Isteri surirumah jaga anak je. Makin anak besar, aku mula cari hiburan lain. Aku ingat isteri tak tahu. Sampai satu hari, aku perasan isteri aku berubah.

Isteri aku meng4muk, suara dia bergetar, mata dia merah. Aku dapat balasan cash! Aku kemaIangan masa balik dari pejabat naik motosikal. Kaki aku patah. Lebih teruk, mata sebelah aku buta. Sebelah lagi masih nampak, tapi tak jelas.

#Foto sekadar hiasan. Hai admin semua. Aku pinjam akaun Facebook anak buah aku sekejap sebab segan nak guna akaun sendiri. Aku nak luahkan sikit cerita, mana tahu boleh sedarkan para suami di luar sana yang mungkin pernah atau sedang lalui benda yang sama macam aku.

Aku bukan nak buka aib sesiapa, cuma aku nak kongsi dari hati, sebab bila aku pandang balik apa yang jadi dalam hidup aku, aku sedar banyak benda yang aku ambil ringan dulu, rupanya besar kesannya. Masa baru kahwin, hidup aku dengan isteri memang baik dan bahagia.

Isteri aku seorang yang ceria, mudah terhibur walaupun aku buat lawak b0doh. Kadang – kadang aku sendiri rasa lawak aku tak kelakar, tapi dia tetap ketawa. Lepas kahwin, aku jarang keluar lepak dengan kawan – kawan. Member selalu bahan aku, kata aku takut bini, kena kawal dengan bini.

Sejujurnya, isteri aku tak pernah kawal aku. Aku sendiri yang tak mahu keluar sana sini. Aku rasa lebih seronok duduk rumah, depan mata isteri, tengok – tengok anak. Isteri aku suri rumah sepenuh masa. Jaga anak kecil walaupun seorang, tapi aku tahu bukan senang.

Dari luar nampak macam remeh, tapi hakikatnya penat dia aku sendiri tak pernah betul – betul faham. Dia urus rumah, urus anak, urus aku juga. Cuma kesilapan aku bermula satu hari bila anak aku makin membesar, rutin hidup makin sama setiap hari, dan aku mula rasa bosan tanpa sedar.

Walaupun aku ada di rumah, sentiasa depan mata isteri setiap hari, aku lupa satu benda paling penting. Aku lupa jaga hati isteri aku sendiri. Bila dia di depan aku, aku layan dia macam biasa. Aku buat dia ketawa, aku sembang dengan dia, aku tunjuk seolah – olah aku suami yang baik. Tapi bila dia tak ada depan mata, aku buat benda yang aku sendiri malu nak mengaku sekarang.

Aku layan laman web gambar perempuan yang tak senonoh. Aku tengok gambar perempuan lain yang s3ksi – s3ksi. Aku kata dalam hati, aku cuma tengok saja, tak buat apa pun. Aku rasa itu perkara biasa untuk lelaki. Aku tak sedar sebenarnya dalam diam aku tengah Iukakan hati isteri aku.

Walaupun dia tak tahu, walaupun dia tak nampak, tapi aku tetap sedang khi4nat pada perasaan dia. Isteri aku masa tu masih ceria. Kadang – kadang dia mengeluh penat jaga anak, tapi dia tetap senyum. Dia tetap layan aku baik. Aku pula rasa selesa dengan situasi tu. Aku rasa semua okey, tak ada masalah besar.

Sampai satu hari, aku perasan isteri aku berubah. Dia tak ceria macam dulu. Senyum pun macam p4ksa. Ketawa pun jarang. Bila aku tanya, dia kata dia okey, cuma penat, tak tahu kenapa hati dia rasa tak sedap, rasa tak kena. Aku buat tak kisah. Aku diamkan saja.

Aku terus hidup macam biasa, dengan dunia aku sendiri. Aku ingat perasaan tu akan hilang dengan sendiri. Rupanya aku silap besar. Satu hari, tanpa aku sangka, isteri aku menangis teruk depan aku. Dia meng4muk, suara dia bergetar, mata dia merah.

Rupanya dia periksa telefon aku dalam diam. Semua yang aku tengok selama ni, semua yang aku simpan, semua terbuka depan mata dia. Aku kantoi. Masa tu aku tak tahu nak cakap apa. Aku hanya mampu diam. Dia tanya aku, tak cukup ke ada seorang isteri. Apa yang kurang pada dia. Kenapa aku masih cari perempuan lain walaupun sekadar tengok.

Dia cakap, kalau betul aku macam ni, Allah akan balas. Hati dia h4ncur. Aku nampak perubahan pada wajah dia. Senyum dia bukan senyum yang sama aku kenal dulu. Dalam kepala aku masa tu, aku masih fikir itu perkara kecil. Aku fikir lumrah lelaki tengok benda macam tu.

Tapi bila aku tengok isteri aku menangis malam – malam, aku mula rasa bersalah. Cuma ego aku masih tinggi. Aku tak betul – betul berubah. Aku cuma janji, tapi dalam hati aku masih rasa itu benda remeh. Sampai satu hari, Allah betul – betul tunjukkan aku.

Aku kemaIangan masa balik dari pejabat naik motosikal. Kaki aku patah. Lebih teruk, mata sebelah aku buta. Sebelah lagi masih nampak, tapi tak jelas. Masa tu aku rasa dunia aku gelap terus. Aku tak tahu nak buat apa. Aku terbaring, tak mampu bergerak macam dulu. Semua benda aku perIukan bantuan.

Dan orang yang paling setia ada dengan aku masa tu, adalah isteri aku sendiri. Orang yang aku Iukakan hati dia. Orang yang aku kecewakan. Dialah yang mandikan aku, suapkan aku makan, tolong aku ke tandas, jaga aku siang malam. Walaupun aku nampak dia menangis bila fikirkan nasib aku, dia tetap kuat depan aku.

Setiap malam dia menangis. Dia kata dia cintakan aku sampai bila – bila. Sebab itu dia kecewa bila aku buat benda yang meny4kitkan hati dia dulu. Masa tu jantung aku rasa gugur. Aku rasa Allah masih beri aku peluang. Allah masih beri aku hidup dengan isteri dan anak, walaupun aku banyak lalai.

Baru masa tu aku betul – betul sedar. Aku sedar selama ni aku tak bersyukur. Aku ada isteri yang baik, setia, jaga aku dalam susah dan senang. Tapi aku sendiri yang rosakkan kepercayaan dia. Aku sendiri yang cari kepuasan sementara dan sanggup Iukakan hati orang yang paling ikhlas sayang aku.

Buat isteri aku, kalau kamu terbaca cerita ni dan rasa macam kisah hidup kamu, abang nak minta ampun dan maaf. Abang tahu satu perkataan maaf tak cukup. Abang tahu parut dalam hati kamu bukan senang nak hilang. Abang minta maaf sebab lalai. Abang minta maaf sebab tak bersyukur ada isteri macam kamu. Abang minta maaf sebab abang pernah rasa kamu ada kekurangan, padahal sebenarnya abang yang penuh kekurangan.

Sekarang baru abang faham, isteri bukan dicipta untuk dibanding – bandingkan dengan orang lain. Isteri bukan untuk dicari ganti bila kita rasa bosan. Isteri adalah amanah. Dialah yang jaga kita bila kita jatuh, bukan orang lain.
Aku tulis ni bukan sebab aku suami yang baik.

Aku tulis sebab aku suami yang penuh silap. Aku nak para suami di luar sana sedar, jangan ulang kesilapan aku. Jangan tunggu Allah ambil sesuatu dari hidup kita baru kita nak berubah. Jangan tunggu isteri kita hilang senyuman baru kita nak hargai.

Hargailah isteri kita walau apa kekurangannya. Sebenarnya bukan isteri yang kurang, tapi kita yang selalu rasa tak cukup. Sepatutnya kita jaga dia, lindungi dia, sayang dia, manjakan dia. Bukan cari yang lain, bukan bandingkan dia dengan sesiapa.

Sekarang aku hidup dengan satu penyesalan besar, tapi aku bersyukur Allah masih beri aku peluang. Peluang untuk bertaubat, peluang untuk jadi suami yang lebih baik, walaupun dalam keadaan yang tak sempurna. Dan aku harap, kisah aku ni jadi pengajaran, bukan sekadar cerita.

Komen Netizen :

Seri Rumini : Alhamdulillah… setiap manusia pasti buat silap. Yang penting, awak masih diberi peluang untuk bertaubat, menyesali perbuatan lalu, dan isteri masih sayang awak. Jagalah keluarga awak, rajin buat solat berjemaah, jadilah imam dalam solat, semoga awak menjadi suami yang mithali.

Meesz Deena : Semoga jodoh sampai ke syurga. Pintu taubat masih terbuka. Siapa kita nak menghukvm, Allah maha pengasih dan maha pengampun.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :