Aku suami yang gagal. Setiap bulan gaji tak cukup untuk bahagiakan isteri. Tadi isteri ajak keluar makan, tapi duit dalam dompet aku tinggal RM5 je

Kawan kawan aku hidup senang. Kerja elok, gaji ribu – ribu, ada bonus tiap tahun. Mereka boleh bawa isteri dan anak bercuti, makan sedap, hidup selesa. ada antara mereka yang aku tahu tak jaga solat, tak jaga aurat isteri, hidup bebas. Tapi duit mereka tak pernah habis. Hidup mewah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Aku amat hargai kalau confession aku ini dapat disiarkan. Aku nak sangat orang baca dan faham apa yang aku rasa. Aku seorang lelaki yang sudah berkahwin selama dua tahun lebih. Sepanjang tempoh perkahwinan kami, kami masih belum dikurniakan anak.

Umur aku sekarang sudah 30 tahun. Aku bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur dalam bidang IT. Gaji aku sederhana saja, atau kalau nak cakap kasar sikit, memang ciput. Setiap orang ada cabaran hidup masing – masing, dan cabaran terbesar aku adalah kewangan.

Dari luar mungkin nampak aku okey, kerja pejabat, pakai kemas, ada kereta, ada isteri. Tapi dalam hati aku, hanya Tuhan yang tahu betapa sempitnya hidup aku. Setiap bulan, rutin aku lepas dapat gaji hanyalah untuk terus hidup sampai hari gaji seterusnya.

Awal – awal dulu aku masih boleh positif. Aku cakap pada diri sendiri, ini fasa sementara, nanti ada rezeki lebih. Tapi makin lama, aku makin muak dengan kitaran hidup ini. Aku mula persoalkan banyak benda, termasuk nilai diri aku sendiri sebagai seorang lelaki dan suami.

Aku rasa sedih. Aku rasa tak berguna. Kadang – kadang aku rasa hidup aku ini b0doh dan menyedihkan. Setiap bulan lepas bayar sewa rumah, bil – bil, komitmen kereta, hutang kecil – kecil, duit aku tinggal beberapa ratus saja. Itu pun kena tahan sampai hujung bulan.

Bila sudah beli barang dapur dan keperluan rumah, lagi lah sikit baki yang tinggal untuk aku teruskan hidup. Ada masa aku terp4ksa pinjam duit kawan sebab terlalu terdesak. Ada masa aku kira duit dalam dompet sebelum beli air di kedai runcit.

Pernah juga aku tangguh p0tong rambut berbulan – bulan sebab aku rasa sayang nak keluarkan duit RM15. Aku bukan kedekut, aku cuma tak mampu. Sampai satu tahap, aku sendiri rasa malu dengan diri sendiri. Aku jenis suami yang sentiasa cuba penuhi permintaan isteri aku.

Kalau dia teringin makan sesuatu, aku akan cuba cari. Kalau tak mampu beli, aku akan masakkan. Aku tolong buat kerja rumah, basuh pinggan, kemas rumah, lipat baju. Aku cuba jadi suami yang baik sebab orang selalu cakap, kalau layan isteri elok – elok, rezeki akan bertambah.

Tapi aku tertanya – tanya, mana rezeki aku. Aku masih sesak. Aku masih rasa terhimpit. Kadang – kadang bila aku tak mampu tunaikan permintaan isteri aku, aku akan duduk diam lama – lama, rasa bersalah, rasa gagal. Dalam kepala aku hanya ada satu soalan, apa lagi yang aku kurang.

Aku rasa aku ini suami yang tak ada guna. Tak ada fungsi sebagai ketua keluarga. Aku takut satu hari nanti ada lelaki lain yang lebih mampu, lebih stabil, yang boleh beri apa yang isteri aku perIukan. Perasaan itu makan aku perlahan lahan. Orang kata bahagiakan isteri, rezeki akan datang. Tapi macam mana aku nak bahagiakan isteri aku kalau aku sendiri tenggelam.

