Aku sorang je kerja, suami duduk rumah jaga anak. Aku tatang suami macam Raja. Dia cakap nak buat FB, dia mesej dengan ramai bini orang ajak manja-manja

Aku bagi laki aku duduk rumah, semua aku yang tanggung. Dia mula minta macam – macam. Nak beli itu, nak beli ini. Aku ikutkan. Tapi suami hari – hari dia mesej perempuan dalam Facebook. Dia ajak aku cerai sebab aku tak benarkan dia bermesej dengan perempuan.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Minta tolong post kisah aku min. Aku tak tahu nak mula macam mana. Sekarang dah pukuI 1.50 pagi pun aku masih tak dapat nak lelapkan mata. Sedih sangat aku rasa min. Hati aku berat, d4da aku sesak, fikiran aku bercelaru. Aku rasa penat sangat tapi mata langsung tak mahu pejam.

Aku dah kahwin empat tahun min. Aku dikurniakan dua orang cahaya mata, perempuan, kembar. Tapi cuma anak yang sulung je yang ada dengan aku sekarang. Yang bongsu tu mak aku yang jaga. Sebab dulu waktu aku dalam proses cerai dengan laki aku, aku mengajar di kampung suami aku.

Disebabkan tak ada orang yang jaga dua – dua anak aku, jadi mak aku benarkan aku bawa seorang je. Masa tu hati aku h4ncur min, tapi aku fikir sekurang – kurangnya ada seorang dengan aku. Tapi takdir Allah, entah kenapa hati aku lembut sangat untuk balik semula dengan laki aku waktu tu.

Jadi kes aku gugurkan dan aku balik dengan laki aku. Aku fikir mungkin dia dah berubah, mungkin dia sedar kesilapan, mungkin ini peluang kedua untuk kami bina hidup. Aku pun pujuk diri, demi anak – anak, demi rumah tangga.

Sekarang dah hampir tiga tahun aku balik dengan laki aku, per4ngai dia mula keluar satu – satu balik. Aku tak tahu nak luah dekat siapa lagi dah. Semua benda aku k0rban untuk dia. Sampai tahap aku sanggup makan nasi dengan garam je.

Waktu tu laki aku tak ada duit untuk bagi makan kami anak beranak. Sebab dia cuma kerja buruh kasar. Cuaca pula tak mengizinkan untuk bekerja. Kami tinggal dekat rumah yang tak ada bekalan elektrik selama dua bulan min. Hidup macam tu. Gelap, panas, sunyi, lapar.

Aku masih ingat lagi waktu malam, anak menangis kelaparan, aku cuma mampu peIuk sambil air mata menitis. Lepas tu kami pindah kerja ke bandar lain sebab nak ubah hidup. Dengan berbekalkan RM230 untuk ambil bilik sewa dan beli makanan. Semua aku hadap dengan hati yang redha.

Dengan izin Allah, hati mak aku terbuka untuk tolong kami waktu tu. Ringan sikit beban kami. Masa tu anak sulung aku masih lapan bulan. Aku tak bekerja, cuma laki aku je kerja. Allah je tahu apa aku rasa waktu tu. Sampai tahap aku jual emas yang mak aku bagi dekat aku untuk hidup, bayar segala hutang. Sampai sekarang aku rasa bersalah sangat dengan mak aku.

Laki aku cuma mampu bertahan kerja kat situ tiga bulan sebab kawan sekerja dia seleweng duit jualan, dia sekali terkena tempias. Aku sanggup berjaga sampai pagi kira balik stok sebab aku tak nak gaji dia dipotong. Alhamdulillah gaji dia masuk macam biasa. Lepas tu dia berhenti kerja. Aku kesian sangat dekat dia, jadi aku cakap biar aku pula kerja.

Aku dapat kerja kerani dekat satu syarikat. Tapi sebab tak ada pendapatan lain dan terp4ksa berg4ntung dengan gaji aku, aku ambil keputusan berhenti dan cari kerja yang dibayar harian. Dari situ, semua aku yang tanggung. Aku bagi laki aku duduk rumah, jaga solat, jaga anak.

Niat aku supaya dia tak bergaul dengan kawan – kawan dia yang tak elok. Pem4buk, kaki d4dah, semua ada. Aku fikir kalau aku dekatkan dia dengan sejadah, dia akan berubah. Tapi niat aku disalah ertikan. Dia mula minta macam – macam. Nak beli itu, nak beli ini. Aku ikutkan.

Aku tahu keluarga dia memang tak ambil peduli pasal dia, jadi aku cuba bagi kasih sayang yang dia tak pernah rasa. Dia kata bosan, nak buat Facebook, WeChat. Aku benarkan. Tapi sebenarnya itulah yang makan diri aku. Hari – hari dia mesej perempuan dalam Facebook. Dua puluh empat jam.

Sampai aku rasa macam tunggul dalam rumah sendiri. Aku masih boleh sabar bila setakat kawan. Tapi dia siap test market. Puji perempuan lain cantik, alim, berpurdah. Minta gambar. Bercerita benda tak berfaedah. Ajak couple. Aku yang bagi kebebasan, aku yang terIuka.

Bila dia ada masalah, dia cari aku. Tapi bila dia bosan, dia cari perempuan lain. Bila aku luahkan perasaan aku, dengan bangga dia cakap, kalau tahan, tahanlah. Kalau tak tahan, buanglah. Masa tu jantung aku macam berhenti sekejap.

Demi Allah, selama ni aku tatang dia macam minyak yang penuh. Aku sanggup berikat perut demi bagi dia senang. Kalau aku tegur pasal duit internet pun, dia cakap susah sangat nak minta duit dengan aku. Nak main Facebook pun payah. Duduk rumah je macam orang giIa. Padahal aku yang kerja, aku yang tanggung.

Aku buat semua tu sebab aku nak dia jauh dari kawan – kawan lama. Tapi peng0rbanan aku dia langsung tak nampak. Sampai satu tahap, dia ajak aku cerai sebab aku tak benarkan dia bermesej dengan perempuan. Bukan aku cemburu buta. Kalau setakat tanya khabar, kongsi ilmu, aku tak marah. Tapi bila sampai minta gambar, ajak manja, itu bukan kawan. Itu maksi4t.

Yang buat aku lagi s4kit hati, kebanyakan perempuan dalam Facebook dia tu isteri orang. Aku pelik, dia pun tahu s4kitnya bila suami curang, tapi masih melayan. Bila aku tegur laki aku, dia kata aku b0doh, fikir benda yang tak masuk akal. Dia kata aku suka berfikiran negatif. Tapi aku tahu, kalau Allah nak uji, benda must4hil pun boleh jadi.

Sekarang aku tengah mengandung. Tapi dia langsung tak berubah. Dia cakap dulu dia pernah susah payah jaga aku kat hospital, kali ni dia tak mahu k0rbankan diri dia lagi. Seolah – olah anak dalam perut ni bukan anak dia. Aku rasa macam orang asing dalam hidup dia sendiri.

Kalau bab perempuan dalam Facebook, sampai tengah malam dia sanggup berjaga. Tapi bila aku ajak borak, dia kata mengantuk. Dari raut muka dia, aku nampak kalau aku tak ada pun dia tak kisah. Aku makin hari makin tertekan. Tiap malam aku menangis.

Aku penat min. Penat jadi kuat seorang diri. Penat bertahan dengan hati yang terIuka. Penat berharap pada orang yang tak pernah betul – betul hargai aku. Kalau tak kenangkan anak – anak, mungkin aku dah lama pergi. Sekarang aku betul – betul buntu.

Aku rasa aku sorang je yang bersungguh nak selamatkan rumah tangga ni. Bila aku minta perhatian, dia melenting. Kata dia fed up dengan aku. Padahal aku tak pernah larang dia berkawan, aku cuma minta hormat aku sebagai isteri. Hati aku sekarang taw4r, s4kit, sedih, semua bercampur.

Aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan. Aku cuma nak tahu, patut ke aku terus berk0rban untuk orang yang tak pernah hargai? Atau patut ke aku belajar lepaskan demi diri aku dan anak – anak? Aku bukan tak sayang. Aku cuma dah terlalu penat mencintai seorang diri.

Komen Netizen :

Nurul Huda : Sayang diri sendiri dan anak – anak dulu sis. Sayang bangkai hidup buat apa. Simpan lama – lama, bau busuk, buang sajaIah. Lagipun awak ada dia pun sama je macam tak ada. Awak juga bertanggungjawab seratus peratus pada hubungan rumah tangga awak.

Dia ada nak fikir hal awak dan anak. Dia tahu makan hasil perempuan je, tak guna betul. Kesianlah dekat mak awak. Saya rasa lebih baik awak cerai. Tak guna dah bagi peluang kalau tak reti berubah. Awak ada sokongan daripada mak dan anak – anak. Bela anak – anak awak, itu lebih bagus sis. Ini sanggup ikut perut awak dan anak semata – mata sebab jantan macam tu. Peliklah saya. Apa awak pandang dekat dia. Aduh, buka mata sis.

Nour Sara Sharif : Kau yang buat masalah, pura – pura tak tahu jalan sampai tak boleh tidur. Sayang laki tak bertempat. Laki macam siamang atau naga bonar pun sayang macam nak m4ti. Macamlah tak ada laki boleh m4ti. Padahal laki tu memang nak cerai. Sian anak konon.

Kalau betul sian, tak adalah mak kau bela seorang anak sampai terpisah macam tu. Ayat orang tak ada akal. Yang betulnya sayang laki sangat. Sampai jadi b0doh pun sanggup. Bagi alasan anak. Macam nak Iempang je muka ni. Beng0ng.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :