
Kami adik beradik halang adik bongsu sambung belajar dekat India. Kami p4ksa dia berk0rban jaga mak dekat kampung. Yang kakak – kakak ipar semua jadi batu api supaya kami benci adik. Sehinggalah Tuhan balas dekat aku…
#Foto sekadar hiasan. Part 1 >> Adik dan mak kemaIangan. Kami terus balik kampung marah adik sebab cuai. Adik parah, kami tinggalkan dia dekat wad. Ye aku nak menjawab pelbagai persoalan di postingan yang pertama aku dulu. Soal kecaman tu, aku maafkanlah dan aku terima sahabat sahabat, dah memang itu Salah aku. Ini kifarah buat aku.
Aku baru keluar dari wad hospital, disebabkan peny4kit aku ni yang dah bermacam ada. Ulang – alik ke hospital dan bukan semata – mata faktor usia juga. Dah 5 series.. Aku ada cakap sebelum ni Fiqa yang jaga aku semasa aku s4kit, Itulah realitinya.
Malunya aku dengan adik bongsu aku Fiqa selepas bermacam – macam tohmahan h1naan dan c4cian yang dia terima daripada diri ini tapi masih lagi dia sudi untuk menjaga aku di hospital. Lagi lah yang membuatkan aku berlinang air mata adalah kata – kata dari Fiqa.
Apa yang dia cakap, “Abah selalu pesan dekat adik, apa – apa pun jadi, Jangan sampai membenci adik beradik sendiri. Nak marah – marahlah sebab tu lumrah manusia dengan sifat tu tapi jangan sampai ada sifat d3ndam dalam diri. D3ndam tu boleh merosakkan hati jiwa dan nurani”.
Masa tu semua adik beradik aku yang lain pun menangis juga masa tu termasuklah mak aku. Semuanya mula menyesal. Nak menjawab persoalan semua kenapa isteri aku tak jaga aku waktu aku s4kit? Itu isteri yang mencari aku bila waktu senang sahaja.
Aku dah salah cara didik isteri aku selama usia perkahwinan aku 24 tahun. Aku sendiri tak pernah tegas dengan dia, jauh sekali untuk menegur kesilapannya. Aku selalu mengalah dan menuruti setiap kemahuan isteri aku selama ni. Ini jugalah mungkin balasan kerana terlalu manjakan isteri Aku dan penuhi apa yang diminta. Menjadi Isteri yang rosak.
Betullah orang tua – tua dulu kata sayangkan isteri berpada – pada, jika tak mahu mer4na jiwa. Aku s4kit pun isteri aku tak pedulikan pun apatah lagi nak jaga aku di hospital. Jauh sekali.. macam – macam diungkitnya. Kalau nak cerita pasal bercerai ni, dah banyak kali dah dia minta.. cuma aku masih sayang isteri aku, dan aku ada anak lagi yang masih kecil bersekolah masih perIukan kasih ibu mereka.
Walaupun yang jaga anak – anak adalah orang gaji. Anak – anak pun dah tertekan sangat dengan keadaan sekarang, aku pula s4kit macam ni. Dah tak mampu berbuat apa. Cuma aku mampu biarkan saja isteri aku. inginkan kebebasan dari dahulunya lagi.
Waktu mula – mula aku jatuh s4kit di rumah, aku sendirian je dalam bilik. Aku sendiri tak tahu ke mana isteri aku pergi malam tu. Mujurlah ada anak – anak yang membantu. Dorang call adik beradik aku mintak datang rumah dan bawak aku ke hospital.
Dan Fiqa lah yang volunteer untuk jaga aku di hospitaI. Anak sulung aku pula busy nak exam. Anak – anak lain Fiqa bawa pergi rumah mak aku. Semenjak aku keluar dari wad ni aku jarang dapat jumpa isteri aku. Dia call pun cuma nak mintak duit saja mintak aku transfer secepat yang mungkin.
Fiqa bawa aku balik ke rumah mak untuk jaga aku sampailah aku sembuh. Dari situlah hubungan aku dan Fiqa sem4kin membaik. Betullah orang cakap bertuah ada adik perempuan ni. Sudi bantu kita dalam waktu kita susah dan s4kit macam ni.
Perhubungan adik beradik takkan terputus pertaliannya. Anak – anak aku pun suka duduk dengan uwan dan maksu mereka.. disebabkan Wan selalu masak sedap – sedap mereka cakap. Fiqa ni dia pandai mengajar juga tau. Kan dulunya Fiqa dapat taw4ran pergi India cuma disebabkan kejahatan aku dulu la tak bagi Fiqa sambung belajar semuanya punah sebegitu saja.
Fiqa lebih memilih untuk bekerja dan cari duit masa tu sampailah arw4h abah pergi buat selamanya dan Fiqa terus menetap di kampung. Adik beradik aku yang lain juga dah mula sedar kesilapan masing – masing. Ingat!! lelaki juga suka ikut perasaan amarah ye dan masing – masing ada ego yang tinggi.
Ada juga Lelaki selalu fikir dia saja yang betul dan menang. Ape nama peny4kit sekarang tu. Narcissist. Tak selidik betul – betul walaupun mempunyai akal yang panjang. Sekarang hubungan keluargaan kami dah sem4kin baik. Ambiklah sesuatu yang terjadi tu sebagai pengajaran.. berbuat baik lah tanpa mengira siapa mereka. Terima kasih Fiqa terima kasih adik abang. Yang benar, – Leman, dah insaf (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Suria Garden : Insaf satu hal… perbetulkan keadaan hal yang lain. Moga abang – abang Fiqa dapat bantu Fiqa teruskan hidupnya dengan lebih selesa. Kudrat perempuan, kuat mana saja nak kerje keras…harap abang – abang lelaki ni paham – paham la keperluan adek mereka.
Yesmina Butik Bmc : Dah pernah jd abang yang taguna, jangan jadi suami yang sama plak. Isteri tu bagiIah kebebasan kalau dah tak mampu tunaikan hak dia. Kang tak pasal – pasal bertambah d0sa masing – masing. Aku memang malas nak kesian dengan ko, harap je la kifarah ko terp4ksa mengemis pertolongan orang yang ko m4ki – m4ki dulu.
Cain Adam : Classic case bila kita buat jahat kat d4rah daging sendiri, hibah sikit untuk adik ko tu, baik lelaki baik perempuan, buat famili demi pasangan tak ikut suka ja ni, bahana menanti. Nasib bukan cerita bini tua jaga time s4kit bini baru tak nampak muka kat spital.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.