
Suami cakap dia tak kisah hilang aku dan anak – anak asalkan bukan awek dia. Aku melutut merayu dengan dia jangan buat aku dan anak – anak macam sampah. Aku mula selidik pasal perempuan tu. Dia datang sini guna pas lawatan, memang t4rget cari suami orang..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min, minta hide Facebook aku. Aku ada pengalaman dicurangi suami dalam pantang. Maaf kalau coretan aku ni panjang. Mohon admin siarkan ya. Terima kasih min. Aku dan suami dah berkahwin selama 7 tahun.
Alhamdulillah sepanjang tempoh 7 tahun tu kami sangat bahagia. Suami aku memang seorang yang setia dari zaman kami bercinta lagi. Lupa aku nak beritahu, suami aku bertugas dalam unit beruniform dan aku seorang suri rumah.
Kisahnya bermula ketika aku mengandung anak kedua. Pada usia kandungan 5 bulan aku diuji dengan satu mesej di Facebook Messenger menggunakan akaun palsu yang mengatakan suami aku curang di belakang aku. Tapi aku tak mudah melatah tanpa bukti.
Setiap hari aku terima mesej yang sama. Aku bertanya kepada suami betul ke dia ada perempuan lain di belakang aku. Suami aku menidakkan semua tu. Tapi naluri isteri tak pernah salah. Sehinggalah aku melahirkan anak kedua. Per4ngai suami dah tak ambil peduli macam mana dia jaga aku masa aku melahirkan anak pertama dulu.
Dia asyik tak ada di rumah dengan alasan kerja. Aku mula rasa tak sedap hati. Sampai anak pun dia dah tak ambil kisah. Ketika aku berpantang hari ke 14, Tuhan gerakkan hati aku untuk periksa telefon suami. Alangkah luluh hati aku bila baca WhatsApp suami dengan kawan sekerja dia yang mengatakan dia dengan aweknya sedang makan dan masuk lewat sikit ke pejabat.
Patutlah selama aku berpantang dia asyik sibuk kerja, rupanya ada kerja lain di luar. Aku k3jut suami dan tanya pasal awek dia tu. Suami cuma cakap tu awek kawan dia dan dia cuma tolong hantar balik rumah saja. Aku tanya kalau awek kawan dia kenapa perlu mengaku awek dia siap bawa pergi makan lagi. Suami diam. Aku cakap tak apa kalau tak nak jujur, Allah tu ada.
Sejak peristiwa tu dia makin lain. Makin jarang ada di rumah. Setiap malam ke kelab atas alasan kerja. Tapi aku tak b0doh. Segala jadual kerja dia aku tahu sebab atasan dia kenalan aku walaupun dia tahu. Aku sabar. Aku ikut diam – diam ke mana dia pergi setiap malam dalam keadaan aku masih berpantang.
Dia masuk kelab, aku ikut masuk senyap – senyap nak kumpul segala bukti. Luluh hati seorang isteri bila tengok suami yang dia sayang berpeIukan dan bercvmbuan dengan perempuan lain. Sampailah hari ke-30 berpantang aku bersemuka dengan dia bersama semua bukti yang aku ada.
Aku minta kata dua tentang rumah tangga kami. Dia cakap baguslah kalau dah tahu, lepas ni dia tak perlu tipu aku lagi. Kecewa sungguh hati aku, rasa nak mer0yan. Tapi aku kuatkan hati dan iman, ingat Tuhan dan anak – anak. Aku minta dia telefon awek dia guna telefon aku.
Tapi awek dia takut nak angkat. Aku terus WhatsApp awek dia tanya serius ke nakkan suami aku. Kalau serius aku masuk meminang. Hanya tanda biru tanpa balasan. Lepas tu awek suami terus sekat WhatsApp aku. Keesokannya suami balik dengan muka masam.
Dia kata puaslah hati aku, awek dia dah tinggalkan dia sebab nak suami jaga aku elok – elok dengan anak – anak. Awek dia juga minta maaf sebab ganggu suami orang. Tapi semua tu tak lama. Seminggu lepas tu aku dapat tahu suami masih lagi berhubung dengan awek dia.
Macam mana aku tahu, sebab suami tertekan butang panggiIan dan aku tak sengaja terdengar suara awek dia, mereka sedang berbual. Aku terus m4tikan panggiIan dan telefon suami balik. Memang berg4duh besar kami waktu tu. Aku suruh suami balik bawa awek dia.
Kami bersemuka enam mata. Dengan nada paling tenang aku tanya kenapa tipu aku cakap dah tak berhubung, tapi apa semua ni. Kalau tak boleh berpisah cakap, aku boleh kahwinkan. Tapi masing – masing minta maaf dan cakap salah mereka berhubungan lagi.
Selepas bertubi – tubi soalan aku tanya, akhirnya mereka mengaku yang dah terlanjur. Allah, h4ncur hati aku. Suami yang selama ni sangat menjaga batas pergaulan boleh terlanjur. Selepas segala pengakuan dibuat, awek suami berjanji takkan ganggu suami. Dia cakap dia yang salah sebab goda suami, dia tahu tu suami orang tapi dia lupa diri.
Aku maafkan suami. Aku tanya apa kurangnya aku sampai perlu ada perempuan lain di luar. Dulu dia tak macam ni. Suami cakap awek tu sekadar suka suka teman dia masuk kelab. Aku cakap lepas ni aku buat apa yang dia nak, aku jadi apa yang dia nak.
Sejak hari tu suami berubah jadi macam biasa. Dia masuk kelab dan apa – apa semua dia bawa aku. Tapi semua tu tak berakhir di situ. Allah tu tak tidur. Rupanya suami masih berhubung dengan awek dia di belakang aku. Memang berg4duh besar kami masa tu sampai suami cakap dia tak kisah hilang aku dan anak – anak asalkan bukan awek dia.
Aku melutut merayu dengan dia jangan buat aku dan anak – anak macam sampah. Tapi dia tak hiraukan. Suami bukan macam suami yang aku kenal dulu. Dia dah lain sangat. Aku tak nak hilang suami. Aku ambil pendekatan berbeza. Aku biarkan dia dengan perempuan tu teruskan hubungan, tapi dalam masa yang sama aku selidik latar belakang perempuan tu. Alhamdulillah Allah bersama aku.
Maklumat pasal awek suami yang aku dapat menguatkan lagi dugaan aku yang perempuan tu bersama dengan suami hanya untuk lindung diri saja. Sebab dia orang seberang, datang sini guna pas lawatan saja dan dia bekas peIacur. Tapi suami tak tahu. Dia dah ada seorang anak berusia 5 tahun dan jadi janda masa usia 18 tahun.
Banyak lagi bukti yang aku dapat mengenai awek suami. Aku tunjuk pada suami tapi dia tak percaya. Kami berg4duh besar hari tu dan buat pertama kalinya suami angkat tangan pukuI aku. Agak teruk sampai aku mengalami pend4rahan dan aku tak tahu waktu tu aku hamil lagi.
Yang lagi sedih, waktu tu suami terus lafaz cerai talak satu dan keluar dari rumah, tinggalkan aku yang sedang pend4rahan seorang diri. Aku telefon kakak aku dan kakak bawa aku ke hospital. Kemudian aku buat laporan polis. Keesokan harinya mertua telefon beritahu suami aku kena tahan di lokap.
Aku cerita satu persatu kejadian yang berlaku. Menangis mertua aku, tak sangka anak dia jadi macam tu. Malam tu mertua pergi jamin suami dan bersemuka dengan keluarga aku untuk minta maaf. Malam tu juga mertua suruh suami bawa dia serta adik beradik suami pergi jumpa awek suami.
Mula – mula suami keberatan tapi selepas didesak baru dia bawa. Malam tu bersemukalah kami dengan awek suami. Mertua tanya bermacam – macam soalan tapi awek suami tak jawab sepatah pun, sibuk berWhatsApp dengan suami.
Sampai ipar aku naik angin dan rampas telefon awek suami. Terus suami melenting sebab telefon awek dia dirampas. Suami marah mertua dan cakap tak perlu jadi polis nak soal siasat awek dia. Terk3jut mertua. Depan mertua suami cakap dia tak kisah hilang keluarga tapi bukan awek dia.
Kalau mertua nak buang dia, buanglah sebab dia ada awek dia. Kecewa mertua masa tu. Tapi kami terima keputusan suami dan terus tinggalkan dia dengan perempuan tu. Mertua minta aku teruskan kes, jangan tarik walau apa pun jadi.
Mertua bawa aku pergi berubat dengan ustaz untuk pulihkan semangat. Ustaz yang rawat aku cakap aku terkena sih1r pemisah, ada orang nak runtvhkan rumah tangga aku. Mertua minta tengokkan suami sekali dan sah suami dah kena penunduk dengan awek dia. Tapi susah nak ubatkan sebab perlu bawa suami.
Dalam tempoh edah, awek suami tak henti – henti WhatsApp aku. Maki hamun aku dan anak – anak, cakap anak – anak aku menyusahkan sebab minta duit suami. Macam – macam kata dia cakap. Tapi aku buat tak tahu saja. Dia buat akaun Facebook dan tambah semua kawan suami serta saud4ra mara, cakap dia bakal isteri suami.
Siap tambah adik beradik aku untuk tunjuk kebahagiaan mereka. Tapi semua tu tak lama. Tak sampai sebulan bercerai, suami datang melutut merayu minta rujuk. Dia cakap dia tak tahu apa yang dia buat selama ni. Dia sayang aku, tapi bila tengok aku, dia jadi benci.
Dia tahu dia kena buatan awek dia sebab sepupu dia yang rawat masa dia tengah tidur. Sedar – sedar terus dia menangis cari aku dan anak – anak. Sepupu dia cakap dia dah kena sih1r penunduk. Aku masih tr4uma tapi tiap – tiap hari dia datang pujuk aku supaya rujuk.
Awek dia dah dia tinggalkan selepas berubat dengan sepupu dia. Sampailah hari sebutan kes dia pukuI aku di mahkamah. Aku tengok dia menangis masa hakim sebut butiran kes dan dia didapati bersalah. Aku jadi tak sampai hati tengok dia macam tu.
Aku minta selesaikan kes di luar mahkamah dan minta suami bayar ganti rugi 15 ribu. Alhamdulillah semua selesai cara baik. Demi anak – anak dan cinta aku pada suami, kami rujuk kembali. Sekarang kami lebih bahagia berbanding dulu.
Tapi awek suami tak puas hati suami tinggalkan dia dan rujuk balik dengan aku. Dia hantar s4ntau untuk buat aku giIa. Tapi kuasa Allah lagi besar, aku sempat berubat dan sekarang masih dalam tempoh rawatan. Perempuan tu masih ganggu aku. Doakan aku ya semua.
Sedikit info pasal awek suami. Dia janda berusia 23 tahun, wanita dari seberang. Dia memang suka suami orang, lagi – lagi yang bertugas dalam unit beruniform. Perempuan ni memang kaki d4dah. Modus operandi dia khayalkan m4ngsa, kemudian bawa daftar masuk hotel.
Kalau lelaki tu nak tinggalkan dia, dia akan ugvt. Kalau dia mengandung, dia akan gugurkan bayi dalam kandungan dan hantar pada isteri lelaki tersebut. Pada isteri – isteri yang suami bertugas dalam unit beruniform, pantau – pantau suami kamu.
Ulasan Pembaca :
Syahirah Akyrah : Baca bahagian awal tu pun dah dapat rasa dah kena sih1r si suami tu. Besar dugaan kau dalam pantang lagi. Memang banyak kes perempuan seberang kenakan suami orang, lagi – lagi kalau kaya. Dah dapat apa dia nak, dia lari tinggalkan. Mujur kau tak cepat melatah. Sampai berani naik tangan tu. Semoga rumah tangga kita dijauhkan dari musibah begini.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.