Suami nak aku nampak b0doh jadi isteri. Dia suruh aku berhenti kerja, terperuk dalam rumah. Baru ni suami bagitahu dia ada kekasih, anak orang kaya sekufu

Suami mengaku dia suka perempuan lain. Anak orang kaya, sama taraf dengan dia. Sekufu katanya. Aku dah jumpa perempuan itu, memang cantik. Aku berk0rban jadi b0doh, berhenti kerja sebab nak taat pada suami. Akhirnya, suami cari perempuan lain..

#Foto sekadar hiasan. Mohon hidekan profil aku ya admin, terima kasih. Aku menulis ini bukan untuk meraih simpati, cuma aku betul – betul sedang berada dalam dilema besar antara terus bertahan atau berpisah dengan suami. Aku seorang ibu kepada dua orang anak.

Sudah hampir tujuh tahun berkahwin, dan sepanjang tempoh itu, semakin lama aku rasa perkahwinan ini bukan lagi tempat aku untuk merasa tenang, selamat, dan dihargai sebagai seorang isteri. Aku sampai ke tahap ini sebab aku sudah tak mahu hidup dengan suami atas beberapa sebab yang sangat berat untuk aku pikul seorang diri.

Sebab pertama, sepanjang perkahwinan, suami sentiasa rasa insecure dengan aku. Dia suruh aku berhenti kerja, aku turutkan. Dia tak suka kalau orang cakap aku lebih pandai daripada dia, aku turutkan juga. Aku memb0dohkan diri sendiri sepanjang perkahwinan dan tak pernah ada niat langsung untuk mengatasi dia dalam apa – apa pun.

Hakikatnya, dia lebih muda dan aku graduate lebih awal, malah aku banyak membantu dia menghabiskan kedua – dua peringkat ijazah dia. Dari segi tugasan, assignment, presentation, aku yang tolong fikir dan semak. Tapi dia terlalu ego untuk mengaku aku ini berguna walaupun sedikit.

Bila aku cakap aku nak upgrade diri, contohnya belajar menjahit atau ambil kursus kecil – kecilan, dia tak benarkan. Alasan dia anak masih kecil. Tapi dalam masa yang sama, dia langsung tak mahu jaga anak walau untuk sejam pun. Jadi maksudnya aku kena terperuk di rumah, tak boleh berkembang, tak boleh ada dunia sendiri, tapi dia bebas keluar masuk ikut suka.

Sebab kedua, dia selalu memburukkan dan memaIukan aku kepada kawan – kawan dia. Dia cakap aku materialistik dan degil. Kalau betul aku materialistik, takkanlah aku sanggup berhenti kerja dan jadi suri rumah. Sebab dia kata aku materialistik adalah kerana aku tak mahu duduk rumah PPRT (flat).

Bukan sebab aku tak mahu rumah kecil, tapi sebab duit suami aku dalam bank ratus ribu, tapi dia sanggup suap orang dalam semata – mata nak dapatkan rumah PPRT. Bagi aku, ramai lagi orang susah yang lebih layak. Atas sebab itu, dia canangkan aku ini materialistik.

Padahal duit dia yang banyak itu, tak pernah sekali pun aku minta untuk beli apa – apa. Pernah sekali aku nak beli rantai emas, dia suruh aku belikan hadiah dengan harga yang sama untuk dia juga. Sejak itu aku serik. Aku lebih rela pendam daripada minta.

Dari segi nafkah zahir, dia memang tak pernah culas walaupun selalu lambat. Tapi nafkah batin, kadang – kadang sebulan sekali. Mungkin sebab dia tak mahu aku hamil lagi. Masalahnya, aku memang ada masalah untuk hamil dalam waktu terdekat.

Kalau aku tuntut cerai, keluarga suami kata mereka akan ambil anak – anak sebab masalah aku. Aku alami post partum depr3ssion yang teruk dan sekarang ada PTSD. Aku jadi begini sebab sejak awal kahwin, aku hidup dalam tekanan.

Ditambah pula masa kecil aku pernah jadi m4ngsa ped0filia. Sebelum kahwin, aku dah cerita semuanya kepada suami, tak ada rahsia langsung. Dia kata dia boleh terima sebab dia pun “nakal” masa belajar di luar negara, faham – fahamlah.

Aku kahwin bukan sebab dia kaya. Masa itu aku berduit dan bekerjaya, tak wujud pun isu nak tumpang senang dia. Aku kahwin sebab aku fikir dia boleh bimbing aku ke arah yang lebih baik. Keluarga dia memang baik, alim, tapi itu cuma impian aku sahaja. Ajak solat pun dia tak mahu.

Suami pernah naik tangan masa aku hamil. Lepas itu tak ada lagi sebab keluarga dia beri amaran keras. Keluarga aku tak tahu langsung kejadian itu. Walaupun perut aku Iebam, muka aku berd4rah, aku tahan sebab fikirkan maruah mak ayah dia.

Aku pula datang dari keluarga yang pecah belah, tak ada siapa yang betul – betul akan perju4ngkan aku. Malah mak aku sendiri pernah buat sih1r nak pisahkan aku sebab dia marah suami aku sia – siakan aku. Tapi benda itu menambahkan lagi sengsara jiwa aku.

Suami salahkan keluarga aku sebab dia tak berjaya walaupun belajar tinggi. Dia kata semua sebab sih1r. Langsung tak mahu tengok kelemahan diri sendiri. Lebih meny4kitkan, suami secara terbuka mengaku dia suka seorang perempuan lain.

Anak orang kaya, sama taraf dengan dia. Sekufu katanya. Aku dah jumpa perempuan itu, memang cantik, sama baya dengan suami aku. Aku sedih sangat sebab sejak kecil aku hidup susah, aku usaha keras habiskan belajar, dapat kerja elok, naikkan taraf keluarga.

Tapi dia suruh aku berhenti sebab nak aku taat sebagai isteri, aku ikutkan. Bila aku dah jadi begini, dia suka – suka s4kitkan hati aku dan h1na keluarga aku pula. Suruh lepaskan aku, dia tak mahu. Ego dia tinggi, takut orang cakap dia tak pandai kawal isteri.

Aku bukan isteri derh4ka. Semua aku buat dengan izin. Makan pakai aku jaga. Cuma aku ini bukan patung. Bila dia s4kitkan hati aku, aku akan marah dan membebel. Aku tak pernah pecahkan barang atau buat drama besar. Aku cuma manusia yang tertekan.

Masalahnya, bila aku nak luahkan perasaan, dia langsung tak mahu dengar. Hampir setiap malam dia keluar melepak sejak awal kahwin, macam orang bujang. Aku tak bising. Aku cuba faham hati seorang suami. Tapi bagi dia, aku cuma bibik. Tak perlu dihargai, tak perlu dijaga hati. Dia boleh cerita pasal perempuan lain, tapi aku tak boleh emosi. Aku kena senyum, kena telan semua seorang diri.

Dia nak privasi. Dia nak bilik sendiri. Tak mahu kami ganggu barang – barang dia. Tahun depan dia nak beli rumah, aku cakap aku nak keluarkan KWSP, dia sindir, “Nak buat apa letak nama kau, bukannya kau bayar pun.” Masa itu aku rasa sangat h1na. Aku ingat kalau suami isteri, mestilah letak nama bersama.

Aku tahu ramai akan kecam aku dan kata aku patut bersyukur sebab suami masih beri nafkah zahir dan dah tak pukuI. Tapi jiwa aku sengsara sebab aku tak pernah rasa dihargai. Aku k0rbankan segala yang aku ada untuk gembirakan dia. Tapi kalau aku demam separuh m4ti pun, dia tak akan bantu jaga anak.

Untuk apa jadi isteri kalau aku langsung tak ada makna dalam hidup suami sendiri? Dia pernah cakap, ada orang kahwin isteri pertama susah, kahwin isteri kedua baru senang. Dia maksudkan diri dia. Padahal dia bukan susah pun, tapi tetap nak h1na aku dengan cara halus.

Kalau kalian berada di tempat aku, adakah salah aku nak berpisah? Aku tak mahu berakhir sebagai orang yang giIa di hospital bahagia. Aku memang ada PTSD, masih peringkat awal. Selama ini aku bertahan sebab anak – anak, tapi sekarang aku tahu kemungkinan besar aku tak akan dapat hak jagaan mereka sebab masalah aku.

Kalau aku teruskan, aku takut aku membah4yakan anak – anak sebab tekanan aku terlalu tinggi. Aku zikir setiap hari untuk tenangkan diri sebab aku tak mahu berg4ntung pada ubat penenang. Dalam d4da aku sekarang, semuanya bercampur. Tertekan, sedih, marah, buntu, semua ada. Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya aku rasa. Aku cuma nak hidup sebagai manusia yang w4ras, bukan sebagai isteri yang hidup tapi jiwanya m4ti.

Komen Netizen :

Zuraira Hanapi : Suami awak tidak matanglah sis. Ada pula kita tidak boleh pandai daripada dia? Dah memang kita pandai, nak sorok macam mana? Psiko suami awak itu. Dengan isteri patutnya buat kawan, bukan buat musvh. Tambah lagi keadaan awak ini.

Dah diikut semua yang dia suruh, boleh pula buat awak macam lembu dicucuk hidung. Kalau betul nak bawa diri itu, pergiIah kaunseling, pejabat agama untuk rujukan. Andaikata anak – anak tidak boleh bersama dengan awak, sibukkan diri dengan kerja. Memang d4rah daging kita tidak boleh nak tinggalkan, tapi siapa dia nak pisahkan. Cuba buat rayuan. Ingat Allah SWT itu ada. Kalau Dia berkehendak, apa – apa yang must4hil pun tidak must4hil dah.

Noorsyazana Mohd Nor : Allah, k3jamnya suami macam itu. Eh suami ke apa macam itu? Sampai depr3ssion sebab rumah tangga. Rujuk pejabat agama sis. Saya rasa akak kena start balik kerjaya akak. Jangan risau, saya percaya akak akan jadi sepuluh kali lebih berjaya tanpa lelaki macam itu dalam hidup akak. Stay strong sis, Allah sentiasa bersama – sama akak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :