Ada isteri orang mesej mengadu bagitahu, isteri saya ada skandal dengan suami dia. Paling terk3jut ada gambar isteri selfie waktu malam

Paling best gambar selfie time malam pun ada walhal isteri saya cakap dia kena overtime malam – malam sebab urusan kerja. Lama kami berg4duh disebabkan hal ni. Kali ni dia pulak tuduh saya ada skandal dekat pejabat..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hide profil saya ya. Saya berumur 30an, berasal dari utara tanah air tapi dah merantau ke negeri orang sejak selepas SPM. Ketika menyambung pengajian peringkat diploma di selatan tanah air, saya telah berkenalan dengan isteri saya.

Dan dipendekkan cerita, kami berkahwin sebulan setelah konvokesyen dan dikurniakan 3 cahaya mata setakat ini. Cerita bermula ketika saya membuat keputusan untuk bertukar kerja ke bidang pembinaan sekitar 4 – 5 tahun lepas. ketika itu saya masih tidak mempunyai kelayakan untuk bekerja di bidang ini lalu saya membuat keputusan untuk berpindah ke rumah mertua saya bersama keluarga saya kerana faktor peluang kerja di sana.

Tahun pertama di rumah mertua semua berjalan seperti biasa dengan saya dapat bekerja sepenuhnya di tapak bina bermula Januari 2023. Untuk pengetahuan isteri saya juga bekerja di tapak bina pada masa tu. Segalanya bermula Jun 2023.

Saya terbuka whatsapp isteri saya ketika itu (tak ingat sebab apa) dan saya ternampak whatsapp dia dengan seorang lelaki (Saya namakan sebagai N) tapi hanya separuh. selebihnya telah dipadamkan. saya bertanya pada dia tentang whatsapp tersebut dan dia hanya cakap tu rakan sekerja dia jadi saya hanya membiarkan saja tanpa banyak bertanya atas dasar kepercayaan cuma saya pesan kalau buat benda bukan – bukan dan kantoi dengan saya, masak la dia.

Long short story, selang beberapa bulan ketika saya berehat selepas balik kerja, tiba – tiba messenger saya berbunyi. Ada mesej dari perempuan yang bukan friend dengan saya pun. Dia bagi gambar isteri saya dan tanya betul ke ni isteri saya.

Kemudian dia tanya kenal ke N. Saya cuma cakap kenal tu tak, tapi pernah perasan la whatsapp diorang. Dia memperkenalkan diri sebagai D, isteri N. Yezza segala yang saya syak malam tu bocor dengan sendirinya. D share kepada saya gambar – gambar selfie isteri saya dengan N, gambar diorang berjalan waktu kerja.

Paling best gambar selfie time malam pun ada walhal isteri saya cakap dia kena overtime malam – malam sebab urusan kerja. Rekod whatsapp isteri saya dengan D pun ada di mana isteri saya meminta maaf kepada D atas hal yang berlaku serta merayu D supaya tidak beritahu saya tentang hal ini.

Saya hanya mampu terdiam malam tersebut. Keesokannya saya balik ke kampung saya sendirian. Mungkin naluri seorang ayah, dia dapat agak saya dalam masalah. Saya berkongsi tentang hal ni kepada dia dan meminta pendapat dia. Ayah dan ibu saya meminta saya supaya bersabar demi anak – anak.

Saya bertanya pada isteri saya melalui whatsapp dan dia mengakui tentang hal ni serta meminta maaf. Lama kami berg4duh disebabkan hal ni. Kadang – kadang pasang kadang – kadang surut dan bila kami berg4duh saya secara autom4tik akan terungkit pasal hal yang pernah dia buat.

Selepas kes tersebut, saya meneruskan hidup macam biasa. Kadang – kadang saya akan pulang ke kampung sendirian menaiki motorsikal. Kadang – kadang ikut group motor pergi ride untuk tenangkan fikiran. Ditakdirkan lumrah kerja saya menyebabkan saya akan berpindah mengikut site yang ada projek dan penghujung 2024 kontrak saya tidak disambung atas sebab syarikat mengalami kerugian besar di salah satu projek di lembah klang.

Saya telah ditaw4rkan kerja di utara tanah air dengan pendapatan permulaan yang meningkat daripada asal. Jadi setelah memikirkan semua kos, saya menerima kerja tersebut. Isteri saya meminta saya agar pulang setiap minggu namun keadaan kerja tidak mengizinkan dengan jarak perjalanan 600km pergi dan balik.

Di sini konflik bermula balik. Dia memaksa saya pulang setiap minggu atas alasan mengandung. Untuk pengetahuan kami masih lagi tinggal di rumah mertua dan saya tinggalkan kemudahan kepada mereka untuk guna termasuk kereta. Saya hanya bawa motor sahaja ke tempat kerja. Kadang – kadang saya akan balik naik motor atau pun ets.

Jarak dari tempat kerja saya ke rumah ibu saya lebih dekat, jadi bila saya tak balik ke rumah mertua, saya akan balik ke rumah ibu saya. Masalahnya isteri saya akan buat per4ngai setiap kali saya balik ke rumah ibu saya. Dia akan cakap saya tak nak bawa dia, saya burukkan dia dekat keluarga saya.

Keluarga saya layan dia sama macam sebelum ni. Malah siap berpesan supaya jangan bercerai. Lepas 6 bulan saya dapat offer kerja dekat dengan rumah. Jadi saya berulang setiap hari untuk ke tempat kerja. Kali ni saya dituduh buat skandal kat tempat kerja pula sedangkan saya dengan officemate berkongsi kereta untuk urusan kerja di pejabat client pada masa tu.

Ketika ini saya dah mula taw4r hati. Saya mula menyibukkan diri di tempat kerja. Mula mendaftar gym. Kadang – kadang time lunch pergi main bowling sorang – sorang dekat mall. Baru ni berg4duh lagi pasal hal remeh. Sekarang dah masuk seminggu tak nak bercakap. Saya rasa macam orang asing dekat rumah tu dah sekarang. Saya perIukan pendapat dari pembaca tentang apa saya perlu buat. Saya dah penat. Sekian – Insan yang penat

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :