
Aku dah siap kemas semua barang aku dan anak aku untuk keluar dari rumah, sebab suami sendiri yang halau kami suruh kami keluar dari rumah dia hari tu. Petang tu, masa aku nak angkat barang, dia boleh kata, tak payah. Dia halau sebab tengah marah je..
#Foto sekadar hiasan. Dear FB, nak tanya makcik dan pakcik bawang ni. Suami bawa aku pindah rumah sendiri. Dah dua bulan duduk sini. Tapi, kenapa makin rasa tersiksa? Setiap malam suami wajib keluar lepak malam. Tak tahu dia lepak dengan siapa, sebab kawan – kawan dia bila aku call, semua kata dekat rumah.
Kadang – kadang baliknya 12 am, selagi tak 12 am ke atas, dia takkan balik. Isteri mana tak str3ss menunggu tiap malam? Kau nak kata, aku kena ikut dia supaya dia tak keluar malam? Okey ceritanya semalam dia dah siap dan dah dekat pintu rumah, sekali aku pun bersiap nak ikut tapi aku tak sempat bertudung. Depan pintu rumah tu dekat luar, dia koyakkan baju aku.
Kami tinggal dekat rumah apartment tingkat tiga. Perasaan aku sebagai isteri ni dah serik sangat ditinggalkan. Aku dah tak mampu menunggu dekat rumah, sebab aku dah terlampau serik ditinggalkan, berteman air mata setiap malam menunggu dia.
Untuk pengetahuan, asal dia keluar malam memang sangat susah untuk dihubungi. Alasan dia, dia simpan telefon dekat kereta. Malam semalam dia keluar, seratus kali aku call dan WhatsApp dia, langsung tak ada dia sambut. Aku dah str3ss sangat tiap malam macam ni.
Jangan kata aku tak ada berbincang, kami dah banyak kali berbincang. Sampai dah s4kit tekak suara garau dah aku hari – hari asyik lewat tidur dan tiap kali dia balik mesti membebel. Jangan juga kata mungkin bebelan aku yang buat dia keluar rumah.
Untuk pengetahuan, sebulan dia terbiasa asyik keluar malam, aku langsung tak ada membebel. Aku relakan dan aku senyap saja. Tapi, aku sedar tu buat aku makin str3ss, makin s4kit hati sendiri. Mana lagi anak aktif jaga sendiri, badan pun tak larat mengandung anak kedua masuk enam bulan sekarang.
Okey, cerita semalam. Dia koyakkan baju aku, aku rasa aku lebih sanggup diced3rakan daripada aku terp4ksa tunggu dia lagi dekat rumah tersiiksa dengan emosi. Jadi, aku bawa anak aku umur satu tahun, keluar rumah dan menunggu dia dekat parking kereta. Aku tak pakai tudung pun masa tu, sebab aku tak sempat siap ambil tudung dia dah keluar dan aku terus ikut sampai pintu.
Dah kami turun tunggu dekat bawah parking, hampir sejam kami tunggu. Akhirnya dia datang kereta, nak keluar. Dia hidupkan enjin saja kami terus masuk dalam kereta. Dalam kereta, dia hempuk aku, pukuI muka aku, mata aku sampai Iebam, gigi berd4rah.
Masa dipukuI tu pandangan ada juga macam kilat menyambar sebab s4kit dipukuI. Aku dipukuI sambil pegang anak. Tapi dia tak s4kiti anak. Aku tak kisah, asalkan aku tak s4kit hati tekanan tinggal dekat rumah sendiri. Dalam kereta, sambil dia memukuI aku lepaskan geram, dia asyik memaki dan suruh aku balik ke rumah orang tua aku.
Aku pun kata, aku dah penat ulang alik rumah orang tua aku sebab akhirnya dia akan ambil juga dan aku pun tak tenang sebab aku tinggalkan tanggungjawab aku jaga dia. Dan aku kata, kalau kau nak aku betul – betul balik rumah orang tua aku, kau kena lafazkan yang kau lepaskan aku. Tapi dia tak nak, cuma asyik kata dia menyampah dengan aku sebab asyik nak melekat dengan dia.
Aku hairan, bila masa aku asyik melekat dengan dia? Siang bangun pagi saja dah pergi kerja. Baliknya tujuh petang tiap hari, lepas tu bersiap mandi kejap, kemudian jalan lagi. Bila masa aku berkepit dengan dia? Bahkan aku rasa aku adalah isteri yang sangat kurang kasih sayang, sebab tu aku bertindak macam ni.
Untuk pengetahuan juga, aku dah urus fasakh tapi bukti tak cukup kuat lagi aku takut mahkamah akan tolak permohonan. Dan untuk pengetahuan, Rabu lalu aku dah siap kemas semua barang aku dan anak aku untuk keluar dari rumah, sebab dia sendiri yang halau kami suruh kami keluar dari rumah dia hari tu.
Tapi, petangnya bila aku datang bawa kereta dah nak angkut semua barang aku, dia boleh pula kata “dah lupakan saja, tadi tu tengah marah”. Ya Allah, terlampau penat dah aku asyik ulang alik rumah mak aku dan rumah dia. Aku tengah mengandung hampir enam bulan, selalu bila dia halau kami, aku akan naik Grab balik rumah mak aku. Tapi bila dia dah tenang, senang saja dia jemput kami, dan esoknya marah lagi, halau lagi.
Tak tahu nak meluah dengan siapa. Aku memang tak pernah cerita buruk suami aku dengan keluarga aku. Aku cuma cerita dengan mak mertua, lepas tu bila cerita dengan mak mertua, tahu – tahu saja asyik pertahankan anak dia seorang ayah dan suami yang baik. Baik apa kalau aku tersiksa macam ni?
Aku bila ditinggalkan, aku dah boleh rasa macam tak w4ras. Tapi aku selalu pandang muka anak, siapa nak jaga dia kalau aku tak ada? Tapi hidup dengan suami macam ni, tak ada siapa yang boleh rasa macam mana tersiksanya sekarang.
Insya Allah kalau ada kelapangan, aku akan buat laporan polis dan tunjukkan gambar bukti, supaya boleh jadi bukti sokongan di mahkamah kelak. Aku dah isi lengkap permohonan fasakh, semoga dilancarkan urusan aku untuk menuntut fasakh.
Dan aku harap mahkamah janganlah perlambatkan kes kes macam ni. Kesian kami ni golongan isteri yang dah disiksa, tapi senang – senang saja dipungut balik bila suami dah habis boxer dan tak ada baju bersih, pujuk isteri supaya ada yang tolong basuhkan baju.
Ulasan pembaca :
Kafiya Nur Sa’ida : Wanita yang bijak adalah wanita yang boleh melepaskan. Dia tak lagi memaksa diri untuk miliki sesuatu yang tak ditakdirkan untuknya. Dia terima segala ketentuan dengan reda dan sabar. Berlepas diri dari terus diikat dengan d0sa mengumpat dan berkata buruk.
Kata orang, mulut perempuan ni bah4ya. Tapi, wanita yang hebat boleh memecah tradisi tu dengan tetap berpegang pada akhlak yang baik tanpa meny4kiti insan dengan lisan. Lepaskan kesedihan dengan air mata. Ya, air mata yang mengalir dari seorang wanita sebab kesedihan bukan tanda kelemahan.
Sebaliknya mereka tetap nampak kuat kerana pasti, wanita yang hebat akan terus bangkit selepas tersungkur. Bukan terus terduduk di tanah dan menyerah. Ya, lepaskan apa saja yang boleh buat kau lega. Lepaskan apa saja yang boleh bawa kepada keamanan jiwa. Lepaskan segalanya kalau ia boleh beri manfaat pada agama. Jangan kau simpan, jangan kau tahan. Kerana, wanita yang bijak adalah mereka yang bijak melepaskan sesuatu hal kena pada tempatnya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.