kau tu perempuan, orang lelaki plak yang kena angkat kain?”

Aku baIas, “Saya tak kisah pun kalau orang nak mengata belakang – belakang. Kalau berani, cakap depan – depanlah.” Mak nak cuba redakan keadaan. Tapi mak tersalah cakap sikit je. “ayahnya tu sudah lah… kalau orang mengata tengok lelaki angkat kain, dia takut. Tapi yang perempuan pergi kerja tu dia tak takut pulak orang mengata.”

Inilah ayat yang buat ayah meIetup. Ayah tunggu sampai mak habis solat maghrib, terus ayah ser4ng mak kat bilik. Berdentang – dentum kitorang dengar barang – barang berterbangan. Kitorang adik beradik boleh dengar dengan jelas waktu ayah beIasah mak.

Mak menangis pun kitorang dengar. Habis semua benda dalam bilik tu ayah campak kat mak. Siap Iempang muka lagi, berkali – kali. Mak pun agaknya dah tak tahan sangat. Situ jugak mak mintak cerai. “Keluar dari rumah ni!”

Tup – tup ayat tu buat ayah terdiam. Terus ayah, dengan lembutnya, dia pujuk mak supaya jangan sebut lagi pasal cerai. Sebab apa? Sebab kalau ayah nak keluar, dia kena tinggalkan rumah tu sehelai sepinggang. Dia mana ada apa – apa harta!

Barang – barang rumah tu, daripada barang dapur sampailah ke motor kereta, even rumah tu sendiri pun, semuanya mak punya. Atas nama mak. Nak isi minyak pun ayah duk mintak duit mak. Pernah sekali tu aku dengar ayah kata. “Aduh, kredit phone dah expired ni.”

Bila mak diam, ayah boleh plak kata gini, “eh takkan duk diam je. Orang dah bagitau ni dah cukup baiklah.” Ya Allah, aku tak tahulah mana dia letakkan maru4h dia. Aku ni nak beli barang apa pun aku pakai duit sendiri. Beli motor sekalipun. Satu sen pun aku takde nak mintak kat mak.

Betapa kedananya ayah dan betapa h1nanya dia di mata aku. Aku setiap masa berd3ndam dengan dia. Malam yang sama tu jugak, ayah ser4ng aku sekali. Tapi dalam s4mseng dia masa tu, dia tak berani pukuI aku. Tak macam sebelum – sebelum ni.

Agaknya sebab dia tahu, akhir – akhir ni kelakuan aku sangat susah untuk dijangka. Asal orang tak kacau dan tak cari pasal dengan aku, so aku dengan bahagianya boleh baik dengan semua orang dan dengan amannya boleh buat hal aku sendiri.

Jangan kacau aku. Kadang – kadang aku boleh buat muka p0ker face, sampai dia pun s4kit hati bila aku buat don’t know dengan m4ki hamun dari dia. Kadang – kadang plak aku boleh jadi agr3sif sampai dunia pun macam nak ki4mat bila aku dah start bertempik.

Of course la, orang psych0sis kot. Nasib dia la… heh! Lagipun, masa tu aku memang dah simpan pis4u dengan stapler gvn dah kat dalam bilik aku. Ye la, kalau bini dia pun dia boleh pukuI, inikan pulak aku. Cuma masa tu yang aku fikir, mungkin aku takkan guna pis4u.

Kalau apa – apa jadi pun, aku decide untuk cuma guna stapler gvn je nanti, sebab boleh t3mbak dari jauh. So ayah aku masa tu, dia pekik dari dalam bilik je. Dia tak cakap depan mata aku. “Belajar tinggi – tinggi, alih – alih menjawab je tahu. Baik tak payah belajar!” Haha

Okey fine, memang dalam family, aku sorang je yang belajar sampai U bagai. Tapi jangan silap. Ayah aku tu pun, masa kecik dulu bukannya dia tak ada peluang sambung belajar. Ada, bahkan terbuka luas lagi. Abang kakak dia sanggup taja dia belajar, cuma dia yang malas.

Setakat lulus SRP je, pastu sibuk nak enjoy sana sini. Sekarang, abang kakak dia semua dah hidup senang lenang. Dua daripada diorang siap ada title Datuk Seri lagi. Ayah aku je yang duk eg0 jugak dengan hidup dia. Langsung tak nak dengar nasihat orang.

Dan tak nak berusaha pun bila abang kakak dia nak tolong dia bukak bisnes. Dia reject gitu je cadangan tu, dia lagi rela hidup bertengkek atas duit bini. Aku pun tak tahulah macam mana nak cakap betapa malunya aku setiap kali berdepan saud4ra mara kitorang.

Makcik aku plak, dari aku kecik lagi diorang tengok aku dan adik – adik dididik dengan cara yang salah. Ayah aku langsung tak bertanggungjawab. Setakat kahwin nak puaskan nafsu je gamaknya. Makcik aku la yang tolong kitorang.

Bagi kitorang pendidikan, belikan baju sekolah semua. Waktu aku dapat tawaran matrikulasi, mak cik aku yang belikan laptop. Sampai sekarang aku still jaga laptop tu. Pakaian – pakaian untuk aku ke kelas pun dia yang tolong belikan.

Habis matrikulasi, aku dapat offer ke Mesir. Tapi disebabkan tak ada duit, aku tolak. Tawaran ni jugak aku rahsiakan dari pengetahuan makcik aku. Sebab aku tahu diorang akan marah bila tahu aku tolak offer tu. Alasan diorang, diorang bila – bila masa je boleh sponsor study aku.

Masa ni aku dah start jadi perahsia. Semua masalah aku pendamkan dan cuba selesaikan sendiri. Sebab aku dah m4kin malu dengan makcik pakcik aku. Sampailah satu tahap, agaknya tuhan tu sengaja nak tunjuk. Waktu aku sambung degree kat satu IPT ni, ditakdirkan aku tak dapat PTPTN.

Bukan sebab pointer aku teruk, tapi sebab ayah aku yang dari awal lagi melarang aku masuk U. Dia siap kurung aku kat rumah bila dapat tahu aku berkeras nak sambung belajar. Dia kata kalau aku sambung belajar, nanti aku lupa diri.

Dia pukuI aku masa tu, sampai berbekas pipi aku dengan tapak tangan. Berbirat – birat badan aku kena tali pinggang, cuma disebabkan aku nak sambung belajar. Padahal aku tak mintak duit dia pun! Haha d4hsyat betul ayah aku tu.

Situlah start aku tak berpeluang nak mohon PTPTN. Tapi aku usaha jugak supaya dapat mohon on time. Dan bila dah berjaya curi – curi mohon plak, disebabkan kelam – kabut takut ayah tahu aku keluar rumah, aku dah tersalah isi PTPTN tu.

Sejak tu kewangan aku di sepanjang zaman U jadi sangat – sangat mencekik. Try mohon balik PTPTN tu, tapi faham – faham je la sistem pengurusan kat Malaysia ni. Itu tak kena, ini tak boleh. Duit aku banyak habis kat situ je weh, padahal kewangan aku m4kin lama dah m4kin sesak.

Sudahnya aku give up. Aku mohon je mana – mana bantuan pelajaran / biasiswa / pinjaman. Tapi still tak dapat padahal semua kelayakan aku lengkap. Aku anggap, tuhan sengaja buat semua ni untuk tunjukkan sesuatu pada aku.

So sejak tu aku kerja part time untuk tampung belajar. Tapi course engineering ni yurannya sangat mahal. Dan student engineering juga antara student yang paling sibuk berbanding course lain. Aku tetap tak cukup duit nak tampung study.

Makcik pakcik aku tak tahu hal ni (tak dapat PTPTN) sebab aku malu nak bagitau. Dah ayah aku sendiri pun buat tak tahu je pasal aku. Dia boleh buat b0doh je bila tahu aku ada masalah kewangan. Siap dia balikkan salah tu pada aku.

“Yang hari tu gatal sangat nak sambung belajar tu apahal? Sekarang tanggunglah sendiri.” Sejak tu, ayat ni jadi semacam pekikan – pekikan yang tak henti – henti bertempik kat telinga aku. Sampai aku rasa macam nak menjerit sekuat – kuat hati, nak suruh suara tu diam.

Then kalau dah ayah sendiri pun buat aku macam tu, macam mana aku nak mintak duit dari makcik aku? Memanglah diorang tak kisah, tapi diorang pun ada keluarga diorang sendiri. Aku segan dengan sepupu – sepapat aku.

Adik aku pulak bagitau, ayah tak putvs – putvs ada skandaI dengan perempuan lain. Macam mana adik tahu? Haha kampung aku tu tak besar mana pun weh. Cuma orang kampung tak kecohkan benda ni, tu yang mak aku tak tahu pasal scandaI – scandaI laki dia. Diorang kesian kat mak.

Ayah memang kaki perempuan, sejak zaman muda lagi. Opah aku sendiri yang cerita. Aku pun tak tahu macam mana mak boleh berkenan kat ayah. Agaknya mungkin sebab ayah ni jenis yang pandai bergaya kot. Nampak smart je, tu yang senang nak tackIe perempuan tu.

Sinilah aku start jadi tak cukup rehat. Aku berlapar, kadang – kadang sabun cuci kain yang seringgit tu pun aku tak mampu beli. Sudahnya, sabun mandi tu la yang jadi syampu, pencuci muka, pencuci kain. Semualah! Nak jimat punya pasal.

Sehari aku cuma makan satu set roti bakar. Masa tu 3 keping harga seringgit. Ayah aku? Apa dia buat? Enjoy. Tahu – tahu je, aku yang tengah kelaparan kat U tu dapat khabar dari kampung yang ayah dah beli phone baru.

Phone canggih plak tu, mahal giIa. Bayangkanlah macam mana kecik hatinya aku masa tu. Menangis je aku tiap – tiap kali mengenangkan nasib diri sendiri. Tiap – tiap kali dengar member sembang bergurau – gurau kat fon dengan ayah masing – masing, mesti aku nangis dalam sembunyi.

Sebab aku cemburu. Aku teringin nak ada ayah yang baik. Masa nilah aku didiagnos menghidap depr3ssion. Aku mula pencilkan diri dan aku jadi takut nak keluar dari bilik. Sebab aku terasa – rasa macam semua orang pun jahat macam ayah aku yang suka pukuI aku.

Aku berhalusinasi sampai tak boleh tidur malam. Siang aku akan mengantuk sampai banyak tertinggal kelas. Banyak kali kena naik turun pejabat disebabkan masalah disiplin. Sampailah aku nekad nak berhenti belajar. Masa tulah baru Allah ‘muncul’ menyelamatkan aku.

Makcik aku terdetik hati nak datang rumah aku. Entah macam mana, dia terjumpa surat yang pihak U hantar ke rumah aku. Surat merah kedua yang menyatakan aku masih belum bayar yuran padahal dah nak study week.

Makcik aku terbaca surat tu. Bila dia tahu pulak aku tengah dalam proses nak berhenti belajar, terus dia contact aku. Sejak tu, dialah yang taja penuh study aku. Tup – tup bila dah habis belajar, ayah aku tak bagi pulak aku kerja guna degree aku tu.

Katanya, sebab aku perempuan. Kalau aku kerja besar – besar, nanti aku ni lupa diri. Kerja kat kampung je dah cukup bagi dia. Sampailah sekarang, aku tengah berusaha untuk keluar dari rumah ni. Mungkin aku kena sambung belajar lagi, atau apa – apalah.

Dan kali ni bila dah keluar, aku takkan balik dah ke rumah ni. Hari tu aku silap, aku tak mengelat atau cuba menyewa kat mana – mana dulu. Lepas habis final exam hari tu, aku terus balik rumah sebab kesian kat mak. Sekarang sekali lagi aku dah dikurung dalam rumah ni.

Dan disebabkan semua yang aku lalui ni jugalah, aku jadi serik dengan lelaki. Selama ni hidup aku hanya berdiri atas kaki sendiri, dibantu mak dan makcik. Lelaki dalam hidup aku hanyalah bersifat obstacle yang kerjanya tak sudah – sudah jadi penghalang usaha aku.

Dalam family aku ni jugak, tak sudah – sudah dengan kes curang dan cerai. Semua tu berlaku dalam keluarga sebeIah ayah. Adik beradik ayah yang buat per4ngai. Atuk aku pun per4ngai sama je macam tu. Yang ni lagi dahsyat. Atuk dari dua – dua beIah pihak per4ngai sama.

Maksudnya, mak aku dan ayah aku, bapak diorang dari species yang sama. Entahlah, memang family aku ni jenis baka tak elok gamaknya. Kebanyakannya per4ngai sama je dengan ayah aku. Dahlah tak mampu tanggung kos hidup, ada hati plak nak kahwin lain.

Senyap – senyap plak tu. Bila terbongkar, si isteri pertama tu dah jadi tawar hati sangat dah. Sebab dah berkali – kali kes tu berulang. Kalau sekali dua tak apa lagi, kutlah boleh dimaafkan. Ada jugak kes makcik aku terjumpa k0ndom dalam kereta laki dia.

Ada juga yang laki dia dalam diam bersekedudukan dengan betina lain. Itu baru kes yang berlaku dalam family aku. Kes – kes luar hasil pemerhatian dan pergaulan seharian tak dimasukkan lagi tuh. Aku pernah jadi pengasuh anak lecturer aku.

Dia ada PhD, sementara laki dia plak mengharap gaji bini dia tu untuk menanggung penuh kehidupan rumahtangga diorang. Duit gaji laki dia tu taktau la ke mana pergi. Pastu lama – lama, baru la aku tahu.. Satu hari, laki dia senyap – senyap datang rumah aku.

Malam plak tuh! Uih, jantan hidung belang rupa – rupanya! Patutlah duit gaji semua habis sekelip mata. Waktu dia datang tu, aku lock semua pintu. Tak bagi dia masuk. Tapi masa tu aku still takut sebenarnya, terfikir gak, manatau kalau dia gi pecahkan pintu tu ke.

Haha overthinking. Pastu kalau kat tempat umum, dia suka tengking bini dia. Kalau ada orang tegur,jawapan dia senang je. “Dia tu bini, okey? Syurga dia bawah tapak kaki aku.” Siap dia tunjuk lagi tapak kaki dia. Agaknya dia nak bagitau betapa h1nanya darjat seorang perempuan.

Start tu terus aku berhenti kerja mengasuh anak diorang. Itu baru sebahagian. Pendek kata, tak kiralah sama ada dalam family aku ke, tak ke, species lelaki ni semuanya lebih kurang sama je. Kalau yang berserban karang, dia pergunakan dalil agama untuk ani4ya isteri dia.

Kalau yang tak ada serban atas kepala plak, dia langsung tak sedar diri walaupun seumur hidup duk makan hasil titik peluh isteri. So… Setiap kali ada lelaki datang approach, sampai sekarang aku masih tak dapat nak buang prasangka buruk terhadap diorang.

Aku hanya nampak negatif je pada diorang. Lagi – lagi bila aku tanya, “kenapa pilih saya?” Diorang akan jawab gini. “sebab awak nampak macam senang nak di handle.” Oh, aku cukup pantang dengar ayat tu! Orang akan kata, ‘lelaki mesti ar akan pilih perempuan yang boleh menyenangkan hati dia.’

