
Aku tengok muka kakak tak puas hati kena buat kerja dekat dapur. Kakak merungut, mak kami takde pergi rumah jiran. Tak reti nak main, luangkan masa dengan cucu. Bila mak sampai, aku sound mak. Tak sangka mak menangis..
#Foto sekadar hiasan. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Aku mempunyai empat orang adik beradik, dua lelaki dan dua perempuan. Semasa kecil dan alam persekolahan kami dijaga oleh nenek kerana ayah dan emak aku mengerjakan kebun getah di daerah lain.
Kami hidup dengan hasil getah sebab kebun getah keluarga aku agak luas. Selain menoreh sendiri, ayah dan emak ada beberapa orang penoreh lain. Sebab itu aku katakan hasilnya agak lumayan tapi kami taklah hidup mewah. Bila dah dewasa, tiga daripada kami jadi penjawat awam dalam bidang yang sama.
Abang aku saja kerja kampung. Kami menyokong dia dengan berikan sebuah kedai kopi dan runcit ala – ala kampung. Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang Allah bagi dan didikan daripada nenek, ayah dan emak. Masa ni masing – masing dah berkeluarga.
Aku dan abang sulung tinggal dalam negeri kelahiran kami, cuma aku je tinggal di daerah lain ikut suami. Abang sulung masa ni dah ada rumah sendiri. Oh ya, kakak aku iaitu anak kedua berkhidmat di negeri lain, luar dari negeri kelahiran kami. Semua ipar duai pun kerja dalam bidang yang sama.
Semuanya mula dari bulan puasa. Biasanya bila keluarga kakak balik kampung masa cuti sekolah atau raya, bila berkumpul aku la jadi chef kat dapur untuk semua orang, dalam 15 orang tua muda. Satu kejadian yang cukup terkesan dalam hati aku berlaku masa ni.
Beberapa hari sebelum raya, keluarga kakak balik kampung dulu. Aku pula lambat sampai, dalam jam enam lebih baru sampai kampung. Sampai rumah, aku tengok kakak sibuk memasak dengan muka yang tak menyenangkan. Sebabnya, aku yang biasa uruskan semua hal kat dapur.
Masa tu anak – anak kami kecil tapi dah pandai bawa diri main sama – sama. Aku tanya kakak, “mana mak?” Kakak jawab mak pergi bungkus ketupat rumah sepupu (kampung yang sama, dekat je). Lepas tu kakak sambung dengan nada marah dan merajuk, katanya anak cucu balik kampung patutnya mak layan cucu, bukannya pergi ambil upah bungkus ketupat. Kita ni nak masak lagi, nak layan anak – anak lagi, memang tak tercapai tangan.
Aku diam je masa tu. Dalam hati aku kata, “baru tahu betapa susahnya kat dapur sorang – sorang.” Bila mak balik, aku cakap, “mak ni anak cucu balik kampung bukannya nak melayan anak cucu, pergi bungkus ketupat pula. Dah tak cukup duit ke?”
Aku akui mungkin mak terasa dengan apa aku cakap. Suasana agak tegang kat dapur masa tu. Niat aku cuma nak bekap kakak. Dalam ketegangan tu ayah masuk dapur, tanya apa yang jadi. Mak jelaskan sambil menangis tapi ayah salah faham.
Ayah kata aku dengki dengan kakak pasal anak – anak. “Kau ni perut busuk, dengki dengan adik beradik. Aku tak suka anak – anak aku yang macam ni. Kalau macam ni tak payah balik kampung,” kata ayah. Aku sempat jawab, “InsyaAllah, kalau panjang umur ayah atau kita, ayah boleh tengok siapa mulut jahat.”
Aku ajak suami balik masa tu dan kakak pun balik dengan suami dia walaupun dah dekat waktu berbuka. Alhamdulillah suami aku fikir panjang, tak ikut cakap aku. Dia cuma terasa hati bila ayah cakap suami aku tak pandai ajar isteri sebab bukan dari golongan berpendidikan agama, tak macam abang ipar aku. Hal ni berlaku sekejap je tapi tetap melekat dalam hati.
Walau macam mana pun, aku tetap jadi chef bila ada kenduri atau keramaian kat rumah. Ayah pernah kata kalau tak ada aku, satu pun tak jadi walaupun nak masak seekor itik. Telefon aku berkali – kali suruh balik awal kampung untuk masak. Aku terima je tanggungjawab tu.
Hidup berjalan macam biasa. Bila ayah meninggaI, aku yang bertungkus lumus sediakan juadah tahliI dibantu anak dan suami sepanjang 40 hari. Kakak cuma cuti tiga hari. Lepas balik kerja hari Khamis, terus singkat lengan baju tolong masak.
Mak aku memang kurang cekap memasak dalam kuantiti banyak. Masa ni aku dah ada rumah sendiri, bersebeIahan rumah abang sulung. Ayah dan mak tinggal di rumah aku dan abang sulung sebab rumah asal dihuni abang yang ada kedai tu.
Mula – mula mak ayah tinggal dengan abang kat rumah asal, tapi kurang disenangi kakak ipar dan anak – anak dia. Biasalah orang tua, terutama ayah aku yang suka meIudah. Kami dah sediakan bekas tapi tetap jadi isu. Sampai kakak ipar balik rumah mak ayah dia untuk cari makan, geli nak makan sama – sama.
Sedangkan semua belanja rumah mak yang tanggung. Masa ni mak ayah masih ulang alik kebun walaupun tak sekerap dulu. Bila sekolah buka, mak keluarkan belanja untuk anak – anaknya. Kami adik beradik lain tak pernah soal. Akhirnya aku pujuk mak ayah tinggal dengan aku dan abang sulung.
Rumah kami bersebeIahan je. Abang masa tu sibuk dengan bisnes selepas berhenti kerja kerajaan. Rezeki dia dalam perniagaan, Alhamdulillah. Kakak aku cuma balik kampung sekali setahun masa raya. Sejak aku ada rumah sendiri, mereka akan duduk rumah aku kalau balik sebab mak ayah pun duduk dengan aku.
Aku niatkan masa bina rumah dulu, biarlah semua datang bermalam, aku tak kisah. Aku fikir senang, sama – sama masak, sama – sama makan apa yang ada. Masa mak meninggaI, kakak pun cuti tiga hari je. Setiap malam Jumaat sampai 40 hari kami buat tahliI di rumah asal.
Aku masak dibantu seorang anak aku, lepas tu bawak ke sana. Kakak lepas tiga hari tu langsung tak pernah tanya khabar, tak pernah nak tahu aku masak apa, siapa tolong. Lepas tangan terus. Apa nak hairan, masa mak hidup pun dia tak pernah tanya sihat ke s4kit ke. Balik kampung setahun sekali je masa raya.
Yang paling buat aku sebak, tiga kali aku tengok mak berdiri kat beranda dengan harapan diajak kakak balik rumahnya, tapi hampa. Kali terakhir sebelum mak hembus nafas, aku beritahu mak yang kakak nak balik raya. Mak nyatakan dia teringin ikut kakak balik.
Aku sampaikan pada kakak, tapi masa hari kakak balik, mak berdiri menunggu pelawaan. Hampa lagi. Aku tanya mak kenapa tak ikut. Mak jawab, “dah orang tak ajak nak ikut macam mana.” Masa tu aku tak tahan, masuk bilik terus menangis. Air mata aku dah hampir kering masa tu.
Mak dah mula nyanyuk. Aku perasan, lepas solat isyak mak akan tidur, lepas tu bangun tengah malam dan mula membebel apa yang terlintas. Aku selalu menangis dengar bebelan mak pasal anak – anak. Mak akan kira sorang – sorang cucu dia.
Aku pernah juga pertikai sikap kakak, tapi lama – lama aku fikir lantaklah, masing – masing ada tanggungjawab sendiri dengan mak ayah. Aku selesaikan tanggungjawab aku, itu je yang aku fikir. Aku luahkan semua ni lepas mak meninggaI. Yang peliknya, lepas mak meninggaI, bila cuti sekolah kakak boleh pula balik kampung.
Masa tu dia tengah bina rumah kat kampung suami dia. Sampai akhir hayat mak, dia tak tahu pun kakak bina rumah kat sana. Hubungan aku dengan kakak mula h4mbar. Kemeriahan keluarga kami selama ni ada pada aku sebab aku jenis humble. Bila aku diam, semua terasa h4mbar.
Aku lagi terasa bila anak – anak kakak salahkan aku. Katanya keluarga jadi h4mbar sebab aku mulut jahat, sebabkan keluarga pecah belah. Semua tu cerita yang berkait dengan hal ayah aku, diceritakan balik pada anak – anak dia. Tak sedarkah untuk siapa aku pertahankan dulu?
Banyak benda yang buat aku kecil hati, tapi yang paling menik4m jiwa aku ialah bila aku terbayang mak berdiri seorang diri menunggu pelawaan anaknya. Sampai sekarang bayangan tu masih segar dalam ingatan aku. Aku menangis lagi bila tulis semua ni. Terima kasih kepada yang sudi baca luahan hati yang tak tertanggung. (INA – bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.