
Setiap kali saya muat naik status, wanita itu akan screensh0t dan mengadu dekat suami saya sebab cemburu. Sebab tu lah suami selalu suruh saya padam status. Dia dah berjaya buat suami ceraikan saya dua kali. Sekarang hanya tinggal satu talak yang tinggal…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, mohon hide profil saya. Saya seorang isteri… isteri yang berasa gagal. Sepanjang hampir 3 tahun perkahwinan, suami saya masih belum mampu move on daripada kekasih lamanya. Sebelum bernikah, suami berjanji bahawa dia sudah menyelesaikan urusan masa lalunya.
Namun 3 bulan selepas berkahwin, kekasih lamanya kembali dan mula mengganggu rumah tangga kami. Suami menunjukkan perubahan yang sangat ketara. Gambar pernikahan kami dipadam, dan setiap kali saya memuat naik gambar atau story berkaitan dirinya, dia akan menyuruh saya memadamnya.
Alasannya, katanya takut takut kami terkena peny4kit ain. Namun rupa – rupanya, bekas kekasihnya sering mengekori media sosiaI saya dan menghasut suami supaya menceraikan saya. Untuk pengetahuan semua, suami pernah menceraikan saya sebanyak dua kali, dan kedua – duanya berpunca daripada hasutan wanita tersebut.
Saya pernah menghubungi wanita itu melalui WhatsApp dan bertanya sama ada dia benar – benar menyukai suami saya dan berniat untuk berpoligami. Namun jawapannya sangat kasar. Dia berkata: “Aku tak suka berkongsi. Aku boleh buat dia ceraikan kau!”
Ayat itu sangat meIukakan dan tidak pernah saya lupakan. Sejak itu, hati saya tertutup untuk memberi izin berpoligami kerana saya tahu hidup akan menjadi huru – hara jika bakal madu bersikap sedemikian. Tidak lama selepas pertengkaran itu, suami melafazkan cerai kali pertama.
Kemudian dia memujuk saya dan kami rujuk di pejabat agama. Kali kedua juga perkara yang sama berlaku. Disebabkan hasutan wanita itu, suami menceraikan saya lagi, dan kemudian rujuk semula. Saya bertahan kerana saya berkahwin bukan untuk bercerai, dan saya menganggap ini adalah ujian daripada Allah.
Selepas rujuk kali kedua, bekas kekasihnya mengetahui perkara tersebut dan sangat marah, lalu meninggaIkan suami saya. Doa saya selama ini di atas sejadah akhirnya dimakbulkan Allah. Alhamdulillah. Kini sudah hampir 3 tahun kami bersama, dan tinggal satu talak sahaja.
Kami dikurniakan seorang anak lelaki yang sihat, comel dan bijak, kini berusia 4 bulan. Namun suami saya masih mencintai bekas kekasihnya. Dia masih menunggu kehadiran wanita itu, masih mengekori Facebook dan TikToknya, dan tidak pernah memuat naik gambar saya dan anak di media sosiaI. Layanan terhadap saya sekadar cukup.
Dia tidak bekerja, hanya menternak ayam di rumah dan tiada pendapatan tetap. Semua bil rumah, perbelanjaan harian, kos bersalin dan keperluan anak, semuanya saya tanggung sendiri. Namun suami seolah – olah tidak pernah menghargai peng0rbanan saya.
Saya menyayanginya, tetapi saya juga tr4uma. Kadang – kadang saya marah dan terIuka apabila teringat perbuatannya dahulu. Lebih menyedihkan, sehingga kini dia masih menangisi dan merindui kekasih lamanya. Saya sedar, saya tidak dicintai sepenuh hati. Saya hanya memiliki jasadnya, tetapi bukan hatinya.
Saya tidak tahu sampai bila keadaan ini akan berterusan. Dia mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan mengabaikan perasaan saya. Setiap hari saya berdoa agar Allah menutup mata hatinya, membuang bayangan wanita itu dari hatinya.
Doa saya belum dimakbulkan, namun saya tidak pernah berhenti berharap. Semoga tahun ini Allah mengangkat doa – doa saya. Doakan saya. Benarlah kata orang, sebelum bernikah, pastikan pasangan benar – benar selesai dengan masa lalunya.
S4kitnya hanya isteri yang menanggung, apatah lagi apabila sudah terik4t dengan kewajipan untuk taat. Saya tr4uma. Jika wanita itu kembali lagi, hanya tinggal satu talak untuk saya. Dan wanita itu adalah wanita yang mampu membuat suami saya menjatuhkan dua talak dalam masa yang singkat.
Allah mengurniakan kami seorang anak sebagai amanah. Dialah penguat saya. Semoga anak ini juga menjadi penguat untuk ayahnya berubah. Bagaimana saya tahu wanita itu sering menghasut suami? Saya pernah memuat turun satu aplikasi, dan daripada situ saya dapat membaca semua mesej WhatsApp, gambar dan perbualan mereka.
Kata – kata hasutan dan pengh1naan terhadap saya, semuanya saya baca. Sejak itu, menangis menjadi rutin harian. Tidur di atas sejadah hampir setiap malam. Yang paling menyedihkan, suami mengatakan saya meroy4n, sedangkan mereka berdua bersama – sama mengutuk saya.
Setiap kali saya memuat naik status, wanita itu akan tangkap layar dan menghantarnya kepada suami kerana cemburu. Sebab itulah suami sering menyuruh saya memadam status. Saya juga tidak dapat melupakan satu peristiwa pada Hari Raya.
Saya membelikan baju raya untuk suami, namun dia membawa baju itu kepada bekas kekasihnya untuk dikecilkan. Katanya saya tidak pandai memilih saiz kerana beli dalam talian, sedangkan wanita itu pandai menjahit. Ada masa saya menyiksa mental sendiri dengan membaca semula perbualan mereka, termasuk mesej yang tidak sepatutnya. Sudah hampir 3 tahun berlalu, namun Iuka itu masih ada dan tidak mampu hilang.
Selain itu, suami pernah meminta saya memindahkan RM500 dengan alasan untuk urusan kerja. Rupanya dia pergi berhibur dan berjumpa kekasihnya di Melaka selama 3 hari. Telefon dim4tikan, dan saya tidak dapat menghubunginya. Itu juga satu kenangan yang tidak mampu saya lupakan.
Walaupun saya memaafkan, saya tidak mampu melupakan pengkhianatan itu. Walaupun wanita itu sudah tiada dalam hidup kami, bayangnya masih mengh4ntui saya kerana suami masih mengekori kehidupannya. Saya tidak tahu sampai bila ujian ini akan berakhir.
Saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati suami saya dan memberi kasih sayang kepada saya sebagaimana dia pernah memberi kasih kepada wanita itu. Akhir kata, buat para isteri di luar sana, apabila kita melihat ujian kita hari ini, ingatlah masih ramai isteri yang diuji lebih berat. Semoga kita semua terus kuat dan tabah menghadapi ujian rumah tangga. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisah saya.
Komen Netizen :
Tim Anastacia Queen : Dia nak rujuk semula dengan sis sebab sis adalah antara punca pendapatan dalam rumah. Adakah puan tak sedar yang dia sedang mempergunakan hidup puan? Apa yang dihadap sangat lelaki macam itu. Duit tak ada. Curang pula itu. Senang – senang lafaz cerai kerana orang lain. Sedekah saja pada si dia yang kemaruk sangat itu.
Fatihah Jamaluddin : Memang semua orang nikah tak nak cerai, tapi cerai itu diharuskan. Dapat jantan tak guna macam ini pun sanggup bertahan lagi. Lelaki pergi tidur dengan skandal pun masih sangka baik. Pelik betul. Apa guna ada lelaki macam ini. Baik membujang sajaIah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.