Atau, ‘normal la tu. Masing – masing ada hak untuk memilih benda yang paling senang.’ So aku fikir, aku pun ada hak la untuk aku reject semua pinangan yang datang daripada lelaki yang aku rasa susah nak di handle.

Pernah tak dengar ayat, “kahwinlah… biar ada orang jaga… s4kit demam pun biar ada orang ubatkan…” Pernah dengar? Bagi aku, ayat tu cuma digunakan dengan maksimanya oleh orang lelaki. Diorang kahwin hanya untuk mempergunakan kaum wanita supaya mengabdikan diri pada diorang.

Tapi perempuan? Kalau diorang kahwin, bererti diorang sengaja menc4mpakkan diri ke dalam ner4ka dunia dengan membela biawak hidup. Lagipun aku fikir, aku ni datang dari keturunan yang tak elok. Jadinya, tak mahulah aku ambil risik0 dengan berkahwin, pastu mengharap untuk dapat zuriat yang baik – baik pulak.

Haha macam b0doh je aku rasa. Dah bakanya tak elok, nak mengharap apanya lagi. Korang kecamlah apa pun pada confession aku ni. Aku tak kisah. Sebab aku takkan baca pun kahkahkah. Tujuan aku confess ni pun sebab aku nak luah apa yang dah terIampau lama aku pendam. – Nora

Komen Warganet :

Eqbariah Han : Bukan main ye bapak dia… amboi – amboi angkat kain kerja perempuan ye. Awak tanggungjawab sebagai suami entah ke mana nak sembang pulak pasal kerja perempuan. Dah kira bersyukur bini awak tu masih tahan dengan awak.

Entah – entah bini awak tu tau semua benda awak buat kat luar tu tapi taknak cakap pape sebab takmau cerai. Maybe masih nak pikirkan anak – anak semua. Dasar betul pakcik ni. To confessor, feel sorry for you. Semoga you feel okay sikit after confess.

Its ok kalau tak kawin, you tau you cannot handle, masih tr4uma. Just biar je. Jangan fikir sangat pasal kawin. Sekarang, stand up dan buat terbaik for your mom. And jangan abaikan kesihatan you juga. Good luck.

Hidayah Maznan : Ya Allah terbakar rasa baca cerita ni. 26 tahun dah mend3rita. Cukup – cukuplah tu. Dah terlalu lama. Cepat cari jalan keluar. U deserve to be happy. Cari keje and nanti bawak mak keluar dari rumah tu. Tu rumah mak kan?

Jual je. Terlalu banyak kenangan pahit kat situ. Mak tak mampu buat apa – apa maka kita jadilah anak yang mmbela nasib dia. Saya percaya awak hebat. Dalam tekanan pun awak mampu habiskan degree. Memang salute. All the best for ur future!

Siti Rahmah : Dik, bawak mak jauh dari situ dik. Kesian dia. Cukup – cukup la diperh4mbakan oleh suami dan adik – adik lelaki kamu. Kita kuat dik. Allah pon tak mahu h4mbanya hidup mend3rita. Dia sentiasa memberi peluang dan pilihan.

Fikirkan yang terbaik dik. Akak pon punya ayah yang tak pernah beri nafkah pada mak. Tapi dia wanita yang berani minta cerai dan berdikari. Alhamdulillahh, kami berdua hidup happy. Soal jodoh pula, akak serahkan bulat – bulat pada Allah.

Setiap kali ada orang yang nak serious akak akan minta petunjuk / doa dan istikharah. So far, tak pernah mengecewakan. Allah akan tunjukkan satu – satu. Sampai sekarang happily single living with my mom. Semoga awak dan mak awak ditunjukkan Allah jalan yang terbaik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.