Setiap bulan aku tetap bagi duit pada mak dan ayah. RM100 seorang. Aku buat itu dengan niat berkat dan harapan rezeki dipermudahkan. Bertahun aku buat, hidup aku masih sama. Masih sempit. Masih rasa tak cukup. Aku mula tertanya, apa salah aku. Aku tak layak hidup senang ke.

Aku cuba cari pendapatan sampingan. Aku buat bisnes kecil – kecilan, jual barang online, ambil job sambilan. Tapi maIangnya semua tak menjadi. Barang tak laku, modal habis, masa terbuang. Bukan aku tak usaha. Aku sudah cuba macam – macam.

Aku cari rezeki cara halal, aku tak menipu, tak ambil jalan singkat. Tapi jujur aku cakap, sekarang aku tak nampak lagi titik harapan. Walaupun aku solat cukup lima waktu, hidup aku tak berubah. Aku tolong orang bila mampu, tapi aku sendiri tak stabil.

Lama kelamaan, aku jadi acuh tak acuh dengan benda wajib. Bukan sebab aku tak tahu itu salah, tapi sebab aku terlalu penat. Penat berusaha, penat berharap, penat kecewa. Aku rasa aku tersekat dalam hidup aku sendiri. Aku kesian tengok isteri aku yang dapat suami macam aku.

Aku tak faham di mana silapnya. Kawan – kawan aku hidup senang. Kerja elok, gaji ribu ribu, ada bonus tiap tahun. Mereka boleh bawa isteri dan anak bercuti, makan sedap, hidup selesa. Yang buat aku lagi s4kit, ada antara mereka yang aku tahu tak jaga solat, tak jaga aurat isteri, hidup bebas.

Tapi duit mereka tak pernah habis. Kawan ofis aku yang menggatal sana sini walaupun sudah kahwin, hidup mewah, gaji sentiasa cukup. Aku pula, dua hari lepas gaji, sudah papa kedana. Aku tulis confession ini sebab aku sudah tak tahan. Aku sudah sampai ke tahap paling bawah.

Tadi isteri ajak makan luar. Aku buka dompet, tinggal RM5. Minyak kereta tinggal dua bar. Akaun bank tinggal belasan ringgit. Aku hanya mampu diam dan beri alasan penat. Dalam hati aku menjerit. Macam mana aku nak terus hidup. Macam mana aku nak sediakan yang terbaik untuk isteri aku. Mana rezeki aku sebenarnya. Aku cuma manusia biasa yang sudah terlalu letih. I Give Up (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Hafiz Lokman : Sabar bro, dugaan tebesar dalam rumahtangga ni tak lain tak bukan pasal duit. Tipulah kalau cakap duit bukan segalanya. Zaman sekarang ni semua perIukan duit tapi bro jangan la letak diri bro seh1na – h1na insan hanya sebab duit.

Bro jangan pandang orang yang lebih tinggi lebih mampu dari bro. Bro tundukkan pandangan bro ke bawah. Ye, bawah ke arah insan – insan yang makannya bercatu, makan sisa – sisa makanan, rumah beratap langit, berlantaikan tanah. Di situ bro akan tahu betapa bertuah diri bro sebenarnya. Sabar bro.

Syarifah Hazwani : Bukan awak sorang, ramai lagi yang alami masalah macam ni. Tapi mereka sembunyikan semua masalah. Diorang bercuti, awak nampak mereka happy tapi struggIe diorang simpan duit untuk dapatkan percutian tu mungkin awak tak tahu.

Pohonlah pada Allah agar rezeki awak dimurahkan. Setiap kali dapat gaji, ucapkan syukur, setiap kali memberi pada isteri dan mak ayah beri seikhlas hati. Kerja niat mencari rezeki kerana Allah, insyaAllah ada jalan untuk awak keluar dari masalah ini.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :